Saturday, October 30, 2010

AKHLAQ CERMIN HATI

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على سيد المرسلين محمد صلى الله عليه وسلم وعلى آله وصحبه أجمعين



Dengan nama Allah yang Maha Pengasih Maha Penyayang.Yang Menciptakan semua makhluqNya atas qudrat dan 'iradatNya. Segala pujian hanya layak untuk Allah Subhanahu wa Ta'ala Tuhan semesta 'alam. Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad Sollaahu 'alaihi wa sallam Rosul akhir zaman, ahli keluarga Baginda, para sahabat radiyallahu 'anhum & sesiapa sahaja yang mengikut mereka dengan ikhlas sehinggalah hari kiamat.

Assalaamu'alaykum wa rahmatullaahi wa barakatuh...

Muslimin muslimat yang dirahmati Allah...

Banyak perkataan yang digandingkan dengan HATI..SAKIT HATI, HATI SAKIT, MAKAN HATI BERULAM JANTUNG, BUTA HATI, MATA HATI...dan baaanyak lagi...Teringat ana satu lirik lagu, lagu kumpulan Saff One...

Buta mata tak nampak jalan di dunia, kerana tidak nampak cahaya
Tidak tahu ke mana hendak dituju ke hilir ke hulu...
Selamatlah di dunia yang fana ini
bila mana mata tidak buta, Melalui pengalaman diri, kerana jalan itu sudah biasa...

Tapi bagaimana pulak kalau buta mata hati??? (klik video ini..(^_^)



Ana sering terdengar dan ditanya:
1. Apasal orang yang solat, tapi tetap buat jahat?
2. Apsal orang yang pakai tudung konon-kononnya tutup aurat tapi masih berperangai buruk?
3. Tutup aurat je, tapi mulut... ya rabbii, suka mencarut?

ini adalah sebahagian soalan-soalan yang menyebabkan kita sendiri pun berasa pelik... kerana pada hakikatnya solat adalah tiang agama. Solat adalah sumber kekuatan dan benteng diri bagi seseorang daripada melakukan perbuatan keji dan maksiat. Solat dapat menjadikan seseorang itu berakhlaq mulia... Tapi kenapa? why? semua soalan-soalan di atas tetap berlaku???

Ada orang jawab, tepuk dada...tanya iman...hmm... iman tu letaknya di mana pulak??? sesetengah orang akan jawab, iman itu letaknya di hati... HATI lagi disebut... habis tu? Bagaimana keadaan hati seseorang itu jika dia memiliki akhlaq yang buruk dan keji??? Inilah sedikit gambaran ayat yang menunjukkan bahawa Akhlaq Seseorang adalah Cerminan Hati...

Benarlah Sabda Nabi Muhammad Sollaahu 'Alaihi wa sallam:

إن فى الجسد ابن ءادم مضغة إذا صلحت صلح لها سآئر جسده وإذا فسدت فسد لها سآئر جسده ألآ وهى القلب
"Sesungguhnya di dalam jasad anak Adam itu ada segumpal daging. Apabila daging itu baik maka baiklah seluruh jasadnya, apabila daging itu rosak maka akan rosaklah seluruh jasadnya. Ketahuilah...! Dia adalah hati...!

Hati apakah yang dimiliki oleh mereka2 yang sanggup berbuat perkara ini??

Akhlaq berasal daripada perkataan 'arab yang kata akarnya ialah khuluq yang bermaksud perangai, @ tingkah laku, tabiat, kepercayaan, pegangan atau agama.

Berdasarkan kepada pengertian ini akhlaq adalah semulajadi, tabiat dan agama yang mempamerkan gambaran atau rupa bathin seseorang.

Imam al-Ghazali pernah berkata:
Akhlaq ialah keadaan jiwa seseorang yang mendorong untuk melakukan perbuatan tanpa pertimbangan 'aqal terlebih dahulu.

Muslimin muslimat yang dirahmati Allah...
Bila disebut jiwa ianya disamaertikan dengan HATI...Orang yang berakhlaq buruk dikatakan adalah orang yang mempunyai hati yang kering-kontang, hati yang gersang, hati yang dipenuhi debu-debu dosa...Manakala orang yang berakhlaq mulia dikatakan orang yang mempunyai hati yang bersih, hati yang suci, hati yang tenang, hati yang sentiasa redha dan dekat dengan Allaah...

