Thursday, February 26, 2009

ISLAM AGAMA PARA NABI. BACA INI SAHABATKU!

بسم الله الرحمن الرحيم
Segala puji-pujian bagi Allah Tuhan Sekalian 'Alam. Milik-Nya kerajaan langit dan bumi dan di antara kedua-duanya. Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. Maha Suci Allah yang bersifat dengan segala kesempurnaan. Dia wujud tanpa berhajat kepada tempat tidak sebagaimana makhluqNya yang wujud berhajat kepada tempat. Selawat dan salam buat Nabiyullah, khotamunnabiyyin Muhammad SollaLlaahu 'alaihi wa sallam, buat ahli keluarga baginda, para sahabat baginda, para tabi'en, para waliyullah, para 'ulama yang haq, dan sekalian para pejuang kebenaran hingga yaumul qiamah. Aameen.

Seketika terhenti penulisan ana lantaran kata-kata mereka-mereka yang cuba menggunakan bahasa yang sinis bukan melalui cbox sahaja bahkan melalui ym & email... Bila ana fikir-fikirkan, renung-renungkan... ana & sekalian sahabat ahlussunnah wal jama'ah berjuang bukan kerana manusia tapi kerana ALLAH. LIDDA'WAH ILALLAH. Mudah-mudahan dengan penulisan da'wah ini menjadi asbab untuk thabbat dalam perjuangan membela agama Allah dan dimudahkan untuk membimbing sekalian orang-orang yang berada di sekeliling ana, sama ada kaum kerabat, sahabat handai mahupun masyarakat dan ummah.

Hidup di dunia tidak lama dan hanya sementara. Terhentinya nafas ana saat menghembus nafas terakhir, maka terhentilah jari-jemari untuk menaip & menulis artikel da'wah. Bahkan terhentilah sudah kata-kata untuk berbicara dalam menyampaikan da'wah. Tapi ana yaqin, blog ini akan terus berligar-ligar di alam maya, dan akan dibaca oleh sekalian yang beminat untuk membaca dan berusaha untuk memahami kebenaran. Insha'Allah. (Ya Allah, moga penulisan-penulisan menjadi satu bekalan buat ku di alam "sana". (T_T)

Teman...
saat ana membuat kelas tambahan petang tadi untuk pelajar-pelajar ana, rupanyer ada mesej yang masuk dalam inbox h.phne ana daripada seorang pelajar, tingkatan 3 "Ustazah, 1 soalan, kan time zaman Nabi Muhammad Islam tersebar... Nabi yang dulu sebelum Nabi Muhammad Islam kah jue& Nabi itu masuk syurga kah jue...? ana jadi terkesima menerima mesej pelajar tersebut. Kepada para ustaz-ustazah, didiklah & ajarlah anak-anak murid kalian dengan amanah. Jangan mengajar semata-mata kerana ingin menghabiskan silibus matapelajaran, tapi pelajar-pelajar tak berupaya memahami apa yang diajarkan. Lebih-lebih lagi la matapelajaran Pendidikan Islam. Ana tak mengajar kelas tingkatan 3 bagi subjek Pendidikan Islam.

(SEKADAR GAMBAR HIASAN)
Saudara-saudari sekalian dan kepada golongan pendidik bahkan penda'wah...
Didiklah sekalian anak-anak murid dengan amanah. Sampaikan dengan penuh amanah dan tawaddhu'. Dalam tak sedar ...dikhuatiri kita termasuk dalam golongan yang menyembunyikan kebenaran... Ana mengajar Pendidikan Islam bagi sebuah kelas tingkatan 5. Hari pertama ana mengajar (di awal pembukaan musim persekolahan) daripada 17 orang pelajar, hanya 1 orang sahaja yang menunaikan solat fardhu. Astaghfirullaah, apa nak jadi dengan anak bangsa. Dah berusia 17 tahun masih tidak menunaikan solat...

Kepada pendidik, amanahlah dengan 'ilmu, dalam silibus tingkatan 5 Pendidikan Islam, tidak ada lagi tajuk pengajaran tentang cara-cara solat dengan betul. Tapi kerana ingin menghabiskan silibus, kita terlepas pandang untuk mengajar mereka 'ibadah yang penting dalam Islam iaitu SOLAT!!! Ayuh golongan pendidik! Bangkitlah! tak semestinya menyeru kebenaran & mengajar solat ini untuk golongan yang memegang tittle "ustaz, ustazah" sahaja... Bahkan semua golongan pendidik. Guru Kimia ke, guru Sains ke, guru Matematik ke, hatta guru Pendidikan Jasmani pun... Ajarlah anak-anak didik kalian untuk mengenal Allah & Rasul-Nya dengan penuh amanah dan rasa tanggungjawab.. (Maaf jika terguris dengan kata-kata ini... Ana sebenarnya ingin menulis berkaitan Islam Agama Para Nabi...)


