Thursday, February 26, 2009

ISLAM AGAMA PARA NABI. BACA INI SAHABATKU!

بسم الله الرحمن الرحيم
Segala puji-pujian bagi Allah Tuhan Sekalian 'Alam. Milik-Nya kerajaan langit dan bumi dan di antara kedua-duanya. Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. Maha Suci Allah yang bersifat dengan segala kesempurnaan. Dia wujud tanpa berhajat kepada tempat tidak sebagaimana makhluqNya yang wujud berhajat kepada tempat. Selawat dan salam buat Nabiyullah, khotamunnabiyyin Muhammad SollaLlaahu 'alaihi wa sallam, buat ahli keluarga baginda, para sahabat baginda, para tabi'en, para waliyullah, para 'ulama yang haq, dan sekalian para pejuang kebenaran hingga yaumul qiamah. Aameen.

Seketika terhenti penulisan ana lantaran kata-kata mereka-mereka yang cuba menggunakan bahasa yang sinis bukan melalui cbox sahaja bahkan melalui ym & email... Bila ana fikir-fikirkan, renung-renungkan... ana & sekalian sahabat ahlussunnah wal jama'ah berjuang bukan kerana manusia tapi kerana ALLAH. LIDDA'WAH ILALLAH. Mudah-mudahan dengan penulisan da'wah ini menjadi asbab untuk thabbat dalam perjuangan membela agama Allah dan dimudahkan untuk membimbing sekalian orang-orang yang berada di sekeliling ana, sama ada kaum kerabat, sahabat handai mahupun masyarakat dan ummah.

Hidup di dunia tidak lama dan hanya sementara. Terhentinya nafas ana saat menghembus nafas terakhir, maka terhentilah jari-jemari untuk menaip & menulis artikel da'wah. Bahkan terhentilah sudah kata-kata untuk berbicara dalam menyampaikan da'wah. Tapi ana yaqin, blog ini akan terus berligar-ligar di alam maya, dan akan dibaca oleh sekalian yang beminat untuk membaca dan berusaha untuk memahami kebenaran. Insha'Allah. (Ya Allah, moga penulisan-penulisan menjadi satu bekalan buat ku di alam "sana". (T_T)

Teman...
saat ana membuat kelas tambahan petang tadi untuk pelajar-pelajar ana, rupanyer ada mesej yang masuk dalam inbox h.phne ana daripada seorang pelajar, tingkatan 3 "Ustazah, 1 soalan, kan time zaman Nabi Muhammad Islam tersebar... Nabi yang dulu sebelum Nabi Muhammad Islam kah jue& Nabi itu masuk syurga kah jue...? ana jadi terkesima menerima mesej pelajar tersebut. Kepada para ustaz-ustazah, didiklah & ajarlah anak-anak murid kalian dengan amanah. Jangan mengajar semata-mata kerana ingin menghabiskan silibus matapelajaran, tapi pelajar-pelajar tak berupaya memahami apa yang diajarkan. Lebih-lebih lagi la matapelajaran Pendidikan Islam. Ana tak mengajar kelas tingkatan 3 bagi subjek Pendidikan Islam.

(SEKADAR GAMBAR HIASAN)
Saudara-saudari sekalian dan kepada golongan pendidik bahkan penda'wah...
Didiklah sekalian anak-anak murid dengan amanah. Sampaikan dengan penuh amanah dan tawaddhu'. Dalam tak sedar ...dikhuatiri kita termasuk dalam golongan yang menyembunyikan kebenaran... Ana mengajar Pendidikan Islam bagi sebuah kelas tingkatan 5. Hari pertama ana mengajar (di awal pembukaan musim persekolahan) daripada 17 orang pelajar, hanya 1 orang sahaja yang menunaikan solat fardhu. Astaghfirullaah, apa nak jadi dengan anak bangsa. Dah berusia 17 tahun masih tidak menunaikan solat...

Kepada pendidik, amanahlah dengan 'ilmu, dalam silibus tingkatan 5 Pendidikan Islam, tidak ada lagi tajuk pengajaran tentang cara-cara solat dengan betul. Tapi kerana ingin menghabiskan silibus, kita terlepas pandang untuk mengajar mereka 'ibadah yang penting dalam Islam iaitu SOLAT!!! Ayuh golongan pendidik! Bangkitlah! tak semestinya menyeru kebenaran & mengajar solat ini untuk golongan yang memegang tittle "ustaz, ustazah" sahaja... Bahkan semua golongan pendidik. Guru Kimia ke, guru Sains ke, guru Matematik ke, hatta guru Pendidikan Jasmani pun... Ajarlah anak-anak didik kalian untuk mengenal Allah & Rasul-Nya dengan penuh amanah dan rasa tanggungjawab.. (Maaf jika terguris dengan kata-kata ini... Ana sebenarnya ingin menulis berkaitan Islam Agama Para Nabi...)


Kepada adik-adik pelajar & sekalian pembaca yang dirahmati Allah...
Agama Islam adalah agama para Nabi seluruhnya, bermula daripada Nabi Adam 'alaihissalam iaitu merupakan seorang Nabi dan Rasul, Nabi yang pertama, ayah segenap manusia sehinggalah Nabi terakhir, Nabi Junjungan kita Muhammad SollaLlaahu 'alaihi wa sallam. Semua para pengikut nabi-nabi beragama Islam
.
Orang yang beriman dan mengikuti Nabi Musa 'alaihissallam di masa zamannya disebut muslim Isawi. Dan boleh dikatakan bagi yang beriman dan mengikuti Nabi Muhammad SollaLlaahu 'alahi wa sallam untuk dikatakan Muslim Muhammadi.


ISLAM ADALAH AGAMA YANG MENTAUHIDKAN ALLAH. MENGESAKAN ALLAH. YANG TIDAK MENYAMAKAN DAN MENYERUPAKAN ALLAH DENGAN SIFAT-SIFAT MAKHLUQ &SIFAT-SIFAT YANG TIDAK LAYAK BAGI-NYA...

Agama Islam is the only way of life. Agama yang datangnya dari Allah. Peraturan-peraturannya adalah ciptaan Allah. Sesungguhnya kita manusia adalah ciptaan-Nya dan sudah tentu Islam agama Allah Al-Khaliq jualah yang LEBIH BERHAK untuk kita ikuti. Dalam Islam terkandung syariat yang sudah tentu sempurna yang membawa kesejahteraan bagi umatnya, bukan sahaja mendatangkan kebahagiaan di dunia bahkan di akhirat jua. Abadan abada
إن الدين عند الله الإسلام
Firman Allah yang bermaksud: "Sesungguhnya agama yang diredhoi Allah hanyalah agama Islam"
(Surah Ali'Imran, ayat 19)

Ditegaskan dalam al-Qur'an bahawa Nabi seluruhnya adalah Muslim. Sebagaimana Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala dalam ayat-ayat berikut:

1. Tentang Nabi Ibrahim 'alaihissallam
: Maksudnya:
ما كان إبراهيم يهوديا ولا نصرانيا ولكن كان حنيفا مسلما وما كان من المشركين
Ibrahim bukan seorang Yahudi dan bukan pula seorang Nasrani, akan tetapi dia adalah seorang yang jauh dari syirik dan kekufuran dan seorang muslim. Dan sekali-kali bukanlah dia termasuk orang-orang musyrik"
(Surah Ali'Imran: 67)

2. Tentang Nabi Sulaiman 'alaihissallam:
إنه من سليمان وإنه بسم الله الرحمن الرحيم. ألا تعلوا علي وأتوني مسلمين
Maksudnya: "Sesungguhnya surat itu, dari Sulaiman dan sesungguhnya (isi)nya; Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Bahawa janganlah kamu sekalian berlaku sombong terhadapku dan datanglah kepadaku sebagai orang-orang yang memeluk Islam"
(Surah An-Naml:30-31)

3. Tentang Nabi Yusuf 'alaihissallam:
Maksudnya:
توفني مسلما وألحقني بالصالحين
"... Wafatkanlah aku dalam keadaan muslim dan gabungkanlah aku dengan orang-orang yang soleh"
(Surah Yusuf, ayat 101)

4. Tentang Nabi Isa 'alaihissallam:
فلما أحس عيسى منهم الكفر قال من أنصري إلى الله قال الحواريون نحن أنصار الله ءامنا بالله واشهد بأنا مسلمون
Maksudnya: "Maka tatkala Isa mengetahui keingkaran mereka (Bani Israil) berkatalah dia: "siapakah yang akan menjadi penolong-penolongku untuk (menegakkan agama) Allah.?"Para Hawariyyun (sahabat-sahabat setia) menjawab: "kamilah penolong-penolong (agama) Allah. Kami beriman kepada Allah dan saksikanlah bahawa sesungguhnya kami adalah orang-orang Muslim"
(Surah Ali'Imran, ayat 52)

Dan masih banyak lagi ayat-ayat yang lain yang terkandung di dalam Al-Qur'an yang menunjukkan bahawa agama semua para Nabi adalah ISLAM dan bahawa mereka adalah orang Muslim
. Perbezaan antara mereka adalah terletak pada syari'at-syari'at yang mereka bawa.

Firman
Allah Subhanahu wa Ta'ala: Maksudnya:
لكل جعلنا منكم شرعة
"...Untuk tiap-tiap umat di antara kamu (umat Muhammad dan umat-umat sbelumnya) Kami berikan peraturan dan jalan yang terang:
(Surah Al Ma'idah, ayat 48)

Dalam ayat ini menyatakan masing-masing umat mengikuti syari'at tersendiri, Allah TIDAK MENYATAKAN mereka masing-masing memiliki ad-Diin, agama yang tersendiri.

Telah bersabda RasuluLlaah SollaLlaahu 'alaihi wa sallam:
الأنبياء إخوة لعلات دينهم واحد وأمهاتهم شتى
Maksudnya: "Para Nabi bagaikan saudara seayah (dari sisi) Agama mereka satu (iaitu ISLAM) dan Ibu-ibu (syar'iat-syari'at) mereka berbeza-beza"
(Hadith Riwayat Al-Bukhari)

Ketahuilah! Bahawa Para Nabi dan Rasul adalah ma'sum dan sentiasa terpelihara diri mereka daripada perbuatan-perbuatan yang tercela... dan JANNAH (SYURGA) bagi mereka abadan abada..

P/s: Artikel ini merujuk kepada www.darulfatwa.org.au dan diedit oleh tuan blog (nurjannah saifullah). Artikel ni dah diedit. Syukran. BaarokaLlaahu fiikum

1 comment:

  1. Artikel Yang Teramat Bagus dan Berinformasi! Teruskan Usaha Mempertahankan Aqidah Islam Yang Suci !
    كلكم راع و كلكم مسـئول عن رعيته

    'Setiap dari kamu adalah pemimpin, dan setiap dari kamu akan dipersoalkam akan apa yang dipimpinnya '

    Hamba Allah.

    ReplyDelete