Hati yang banyak buat dosa kepada manusia dan kepada Allah, akan dipenuhi "debu-debu hitam" yang hanya akan kembali putih @ hilang apabila seseorang itu mohon ampun dan maaf serta bertaubat kepada Allah.Sedarlah!!! Manusia yang berhati kotor akan sering melakukan maksiat terhadap Allah. Na'uuzubillaahi min zalik.

Antara nikmat yang berharga yang dianugerahkan Allah kepada manusia ialah NIKMAT HATI. Raja segala gerak geri dan tingkah laku yang dipertontonkan oleh manusia. Hati yang diciptakan adalah semulia-mulia kejadian. DI situlah 'aqal manusia, di situlah buruk, baik, sihat dan lemahnya manusia. Pendek kata di situlah segala-galanya. Janganlah membiarkan hati terus ber"penyakit". Sehingga tanpa sedar, hati kita sebenarnya sudah menghadapi saat "nazak". Fikir-fikirkan, renung-renungkan dan ambillah tindakan untuk merawat hati kita agar segala tindak tanduk kita sesuai dengan syariat Allah. Insha'Allah.

Telah berkata Syeikh 'Abdul Qodir Al-Jailani:
"Ingatlah kamu sebelum kamu diberi peringatan, bahawa sudah tiada lagi perintah bagi kamu. Perbaikilah hati kamu, kerana apabila hati itu sudah baik, maka akan baik pulalah seluruh keadaanmu. "



Kasihan bayi yang malang ni (T_T) ...sebahagian anggotanya digigit dan dibaham oleh serangga dan haiwan...Bagaimanakah "cuaca" hati seorang insan yang sanggup melakukan perbuatan ini???

Pemilik hati yang gersang, kering kontang, kemarau ataupun lebih parah lagi hati yang nazak... dah tentu akan memiliki akhlaq yang buruk dan keji. Mutakhir ini, gelaja sosial semakin banyak terjadi... zina? rogol? bunuh? seks bebas? buli? cabul? merempit? bom orang? bakar orang? dan bermacam-macam lagi berlaku di negara kita Malaysia... ini menunjukkan negara kita semakin ramai yang berpenyakit hati... na'uzubillaahi min zalik. Maka itu hendaklah semua pihak bekerjasama termasuk diri kita sendiri berusaha bersungguh-sungguh untuk membersihkan hati sehingga kita benar-benar memperolehi hati yang suci bersih, tenang dan bahagia, seterus beroleh limpahan rahmat dan redho Allah... aameen.




Telah berkata seorang 'ulama, Ibrahim Al-Khawa R.A:
"Sesungguhnya ubat hati itu ada 5 perkara, maka ubatilah hati kamu dengan 5 perkara tersebut:
Pertamanya, BACALAH AL-QUR'AN dgn menghayati isi kandungannya.
Kedua, MENGOSONGKAN PERUT dari TERLALU kenyang @ puasa
Ketiga, BANGUN BERIBADAT di waktu malam (qiamullail)
Keempat, MENGHAMPIRKAN DIRI KPD ALLAH (beribadat) disepertiga malam
Kelimanya, sentiasa BERSAMA-SAMA di dalam majlis orang-orang yang soleh"



p/s:
Dengan ucapan alhamdulillah ana panjatkan kesyukuran, atas limpah kurniaNya, Allah memberi kekuatan dan kelapangan masa untuk berkongsi 'ilmu insha'Allah. Dikesempatan ini, ana ingin mengucapkan terima kasih kepada PK HEM SMK Bongawan Encik Kassim Samat atas kesudian beliau menjemput ana untuk menyampaikan ceramah dalam Program Nisa' Permata Hati yang bertajuk Akhlaq Cermin Hati di SMK Bongawan pada 25 September 2010. Antara sekolah yang pelajar-pelajarnya sentiasa dahagakan 'ilmu lebih-lebih lagi 'ilmu yang berkaitan 'aqidah dan 'ibadah.