Kepada adik-adik pelajar & sekalian pembaca yang dirahmati Allah...
Agama Islam adalah agama para Nabi seluruhnya, bermula daripada Nabi Adam 'alaihissalam iaitu merupakan seorang Nabi dan Rasul, Nabi yang pertama, ayah segenap manusia sehinggalah Nabi terakhir, Nabi Junjungan kita Muhammad SollaLlaahu 'alaihi wa sallam. Semua para pengikut nabi-nabi beragama Islam
.
Orang yang beriman dan mengikuti Nabi Musa 'alaihissallam di masa zamannya disebut muslim Isawi. Dan boleh dikatakan bagi yang beriman dan mengikuti Nabi Muhammad SollaLlaahu 'alahi wa sallam untuk dikatakan Muslim Muhammadi.


ISLAM ADALAH AGAMA YANG MENTAUHIDKAN ALLAH. MENGESAKAN ALLAH. YANG TIDAK MENYAMAKAN DAN MENYERUPAKAN ALLAH DENGAN SIFAT-SIFAT MAKHLUQ &SIFAT-SIFAT YANG TIDAK LAYAK BAGI-NYA...

Agama Islam is the only way of life. Agama yang datangnya dari Allah. Peraturan-peraturannya adalah ciptaan Allah. Sesungguhnya kita manusia adalah ciptaan-Nya dan sudah tentu Islam agama Allah Al-Khaliq jualah yang LEBIH BERHAK untuk kita ikuti. Dalam Islam terkandung syariat yang sudah tentu sempurna yang membawa kesejahteraan bagi umatnya, bukan sahaja mendatangkan kebahagiaan di dunia bahkan di akhirat jua. Abadan abada
إن الدين عند الله الإسلام
Firman Allah yang bermaksud: "Sesungguhnya agama yang diredhoi Allah hanyalah agama Islam"
(Surah Ali'Imran, ayat 19)

Ditegaskan dalam al-Qur'an bahawa Nabi seluruhnya adalah Muslim. Sebagaimana Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala dalam ayat-ayat berikut:

1. Tentang Nabi Ibrahim 'alaihissallam
: Maksudnya:
ما كان إبراهيم يهوديا ولا نصرانيا ولكن كان حنيفا مسلما وما كان من المشركين
Ibrahim bukan seorang Yahudi dan bukan pula seorang Nasrani, akan tetapi dia adalah seorang yang jauh dari syirik dan kekufuran dan seorang muslim. Dan sekali-kali bukanlah dia termasuk orang-orang musyrik"
(Surah Ali'Imran: 67)

2. Tentang Nabi Sulaiman 'alaihissallam:
إنه من سليمان وإنه بسم الله الرحمن الرحيم. ألا تعلوا علي وأتوني مسلمين
Maksudnya: "Sesungguhnya surat itu, dari Sulaiman dan sesungguhnya (isi)nya; Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Bahawa janganlah kamu sekalian berlaku sombong terhadapku dan datanglah kepadaku sebagai orang-orang yang memeluk Islam"
(Surah An-Naml:30-31)

3. Tentang Nabi Yusuf 'alaihissallam:
Maksudnya:
توفني مسلما وألحقني بالصالحين
"... Wafatkanlah aku dalam keadaan muslim dan gabungkanlah aku dengan orang-orang yang soleh"
(Surah Yusuf, ayat 101)

4. Tentang Nabi Isa 'alaihissallam:
فلما أحس عيسى منهم الكفر قال من أنصري إلى الله قال الحواريون نحن أنصار الله ءامنا بالله واشهد بأنا مسلمون
Maksudnya: "Maka tatkala Isa mengetahui keingkaran mereka (Bani Israil) berkatalah dia: "siapakah yang akan menjadi penolong-penolongku untuk (menegakkan agama) Allah.?"Para Hawariyyun (sahabat-sahabat setia) menjawab: "kamilah penolong-penolong (agama) Allah. Kami beriman kepada Allah dan saksikanlah bahawa sesungguhnya kami adalah orang-orang Muslim"
(Surah Ali'Imran, ayat 52)

Dan masih banyak lagi ayat-ayat yang lain yang terkandung di dalam Al-Qur'an yang menunjukkan bahawa agama semua para Nabi adalah ISLAM dan bahawa mereka adalah orang Muslim
. Perbezaan antara mereka adalah terletak pada syari'at-syari'at yang mereka bawa.

