Sunday, February 8, 2009

ILMU APAKAH YG WAJIB DITUNTUT? SIAPA MUKALLAF?

بسم الله الرحمن الرحيم
Segala puji-pujian bagi ALlaah Tuhan Pencipta dan Pentadbir 'Alam. Dia Maha Bijaksana, Maha Mengetahui dan Dia-lah Yang Maha Berkuasa Mengatur seluruh alam tanpa ada sekutu bagi-Nya. Maha Suci ALlaah dari segala sifat kekurangan. Selawat dan salam buat Penutup Segala Nabi-nabi yang Mulia Nabi Muhammad SollaLlaahu 'alaihi wa sallam, ahli keluarga Baginda, para sahabat Baginda, para Tabi'ien, para waliyuLlaah, para 'ulama yang benar, dan sekalian pejuang dan penyebar risalah Islam yang haq hingga hari Qiamat.

Saudara-saudari yang dirahmati ALlaah...
Islam mengutamakan 'ilmu pengetahuan,
maka disebabkan itulah ayat pertama yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SollaLlaahu 'alaihi wa sallam melalui perantaraan Malaikat Jibril tentang kepentingan menuntut 'ilmu ini sebagaimana dalam firman ALlaahu subhanahu wa Ta'ala dalam surah Al-'Alaq ayat 1:
اقرأ باسم ربك الذى خلق
Maksudnya: "Wahai Muhammad) Dengan nama Tuhanmu Yang Menciptakan (sekalian makhluq)"

Dalam hal ini, Nabi Muhammad SollaLlaahu 'alaihi wa sallam telah bersabda:
طَلَبُ الْعِلْمِ فَرِيضَةٌ عَلَى كُلِّ مُسْلِمٍ
Maksudnya: Menuntut ilmu(yang daruri atau teras itu) adalah wajib ke atas setiap muslim
(Diriwayat oleh al-Bayhaqi)

'Ilmu terbahagi kepada dua iaitu 'ilmu fardhu 'ain dan 'ilmu fardhu kifayah. Telah berkata Hujjatul Islam Imam Ghazali di dalam kitab beliau Ihya' 'Ulumuddin, bahawa 'ilmu itu ada dua:
1. 'Ilmu fardhu 'ain: seperti 'ilmu 'aqeedah dan 'ibadah (WAJIB setiap orang Islam mempelajarinya)
2. 'Ilmu fardhu kifayah: seperti 'ilmu kedoktoran dan perniagaan (mesti ada sebahagian umat Islam yang mempelajarinya)

Bercakap tentang 'ilmu fardhu 'ain... tapi apa dia sebenarnya 'ilmu fardhu 'ain ni? 'ilmu agama ek?

Ketahuilah 'ilmu agama yang dimaksudkan dengan 'ilmu fardhu 'ain ialah kadar 'ilmu yangWAJIB dipelajari bagi setiap individu muslim yang berkaitan dengan 'aqeedah (ilmu i'tiqod), permasalah fekah, hukum-hakam yang berkaitan dengan muamalat bagi mereka yang berurusan dengannya dan selainnya seperti mengetahui perkara-perkara yang berkaitan maksiat-maksiat hati dan anggota seperti lidah dan seumpamanya serta mengetahui secara ringkas berkenaan dengan hukum zakat bagi mereka yang wajib mengeluarkan haji bagi mereka yang mampu.

ALlaah Subhanahu wa Ta'ala telah berfirman:
قُلْ هَلْ يَسْتَوى الَّذِينَ يَعْلَمُونَ وَ الَّذِينَ لاَ يَعْلَمُونَ
Maknanya: “Katakanlah (wahai Muhammad) tidaklah sama orang yang mengetahui dan orang yang tidak mengetahui”.
[Surah al-Zumar: 9]

(Adik2 comei ni belum mukallaf lagi sbb blum baligh)

Siapa dia mukallaf yang dituntut memeluk Islam? dan ber'amal dengan syari'at-Nya?

Mukallaf ialah orang yang baligh lagi ber'aqal yang telah sampai da'wah Islam kepadanya. Seseorang lelaki itu dikira baligh jika berlaku ke atasnya salah satu daripada dua perkara berikut:
1. Keluar air mani
2. Cukup 'umur 15 tahun mengikut hitungan bulan Islam


Manakala bagi perempuan pula jika terjadi ke atasnya salah satu daripada 3 perkara berikut:
1. Keluar mani
2. Keluar haidh

3. Cukup 'umur 15 tahun mengikut bulan Islam


Tetapi bagi mereka yang mati sebelum baligh tidak dikira sebagai mukallaf. Begitu juga bagi orang gila (tidak siuman) dan berterusan dalam keadaan tersebut (gila) sehingga mati. Manakala orang yang baligh tetapi TIDAK SAMPAI kepadanya Usul Da'wah Islam (Khabar tentang penyaksian bahawa Tiada Tuhan yang Layak Disembah KECUALI ALLAAH dan Nabi Muhammad itu PESURUH ALLAAH) juga TIDAK DIKIRA sebagai mukallaf.


Firman ALlaahu Subhanahu wa Ta'ala:
وما كنا معذبين حتى نبعث رسولا

Maksudnya: "Tidaklah Kami (ALlaah) mengazab melainkan selepas utuskan rasul"
(Al-Isra' ayat 17-15)

RasuluLlaah SollaLlaahu 'alaihi wa sallam telah bersabda:
رفع القلم عن ثلاث عن النائم حتى يستيقظ وعن الصبي حتى يحتلم وعن المجنون حتى يعقل
Maksudnya: "Tiga golongan diangkat qalam (tidak dikira sebagai mukallaf) bagi mereka yang tidur sehinggalah terjaga dari tidurnya, bagi kanak-kanak sehinggalah baligh dan orang yang gila sehinggalah dia ber'aqal"
(Hadith diriwayatkan oleh Imam Ahmad)

No comments:

Post a Comment