Monday, April 25, 2011

SIRR DAN HAZAR DALAM GERAKAN ISLAM

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang.Yang Menciptakan semua makhluqNya atas qudrat dan 'iradatNya. Segala pujian hanya layak untuk Allah Subhanahu wa Ta'ala Tuhan semesta 'alam. Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad Sollaahu 'alaihi wa sallam Rosul akhir zaman, ahli keluarga Baginda, para sahabat radiyallahu 'anhum & sesiapa sahaja yang mengikut mereka dengan ikhlas sehinggalah hari kiamat.

Assalaamu'alaykum wa rahmatullaahi wa barakatuh...
Kaifa halukum sahabat2 seperjuangan di luar sana? Moga kita sentiasa beroleh taufiq hidayah Allah untuk bersama-sama mereka yang istiqomah memperjuangkan orang Islam pada jalan yang haq...

Syukur pada Mu ya Allah ku panjatkan kepada-Mu... dengan inayah taufiq hidayah Allah, akhirnya setelah berbulan tak dapat update blog, pada hari ini Allah beri kekuatan dan kesempatan berkongsi sedikit ilmu yang telah dikongsikan bersama sahabat-sahabat yang telah menjemput ana memberi ceramah baru-baru ini pada 16 April 2011 yang bertajuk SIR DAN HAZAR DALAM GERAKAN ISLAM... masuk ini dah 3 kali ana diminta tajuk yang sama. Oleh kerana banyak permintaan untuk tajuk yang sama, maka itu ana rasa terpanggil untuk berkongsi inputnya di dalam blog ana yang usang ini...

Apabila disebut perkataan SIR...dari segi bahasanya maksudnya ialah RAHSIA...Dari segi istilah, maksudnya ialah sikap berahsia daripada menceritakan kepada orang lain tentang sesuatu... BIARLAH RAHSIA kata orang...

Sebelum ana meneruskan coretan ana di sini, ana nak tanya, pernah tak orang tanya pada kita, tapi kita tak nak orang lain tahu tentang cerita atau sesuatu yang ada pada kita itu. Kita cuba bersungguh-sungguh menyimpannya sebaik-baiknya. Takut orang lain tahu. Takut orang lain akan ambil kesempatan, takut orang akan buat itu buat ini kat kita, buat bukan-bukan kat kita??? Macam2 lagi gambaran takut yang memomokkan diri kita...

Oleh itu, bermacam-macamlah teknik, strategi dan cara yang kita lakukan untuk memastikan "apa yang kita simpan itu" tidak jatuh ke tangan atau pengetahuan orang lain.Pendek kata berhati-hati dan berwaspada...Inilah yang dikatakan KONSEP HAZAR.

Saidina Ali ada berkata; “Suatu kebatilan yang tersusun akan dapat mengalahkan kebenaran yang tidak tersusun”.

Secara kesimpulannya bahawa teknik dan strategi yang mantap dan tersusun amat penting jika kita ingin kejayaan dalam meneruskan kerja-kerja Islam.

Hazar dari segi bahasa Hazar bermaksud menjaga, mengumpul, dan menghimpun, tersembunyi, tersimpan, dan hati-hati. Manakala dari segi istilah Hazar ialah suatu sikap berhati-hati dengan menjaga & menyimpan maklumat-maklumat serta himpunan rahsia dari segi perkara yang menakutkan & dari orang-orang yang benci kepadanya. Sikap ini disebut sebagai waspada.
Muslimin muslimat yang dirahmati ALlah...
Bukan semua orang yang suka kepada kita. Bukan semua orang suka apa yang kita buat. Bukan semua orang suka kita duduk dalam saff perjuangan Islam. Kadangkala kaum keluarga kita sendiri tak suka dengan apa yang kita buat, termasuklah ibubapa kita. Mungkin ibu bapa dan keluarga sesuatu yang buruk boleh berlaku pada kita jika kita buat kerja-kerja Islam atau terlibat dalam jemaah Islam. Pendek kata, tak ramai yang suka apa yang kita buat jika perjalanan kita menepati jalan yang haq. Ramai yang dengki, ramai yang benci, ramai yang takut dengan apa yang kita buat.

Oleh itu, pelbagai cara yang dilakukan oleh pihak2 yang kita anggap memusuhi kita membuat perancangan untuk menjatuhkan kita, merosakkan kerja da'wah kita, serta tidak kurang yang berusaha untuk menggagalkan rancangan kita. Semua ini dibuat demi melempiaskan nafsu mereka yang sibuk mengejar dunia, yang tidak mahu tunduk dengan syariat Allah, dan takut dengan perkara-perkara yang tidak nyata. Secara ringkasnya, pelbagai cara yang digunakan untuk menyekat kerja-kerja da'wah Islam.