Firman
Allah Subhanahu wa Ta'ala: Maksudnya:
لكل جعلنا منكم شرعة
"...Untuk tiap-tiap umat di antara kamu (umat Muhammad dan umat-umat sbelumnya) Kami berikan peraturan dan jalan yang terang:
(Surah Al Ma'idah, ayat 48)

Dalam ayat ini menyatakan masing-masing umat mengikuti syari'at tersendiri, Allah TIDAK MENYATAKAN mereka masing-masing memiliki ad-Diin, agama yang tersendiri.

Telah bersabda RasuluLlaah SollaLlaahu 'alaihi wa sallam:
الأنبياء إخوة لعلات دينهم واحد وأمهاتهم شتى
Maksudnya: "Para Nabi bagaikan saudara seayah (dari sisi) Agama mereka satu (iaitu ISLAM) dan Ibu-ibu (syar'iat-syari'at) mereka berbeza-beza"
(Hadith Riwayat Al-Bukhari)

Ketahuilah! Bahawa Para Nabi dan Rasul adalah ma'sum dan sentiasa terpelihara diri mereka daripada perbuatan-perbuatan yang tercela... dan JANNAH (SYURGA) bagi mereka abadan abada..

P/s: Artikel ini merujuk kepada www.darulfatwa.org.au dan diedit oleh tuan blog (nurjannah saifullah). Artikel ni dah diedit. Syukran. BaarokaLlaahu fiikum

Monday, February 23, 2009

CARILAH KEBERKATAN DALAM KEHIDUPAN

بسم الله الرحمن الرحيم
Segala puji-pujian bagi Allah Tuhan Yang Memiliki, Mencipta dan Mentadbir 'Alam ini tanpa ada sekutu bagi-Nya Yang Maha Perkasa, Maha Bijaksana, Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Dia-lah Yang Memberi Rezeqi kepada hamba-hamba-Nya. Milik-Nya apa sahaja yang ada di langit dan di bumi. Selawat dan salam agar dilimpahkan-Nya kepada junjugan besar, Sayyid al-Anbiya' wa al-Mursalin, Muhammad SollaLlaahu 'alaihi wa sallam, para ahli keluarga Baginda, dan para sahabat Baginda serta para Tabi'ien dan tabi' al-tabi'in seluruhnya. Aameen.



Islam sebagai agama yang membawa kesejahteraan kepada sekalian umat manusia. Segala syari'at yang terkandung di dalam Islam merangkumi pelbagai aspek kehidupan. Islam adalah satu-satunya agama yang diredhoi Allah. Artikel kali ini ingin membicarakan tentang KEBERKATAN...

Islam sangat menitikberatkan keberkatan dalam pelbagai aspek kehidupan agar umatnya berupaya menjadi umat yang cemerlang bukan sahaja di dunia bahkan beroleh kebahagiaan di akhirat kelak. Maka itu adalah menjadi kewajipan sebagai muslim untuk berusaha mengamalkan syari'at yang telah ditetapkan agar kelangsungan kehidupan di dunia dan di akhirat sentiasa dalam keberkatan.
Firman Allah 'Azza wa Jalla:

Maksudnya:
"Dan sekiranya penduduk negeri itu beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami), lalu Kami timpakan mereka dengan 'azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan"


"Berkat" berasal daripada perkataan bahasa 'Arab yang membawa maksud rahmat, manfaat, bahagia, berhasil, cukup dan tuah.

Kita sering mendengar pepatah mengatakan "Rezeqi yang berkat sekiranya sedikit, mencukupi dan kalau banyak memberi manfaat dari dunia hingga ke akhirat"

Sesuatu yang berkat ialah sesuatu yang mendatangkan rahmat, kebahagiaan, tuah, hasil yang baik, manfaat yang banyak dan bahkan akan mendapat ketenangan dan kemuliaan di dunia dan di akhirat. Sebagai contoh'; seorang wanita atau isteri yang berkat, bukan sahaja memberi ketenangan kepada si suami, anak-anaknya, dan kaum kerabatnya, bahkan juga kepada masyarakat dan negaranya... Bukan itu sahaja bahkan wanita yang berkat akan sentiasa tampil di tengah masyarakat berperanan dalam amar ma'ruf nahi mungkar bersama golongan yang benar dalam menyelamatkan umat daripada kesesatan dan perkara-perkara yang membawa kerosakan dalam masyarakat. (Kepada muslimah, jom sama-sama kita mendidik diri menjadi wanita yang berkat (T_T).

