Saturday, February 7, 2009

SEDEQAH MEMBAWA KETENANGAN HATI

بسم الله الرحمن الرحيم
Segala puji-pujian bagi ALlaah Tuhan Yang Memiliki, Mencipta dan Mentadbir 'Alam ini tanpa ada sekutu bagi-Nya Yang Maha Perkasa, Maha Bijaksana, Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam agar dilimpahkan-Nya kepada junjugan besar, Sayyid al-Anbiya' wa al-Mursalin, Muhammad SollaLlaahu 'alaihi wa sallam, para ahli keluarga Baginda, dan para sahabat Baginda serta para Tabi'ien dan tabi' al-tabi'in seluruhnya. Aameen.

Syukur dan segala puji yang memenuhi langit dan bumi dipanjatkan ke hadhirat Ilahi, atas Hidayah dan Kurnia-Nya, yang telah memberi kesempatan kepada hamba-Nya yang faqir lagi dhoif ini untuk sekali lagi menulis
untuk perkongsian 'ilmu Islam yang haq.

Firman ALlaahu Subhanahu wa Ta'ala dalam surah Al-Baqaroh, ayat 2 -5 yang bermaksud:
"Kitab Al-Qur'an ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertaqwa. (iaitu) bagi mereka yang beriman kepada yang ghoib, yang mendirikan solat, dan menafqahkan sebahagian rezeqi yang Kami anugerahkan kepada mereka dan mereka yang beriman kepada Kitab (Al-Qur'an) yang telah diturunkan kepadamu dan Kitab-kitab yang telah diturunkan kepada sebelummu, serta mereka yaqin akan adanya (kehidupan) akhirat. Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka dan merekalah orang-orang yang beruntung.

Iman dan sedeqah (juga disebut infaq) seringkali disebut berulang-ulang di dalam kitabuLlaah. Iman itu banyak cabang. RasuluLlaah SollaLlaahu 'alaihi wa sallam pernah mengingatkan dalam sabda Baginda bahawa satu daripada cabang iman ialah amalan sedeqah. Cabang iman yang menunjukkan bahawa Islam menganjurkan sifat kasihan belas sesama insan, prihatin dan saling mengambil-berat antara satu sama lain. Umat yang hidup bersatu-padu ibarat "Bagaikan aur dengan tebing". Saling perlu-memerlukan.

Ketahuilah saudara-saudaraku! Amalan sedeqah insha'ALlaah mampu membersihkan hati kita. Dengan bersedeqah, insha'ALlaah kita akan sentiasa dilimpahkan rahmat dan kasih sayang ALlaah, seterusnya mendapat keampunan dan ganjaran di sisi-Nya. Firman ALlaah Subhanahu wa Ta'ala dalam Surah Al-Ahzab, ayat 35 yang bermaksud:
"Sesungguhnya lelaki dan perempuan yang Muslim, lelaki dan perempuan yang Mukmin, lelaki dan perempuan yang tetap dalam ketaatan, lelaki dan perempuan yang bersifat benar, lelaki dan perempuan yang sabar, lelaki dan perempuan yang khusyuk, lelaki dan perempuan bersedeqah, lelaki dan perempuan yang berpuasa, lelaki dan perempuan yang menjaga kehormatannya, lelaki dan perempuan yang banyak menyebut (nama) ALlaah, ALlaah telah menyediakan untuk mereka keampunan dan pahala yang besar.

Bukankah janji ALlaah itu benar? Tidakkah kita sanggup menerima tawaran hebat dari ALlah Yang Maha Pemberi Rezeqi, Maha Pemurah, Lagi Maha Penyayang?

