Friday, January 30, 2009

SEMINAR PEMBINAAN UMMAH DAN MEMBASMI MURTAD, 7.FEB.09



CENTRE FOR FOUNDATION STUDIES


INTERNATIONAL ISLAMIC UNIVERSITY MALAYSIA

"SEMINAR PEMBINAAN UMMAH
&
MEMBASMI MURTAD"


THEME:
Mengurangkan Kekeliruan, Mengukuhkan Kefahaman"

TARIKH:

7
th February 2009 /12 H 1430 صفر

VENUE:
Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur


ORGANIZED BY:
MAHALLAH REPRESENTATIVE COMMITTEE (MRC)
ALL MAHALLAH IN PETALING JAYA & NILAI CAMPUS
FOUNDATION STUDENTS COORDINATION COUNCIL (FSCC)

IN COLLABORATION WITH:

JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)
JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN (JAWI)
YAYASAN SOFA NEGERI SEMBILAN

PROGRAMME DETAILS

SEMINAR PEMBINAAN UMMAH DAN MEMBASMI MURTAD


TIME

ACTIVITIES

7.30 A.M.

Arrival of participants

7.45 A.M.

Arrival of speaker and VIPs

1. VIPs

- Mufti Wilayah Persekutuan

- Pengarah JAKIM

- Penaung Yayasan Sofa Negeri Sembilan

(Dato’ Syed Omar bin Abdul Qadir al-Aidrus)

8.15 A.M.

Opening remarks by Master of Ceremony

Al-Qur’an Recitation

Speech by Dato’ Syed Omar b. Abdul Qadir

Launching by Ketua Pengarah JAKIM

Multimedia Presentation

9.15 A.M.

Breakfast

9.45 A.M.

Talk 1

-Ust. Hj. Zamihan Hj Mat Zin

( Peranan Mahasiswa Dalam Memahami serta Membanteras Penyelewengan Agama dan Gejala Murtad )

10.45 A.M.

Break

11.00 A.M.

Talk 2

- Ust. Hj Mahfuz Bin Muhammad

( Kesamaran yang Perlu Dijelaskan dalam Memahami Agama )

12.45 A.M.

Lunch and Zuhr Prayer

2.00 P.M.

Talk 3

-Ust. Ahmad Faidzurrahim

( Pegangan Jitu Seorang Muslim )

3.15 P.M.

Break session

4.30 P.M.

Sesi Suai Kenal bersama Ulama’

- Tausiyah by al-Mukarram Syeikh ‘Afeefuddin al-Jailani

-Tausiyah by al-Habib ‘Ali Zaenal Abidin al-Hamid

- Special performance by Qasidah Group from Yayasan Jenderam

PROGRAMME DETAILS

SPECIAL TALK

مفاهيم يجب أن تصحح

(TOWARDS A UNDERSTANDING OF ISLAMIC FAITH)

7.45 p.m. : Arrival of participants, VIPs and speakers

1) VIPs

- Dean of CFSIIUM

- Deputy Dean of all departments

- Tuan Mohd. Shukor Bin Sabudin( Yang Di Pertua Yayasan Sofa Negeri Sembilan )

2) Speaker - Syeikh Muhammad Fuad b Kamaluddin al-Maliki

: Ratib Haddad Recitation-lead by al-Habib Ali Zaenal Abidin al-Hamid

8.15 p.m. : Opening Remarks by MC and Al-Qur'an Recitation

9.15 p.m. : Talk Begins

11.00 p.m. : Question & Answer Session

11.15 p.m. : Maulid Daiba’ie Recitation - Lead by Qasidah Nabawiyyah As-Sofa Group

(Best ni. ana pernah belajar Maulid Daiba'ie ni ngan Ustaz Syed Nor Azman masa mngaji kat Baitul Qurro'. Syahdu sangat alunan Qasidah. mengingatkan kita kepada Nabi Muhammad SollaLlaahu 'alaihi wa sallam)

11.45 p.m : Disperse & Refreshment

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi, Saudara Said Saufi di talian 013-6280251

AMALAN MENGUATKAN INGATAN

بسم الله الرحمن الرحيم
Segala puji-pujian kembali kepada ALlaah Tuhan Pentadbir 'alam. Setiap makhluq yang bergerak, daun-daun berguguran hatta pergerakan sekecil zarah pun, semua itu di dalam pengetahuan ALlaah. Maha Suci ALlaah daripada segala kekurangan. Dia Maha Perkasa, Dia Maha Bijaksana, Dia Maha Berkuasa. Selawat dan Salam buat Nabi tercinta Nabi Junjungan kita Nabi Muhammad SollaLlaahu 'alaihi wa sallam, buat ahli keluarga Baginda, dan sekalian para pejuang yang benar dalam perjuangannya.

