Friday, February 13, 2009

KELEBIHAN MENGETAHUI & MEMAHAMI ILMU TAUHID

بسم الله الرحمن الرحيم
Segala puji-pujian bagi ALlaah Robbul 'Izzati, Yang Maha Kuasa, Yang Mencipta dan Mentadbir 'alam ini. Apa-apa sahaja yang ada di langit mahupun di bumi dan di antara keduanya, semua itu juga adalah milik ALlaah, makhluq ciptaan ALlaah. Maha Suci ALlaah dari segala sifat kekurangan dan Maha Suci ALlaah yang bersifat dengan segala sifat kesempurnaan. Selawat dan salam buat Penutup dan Penghulu segala Nabi-nabi yakni Nabi Muhammad SollaLlaahu 'alaihi wa sallam, ahli keluarga Baginda, sahabat-sahabat Baginda, para Tabi'en, para pejuang kebenaran sepanjang zaman hingga hari qiamat.

Ketahuilah saudara-saudari yang dihormati kerana ALlaah...
Ilmu Tauhid adalah merupakan 'ilmu pengetahuan yang paling utama untuk dipelajari oleh semua mukallaf. Melakukan 'amalan 'ibadah kepada ALlaah Subhanahu wa Ta'ala tetapi tidak didahului dengan pengajian 'ilmu tauhid atau 'aqeedah adalah salah satu satu langkah yang boleh menjerumuskan seseorang itu ke dalam kejahilan dan kesesatan yang berterusan, dan kemungkinan boleh membawa kepada kekufuran. Jika seseorang itu membiarkan dirinya berterusan dalam kejahilan, seolah-olah tidak mahu berusaha untuk mendapatkan hidayah ALlaah. Hidayah ALlaah bukan boleh datang bergolek. Ia perlu dicari dengan segala usaha, ikhtiar, doa dan tawakkal kepada ALlaah.

ALlaah Subhanahu wa Ta'ala telah menyuruh hamba-hamba-Nya agar mengenali diri-Nya sebelum melakukan 'amalan 'ibadah kepada-Nya. Firman ALlaah Subhanahu wa Ta'ala:

فاعلم أنه لاإله إلا الله واستغفر لذنبك
Maksudnya: "Maka ketahuilah, sesungguhnya tidak ada Tuhan kecuali ALlaah dan mintalah (pengampunan dari ALlaah) atas dosamu"
(Surah Muhammad, ayat 19)

Dalam ayat ini telah didahului dengan pengenalan tentang pengenalan bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan ALlaah sebelum seseorang itu beristighfar dan melakukan 'amalan 'ibadah yang lain. Istighfar sebelum mengenali-Nya adalah sia-sia. Alangkah ruginya jika seseorang itu ber'amal dalam keadaan tetap membiarkan dirinya dalam kejahilan dan tidak tahu tentang pengEsaan ALlaah Subhanahu wa Ta'ala.

Teringat lirik lagu nasyid kontemporari dari sebuah kumpulan (yang ana tak ingat gak kumpulan pe)... maaf
Tidur orang yang ber'ilmu adalah lebih baik...
Solat sunat orang yang tak ber'ilmu...

(bagus nasyid ni... memperingatkan kita bahawa tidurnya seseorang yang ber'ilmu itu adalah lebih baik dari orang yang banyak melakukan 'amalan sunat tetapi jahil... kerana orang yang ber'ilmu itu tadi, tidur dalam keadaan ber'ilmu.. misal kata, dia tidur penuh adab sesuai dengan 'ilmu yang dipelajarinya)

Oleh yang demikian, setiap mukallaf perlu berusaha untuk menuntut 'ilmu Tauhid agar 'amal 'ibadah kita diterima oleh ALlaah Subhanahu wa Ta'ala. 'Ilmu Tauhid adalah satu 'ilmu yang membawa insan untuk mengenali ALlaah 'Azza wa Jalla atas apa yang layak bagi ALlaah, mengenali Nabi dan Rasul-rasul-Nya, mensucikan ALlaah Ta'ala dari sifat kekurangan yang tidak layak dan tidak sewajarnya disandarkan kepada ALlaah, dan membebaskan para Nabi dari tuduhan yang tidak layak terhadap mereka. 'Ilmu Tauhid lebih afdhal daripada 'ilmu yang bersangkutan dengan hukum-hakam.

Kata Imam Abu Hanifah dalam kitabnya Fiqhul Absot:
إعلم أن الفقه في الدين أفضل من الفقه في الاحكام
Maknanya: "Ketahuilah bahawa 'ilmu tauhid itu lebih baik dari 'ilmu yang berkaitan dengan 'ilmu hukum-hakam"

Ketahuilah saudara-saudari yang dirahmati ALlaah...
Melalui kefahaman 'ilmu Tauhid, pegangan 'aqeedah seseorang itu akan menjadi mantap, keimanan dan keyakinannya semakin kukuh serta tidak akan mudah diselewengkan oleh golongan-golongan yang rosajk 'aqeedahnya. Bukan itu sahaja, bahkan individu yang kuat pegangan 'aqeedahnya akan dapat benar-benar merasai dan menjiwai penderitaan saudara-saudara Islam yang lain walau di mana sahaja mereka berada. Maka dengan itu, marilah kita bersama-sama mempelajari 'ilmu Tauhid daripada guru-guru yang mursyid, yang jiwanya benar-benar mengagungkan ALlaah dan yang tidak menyerupakan dan menjisimkan atau menyamakan ALlaah dengan makhluq... Insha'ALlaah kita juga akan 'terkesan' dengan peribadi guru yang mursyid itu.

PERKASAKAN 'AQEEDAH
MANTAPKAN 'IBADAH
HIASI DIRI DENGAN SIFAT MAHMUDAH
JAUHKAN DIRI DARI SEGALA MAZMUMAH

2 comments:

  1. salam ukhwah fisabilillah...terlalu bnyk perkara yang sebenarnya merosakkan aqedah kita.ana pn br mengetahuinya..terima kasih pd nurjannah kerana byk menyiarkan hujah tentang wahhabi dan ahlusunnahwaljamaah.bkn juga semua org berani utk memohon kemaafan secara terbuka.(tahniah ana ucapkan, mohon jangan riya')sejujurnya ana sendiri kurang faham dengan pembahagian 3tauhid tersebut semasa di dlm usrah.km di ingatkan agr jgn membincangkan hgga merosakkan aqedah.tp menjadi masalah bila perkara ni dibincangkan di dalam usrah bl ana diberi tanggungjawab menjadi naqibah.pd pendapat ana perkara ini sememangnya baru dan memerlukan perhatian dan perbincangan pada ahli yang arif dalam hal ini dan dihebahkan kepada seluruh masyarakat Islam..ini tanggungjawab kita sebagai da'ie d muka bumi Allah swt.wallahu'alam.(mohon kemaafan di atas segala kedhaifan pd pandangan ana ini.)

    ReplyDelete
  2. wa'alaykassalaam. syukran ya ukhti atas peringatan yg tulus dr enti.. moga ALlaah sentiasa meluruskan niat kita dlm mnyampaikan da'wah ilaLlaah... Bukan pujian yg didambakn tpi redho dan rahmat ALlaah jua mnjadi harapan dlm khidupn.

    salam ukhuwwah fiLlaah min ana al-faqiroh waddhoifah ilaLlaahsyukran ya ukhti

    ReplyDelete