Telah berkata cendikiawan:
"Wanita adalah tiang negara, apabila wanita itu baik, maka baiklah negara itu dan apabila wanitanya rosak, maka rosaklah negara tersebut"

Begitu juga perumpamaan bagi seorang sahabat yang baik yakni yang "berkat", peribadinya akan terkena tempiasnya kepada orang yang berada di sekelilingnya. Sebagaimana Sabda Nabi Muhammad SollaLlaahu 'alaihi wa sallam yang bermaksud:
“Sesungguhnya perumpamaan teman yang baik dengan teman yang buruk, seperti penjual minyak wangi dan tukang besi, adapun penjual minyak wangi, maka kemungkinan dia memberi mu hadiah atau engkau membeli darinya atau mendapatkan harumannya, adapun tukang besi, maka boleh jadi ia boleh membakar pakaian mu, atau engkau menemukan bau yang hanyir”
(HR Bukhari: 2101, dalam Sahihnya, Muslim: 6653, dalam Sahihnya, dengan sanad sahih)

Di dalam Al-Qur'an dan Hadith Nabi Muhammad SollaLlaahu 'alaih wa sallam seringkali disebut perkataan berkat antaranya:

1. Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala dalam surah Al-Isra', ayat 1:
Maksudnya:
"Maha suci Allah Yang telah menjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), Yang Kami berkati sekelilingnya untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui

2. Nabi Muhammad SollaLlaahu 'alaihi wa sallam membaca do'a untuk sahabat yang bernikah:
Justify Fullبارك الله لك وجمع بينكما في خير
"Allah berkatilah kamu dan himpunlah mereka berdua (pengantin) di dalam kebaikan.
(Hadith Riwayat Tirmizi)

3. Dalam do'a qunut subuh kita membaca:
وبارك لنا فيما أعطيت
"Dan berkatilah apa yang Engkau berikan kepada kami"
(Hadith Riwayat Ibnu Khuzaimah)

4. Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala dalam surah Al-An'am, ayat 155:
"Dan ini sebuah Kitab (Al-Qur'an) yang Kami turunkan, yang ada berkatnya (banyak manfaatnya). Oleh itu, hendaklah kamu menurutnya; dan bertaqwalah (kepada Allah), mudah-mudahan kamu beroleh rahmat"

Sesuatu yang berkat akan memberi manfaat dan kebaikan di dunia hingga di akhirat. Sebagai contoh: makanan yang berkat memberi kepuasan, kesihatan, ketenangan dan kekuatan untuk melakukan segala kebaikan. Sebaliknya, makanan yang tidak berkat seperti makanan hasil curi atau tidak dimulakan dengan BismiLlaah, maka si pemakan itu menjadi malas melakukan kebaikan.

Perkataan "berkat" tidak ada dalam kamus kehidupan orang-orang kafir sebagaimana orang-orang Barat (yang kafir). Sebab itu walaupun negara mereka maju tetapi mereka sentiasa membuat kerosakan dan mudharat bahkan ada dalam kalangan mereka dilaknat oleh Allah di dalam Al-Qur'an. Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala dalam surah Al-Ma'idah, ayat 78:
"Orang-orang kafir Yahudi dari Bani Israel telah dilaknat (di dalam Kitab-kitab Zabur dan Injil) melalui lidah Nabi Daud dan Nabi Isa Ibni Maryam. Yang demikian itu disebabkan mereka menderhaka dan selalu menceroboh"

Oleh itu, ana menyeru diri ana sendiri dan sekalian para pembaca... Didiklah diri kita menjadi muslim yang sejati, yang mana kehadiran kita membawa berkat kepada orang-orang sekeliling. SubhanaLlaah , alangkah indahnya dan beruntungnya seseorang itu, jika dipandang akan dirinya... maka kita akan teringat pada Allah. .. Bila didekati dirinya, kita juga semakin termotivasi untuk mencontohi peribadi mulianya... Marilah kita bersama-sama mencari sumber-sumber yang mendatangkan keberkatan dalam diri kita.