Dalam kita melayari kehidupan dengan penuh keselesaan, sebenarnya masih ramai lagi insan yang memerlukan bantuan kita. Di dalam Al-Qur'anul Kareem KalamuLlaah, banyak terdapat ayat berupa seruan, agar manusia meng'amalkan sikap menginfaqkan rezeqi pada jalan ALlaah. Ketahuilah bahawa dalam rezeqi yang kita perolehi dari ALlaah, hakikatnya sebahagiannya terdapat hak orang lain. Maka itu di dalam syariat Islam, mewajibkan umatnya untuk menunaikan zakat. Bukan sahaja zakat, bahkan 'amalan bersedeqah juga sangat dituntut dalam Islam.

Beberapa hari ini, ana dapat mesej melalui Khidmat Pesanan Ringkas dari beberapa orang sahabat dan kenalan "Sya nk tnya ustazah, bagaimana sya nk kuatkn iman sya? Iman sya umpama air laut yg ada pasang & surut", "akak, knape ana rasa ana ni teruk sgt kak?", "Kak, macam mane sya nk ubah jdi insan solehah, tapi sya rasa diri ini x cukup utk itu, sebab banyak sangat sya buat kesilapan di dunia ini. Mcmmane nk ubah dari mazmumah ke mahmudah?"...

Firman ALlaah Subhanahu wa Ta'ala:

Surah al-Baqaroh ayat 274 yang bermaksud:
"Sesungguhnya orang yang menafqahkan hartanya pada waktu malam atau siang, secara terang-terangan atau sulit. Maka bagi mereka adalah pahala di sisi Tuhan mereka. Nescaya mereka takkan rasa takut dan curiga"

Surah Al-Baqorah ayat 271 yang bermaksud:
"Sekiranya kamu bersedeqah dalam keadaan terang-terangan, itu memang satu perbuatan yang baik, tetapi sekiranya kamu merahsiakan dan beri pada golongan miskin, maka itulah yang paling baik"

Surah Ali 'Imran yang bermaksud:
"Kamu sekali-kali tidak akan mendapat kebaikan (yang sempurna) melainkan kamu menafqahkan sebahagian harta yang kamu kasihi"

Sehubungan dengan itu, salah satu cara untuk menambah keimanan kepada ALlaah ialah dengan cara ber'amal dengan ajaran yang terkandung dalam Al-Qur'an. Antaranya ialah bersedeqah. Dengan bersedeqah, insha'ALlaah akan dapat membersihkan harta dan jiwa kita. 'Amalan sedeqah menzohirkan sifat rendah diri dan rasa simpati kepada yang kurang bernasib baik.

Selain itu, amalan bersedeqah juga dapat memecahkan penyakit-penyakit yang setelah sekian lama "bernanah" di hati antaranya sifat sombong, angkuh, takbur, pentingkan diri dan bakhil.

Bakhil atau kedekut adalah penyakit berbahaya kerana selalunya ia menjadi batu penghalang untuk seseorang itu melakukan kebaikan seperti bersedeqah/ menginfaqkan sebahagian rezeqinya untuk membantu orang lain.

Ketahuilah! Sesungguhnya 'amalan bersedeqah ini menyebabkan ALlaah menambah ganjaran kekayaan berlipat ganda kepada hamba-hamba-Nya yang ikhlas bersedeqah dan ber'amal. Setiap kali kita bersedeqah, sama ada dalam b
entuk kewangan, material, tenaga, dan apa sahaja bentuk (hatta senyuman kepada seseorang dengan niat sedeqah)... akan ada malaikat yang akan mendoakan kita, doanya:
"Ya ALlaah, berilah orang yang menafqahkan harta itu gantian, dan berilah orang yang jarang bersedeqah dengan kemusnahan pada hartanya"

Saudara-saudari yang dihormati kerana ALlaah...
Dengan bersedeqah, insha'ALlaah secara tidak langsung hati juga akan menjadi tenang kerana melakukan sesuatu perbuatan yang ALlaah suka. Tambahan lagi jika orang yang menerima sedeqah kita mendoakan kesejahteraan untuk kita. SubhanaLlaah... berlipat kali ganda rahmat yang akan kita perolehi. Tapi perlu diingat, Sentiasalah tajdid niat ber'amal liLlaahi Ta'ala. Bukankah Nabi Muhammad SollaLlaahu 'alaihi wa sallam pernah memberitahu bahawa tiga perkara yang akan dibawa oleh seorang anak adam itu apabila ia mati, iaitu ilmu yang bermanfaat, sedeqah 'amal jariah dan doa anak yang soleh???