Ketahuilah saudara-saudaraku! setiap kejadian, setiap penciptaan (makhluq), setiap benda yang wujud itu di dunia ini PASTI ada sebab keperluannya untuk diwujudkan. Tidak ALlaah menciptakan sesuatu itu dengan sia-sia. Sehubungan dengan itu, artikel kali ini secara ringkasnya ingin menyenaraikan tips-tips untuk menguatkan ingatan. Insha'ALlaah. Apapun, semua itu berlaku atas keizinan ALlaah jua hendak-Nya.

1. Banyakkan membaca dan memandang Al-Qur'an
2. Perbanyakkan istighfar
3. Perbanyakkan selawat ke atas RasuluLlaah SollaLlaahu 'alaihi wa sallam.(Kalau berkemampuan 300 kali sehari. Kalau tak mampu, lazimkan diri baca selawat 10x selepas solat fardhu, bila dah biasa... tambahkan lagi 20x bacaan selawat selepas solat fardhu... dan begitulah seterusnya upgrade kan 'amalan liLlaahi Ta'ala)
4. Dirikan 'ibadah di satu pertiga malam (Qiamullail). (Insha'ALlaah mampu menjernihkan fikiran, hati, jiwa dan melapangkan dada. Sekaligus memudahkan urusan di siang hari)
5. Baca do'a semasa memegang kitab atau buku. Syeikh Syidad bin Hakim dapat do'a ini dalam mimpi:

بسم الله وسبحان الله ولا إله إلا الله أكبر ولا حول ولا قوة إلا بالله العلي العظيم العزيز العليم عدد كل حرف كتب ويكتب أبد الآبدين ودهر الداهرين

6. Baca do'a ini selepas solat fardhu atau selepas selesai belajar.
آمنت بالله الواحد الآحد الحق وحده لا شريك لك وكفرت بما سواك
7. Kurangkan makan supaya otak jadi jernih dan terang.
8. Makan kismis 21 biji sehari dengan selawat.
9. Makan kekacang seperti pistachios 3 biji sehari
10. Minum susu (Sebaiknya minum 1 gelas di waktu pagi & 1 gelas sebelum tidur)
11. Makan sayur bayam
12. Minum kacang soy
a

13. Makan buah kurma 2 -3 biji sehari. (Telah berkata Profesor Ungku Aziz:
"Saya mempunyai ingatan yang kuat hingga ke hari ini kerana saya mengamalkan sunnah Nabi Muhammad
SollaLlaahu 'alaihi wa sallam makan kurma 2 biji sehari"

14. Minum madu satu sudu pagi dan petang.
15. Makan minyak ikan (Vitamin B1) seperti yang di'amalkan oleh orang Jepun.
16. Elakkan makan kepala ikan dan organ dalaman haiwan(Seperti hati ayam, perut lembu/ kerbau, dll)
17. Belajar berterusan dan selalu mengulangkaji pelajaran
18. Elak berfikiran negatif
19. Elakkan memikirkan perkara maksiat kerana maksiat menutup 'aqal dari cahaya kebenaran.

***Mutakhir ni dah banyak usahawan Islam yang mengusahakan produk-produk yang baik untuk kesihatan otak... antaranya Jus Kismis As-Syifa dan Jus Tok Guru... yang menghimpunkan 8 jenis makanan sunnah...(Antaranya ialah Kismis, Kurma Ajwah/Kurma Nabi, Kurma Madu, Buah Tin, Madu, Habbatus Sauda', Minyak Zaitun, Za'faran dan buah delima). Kalau nak dapatkan produk-produk ni senang jek... beli kat kedai-kedai Islamik. Bagi negeri Sabah, Jus Kismis As-Syifa' ana boleh bekalkan.. insha'ALlaah.Di Wisma MUIS dan Aslam Niaga pun ada jual produk-produk ni. .