Thursday, October 21, 2010

QADHA' PUASA 6 HARI BULAN SYAWAL ADAKAH DAPAT PAHALA PUASA SUNAT SYAWAL?

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على سيد المرسلين محمد صلى الله عليه وسلم وعلى آله وصحبه أجمعين


Assalaamu'alaykum wa rahmatullaah..
Muslimin muslimat yang dirahmati Allah... Penulis mohon maaf atas kelewatan perkongsian 'ilmu berkaitan puasa qadha'. Sungguhpun sekarang dah masuk bulan Zulkaedah dan dah lepas bulan Syawal, tapi penulis yaqin persoalan ini tetap akan timbul saban tahun bahkan akan timbul "tetiba' di ruangan kotak fikiran kita... Sebagaimana telefon bimbit penulis, seringkali dihadiri pertanyaan-pertanyaan daripada adik-adik remaja dan sanak saudara berkenaan puasa qadha' tak kira bulan tak kira masa... Berikut antara soalan yang sering ditanya dan jawapan yang mudah-mudahan dapat difahami dengan mudah oleh semua pembaca:

(1). Boleh ke puasa qadha' digantikan sekali ngan puasa sunat di bulan
Syawal?
(2). Macamane pulak ngan pahalanya. Dikira berganda ke?
(3). Macamne nak mengqadha'kan puasa yang tertinggal 5 hari semasa saya
berumur 12 tahun (akil baligh) kerana saya ragu-ragu masih belum
mengqadha'kan puasa tersebut sebab tak tahu macamne nak buat.
(4). Ape bacaan niat puasa qadha' ek?

Berikut ada penerangannya yang ringkas insha'Allah padat dan menjawab persoalan-persoalan yang sering timbul di kotak fikiran kita...

1.Untuk soalan (1) dan (2)


1. Di sisi kebanyakan ulama niat puasa sunat boleh disertakan dalam niat puasa wajib dan bukan sebaliknya iaitu tidak boleh disertakan niat puasa wajib dalam puasa sunat. Perkara ini juga dinyatakan di dalam kitab Al-Minhaj karangan Imam Nawawi (Jilid 1/23) dan Syarahnya karangan Imam Jalaluddin Al-Mahalli.

2. Oleh itu dalam soal ini, seorang wanita muslimah yang mengqada'kan puasanya sebanyak 6 hari dalam bulan syawal juga akan mendapat pahala puasa sunat 6 hari di bulan Syawal berdasarkan kaedah tersebut dan pendapat ini dipegang oleh ulama-ulama mazhab Syafie serta telah difatwakan oleh Imam Al-Ramli (Fatwa Al-Ramli jilid 2/66).

3. Dalil yang dipegang oleh mereka adalah hadis baginda s.a.w yang berbunyi:

من صام رمضان ثم أتبعه ستاً من شوال كان كصيام الدهر رواه مسلم

"Sesiapa yang berpuasa Bulan Ramadan kemudian mengekorinya dengan enam hari di Bulan Syawal maka seumpama dia telah berpuasa selama setahun"-
Riwayat Muslim.

Keterangan:

Rasulullah tidak menyatakan dalam hadis bentuk puasa yang perlu dilaksanakan untuk mendapat pahala selama setahun itu samada dalam bentuk puasa sunat atau wajib seumpama qadha' maka lafaz hadis adalah tergolong dalam lingkungan lafaz muthlaq. Yang dinyatakan hanyalah pahala itu diperolehi kepada sesiapa yang mengikuti puasa ramadhan dengan puasa syawal tanpa membataskan bentuknya. Kaedah syara' telah menyatakan bahawa mengikat lafaz muthlaq tanpa dalil adalah batal.

sumber: http://serambiazhari.blogspot.com



Untuk soalan (3)...tentang bacaan niat puasa qadha'

"Sahaja aku berpuasa qadha' pada esok hari kerana Allah Ta'ala"

Sebagaimana puasa fardhu di bulan Ramadhan, niat puasa qadha' ini juga hendaklah dibaca selepas matahari terbenam, dan sebelum terbit fajar...

P/s: Selamat ber'amal dan memanfaatkan 'ilmu yang diperolehi. Moga kita menjadi insan yang diredhoi lagi diberkati...

Sekian, wassalam.

