Tuesday, January 27, 2009

KENALILAH ALLAAH MELALUI CIPTAANNYA...

بسم الله الرحمن الرحيم
Segala puji-pujian bagi ALlaah Subhanahu wa Ta'ala. Tuhan yang mencipta dan mentadbir 'alam jagat raya. Wujud-Nya tanpa berhajat kepada tempat kerana tempat itu sendiri adalah makhluq ciptaan-Nya. Selawat dan salam buat Nabi junjungan kekasih ALlaah Nabi Muhammad SollaLlaahu 'alaihi wa sallam, ahli keluarga baginda, para sahabat baginda dan sekalian para mujaahideen penegak kalimah tauhid di bumi ALlaah hingga hari qiamat.

Kenalilah ALlaah melalui ciptaan-Nya
. Dia-lah Dzat yang Maha Agung. Yang Mencipta sekalian apa yang ada di langit mahupun di bumi. Dia-lah yang Mencipta apa yang boleh dilihat dengan mata zohir mahupun yang tidak mampu dilihat. Begitulah lemahnya kita sebagai makhluq ciptaan-Nya. Yang hanya mampu melihat dengan adanya mata (pancaindera) sebagai alat perkakas untuk melihat. Hukum adat tanpa mata kita tak mampu melihat sesuatu itu. Maha Suci ALlaah Dzat Maha Pencipta, Dzat Maha Pemberi Rezeqi. Dia-lah Yang Awal tanpa permulaan, dan Dia-lah Yang Akhir tanpa kesudahan. Dialah Yang Zohir dan Dia-lah Yang Bathin. Dia-lah Yang Qodim (tanpa permulaan) dan Dia-lah Yang Kekal Abadi, dan Dia-lah Yang melakukan apa yang dikehendaki-Nya.


مَا شَاءَ اللهُ كَانَ وَمَا لَمْ يَشَأْ لَمْ يَكُنْ
"Segala apa sahaja yang DIKEHENDAKI ALlaah supaya berlaku maka PASTI akan berlaku, segala apa yang TIDAK DIA KEHENDAKI untuk berlaku maka PASTI TIDAK akan berlaku sekali-kali.

الَّذِي لاَ حَوْلََ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللهِ
Tidak ada keupayaan[(untuk menjauhi perbuatan dosa) kecuali dengan pemeliharaan-Nya] dan tidak ada kekuatan (untuk melakukan 'amalan ketaatan kepada-Nya) kecuali dengan pertolongan ALlaah

Dia-lah yang memberi manfaat dan mudharat, yang menghidupkan dan mematikan, yang memberi seksaan dan pengampunan, yang ditakuti dan yang diharapkan.Takutlah kepada ALlaah, dan jangan takut selain -Nya. Berharaplah hanya kepada ALlaah dan janganlah berharap selain-Nya. Beradablah dengan ALlaah. Peliharalah hukum-hukum ALlaah, ikut segala perintah ALlaah dan jauhkan dari larangan-Nya, nescaya akan terpeliharalah diri daripada 'azab ALlaah. Bi izniLlaah.

JANGAN SESEKALI MENOLAK HUKUM ALLAAH. Kepada pemimpin -pemimpin di luar sana, jadikanlah AL-QUR'AN dan HADITH sebagai perlembagaan negara. Sebagai rujukan utama dalam menetapkan undang-undang. Mutakhir ini masalah sosial semakin meruncing dan sangat membimbangkan. Terpapar di dada akhbar, di media massa tentang gejala sosial yang sebahagian besar yang terlibat adalah golongan remaja dan belia yang merupakan aset penting negara, yang menjadi bakal pemimpin negara di masa hadapan. Apakah undang-undang Barat mampu mengatasi masalah sosial yang semakin hari semakin merunsingkan ini? setahu ana, dah lama kebanyakan negara-negara di dunia ini menggunakan undang-undang Barat sebagai acuan perlembagaan negara. Tapi masih tidak mampu menyelesaikan krisis dan konflik yang berlaku dalam masyarakat... Gembirakah kita jika melihat remaja yang seperti gambar-gambar di bawah ini dijulang menjadi pemimpin negara kita??

Telah berkata Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani di Madrasah al-Ma'murah pada hari Jumaat pagi, 29 Syawal 545H "Barangsiapa yang menolak ALlaah dan menjadikan Al-Qur'an sebagai makhluq, maka ia telah kufur kepada ALlaah dan Al-Qur'an pun berlepas diri daripada-Nya" Al-Qur'an wajib diikuti, dibaca, didengar dan diamati.

Telah berkata Imam Syafi'ie dan Imam Ahmad:
"Qalam ini memang makhluq. Sementara yang tertulis dengannya itu bukan makhluq. Hati itu adalah makhluq, manakala yang tersimpan di dalamnya (Al-Qur'an) yang dihafal bukan makhluq"

Telah berkata Syeikh Abdul Qadir Jailani "Wahai hamba! Ber'amallah kamu dengan hukum dan ilmu-Nya, janganlah kamu keluar dari ketentuan-Nya. Janganlah kamu lupakan perjanjian dengan-Nya, dan perangilah nafsumu, hawamu, syaithan mu, perangai dan duniamu. Janganlah kamu putus asa daripada pertolongan ALlaah, kerana sesungguhnya pertolongan ALlaah itu akan datang kepadamu bersama keteguhan hatimu"

Firman ALlaah Subhanahu wa Ta'ala dalam surah al-Baqaroh, ayat 153 (maksudnya): "Sesungguhnya ALlaah bersama orang-orang yang sabar"

Firman ALlaah Subhanahu wa Ta'ala dalam surah Al-Ma'idah, ayat 56 (maksudnya): "Maka sesungguhnya pengikut (agama) ALlaah itulah yang pasti menang"

Maka itu wahai saudara-saudaraku... siapa pun kita, tak kira apa pun status, jawatan dan kedudukan kita. Pemimpin? Peguam? Pensyarah? Doktor? Guru? Artis? Karyawan? Ahli sukan? Siapapun kita... KEMBALILAH KEPADA AL-QUR'AN dan AS-SUNNAH...Laksanakan apa sahaja di bawah tanggungan kita SELARI DENGAN HUKUM-HUKUM ALLAAH... Kita hamba ALlaah, yang suatu hari pasti akan dijemput pulang dan melalui 'alam baqa'...

Moga dengan pelaksanaan hukum-hukum ALlaah tidak lagi berlaku masalah sosial seperti kes rogol, buang bayi, penculikan, pembunuhan dan sebagainya.
Akhirul kalam, bersamalah kita melalui kehidupan di dunia yang fana' ini dengan IT bukan Information and Technology tapi dengan IMAN DAN TAQWA. Insha'ALlaah moga kita hidup bahagia di dunia dan di akhirat. أللهم أمين يا الله.

No comments:

Post a Comment