KHASIAT HIMPUNAN MAKANAN-MAKANAN SUNNAH:


1. KISMIS
Di dalam kitab Tib Annabawi (Perubatan Islam) menyebut hadis yang bermaksud "Sebaik-baik makanan ialah Buah Zabib (kismis).Ia menghilangkan keletihan, mengurangkan urat-urat saraf, meredakan kemarahan, mencerahkan warna kulit, dan mengharumkan bau hidung serta mulut"

2. KURMA AJWAH/ KURMA NABI
Sabda Nabi bermaksud "Barangsiapa memakan 7 biji Kurma Ajwah pada setiap pagi maka pada hari itu ia tidak akab dimudharatkan oleh keracunan dan sihir"
*** Keracunan memang banyak terdapat dalam minuman dan makanan di zaman moden seperti klorin, toksin, dan seumpamanya.

3. KURMA MADU
"Dari segi perubatan, amalan memakan kurma setiap hari boleh mengurangkan risiko seseorang itu diserang penyakit kronik seperti jantung dan kencing manis kerana ianya mengandungi zat galian seperti Potasium, Kalsium, dan Zat Besi yang menyihatkan sel darah merah" (Berdasarkan kajian Prof. Madya Asiah Zain, Pensyarah Sains Pemakanan, Fakulti Sain Pemakanan & Bioteknologi UPM)

4. BUAH TIN

Ulama Tafsir Fakhruddin Ar Razi dalam kupasannya mengenai Surah Tin menyatakan khasiat Buah Tin di antaranya ialah mencuci hati, mengurangkan panas badan, membersihkan kahak-kahak, lelah, membesih buah pinggang, sendi-sendi dan juga buasir.

5. MADU

Firman ALlaah Subhanahu wa Ta'ala dalam Surah An Nahl ayat 68-69 yang bermaksud:
"Dengan itu keluarlah minuman (madu) yang berlainan warnanya dari dalam badannya yang mengandungi penawar bagi manusia dari berbagai-bagai penyakit. Sesungguhnya pada demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan ALlaah) bagi orang yang mahu berfikir"

6. HABBATUS SAUDA'
RasuluLlaah SollaLlaahu 'alaihi wa sallam telah bersabda yang bermaksud:
"Hendaklah kamu mengambil habbatus sauda' ini kerana ianya penyembuh bagi setiap penyakit melainkan mati"

7. MINYAK ZAITUN (MZ)
Menurut masyarakat orang asli Greek di Crete, MZ dapat menghindarkan seseorang itu diserang penyakit jantung. Ini kerana MZ dapat merendahkan kandungan kolesterol dalam badan. Malah menurut pakar kajian Sepanyol, MZ dapat mencegah badan daripada kanser kolon.

8. ZA'FARAN
Dalam kitab perbatan karangan Abdul Latif 'Asyur, menyebut tentang Za'faran iaitu sejenis tumbuhan ubat terkenal dan diamalkan dalam perubatan Ibnu Sina. Saiyidina Ali K.W pernah menyatakan tentangnya:
"Sesiapa yang mengambil Za'faran tulen dan su'di satu bahagian, dicampur dengan madu, diminum sebanyak 2 kali pada setiap hari maka dikagumi ingatannya sehingga melakukan sihir".


P/S:
Tips-tips ini adalah hasil dari 'ilmu yang disampaikan oleh tok-tok guru ana, dan pengalaman ana, disamping ada juga yang ana rujuk melalui buku
21 RAHSIA MENDAPAT KEBERKATAN ILMU (Susunan: Ustaz Mohd Kamal Bin Mohd Said, Mudir Madrasah Arabiah Kluang Johor. No.Tel: 019-7681405, e-mail: kamalsaid66@gmail.com.)Kalau nak dapatkan buku ni, boleh hubungi Ustaz Kamal (bagi semenanjung Malaysia, dan kalau orang Sabah, boleh hubungi ana melalui email ana: nurjannah81@gmail.com atau di no.telefon ana (khususnye adik2 dan shbt2 yg mengenali ana)
. SANGAT BEST BUKU NI... Insha'ALlaah Wang pembelian akan disalurkan terus kepada Madrasah Arabiah Kluang Johor.