Pun begitu, ketahuilah inilah sunnatulah dalam perjuangan. PASTI ada sahaja cabaran, mehnah dan tribulasi yang perlu kita hadapi... Disebalik kebencian sesetengah pihak kepada mereka yang berjuang pada jalan ALlah, lebih ramai lagi yang sangat gembira dengan kehadiran kita di dalam arena perjuangan Islam ini... pendek kata TIDAK SEDIKIT yang menyukai golongan yang memperjuangkan Islam, golongan yang duduk bersama saff perjuangan Islam.

Oleh kerana terdapat pihak yang tidak menyukai individu-individu yang berjuang bersama golongan yang memperjuangkan Islam maka itu KONSEP SIR DAN HAZAR perlu diterapkan... Jangan terlalu boros dalam menyampaikan maklumat sehingga sampai satu tahap kerja-kerja da'wah Islam disekat oleh pihak-pihak tertentu.

Hazar (waspada) diambil adalah berdasarkan kepada kajian terhadap suatu kesan, impak yang menimpa pada individu mahupun jemaah jika sesuatu perbuatan atau tindakan itu dilakukan. Jemaah sering menekankan agar angggotanya sentiasa mengamalkan konsep SIR DAN HAZAR bagi tujuan untuk mengurangkan akibat menimpa jemaah dan diri individu dalam jemaah.
Tapi apa yang menyedihkan dan mengecewakan ialah apabila ramai yang salah faham terhadap konsep SIR DAN HAZAR DALAM GERAKAN ISLAM... Sehingga ramai takut dengan bayang-bayang sendiri, takut nak menjalankan kerja-kerja Islam, ramai yang berputus asa dan membuatkan mereka hanya menyerahkan kepada taqdir tanpa berusaha dengan kesungguhan.

Akibat daripada tertipu dengan ungkapan HAZAR (Waspada), maka ramai yang tidak boleh bergerak, sehingga tidak dapat keluar dari kepompong kehinaan, kejahilan, dan kelemahan. Semuanya akibat daripada momokkan PERASAAN TAKUT YANG MENYELUBUNGI DIRI... sehinggakan ramai dalam kalangan penggerak Islami lari daripada medan jihad yang menjadi kewajipan mereka. Bermacam-macam alasan yang kita dengar daripada sahabat-sahabat yang selama ini duduk dan bergerak bersama...antara alasan yang sering disebut-sebut...takut dipecat, takut diambil tindakan, terikat dengan akujanji, dan seumpamanya yang semuanya bermain dengan alasan.

Ketahuilah sahabat-sahabat yang dihormati pada jalan ALlah...
Waspada seharusnya menambahkan lagi kecekalan kita dalam meneruskan perjuangan Islam. Sebab kita tahu bahawa jatuh bangun kerja kita berdasarkan kepada pengalaman kita yang memerlukan perancangan yang teliti. Berwaspada hendaklah kena pada tempatnya. Salah letak sikap waspada, maka kesannya boleh mendatang kerugian kepada dakwah Islam yang seterusnya.

Orang-orang yang jahil yang tidak mengetahui konsep sir dan hazar dengan betul akan menjadi berani tidak bertempat, takut tidak berwaktu. Orang yang tidak mengamalkan hazar dalam perjuangan mereka kerana mereka tidak pernah mengalami kesukaran sebagaimana para pejuang-pejuang Islam alami. Orang-orang jahil yang saban harinya diulit dengan kesenangan, kekenyangan, dan kemudahan tidak ada apa yang ditakuti dan dicemburui kerana mereka tidak pernah membawa panji-panji dakwah Islamiyyah.
Sahabat-sahabat yang diingati kerana Allah...
Lihatlah apa yang dialami oleh pejuang-pejuang Islam sehingga mutakhir ini, para pejuang Islam akan sentiasa diburu, dibunuh, dipenjarakan, diseksa, ditekan, dan ditohmah dengan berbagai-bagai tohmahan. Inilah yang mendewasakan pejuang Islam dan amalan hazar ini akan menjadikan gerakan Islam sentiasa bernafas dan bergerak setiap zaman.

JOM TENGOK DAN HAYATI MAKSUD LAGU NI...

p/S: Mohon maaf atas salah silap. Semoga perkongsian ilmu ini menjadi ilmu yang bermanfaat buat kita. aameen