Friday, January 30, 2009

AMALAN MENGUATKAN INGATAN

بسم الله الرحمن الرحيم
Segala puji-pujian kembali kepada ALlaah Tuhan Pentadbir 'alam. Setiap makhluq yang bergerak, daun-daun berguguran hatta pergerakan sekecil zarah pun, semua itu di dalam pengetahuan ALlaah. Maha Suci ALlaah daripada segala kekurangan. Dia Maha Perkasa, Dia Maha Bijaksana, Dia Maha Berkuasa. Selawat dan Salam buat Nabi tercinta Nabi Junjungan kita Nabi Muhammad SollaLlaahu 'alaihi wa sallam, buat ahli keluarga Baginda, dan sekalian para pejuang yang benar dalam perjuangannya.

Ketahuilah saudara-saudaraku! setiap kejadian, setiap penciptaan (makhluq), setiap benda yang wujud itu di dunia ini PASTI ada sebab keperluannya untuk diwujudkan. Tidak ALlaah menciptakan sesuatu itu dengan sia-sia. Sehubungan dengan itu, artikel kali ini secara ringkasnya ingin menyenaraikan tips-tips untuk menguatkan ingatan. Insha'ALlaah. Apapun, semua itu berlaku atas keizinan ALlaah jua hendak-Nya.

1. Banyakkan membaca dan memandang Al-Qur'an
2. Perbanyakkan istighfar
3. Perbanyakkan selawat ke atas RasuluLlaah SollaLlaahu 'alaihi wa sallam.(Kalau berkemampuan 300 kali sehari. Kalau tak mampu, lazimkan diri baca selawat 10x selepas solat fardhu, bila dah biasa... tambahkan lagi 20x bacaan selawat selepas solat fardhu... dan begitulah seterusnya upgrade kan 'amalan liLlaahi Ta'ala)
4. Dirikan 'ibadah di satu pertiga malam (Qiamullail). (Insha'ALlaah mampu menjernihkan fikiran, hati, jiwa dan melapangkan dada. Sekaligus memudahkan urusan di siang hari)
5. Baca do'a semasa memegang kitab atau buku. Syeikh Syidad bin Hakim dapat do'a ini dalam mimpi:

بسم الله وسبحان الله ولا إله إلا الله أكبر ولا حول ولا قوة إلا بالله العلي العظيم العزيز العليم عدد كل حرف كتب ويكتب أبد الآبدين ودهر الداهرين

6. Baca do'a ini selepas solat fardhu atau selepas selesai belajar.
آمنت بالله الواحد الآحد الحق وحده لا شريك لك وكفرت بما سواك
7. Kurangkan makan supaya otak jadi jernih dan terang.
8. Makan kismis 21 biji sehari dengan selawat.
9. Makan kekacang seperti pistachios 3 biji sehari
10. Minum susu (Sebaiknya minum 1 gelas di waktu pagi & 1 gelas sebelum tidur)
11. Makan sayur bayam
12. Minum kacang soy
a

13. Makan buah kurma 2 -3 biji sehari. (Telah berkata Profesor Ungku Aziz:
"Saya mempunyai ingatan yang kuat hingga ke hari ini kerana saya mengamalkan sunnah Nabi Muhammad
SollaLlaahu 'alaihi wa sallam makan kurma 2 biji sehari"

14. Minum madu satu sudu pagi dan petang.
15. Makan minyak ikan (Vitamin B1) seperti yang di'amalkan oleh orang Jepun.
16. Elakkan makan kepala ikan dan organ dalaman haiwan(Seperti hati ayam, perut lembu/ kerbau, dll)
17. Belajar berterusan dan selalu mengulangkaji pelajaran
18. Elak berfikiran negatif
19. Elakkan memikirkan perkara maksiat kerana maksiat menutup 'aqal dari cahaya kebenaran.

***Mutakhir ni dah banyak usahawan Islam yang mengusahakan produk-produk yang baik untuk kesihatan otak... antaranya Jus Kismis As-Syifa dan Jus Tok Guru... yang menghimpunkan 8 jenis makanan sunnah...(Antaranya ialah Kismis, Kurma Ajwah/Kurma Nabi, Kurma Madu, Buah Tin, Madu, Habbatus Sauda', Minyak Zaitun, Za'faran dan buah delima). Kalau nak dapatkan produk-produk ni senang jek... beli kat kedai-kedai Islamik. Bagi negeri Sabah, Jus Kismis As-Syifa' ana boleh bekalkan.. insha'ALlaah.Di Wisma MUIS dan Aslam Niaga pun ada jual produk-produk ni. .


KHASIAT HIMPUNAN MAKANAN-MAKANAN SUNNAH:


1. KISMIS
Di dalam kitab Tib Annabawi (Perubatan Islam) menyebut hadis yang bermaksud "Sebaik-baik makanan ialah Buah Zabib (kismis).Ia menghilangkan keletihan, mengurangkan urat-urat saraf, meredakan kemarahan, mencerahkan warna kulit, dan mengharumkan bau hidung serta mulut"

2. KURMA AJWAH/ KURMA NABI
Sabda Nabi bermaksud "Barangsiapa memakan 7 biji Kurma Ajwah pada setiap pagi maka pada hari itu ia tidak akab dimudharatkan oleh keracunan dan sihir"
*** Keracunan memang banyak terdapat dalam minuman dan makanan di zaman moden seperti klorin, toksin, dan seumpamanya.

3. KURMA MADU
"Dari segi perubatan, amalan memakan kurma setiap hari boleh mengurangkan risiko seseorang itu diserang penyakit kronik seperti jantung dan kencing manis kerana ianya mengandungi zat galian seperti Potasium, Kalsium, dan Zat Besi yang menyihatkan sel darah merah" (Berdasarkan kajian Prof. Madya Asiah Zain, Pensyarah Sains Pemakanan, Fakulti Sain Pemakanan & Bioteknologi UPM)

4. BUAH TIN

Ulama Tafsir Fakhruddin Ar Razi dalam kupasannya mengenai Surah Tin menyatakan khasiat Buah Tin di antaranya ialah mencuci hati, mengurangkan panas badan, membersihkan kahak-kahak, lelah, membesih buah pinggang, sendi-sendi dan juga buasir.

5. MADU

Firman ALlaah Subhanahu wa Ta'ala dalam Surah An Nahl ayat 68-69 yang bermaksud:
"Dengan itu keluarlah minuman (madu) yang berlainan warnanya dari dalam badannya yang mengandungi penawar bagi manusia dari berbagai-bagai penyakit. Sesungguhnya pada demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan ALlaah) bagi orang yang mahu berfikir"

6. HABBATUS SAUDA'
RasuluLlaah SollaLlaahu 'alaihi wa sallam telah bersabda yang bermaksud:
"Hendaklah kamu mengambil habbatus sauda' ini kerana ianya penyembuh bagi setiap penyakit melainkan mati"

7. MINYAK ZAITUN (MZ)
Menurut masyarakat orang asli Greek di Crete, MZ dapat menghindarkan seseorang itu diserang penyakit jantung. Ini kerana MZ dapat merendahkan kandungan kolesterol dalam badan. Malah menurut pakar kajian Sepanyol, MZ dapat mencegah badan daripada kanser kolon.

8. ZA'FARAN
Dalam kitab perbatan karangan Abdul Latif 'Asyur, menyebut tentang Za'faran iaitu sejenis tumbuhan ubat terkenal dan diamalkan dalam perubatan Ibnu Sina. Saiyidina Ali K.W pernah menyatakan tentangnya:
"Sesiapa yang mengambil Za'faran tulen dan su'di satu bahagian, dicampur dengan madu, diminum sebanyak 2 kali pada setiap hari maka dikagumi ingatannya sehingga melakukan sihir".


P/S:
Tips-tips ini adalah hasil dari 'ilmu yang disampaikan oleh tok-tok guru ana, dan pengalaman ana, disamping ada juga yang ana rujuk melalui buku
21 RAHSIA MENDAPAT KEBERKATAN ILMU (Susunan: Ustaz Mohd Kamal Bin Mohd Said, Mudir Madrasah Arabiah Kluang Johor. No.Tel: 019-7681405, e-mail: kamalsaid66@gmail.com.)Kalau nak dapatkan buku ni, boleh hubungi Ustaz Kamal (bagi semenanjung Malaysia, dan kalau orang Sabah, boleh hubungi ana melalui email ana: nurjannah81@gmail.com atau di no.telefon ana (khususnye adik2 dan shbt2 yg mengenali ana)
. SANGAT BEST BUKU NI... Insha'ALlaah Wang pembelian akan disalurkan terus kepada Madrasah Arabiah Kluang Johor.

2 comments:

  1. Assalamualaikum kak...
    syukran jazilan ats post akk nie...

    ReplyDelete
  2. wa'alaykissalaam wa rohmatuLlaah syaza...
    akak dh janji kan, maka kena ditunaikn. sebuah perkongsian 'ilmu utk sama mngambil manfaat. insha'ALlaah. syukran jadi pembaca setia blog akak. BaarokaLlaahu fiik ya ukhti :)

    ReplyDelete