ISLAM DAN SEJARAH PENULISAN AL-QUR'AN (Siri 2)


PENULISAN -QUR'AN DI ZAMAN ABU BAKAR

Di zaman Abu Bakar berlaku Perang Yamamah pada tahun 11 Hijrah menentang tentera Musailamah Al-Kazzab. Dalam perang ini seramai 70 orang penghafal Al-Qur'an telah terkorban syahid. Saiyidina 'Umar RadiyaLlaahu 'anhu mencadangkan kepada Abu Bakar, yang pada ketika itu adalah Khalifah Islam agar mengumpulkan kerana bimbang Al-Qur'an akan hilang dari dunia ini. Pada mulanya Abu Bakar agak keberatan kerana Nabi Muhammad tidak melakukan atau mengarahkan agar Al-Qur'an dikumpulkan sebagaimana cadangan Saiyidina 'Umar. Tetapi akhirnya Abu Bakar bersetuju dengan pandangan tersebut. Khalifah Abu Bakar terus mengarahkan satu jawatankuasa atau suruhanjaya pengumpulan Al-Qur'an dibentuk dan melantik Zaid bin Thabit mengetuai suruhanjaya tersebut. Di antara ahli jawatankuasa yang menganggotai suruhanjaya tersebut ialah:

1. Ubay bin Ka'ab
2. Mu'az bin Jabal

3. Abu Zaid Al-Ansari


Khalifah Abu Bakar mengarahkan Zaid bin Thabit melaksanakan misi besar ini kerana beberapa sebab. Abu Bakar berkata:
إنك رجل شاب عاقل ولا نتهمك،كنت تكتب الوحي لرسول الله؟، فتتبع القرآن فاجمعه
"Sesungguhnya engkau seorang pemuda yang bijak dan kami tidak pernah mempunyai sebarang tohmahan jahat terhadap kamu, engkau dulu adalah penulis wahyu yang diturunkan lagi RasuluLlaah SollaLlaahu 'alaihi wa sallam. Carilah dan kumpulkanlah"
رواه البخاري في كتاب تفسير القرآن باب؛ لقد جاءكم من أنفسكم...

Zaid melaksanakan misi ini berdasarkan peraturan yang digariskan oleh Abu Bakar dan para sahabat lain. Abu Bakar mengarahkan sesiapa sahaja yang menulis Al-Qur'an agar membawanya kepada Suruhanjaya Pengumpulan Al-Qur'an yang diketuai oleh Zaid bin Thabit, tetapi ianya tidak diterima melainkan mempunyai dua saksi. Saiyidina Abu Bakar kepada Zaid dan Umar:
اقعدا على باب المسجد، فمن جاءكما بشاهدين على شيء من كتاب الله فاكتباه
رواه ابن أبي داود في كتاب المصاحف باب جمع أبي بكر القرآن في المصاحف

Duduklah kamu berdua di pintu masjid (Masjid Nabawi), sesiapa yang membawa kepada kamu dua saksi membuktikan ianya adalah kitab ALlaah Subhanahu wa Ta'ala, tulislah"

Suka diingatkan bahawa, Abu Bakar RadiyaLlaahu 'anhu, semua anggota Suruhanjaya pengumpulan Al-Qur'an dan ramai lagi para sahabat adalah penghafal Al-Qur'an. Mereka tidak menjadikan hafalan-hafalan masing-masing sebagai sandaran terhadap proses pengumpulan dan penulisan ini. Semua ini dilakukan untuk menjamin pemeliharaan terhadap Al-Qur'an.

Akhirnya Al-Qur'an berjaya dikumpulkan dan disalin oleh Saiyidina Ubay bin Ka'ab.
Al-Qur'an yang dikumpulkan itu ditulis semula di atas lembaran kertas dan dibukukan menjadi sebuah kitab Al-Qur'an. Perkara ini dijelaskan melalui hadis pengumpulan Al-Qur'an . Suhuf yang dikumpulkan pada Al-Qur'an kekal berada pada tangan Saiyidina Abu Bakar sehinggalah beliau wafat, kemudian ianya disimpan di sisi Saiyidina 'Umar sehinggalah beliau wafat, kemudian disimpan di sisi Hafsah Ummul Mukminin. Imam Malik meriwayatkan daripada Ibn Wahab daripada Ibn 'Umar katanya "Abu Bakar mengumpulkan Al-Qur'an pada lembaran-lembaran kertas"

Telah dijelaskan bahawa ayat-ayat Al-Qur'an yang dibawa oleh para sahabat kepada Zaid bin Thabit tidak diterima melainkan mempunyai dua saksi. Apakah yang dimaksudkan dengan saksi di sini? saksi yang dimaksudkan di sini ialah bahan bertulis yang dibawa oleh para sahabat itu disyaratkan mestilah ditulis di hadapan Nabi Muhammad SollaLlaahu 'alaihi wa sallam bukan sekadar hafalan para sahabat. Mereka juga mensyaratkan ayat-ayat itu mestilah yang kekal ada semasa kedatangan Jibril yang terakhir pada tahun wafatnya RasuluLlaah SollaLlaahu 'alaihi wa sallam.
Begitulah teliti dan halusnya misi pengumpulan Al-Qur'an di zaman Abu Bakar As-Siddiq .