10 KEBAIKAN 'AMALAN SEDEQAH:
DI DUNIA
1. Bersih daripada dosa
2. Bersih hatinya
3. Dijauhkan dari bala
4. Fakir miskin gembira
5. Rezeqi bertambah berkat


DI AKHIRAT
6. Menjadi penaung diri
7. Dimudahkan perhitungan 'amalannya
8. Berat timbangan 'amalkebajikan
9. Mudah menyeberangi titian siratul Mustaqim
10. Ditingkatkan darjat di Syurga

Akhirul kalam, ber'amallah kerana ALlaah. Berusahalah mencari jalan untuk membersihkan hati kita agar sentiasa dalam sakiinah dan antaranya dengan cara ber'amal soleh dengan bersedeqah dengan niat liLlaahi Ta'ala.
Bersedeqah akan memadamkan kemurkaan ALlaah sebagaimana sabda Nabi Muhammad SollaLlaahu 'alaihi wa sallam yang bermaksud:
"Sedeqah yang tak nampak (secara rahsia) memadamkan kemurkaan kemurkaan ALlaah 'Azza wa Jalla"

Sabda Nabi Muhammad SollaLlaahu 'alaihi wa sallam yang bermaksud:
"Sesungguhnya 'amalan sedeqah itu dapat memadamkan kepanasan yang melingkungi ahli kubur (di dalam kubu) dan sesungguhnya orang Mukmin itu akan bernaung (berteduh) di bawah naungan sedeqahnya pada hari akhirat nanti"

(Hadith Riwayat Tabrani dan Baihaqi dan 'Uqbah bin 'Amir)
SEDEQAH MENAMBAH REZEQI ... MEMBAHAGIAKAN HATI

4 comments:

  1. Blog yang dibuat mmg Islamik....bagus,hingga boleh mencair semua ais2 di kutub utara....tp masyaAllah 'Ustaz' Arasyi......kau sendiri mencabul kehormatan wanita muslimah dan menghalalkan perbuatan kau yang haram.....jika apa yg aku katakan ini salah,maka Allah menjadi saksinya...
    Jangan mengajar dan memperbetulkan kesilapan orang lain jika diri sendiri dilaknat Allah kerana dosa2 yg dilakukan...sungguh dunia berada dipenghujungnya...

    ReplyDelete
  2. Yeah...Namanya Muhammad Arasyi Bin Mohd Roslan...tinggal di Temerloh manakala keluarganya di Tmn Amalina Lestari, Raub Pahang.Sejurus beberapa ketika blog ni ditulis, beliau telah berjaya memperdaya seorang muslimah bg menjadi bahan pemuas nafsunya dihotel.Malang sungguh dunia ini...malang juga ummat Islam yg diperdaya oleh org munafiq spt ini...wallahu'alam

    ReplyDelete
  3. Astaghfirullaah'al azhim... adakah kenyataan saudara ini benar.? jika benar, maka saya akan delete terus berkenaan org tu. dah lama saya tak buka email .. tak perasan msj inform awak pd 16 Feb.2011.

    dan saya tak pasti sama ada awak org yg sama yg mhntr komen pd 3 Feb. WaLlahi , saya tak perasan...

    terima kasih atas informasi anda. Moga Allah ampunkan dosa saya. dan smua yg terlibat scara langsung atau tidak... (T_T)

    ReplyDelete
  4. dan untuk makluman, saya bukan Ustaz Muhammad Arasyi...

    ReplyDelete