Wednesday, February 18, 2009

MANA UTAMA? BATINIYYAH @ ZOHIRIYYAH?

Dengan nama ALlaah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Syukur dan segala puji yang memenuhi langit dan bumi dipanjatkan ke hadhirat Ilahi atas Hidayah danKurnia-Nya, yang telah memberi kesempatan kepada hamba-Nya yang faqir lagi dhoif ini untuk menyiapkan satu lagi artikel untuk dikongsi bersama sekalian pembaca...
Ketahuilah saudara-saudari yang dihormati kerana ALlaah...
Maha Suci ALlaah Yang Maha Kuasa ke atas hamba-Nya. Dia berkehendak untuk memberi kita penyakit, kesibukan, keletihan, penderitaan dan sebagainya sebagai lumrah kehidupan di dunia yang fana' ini sebagai ujian bagi kita...Tak pernah seorang hamba pun yang hidup di dunia ini yang terlepas daripada menghadapi pelbagai ujian yang mana ujian-ujian tersebut diberi sesuai mengikut keimanan masing-masing. SubhanaLlaah, Maha Suci ALlaah Yang Maha Mengetahui, lagi Maha Penyayang. Yang penting kita tetap sabar dan redho dengan ujian tersebut. Dengan ujian tersebut, baru kita akan menyedari betapa nikmatnya sihat apabila sakit, betapa nikmatnya masa lapang ketika kita sibuk, betapa nikmatnya kekayaan apabila kita dihimpit kemiskinan, betapa nikmatnya usia muda ketika kita sudah tua, betapa nikmatnya kehidupan sebelum kematian... SubhanaLlaah, sesuai dengan pesanan NabiyuLlaah Muhammad SollaLlaahu 'alaihi wa sallam:
"Ingat perkara 5 perkara sebelum datang 5 perkara; masa muda mu sebelum masa tua mu, masa sihatmu sebelum masa sakit, masa lapangmu sebelum masa sibuk, masa berada (kayamu) sebelum jatuh miskin, dan masa hidupmu sebelum mati"

Penulis (tn.blog) agak sibuk dua tiga hari ini dan menjadi asbab ana demam selsema. Tika itu teringat akan beberapa perkara sepertimana yang diperingatkan oleh Hadith Nabi seperti di atas... kesakitan dan kesibukan yang ana hadapi menyebabkan ana tak upaya untuk menulis artikel bahkan membalas email sahabat-sahabat...Sebenarnya penulis bukanlah ingin mengulas lanjut tentang "ujian" semata-mata. Kerana penulis telah menyiapkan satu artikel tentang HIKMAH DISEBALIK UJIAN dalam posting bulan Januari 2009... Apa yang ana ingin bawakan di sini ialah tentang satu pertanyaan yang diutarakan kepada ana satu ketika ... "Kak, mane yang lebih utama, zahir ke, batin? hati ke atau luaran?"... Terkedu seketika ana menerima pertanyaan tersebut... jelas dari sinar mata adik yang bertanya disamping pendengar-pendengar yang lain yang hadir pada ketika itu ingin mendapatkan kepastian jawapan daripada ana...kerana adik yang bertanya itu ana lihat sudah mengalami perubahan sedikit demi sedikit semenjak tahun 2007.

Muslimin muslimat yang dirahmati ALlaah...

Nabi Muhammad SollaLlaahu 'alaihi wa sallam telah bersabda (maksudnya):
إن فى الجسد ابن ءادم مضغة إذا صلحت صلح لها سآئر جسده وإذا فسدت فسد لها سآئر جسده ألآ وهى القلب
"Sesungguhnya di dalam jasad anak Adam itu ada segumpal daging. Apabila daging itu baik maka baiklah seluruh jasadnya, apabila daging itu rosak maka akan rosaklah seluruh jasadnya. Ketahuilah...! Dia adalah hati...!