Benarlah firman ALlaah Subhanahu wa Ta'ala dalam surah Al-Baqaroh, ayat 1 - 2, yang bermaksud: "Alif laam miim. Kitab (Al-Qur'an) ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertaqwa"

Thursday, January 29, 2009

MURTAD??? TANGGUNGJAWAB SAPE NK BENTERAS GEJALA NI?

SABDA Rasulullah SAW: "Sebarkanlah walau satu ayat pun. Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."


Mengikut rekod Jabatan Agama Islam, Selangor merupakan kawasan yang paling ramai mempunyai penduduk Melayu Islam yang bertukar agama, bukan sahaja kepada Kristian, tetapi juga kepada agama lain seperti Hindu. Kedua, kawasan Kuala Lumpur dan diikuti dengan Pulau Pinang. Sejumlah kecil kes murtad juga terdapat di negeri-negeri lain. Yang menyedihkan, terdapat banyak kes-kes terbaru yang membabitkan remaja belasan tahun.

Beberapa minggu yang lepas, Jabatan Agama Islam telah berjaya menarik balik seorang remaja perempuan berusia 15 tahun yang bersekolah di sebuah sekolah di Puchong. Remaja ini telah menukar agama dan dilarikan untuk dikahwinkan dengan seorang yang berlainan agama. Di sebuah sekolah menengah di Pandan Jaya, 2 orang remaja perempuan juga berjaya diselamatkan dari terus hanyut. Mengikut maklumat yang diterima dari 2 remaja ini, mereka selalu dibawa ke sebuah gereja (letaknya di tepi highway Cheras); diajar dan diKristiankan (dibaptiskan) oleh dua orang paderi wanita berbangsa Melayu. Sisters tersebut masih berada di gereja tersebut. Remaja-remaja tersebut di atas sekarang berada di Ulu Yam untuk proses pemulihan akidah.

Kalau anda semua masih ingat, pada beberapa tahun yang lalu, terdapat seorang paderi Melayu yang bernama Jamaluddin telah memurtadkan ramai Melayu di sebuah gereja di Bukit Gasing. Sekarang ini beliau telah kembali ke Malaysia setelah beberapa tahun berada di luar negara; dan dinaikkan pangkat menjadi seorang Bishop dan berjanji akan mengKristiankan lebih ramai warga Melayu di sini.

Terdapat satu lagi kes, baru-baru ini, dimana seorang anak Tan Sri telah melahirkan seorang bayi di sebuah hospital di Penang. Para petugas di hospital tersebut membuat laporan kepada Jabatan Agama Islam setelah mencurigai sesuatu yang tidak kena sedang berlaku. Wanita tersebut hanya didatangi oleh sekumpulan yang pastinya bukan Islam. Malah wanita tersebut ingin menamakan bayi tersebut (dilihat dari borang pendaftaran kelahiran) dengan nama yang jelasnya bukan nama seorang penganut Islam. Jabatan Agama Islam dengan kerjasama Perkim telah berjaya membawa `lari' wanita & bayi tersebut ke Selangor; dan ditempatkan buat masa ini di sebuah rumah kampung bersama-sama sebuah keluarga Islam. Walau bagaimanapun, keluarga ini sering didatangi dan dikacau oleh si `claimant' wanita tersebut. Wanita tersebut juga sedang dipulihkan.


