Thursday, January 22, 2009

2 SENARAI HUJJAH AHLUS SUNNAH WAL JAMA'AH (ASWJ) KE ATAS PENYELEWENGAN AJARAN WAHHABI

بسم الله الرحمن الرحيم



1. MAHA SUCI ALLAAH DARI BERSIFAT DUDUK DAN BERSEMAYAM

HUJJAH ASWJ:

Menganggap @ mengatakan bahawa ALlaah duduk @ bersemayam di atas 'arasy @ di kursi dikira kaafir kerana yang demikian itu (duduk) adalah sifat bagi makhluq.

DALIL:
"" ليس كمثله شيء "
Firman ALlaah yang bermaksud:

"dan Dia (ALlaah) tidak menyarupai sesuatu pun daripada makhluq-Nya, baik dari satu segi mahupun dari semua segi, dan tidak ada sesuatu pun yang menyerupai-Nya"
(Surah As-Syura: ayat 11)


DAKWAAN & TANGGAPAN WAHHABI:
Wahhabi menyamakan ALlaah dengan manusia dan juga binatang. Mereka berkata "ALlaah duduk di atas kursi"

RUJUKAN: Kitab mereka Fathul Majid Karangan Abdul Rahman bin Hassan bin Mohd bin Abdul Wahab , m/s: 356, Cetakan: Darul Salam, Riyadh

2. MAHA SUCI ALLAAH DARIPADA ANGGOTA & JISIM

HUJJAH ASWJ:

ALlaah Ta'ala tidak sama dengan makhluq-Nya, Dia tidak mempunyai anggota dan jisim sebagaimana yang dimiliki oleh makhluq-Nya.

DALIL:
"" ليس كمثله شيء "
Firman ALlaah yang bermaksud:
"dan Dia (ALlaah) tidak menyarupai sesuatu pun daripada makhluq-Nya, baik dari satu segi mahupun dari semua segi, dan tidak ada sesuatu pun yang menyerupai-Nya"
(Surah As-Syura: ayat 11)

DAKWAAN & TANGGAPAN WAHHABI:
Ibnu Baz (pemimpin wahhabi) berkata "penafian jisim dan anggota bagi ALlaah adalah suatu yang dicela"

RUJUKAN: Kitabnya Tanbihat Fi Rod Ala Man Taawal Sifat, m/s:19, karangan Ibnu Baz, Terbitan: Riasah Ammah lilifta' Riyadh



Ahlus Sunnah wal Jama'ah bermaksud: mereka yang mengikut landasan al-Qur'an, al-Hadith, Ijmak, Qias atau hukum akal yang menjadi saksi akan kebenaran Islam dalam hal bersangkutan dengan asas 'aqeedah dan keimanan.

Sabda RasuluLlaah SollaLlaahu 'alaihi wa sallam yang bermaksud:
"Barangsiapa yang mengharapkan tempat yang luas di syurga maka hendaklah dia beriltizam bersama dengan al-jama'ah - ahlus sunnah).
(Hadis Riwayat at-Tirmizi)

Ahlus Sunnah wal Jama'ah adalah disebut sebagai Firqah an-Najiyyah (golongan yang terselamat) dari golongan-golongan yang lain. Ini kerana 'aqeedah yang dibawa adalah mengikut 'aqeedah para nabi dan sahabat.

Pada zaman kini, ramai yang mengaku sebagai ahlus Sunnah wal Jama'ah tapi tidak sealiran dengan Imam Abu Hassan Al-Asya'ary dan Imam Abu Mansur Al-Maturidy. Bukanlah yang dikatakan Ahlus Sunnah wal Jama'ah itu daripada golongan Wahhabi yang menyamakan ALlaah dengan makhluq-Nya.

P/s:
Untuk kali ini, ana lampirkan 2 tajuk sahaja hujjah ahlus sunnah wal jama'ah ke atas penyelewengan ajaran dan fahaman wahhabi... insha'ALlaah ana akan sentiasa update artikel ini dengan memberi lagi senarai hujjah yang seterusnya. Bersama kita mencari ilmu yang haq yang menuntun kita ke arah keredhoan ALlaah.
Aameen. BaarokaLlaahu fiikum.

1 comment:

  1. Assalamualaikum,
    Blog yang baik. Tetapi untuk usaha mendekati sasaran dakwah, sebaiknya Blog ini bersikap lebih sederhana dan tidak terlalu ekstrem dalam menyerang wahhabi. kalau boleh dapatkn maklumat sebenar dari dari sumber utama tentang wahhabi iaitu daripada orang yang didakwa itu sendiri. contohnya rujuk web blog minda tajdid Dr Asri Zainul Abidin. Baca dan analisis sendiri, jangan terpengaruh dengan orang lain. Sekali lagi tahniah dari saya beserta pesanan para Ulama Ikhwan Al Muslimin: Nahnu Du'at wala Qudat

    ReplyDelete