"Ya Allah, berkatilah umurku, berkatilah rezeqi-rezeqi yang Engkau pinjamkan kepadaku, termasuk jua anak zuriat keturunan ku dan kaum kerabat dan sahabat-sahabatku serta Engkau berkatilah kehidupanku di dunia dan di akhirat abadan abada. Aameen"

P/s AlhamduliLlaah artikel ni dh diedit sebagaimana yg ana janjikn masa posting pertama. Ana dh tmbah kalimah 'arab, ayat-ayat Al-Qur'an & gmbar2 yg ssuaii. Insha'Allah, dalam artikel (yang lain) ana akan tulis berkenaan sumber-sumber keberkatan. Sebahagian penulisan artikel ini ana tulis dan juga merujuk kepada Kitab 21 Rahsia Mendapat Keberkatan Ilmu yang dikarang oleh Ustaz Mohd Kamal Bin Mohd Said, Mudir Madrasah Arabiah Kluang, Johor. Boleh hubungi beliau di talian 019-7681405. e-mail: kamalsaid66@gmail.com.

Friday, February 20, 2009

FANATIK PROGRAM REALITI TV! APA YANG KALIAN INGINKAN???

Dengan nama ALlaah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Segala puji-pujian milik ALlaah Yang Maha Perkasa, Maha Bijaksana, Maha Penerima Taubat, Maha Pemberi Rezeqi, Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Selawat dan salam buat Nabi yang agung Nabi Muhammad SollaLlaahu 'alahi wa sallam, buat ahli keluarga Baginda, para sahabat Baginda, dan sekalian para pengikut dan penyampai kebenaran hingga hari qiamat... Aameen...
Cuba lihat gambar-gambar di bawah... Apa sebenarnya yang kalian ingin cari??? Kemewahan dunia??? Nikmat harta??? Untuk apa semua ini?

Tidakkah kalian sedar bahawa perbuatan kalian mngundang kemurkaan ALlaah??? Percampuran antara lelaki dan wanita??? Bahkan aksi-aksi anda (khususnya bagi wanita) tidak wajar dipertontonkan kepada mata-mata manusia apatah lagi insan yang bergelar lelaki..


Bebaskan bakat? bakat apa? bakat superstar? sampai mana je kita boleh bawa nikmat bakat-bakat yang disalahgunakan ni?

Saat-saat yang mendebarkan... peserta akan disingkirkan daripada meneruskan pengajian di Akademi Fantasia... Untuk apa kalian membazirkan air mata hanya kerana perkara-perkara sedemikian... Bukankah lebih mulia jika air mata yang mengalir lantaran takut kepada ALlaah dan mengharapkan keampunan dan keredhoan-Nya??? menangis kerana mengingati akan amaran dan ancaman ALlaah atas 'amalan-'amalan yang dilakukan dan menangis kerana kerana mengingatkan saat menghadapi hari yang pasti akan dilalui oleh semua orang???

Insaflah! Dunia ini hanya sementara... Kehidupan akhirat jua yang kekal abadi. Manfaatkan usia muda dengan sebaik-baiknya... Kepada yang layak bergelar datuk dan nenek... Jangan menyertai program sebegini. Program Realiti TV seperti Akademi Fantasia, Malaysian Idol, dan yang seumpama dengannya bukan boleh membawa manusia mengingati Allaah dan mengingatkan kematian... Bahkan melalaikan dan menjauhkan diri dari rahmat ALlaah... Jangan mengundang bala ALlaah...
Kan lebih baik kalian mengikuti dan menonton rancangan seperti Akademi Al-Qur'an (TV9), Mari Bertarannum (TV9), beberapa rancangan dalam Astro Oasis dan yang seumpama dengannya yang membawa kita untuk mengingat ALlaah dan kembali m
engamalkan agama ALlaah Islam yang suci ini.

Kembalilah kepada syariat ALlaah. Ingatlah! kita dimuliakan oleh ALlaah dengan Islam, dan kita juga akan dihina jika menanggalkan syariat Islam dalam kehidupan kita. Na'uuzubiLlaahi min zalik

RENUNGAN:
Nabi saw bersabda: “Seandainya Bani Adam itu mempunyai harta sebanyak dua lembah, dia akan mencari yang ketiga. Dan tidak ada sesuatu yang bisa memenuhi perut Bani Adam selain tanah(kematian). Dan Allah menerima taubat sesiapa sahaja yang mahu bertaubat” (HR Bukhari, no 6436)

P/s:Artikel ini akan diupdate sedikit masa lagi...insha'ALlaah...