Di Kedah yang suatu ketika dahulu agak kecoh dengan isu Black Metal nya, kini terdapat kumpulan baru yang menamakan diri mereka J.I.T. @ Jgn Ikut Tuhan.. Mereka juga terdiri dari remaja-remaja Melayu (lelaki & perempuan) dan telah menolak kepercayaan kepada Allah yang Esa. Cara mereka mengisytiharkankan diri mereka sebagai "free-thinker" adalah dengan cara masing-masing mencuri sebuah Al-Quran. Kemudian mereka akan mengadakan upacara yg berasingan. Remaja lelaki akan menghidupkan unggun api dan akan mengelilingi unggun tersebut sambil mengoyak-ngoyakkan helaian Al-quran dan dibakar. Mereka juga memasukkan titisan darah mereka kedalam gelas yang telah bercampur dengan darah kambing (kalau tidak silap saya). Kemudian mereka minum. Manakala kumpulan perempuan pula, modus operandi untuk mengesahkan mereka bukan lagi Islam agak sedikit berbeza dari pihak lelaki. Remaja perempuan ini akan berbogel sambil mengoyak-ngoyakkan Al-quran tersebut dan ditaburkan. Bagi menghina agama suci kita ini, mereka melakukan penzinaan dengan senior lelaki mereka di atas helaian yang koyak tersebut. Mengikut kata Zulkifli, Ketua Puteri kumpulan tersebut telah berjaya diselamatkan dan sekarang dalam peringkat pemulihan akidah. Jabatan Agama Islam dengan kerjasama Perkim masih lagi mencari ahli-ahli lain yang hanyut itu.

Terdapat juga sebuah kenyataan yang di petik dari sebuah lagi website (www.forum.jiwang.org) yang menyebut, "Saya pernah mempunyai seorang senior ketika belajar di Terengganu dahulu dan menjadi murtad pada tahun pertengahan 80-an. Dia boleh dikatakan rapat dengan saya. Seorang anak cikgu yang berasal dari Muar. Seorang pelajar yang pintar & rajin mengaji Al-Quran. Setelah tamat kursus, beliau pernah ditawarkan untuk melanjuttkan pelajaran ke US atas "Young Lecturer Scheme".

Tetapi dihalang oleh ibunya kerana khuatir sesuatu yang tidak baik berlaku. Beliau seorang yang patuh pada perintah orang tuanya pun bersetuju. Tidak lama kemudian, kawan saya ini mendapat pekerjaan di sebuah syarikat guaman yang terkenal di Kuala Terengganu. Di sana, bermulalah kisah yang sedih ini. Kawan saya ini telah berkenalan dengan anak tuan punya syarikat guaman ini; sehingga mengheret dia menjadi seorang penganut Kristian. Setelah berkawin di sebuah gereja di Kuala Terengganu, beliau pernah datang mencari saya; dan terakhir yang saya tahu, dia sudah mempunyai seorang anak perempuan dan menjadi seorang penganut Kristian yang setia; rajin ke gereja dan menghayati Bible."

Kisah Aisyah Bukhari dan kisah tersebut di atas mempunyai banyak persamaan; good religious foundation but got carried away (Latar belakang agama (keluarga) sangat molek, tetapi sayangnya hidayah Allah tidak kesampaian ke hati mereka; Iman tiada dapat di warisi dari seorang ayah yang bertaqwa). Misi agama lain sungguh kuat dari segi bantuan kewangan; sebab itu ia semakin menular sekarang.

Dulu, mereka menggunakan missionary mereka dengan cara berbuat baik, mengambil hati, bercinta dan berkahwin. Sekarang, golongan pelajar Islam pula yang dijadikan mangsa. Pinta penceramah semalam, agar dapat kita sama-sama mengambil ikhtibar dan melakukan sesuatu yang terbaik untuk masa depan generasi Islam di Malaysia ini. Bagi yang mampu atau yang sudi menghulurkan sedekah; salurkan niat murni kepada PERKIM atau pihak yang berkenaan kerana bantuan yang diterima tidak mencukupi.

Sumber: http://www.ibnuhasyim.com/2009/01/murtad-di-sana-sini-siapa.html (Posted on 17.January.2009)

P/s: ALlaahu akbar!!! Maha Suci ALlaah, Dia pasti akan membalas mereka yang zolim. Moga ALlaah membuka pintu hati kita untuk istiqomah di jalan da'wah dan sekalian mereka yang jauh daripada Islam untuk kembali kepada Islam/ Kepada pembaca2 di sana, ayuh bersama golongan yang memperjuangkan deenul Haq. Selamatkan 'Aqeedah umat Islam... Gunakan apa jua kemahiran yang ada pada kita untuk memelihara kesucian Islam