Muslimin muslimat yang ana hormati kerana ALlaah...
Mana mungkin kita membenarkan kenyataan segelintir masyarakat..."Biarlah saya tak pakai tudung dan berpakaian sebegini (tak sempurna cara menutup aurat), yang penting hati saya baik. Saya tak kacau orang... Bukan macam segelintir perempuan tu, pakai je bertudung litup tapi hatinya tak baik"... SIAPA KITA UNTUK MENILAI HATI mereka yang bertudung litup!!! BAHKAN JUGA SIAPA KITA YANG BERTUDUNG LITUP ini dengan mudah menghukum golongan yang tak menutup aurat dengan sempurna ini dengan bermacam-macam tuduhan... Ketahuilah! Hidayah itu milik ALlaah, bila-bila sahaja ALlaah boleh berikan dan tarik balik hidayah daripada sesiapa yang dikehendaki-Nya. Sebagai Muslim, dari segi adabnya, sama-samalah kita mendoakan yang terbaik untuk diri sendiri dan mereka (agar kembali kepada 'aqeedah yang benar dan mentaati segala perintah ALLaah)... Kenyataan ini ("Biarlah saya tak pakai tudung dan berpakaian sebegini (tak sempurna cara menutup aurat), yang penting hati saya baik. Saya tak kacau orang... Bukan macam segelintir perempuan tu, pakai je bertudung litup tapi hatinya tak baik"...) ana dengar sendiri daripada bibir seorang wanita yang ana dan sahabat sangkakan seorang wanita yang bukan beragama Islam... Tika itu ana sedang mengiring peserta-peserta progam dalam satu slot "Ekspedisi Da'wah"... yang mana para peserta diminta untuk membuat kaian dan temu bual kepada orang bukan Islam, untuk bertanyakan pendapat mereka tentang Islam" Setiap kali mereka ditemubual, peserta akan memberi buah tangan (cenderahati dari penganjur) kepada individu yang telah ditemubual...

Selaku fasilitator, ana dan sahabat ana Aslin, hanya melihat sahaja dari jauh telatah mereka, disamping itu teringin juga nak mencuba, jadi ana dan sahabat ana mengambil keputusan untuk membeli buah tangan di salah sebuah pasaraya berdekatan... Kemudian, kami lihat ada seorang wanita cantik yang rambutnya terikat rapi, dengan baju sendat hingga kalau tangannya diangkat akan kelihatanlah ketiaknya, dan dipadankan pula dengan skirt yang panjang... Kami menghampiri wanita tersebut dan bertanya kepadanya tentan pandangannya terhadap Islam... Wanita itu berkata "Islam itu baik". Cuma...lalu dia meluahkan kenyataan sebagaimana yang ana nyatakan diatas tadi. Diakhir komunikasi diantara kami, sahabat ana bertanya "Boleh kami tahu, akak ni agama apa dan bangsa apa?"... "Wanita itu berkata: "Saya Muslim"...(T_T)... Terkedu kami seketika... dan masing-masing berfikir...kerana kesuntukan masa ketika itu lalu kami minta izin berundur diri dan memberi wanita tersebut buah tangan yang telah kami beli di pasar raya tadi... dan kami bersalam-salaman dan memberi lafaz salam.السلام عليكم diakhir pertemuan... yang mana tidak kami ucapkan diawal pertemuan...


Nah! Disini, kita hendaklah melihat skop yang luas!!! Perlu diingat akan kebenaran sabda Nabi Muhammad SollaLlaahu 'alaihi wa sallam dan lihatlah maksud tersirat disebalik yang tersurat akan kejadian yang ana nyatakan di atas...ana tinggalkan sekalian pembaca dengan persoalan...insha'ALlaah ana akan meneruskan penulisan artikel ini secepat mungkin... moga ALlaah memberi kekuatan kepada ana untuk menyiapkan artikel ini...aameen ..Artikel ini telah diedit buat kali kedua... ana mohon maaf dunia akhirat jika posting yang pertama ada mengguris perasaan mana pihak sama ada disedari mahupun tidak... Min ana al-faqiroh wad-dhoifah ila Rabbihi.

BarokaLlaahu fiikum

1 comment: