Sunday, January 25, 2009

PROGRAM MEMPERKASAKAN 'AQIDAH 2009



Lapan puluh pelajar sekolah menengah terdiri 37 perempuan dan 43 lelaki mengikuti program berkenaan yang dianjurkan oleh Persatuan Ulama’ Malaysia (PUM) Cawangan Sabah dengan kerjasama Masjid Nurul Hikmah yang menjadi lokasi program.

Pelajar-pelajar berkenaan terdiri dari SM La Salle, SMK Sanzac, SMK Kolombong, SMP Likas, SM Teknik, SM St Peter Telipok dan SMK Tebobon.

Program yang bermula dengan pendaftaran jam 7 pagi semalam dan dijangka berakhir menjelang zuhur hari ini dipimpin oleh Ust Md Khaidir Ishak dibantu oleh Ust Amir, Sdr Nordin Saad, Ust Shahir dan beberapa tenaga lain.

(Simpati buat Che’gu Jamil yang terpaksa balik ke Perak atas urusan keluarga tengahari semalam).

Terdapat beberapa ceramah berkaitan dengan mukjizat al-Quran, sejarah bible, perbandingan agama Islam dan Kristian dan sebagainya. Selain itu diselitkan juga Latihan Dalam Kumpulan (LDK) untuk memahirkan peserta tentang tajuk yang diberikan.

Fasilitator dijemput khas dari UMS dan Persatuan Siswazah Sabah (PSS) yang diketuai oleh Sdr Fairuz Bend dan mereka banyak membantu program ini sehingga berakhir dengan jayanya.

Program akan ditutup oleh Ust Bungsu Aziz Jaafar selaku Timbalan Pengerusi PUM Negeri Sabah.

Mudah-mudahan program seumpama ini akan memberi impak yang baik untuk melahirkan pelajar yang mantap 'aqida Islamiyyahnya, kasihkan ALlaah dan Rasul-Nya serta tidak mudah terpedaya dengan dakyah agama lain yang mengancam umat Islam akhir-akhir ini.

Terima kasih dan tahniah buat semuanya yang terlibat.

SUMBER: http://abunuha.wordpress.com/2009/01/

P/s:

Program ini bermula pada pagi sabtu 24.Jan. Ana & 2 lagi tenaga fasilitator yg terdiri dari pelajar UMS (muslimat) tidak dapat hadir seawal pagi tu disebabkan masing-masing ada komitmen yg lain. 2 pelajar UMS tu kena hadir kuliah pada pagi tu yg dijangka tamat jam 11. sementara tu ana & 3 lagi pelajar yg ana bawa dari sekolah ana terlibat dengan Program Nisa' Indoor Games Peringkat Negeri di KK berhampiran MUIS. akhirnya kami hanya dapat sampai ke Masjid Nurul Hikmah sekitar jam 12 tengahari. Sampai jek kt Masjid Nurul Hikmah, terkejut ana apabila diberitahu oleh Ustaz Khaidir, 10 orang fasilitator muslimin yang terdiri daripada pelajar UMS dan PSS sendiri hanya dapat bantu program sehingga sebelum solat maghrib. sedangkn program dijangka selesai pd jm 12 tengahari (ahad, 25.Jan.09) kerana mereka semuanya terlibat dalam program Malam Bersamamu Palestin pd jm 8 mlm di Dewan Saadah MUIS. Sbenarnya teringin gak nk p sana tpi saat itu pd ana keutamaan adalah pd program 'aqeedah yg mana saat itu sgt kritikal tenaga fasilitator. Bayangkn 83 peserta (3 org peserta tambahan dr sekolah ana) dihandle fasilitator muslimat 3 orang, tpi alhamduliLlaah pd mlm tu ustazah Hamidah dari SMESH dtg turun mbantu utk handle LDK pelajar muslimin. Fasi muslimin yg ana nampak masa tu Ustaz Khaidir (dan Ustaz AMir) mereka juga penceramah mereka juga lah fasilitator & ditambah lagi dgn En.Firdaus Abdullah menjadi failitator tambahan (seorang individu yg mendapat hidayah Islam). Apabila ana tanya Saudara Fairuz Bend, "tak boleh ke utk 2 atau 3 orang stay bantu progam Memperkasakn 'Aqeedah ni? dia kata memang tak dapat. dan sepatutnya tenaga fasilitator adalah dari kalangan pelatih Institut Perguruan IPG, tapi atas sebab2 tertentu mereka tidak dapat turun membantu. Kecian sangat!!! Sedih sgt masa tu!!!Yg ana risau, LDK 4 & 5 yg akan dijalankan selepas subuh & jam 8 pagi ahad. ana skali lagi trpaksa meninggalkn program kerana ada komitmen dalam satu lagi program anjuran Kelab Remaja Ukhuwwah PSS. Ana diamanahkn utk mnyampaikn ceramah dlm program tersebut pd jam 9 pagi - 10.30. Memikirkan keadaan ini menyebabkan ana sedih menahan sebak dari asar (ptg sabtu) sehingga malam memikirkan keperluan pendakwah lebih2 lagi penda'wah muslimat. Sesekali air mata keluar juga akhirnya seolah-olah macam tak dapat dihentikan. Apabila tangisan reda, terlalu sebak yang terpendam di hati kekadang tanpa disedari air mata tetap bergenang. Syukur alhamduliLlaah adik2 peserta tak menyedari keadaan mata ana yg bengkak disebalik kaca mata.

Kepada muslimat di luar sana, PLEASE! ana merayu... sampaikanlah da'wah mu. jangan terlalu merendah diri dgn mngatakn "saya tak cukup ilmu". Bantulah agama Allaah! Nilailah dan bertindaklah mengikut keutamaan. ana yakin antunna tahu ttg awlaawiyat sesuatu prkara itu.

Apapun, TAHNIAH pd jawatankuasa program kerana istiqomah menganjurkan program2 sebegini. walaupun dalam serba kekurangan, SUBHANALLAAH WAL HAMDULILLAAH program tetap berjalan dengan lancar. Semua itu hakikatnya adalah bantuan rahmat dari ALlaah. Syukran jaziilan juga kpd 2 org adik pelajar UMS (muslimat) yg sanggup hadir mbantu pgram ini walaupun rasa rendah diri krn mngatakn tak pernah jadi fasilitator mana2 program. Tapi antunna telah berjaya menyahut cabaran tesebut dan berjaya menerobos sempadan diri :-) Jelas kelihatan rasa puas hati para peserta dan anak-anak murid ana yang rterlibat dalam program ini yang mana mereka tak pernah sertai selama ini. TAHNIAH diucapkan kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung mahupun tidak. JAZAKUMULLAAHU KHOIRAN KATHEERO. BAAROKALLAAHU FIIKUM


Kelihatan dalam gambar ini menunjukkan peserta Program Memperkasakan 'Aqidah tekun mendengar ceramah dan penerangan tentang kebenaran Al-Qur'an (Perbandingan Al-Qur'an dan Bible)

2 comments:

  1. Assalamualaikum,

    Saya cadangkan agar PSS menganjurkan Kursus TOT Akidah untuk meramaikan lagi muslimin dan muslimat yang berkebolehan menjadi fasilitator akidah. Insya Allah Program seterusnya yang terdekat ialah di Pitas pada bulan Mac.

    ReplyDelete
  2. wa'alaykassalaam wa rohmatuLlaah...

    Syukran jaziilan atas cadangan yang sangat berguna dari akhsyaqiq... insha'Allaah ana akan bawa perkara ni kpd MT utk dibincangkan. cuma utk pengetahuan pihak tuan, PSS satakat ni belum lagi dapat menjalankan aktiviti khusus yang mana boleh melatih golongan muda utk mnjadi tenaga fasilitator mahupun tenaga penceramah di sabah khususnya dan di Malaysia amnya.

    Pada pandangan ana kebolehan dan kemahiran yg sedia ada di kalangan PSS dan adik2 IPT yg terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam PSS ana lihat adalah hasil daripada minat mereka sendiri disamping usaha yang berterusan dan bakat yg sedia ada yg digilap dan ditarbiyyah daripada beberapa organisasi yang dikatakan kurang pengiktirafan dari mana2 pihak... belum ada lagi badan kerajaan dan NGO yang tampil mahu melatih golongan seperti mereka. dh lama ana memikirkan hal ini dan try merangka kertas kerja. hakikatnya kita sangat kekurangan tenaga muda yg berkemahiran khususnya tenaga muslimat.

    Sehubungan itu ana mohon supaya pihak Penganjur Program Memperkasakan 'Aqeedah dan juga JAKIM, JAHEINS dan YADIM Negeri Sabah mungkin boleh bergabung tenaga untuk menjalankan kursus khas yang berkala dan berterusan utk golongan muda seperti yang ada di dalam PSS bagi tujuan mengasah bakat dan melatih mereka berani ke hadapan, ke tengah masyarakat menyampaikan Islam.

    ReplyDelete