Wednesday, January 28, 2009

TRAUMA ANAK-ANAK GHAZA

  • Pakar psikologi dan pegawai bantuan asing mendapati tahap trauma di kalangan kanak-kanak terlalu tinggi selepas serangan kejam rejim Zionis ke atas Gaza.
  • Kira-kira 950 keluarga di Gaza yang ditinjau pendapat mereka memberitahu anak-anak mereka takut tidur berasingan, sering terjaga atau meracau waktu malam.
  • Pakar psikologi juga amat bimbang kanak-kanak yang mewakili 56 peratus daripada 1.4 juta penduduk Gaza akan membesar dengan sentimen kebencian dan dendam terhadap Israel. (Sebab itulah tidak hairan kita lihat dalam gambar-gambar dan video, anak-anak Palestin ni sedari kecil sudah tidak gentar berhadapan dengan kereta kebal sedang dirinya hanya menggengam batu sahaja. Jiwa mereka memberontak inginkan kebebasan. PBB hanya mampu membuat resolusi, tapi YAHUDI TIDAK MENGENDAHKAN LANSUNG RESOLUSI yang dibuat. Apa peranan negara2 yang mengaku sebagai negara Islam??? Cukupkah hanya sekadar menghantar memorendum bantahan dan rundingan di meja persidangan??? Sampai bila kita nak melihat saudara Islam kita diratah hidup-hidup, daging mereka di siat-siat tanpa peri kemanusiaan??)
  • Seorang pegawai tinggi bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), John Ging di Gaza berkata, ‘‘Kita sudah hilang satu generasi masa depan"

SUMBER:
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0127&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm

p/s: Realitinya penduduk Palestin di semua lapisan umur siang malam menadah telinga, hati berdegup kencang, dan tertanya-tanya "apa yang akan terjadi hari esok?" Cuba bayangkan kita berada dalam situasi mereka. Kita di sini masih mampu tersenyum gembira. Anak-anak kecil tertawa riang tanpa ada kegusaran hati mereka. Keriangan ini seperti tidak pernah dirasai oleh anak-anak saudara Islam kita di sana. Maka itu, marilah kita bersama-sama menggembeling tenaga, usaha dan qudrat kita untuk membantu saudara Islam kita di sana. Buktikan yang kita adalah penyelamat ummah
.
- Artikel yang diperolehi daripada web Utusan Malaysia online ni tidak diubah oleh penulis, tapi tulisan Italic dan berwarna kuning dan hijau adalah ulasan dari penulis blog ini. Harap maklum. Syukran.

Tuesday, January 27, 2009

KENALILAH ALLAAH MELALUI CIPTAANNYA...

بسم الله الرحمن الرحيم
Segala puji-pujian bagi ALlaah Subhanahu wa Ta'ala. Tuhan yang mencipta dan mentadbir 'alam jagat raya. Wujud-Nya tanpa berhajat kepada tempat kerana tempat itu sendiri adalah makhluq ciptaan-Nya. Selawat dan salam buat Nabi junjungan kekasih ALlaah Nabi Muhammad SollaLlaahu 'alaihi wa sallam, ahli keluarga baginda, para sahabat baginda dan sekalian para mujaahideen penegak kalimah tauhid di bumi ALlaah hingga hari qiamat.

Kenalilah ALlaah melalui ciptaan-Nya
. Dia-lah Dzat yang Maha Agung. Yang Mencipta sekalian apa yang ada di langit mahupun di bumi. Dia-lah yang Mencipta apa yang boleh dilihat dengan mata zohir mahupun yang tidak mampu dilihat. Begitulah lemahnya kita sebagai makhluq ciptaan-Nya. Yang hanya mampu melihat dengan adanya mata (pancaindera) sebagai alat perkakas untuk melihat. Hukum adat tanpa mata kita tak mampu melihat sesuatu itu. Maha Suci ALlaah Dzat Maha Pencipta, Dzat Maha Pemberi Rezeqi. Dia-lah Yang Awal tanpa permulaan, dan Dia-lah Yang Akhir tanpa kesudahan. Dialah Yang Zohir dan Dia-lah Yang Bathin. Dia-lah Yang Qodim (tanpa permulaan) dan Dia-lah Yang Kekal Abadi, dan Dia-lah Yang melakukan apa yang dikehendaki-Nya.


مَا شَاءَ اللهُ كَانَ وَمَا لَمْ يَشَأْ لَمْ يَكُنْ
"Segala apa sahaja yang DIKEHENDAKI ALlaah supaya berlaku maka PASTI akan berlaku, segala apa yang TIDAK DIA KEHENDAKI untuk berlaku maka PASTI TIDAK akan berlaku sekali-kali.