Mohon maaf dunia akhirat atas keterlanjuran bicara dan ucapan. Moga dikira sebagai 'ilmu yang bermanfaat untuk kita di dunia dan di akhirat.

min ana al-faqiroh ila rabbihi

Sunday, October 17, 2010

Jadual Haul Imam Al-Haddad di Seluruh Malaysia (Oktober 2010)

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على سيد المرسلين محمد صلى الله عليه وسلم وعلى آله وصحبه أجمعين

JADUAL MAJLIS HAUL IMAM HADDAD 2010
DI SELURUH MALAYSIA


Tarikh

Zon Utara (Kumpulan A)

Zon Timur (Kumpulan B)

09 Oktober 2010

Musalla Imam Asy-Syafie, Taman Jali, Kangar, Perlis


12 Oktober 2010

Masjid Kapitan Keling, Pulau Pinang

Masjid Pasir Mas, Pasir Mas, Kelantan

13 Oktober 2010

Masjid Al-Bukhary, Alor Setar, Kedah

Masjid Sultan Ahmad, Kemaman, Terengganu

14 Oktober 2010

Masjid Saiyidina Abu Bakar Assidiq, Bakar Arang, Sg Petani, Kedah

Masjid At-Taqwa, Pekan, Pahang


Zon Sentral

15 Oktober 2010

Masjid Al-Bukhary, Jalan Hang Tuah, Kuala Lumpur

16 Oktober 2010

Masjid Negeri Selangor D.E., Shah Alam, Selangor

17 Oktober 2010

Masjid Al-Falah, USJ 9, Selangor


Zon Selatan/Timur (Kumpulan C)

Zon Selatan/Barat (Kumpulan D)

18 Oktober 2010

Masjid Jame', Bandar Maran, Pahang

Masjid Sultan Iskandar, Batu Pahat, Johor

19 Oktober 2010

Masjid Jame’, Bandar Mersing, Johor

Masjid Al-Adzhim, Bandar Melaka, Melaka

20 Oktober 2010

Masjid Jame’ Kampung Melayu Majidi, Johor Baru, Johor

Yayasan Al-Jenderami, Dengkil, Selangor

21 Oktober 2010

Yayasan Assofa, Rembau, Negeri Sembilan

Masjid Layang-Layang, WP Labuan


Zon Malaysia Timur 1 (Kumpulan E)

Zon Malaysia Timur 2 (Kumpulan F)

22 Oktober 2010

Masjid Wan Alwi, Kuching, Sarawak

Masjid At-Taqwa, Miri, Sarawak

23 Oktober 2010

Masjid Bandaraya, Kota Kinabalu, Sabah

Masjid Baitul Aman, Kuala Lumpur

24 Oktober 2010

Masjid Habib Abdulrahman, Tawau, Sabah

Madrasah Darul Faqih, Jalan Gelang Cincin, Segamat, Johor




Nota: Majlis Utama di Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah pada 16 Oktober 2010 akan bermula pada jam 5:00 petang tepat. Selain itu, semua majlis-majlis di seluruh Malaysia bermula pada 5:30 petang tepat. Diharap hadirin dan hadirat dapat bersama majlis-majlis ini sebelum waktu mula tersebut. Semua Muslimin dan Muslimat dijemput hadir. Diminta Hadirin dan Hadirat mematuhi halal/haram, sunnah/makruh dan adab semasa didalam majlis-majlis ini.

* Masjid-masjid ini (rujuk ZON SENTRAL shj) akan dihadiri oleh semua para ulama termasuk tetamu utama (Habib Zein Bensumaith, Habib Umar Benhafidz, Habib Kazim dan lain-lain)

berikut adalah senari penuh ulama jemputan :

1) Habib Umar bin Hafidz (Darul Mustafa, Yaman)

2) Habib Jindan bin Salim bin Jindan (Jakarta)

3) Habib Munzir Al-Musawwa (Pimpinan Majelis Rasulullah, Jakarta)

4) Habib Kadzim Al-Seggaf (Tarim, Hadramaut, Yaman)

5) Habib Quraish Baharun (Jakarta)

6) Sheikh Fuad Kamaluddin Al-Maliki (Yayasan Sofa)

7) Habib Ali Zainal Abidin Al-Hamid (Kuala Lumpur)

8) Habib Najmuddin Al-Khirid (Shah Alam)

9) Habib Muhammad bin Alwi Al-Attas

10) Habib Soleh al-Jufri (Solo, Indonesia)

tolong sebar-sebarkan ...
jazakumullah Khairan kathiran

JADUAL PROGRAM GURU MULIA AL-HABIB UMAR BIN MUHAMMAD BIN SALIM HAFIZ Oktober 2010

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على سيد المرسلين محمد صلى الله عليه وسلم وعلى آله وصحبه أجمعين

Assalaamu'alaykum...

Kepada muslimin muslimat, dijemput hadir untuk menghadiri majlis-majlis berikut... Mohon maaf atas kelewatan memberi makluman tentang haul ini...



p/s:
Dari Abu Bakrah ra., Dari Nabi s.a.w., sabdanya: "Jadikanlah dirimu orang alim atau orang yang menuntut ilmu atau orang yang selalu mendengar pelajaran agama, atau pun orang yang mencintai (tiga golongan yang tersebut); dan janganlah engkau menjadi (dari) golongan yang kelima, yang dengan sebabnya engkau akan binasa."
(Al-Bazzar)

Wednesday, October 13, 2010

KENAPA TAK ROGOL SAYA ???

Kisah benar ini berlaku di US.

...Ia tentang seorang wanita dari Malaysia yang bekerja di US. Dia memakai tudung dan memiliki akhlak yangbagus.

Suatu malam perempuan ini dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan yang diambil pula agak tersorok dan tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu. Disebabkan hari yang agak sudah lewat,berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa takut. Lebih-lebih lagi dia berjalan bersaorangan.

Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak

sedap hati. Apa yang dia boleh buat waktu tu adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar Allah membantu dia disaat itu. Masa dia melepasi tempat lelaki itu bersandar, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib baik lelaki itu buat tidak endah dan perempuan ini selamat sampai ke rumahnya. Keesokkan paginya, wanita ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dekat lorong yang dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut. Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih yang dia lihat semalam adalah perogol itu.

Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat mengenalpasti suspek melalui kawad cam dan selepas siasatan dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari. Tapi perempuan ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut walhal dia keseorangan di masa tu,tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia. Wanita ini nak tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke tempat lain).

Dia pun tanya perogol itu..

"Why don't you do anything to me on that night even though you know that I'm alone?"(Kenapa awak tak buat apa-apa kat saya malam tu walaupun awak tau saya seorang je masa tu?)

Perogol tu jawab:

"No, you are not alone. That night I saw two young man walking with you. One on your right side and the other one was by your left side. If you were alone of course you will be my victim."(Tak, awak bukan berseorangan. Malam tu saya nampak ada 2 orang lelaki berjalan dengan awak. Seorang sebelah kanan awak dan sorang lagi sebelah kiri awak. Kalaulah awak sorang2 malam tu, sudah pasti awak jadi mangsa saya..)

Wanita ni rasa amat terkejut bila dengar penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursiyang dia baca malam itu.

p/s : MORAL CERITA INI..

Jika kita sebagai hambaNya menurutsegala perintah dan meninggalkan segala laranganNya, Dia pastinya akan sentiasa dekat dengan kita danmemelihara kita. Wanita tadipertama-tamanya menutup aurat di US dan memang seorang yang menjagabatas-batas yang ditetapkan Islam.Mungkin dua orang lelaki yang menemani wanita itu adalah malaikat yang diutuskan Allah untuk menjagahambaNya yang sentiasa ingat akandiriNya.

"...Barang siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya,Allah mewakilkan 2 orang Malaikatmemeliharanya hingga subuh. Barang siapayang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya ..."[Dari Abdullah bin 'Amr r.a.]

Sebuah kisah benar yang sangat sangat menarik pada pandangan ku...semoga kite semua mendapat pengajaran dan ilmu yang bermanfat...sebagai hamba kita seharusnya percaya dengan kemampuan senjata orang mukmin iaitu DOA....

semoga kita sentiasa dipeliara Allah darikejahatan syaitan yang di rejam.......