الَّذِي لاَ حَوْلََ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللهِ
Tidak ada keupayaan[(untuk menjauhi perbuatan dosa) kecuali dengan pemeliharaan-Nya] dan tidak ada kekuatan (untuk melakukan 'amalan ketaatan kepada-Nya) kecuali dengan pertolongan ALlaah

Dia-lah yang memberi manfaat dan mudharat, yang menghidupkan dan mematikan, yang memberi seksaan dan pengampunan, yang ditakuti dan yang diharapkan.Takutlah kepada ALlaah, dan jangan takut selain -Nya. Berharaplah hanya kepada ALlaah dan janganlah berharap selain-Nya. Beradablah dengan ALlaah. Peliharalah hukum-hukum ALlaah, ikut segala perintah ALlaah dan jauhkan dari larangan-Nya, nescaya akan terpeliharalah diri daripada 'azab ALlaah. Bi izniLlaah.

JANGAN SESEKALI MENOLAK HUKUM ALLAAH. Kepada pemimpin -pemimpin di luar sana, jadikanlah AL-QUR'AN dan HADITH sebagai perlembagaan negara. Sebagai rujukan utama dalam menetapkan undang-undang. Mutakhir ini masalah sosial semakin meruncing dan sangat membimbangkan. Terpapar di dada akhbar, di media massa tentang gejala sosial yang sebahagian besar yang terlibat adalah golongan remaja dan belia yang merupakan aset penting negara, yang menjadi bakal pemimpin negara di masa hadapan. Apakah undang-undang Barat mampu mengatasi masalah sosial yang semakin hari semakin merunsingkan ini? setahu ana, dah lama kebanyakan negara-negara di dunia ini menggunakan undang-undang Barat sebagai acuan perlembagaan negara. Tapi masih tidak mampu menyelesaikan krisis dan konflik yang berlaku dalam masyarakat... Gembirakah kita jika melihat remaja yang seperti gambar-gambar di bawah ini dijulang menjadi pemimpin negara kita??

Telah berkata Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani di Madrasah al-Ma'murah pada hari Jumaat pagi, 29 Syawal 545H "Barangsiapa yang menolak ALlaah dan menjadikan Al-Qur'an sebagai makhluq, maka ia telah kufur kepada ALlaah dan Al-Qur'an pun berlepas diri daripada-Nya" Al-Qur'an wajib diikuti, dibaca, didengar dan diamati.

Telah berkata Imam Syafi'ie dan Imam Ahmad:
"Qalam ini memang makhluq. Sementara yang tertulis dengannya itu bukan makhluq. Hati itu adalah makhluq, manakala yang tersimpan di dalamnya (Al-Qur'an) yang dihafal bukan makhluq"

Telah berkata Syeikh Abdul Qadir Jailani "Wahai hamba! Ber'amallah kamu dengan hukum dan ilmu-Nya, janganlah kamu keluar dari ketentuan-Nya. Janganlah kamu lupakan perjanjian dengan-Nya, dan perangilah nafsumu, hawamu, syaithan mu, perangai dan duniamu. Janganlah kamu putus asa daripada pertolongan ALlaah, kerana sesungguhnya pertolongan ALlaah itu akan datang kepadamu bersama keteguhan hatimu"

Firman ALlaah Subhanahu wa Ta'ala dalam surah al-Baqaroh, ayat 153 (maksudnya): "Sesungguhnya ALlaah bersama orang-orang yang sabar"

Firman ALlaah Subhanahu wa Ta'ala dalam surah Al-Ma'idah, ayat 56 (maksudnya): "Maka sesungguhnya pengikut (agama) ALlaah itulah yang pasti menang"

Maka itu wahai saudara-saudaraku... siapa pun kita, tak kira apa pun status, jawatan dan kedudukan kita. Pemimpin? Peguam? Pensyarah? Doktor? Guru? Artis? Karyawan? Ahli sukan? Siapapun kita... KEMBALILAH KEPADA AL-QUR'AN dan AS-SUNNAH...Laksanakan apa sahaja di bawah tanggungan kita SELARI DENGAN HUKUM-HUKUM ALLAAH... Kita hamba ALlaah, yang suatu hari pasti akan dijemput pulang dan melalui 'alam baqa'...

Moga dengan pelaksanaan hukum-hukum ALlaah tidak lagi berlaku masalah sosial seperti kes rogol, buang bayi, penculikan, pembunuhan dan sebagainya.
Akhirul kalam, bersamalah kita melalui kehidupan di dunia yang fana' ini dengan IT bukan Information and Technology tapi dengan IMAN DAN TAQWA. Insha'ALlaah moga kita hidup bahagia di dunia dan di akhirat. أللهم أمين يا الله.