Mengikut rekod Jabatan Agama Islam, Selangor merupakan kawasan yang paling ramai mempunyai penduduk Melayu Islam yang bertukar agama, bukan sahaja kepada Kristian, tetapi juga kepada agama lain seperti Hindu. Kedua, kawasan Kuala Lumpur dan diikuti dengan Pulau Pinang. Sejumlah kecil kes murtad juga terdapat di negeri-negeri lain. Yang menyedihkan, terdapat banyak kes-kes terbaru yang membabitkan remaja belasan tahun.
Beberapa minggu yang lepas, Jabatan Agama Islam telah berjaya menarik balik seorang remaja perempuan berusia 15 tahun yang bersekolah di sebuah sekolah di Puchong. Remaja ini telah menukar agama dan dilarikan untuk dikahwinkan dengan seorang yang berlainan agama. Di sebuah sekolah menengah di Pandan Jaya, 2 orang remaja perempuan juga berjaya diselamatkan dari terus hanyut. Mengikut maklumat yang diterima dari 2 remaja ini, mereka selalu dibawa ke sebuah gereja (letaknya di tepi highway Cheras); diajar dan diKristiankan (dibaptiskan) oleh dua orang paderi wanita berbangsa Melayu. Sisters tersebut masih berada di gereja tersebut. Remaja-remaja tersebut di atas sekarang berada di Ulu Yam untuk proses pemulihan akidah.
Kalau anda semua masih ingat, pada beberapa tahun yang lalu, terdapat seorang paderi Melayu yang bernama Jamaluddin telah memurtadkan ramai Melayu di sebuah gereja di Bukit Gasing. Sekarang ini beliau telah kembali ke Malaysia setelah beberapa tahun berada di luar negara; dan dinaikkan pangkat menjadi seorang Bishop dan berjanji akan mengKristiankan lebih ramai warga Melayu di sini.
Terdapat juga sebuah kenyataan yang di petik dari sebuah lagi website (www.forum.jiwang.org) yang menyebut, "Saya pernah mempunyai seorang senior ketika belajar di Terengganu dahulu dan menjadi murtad pada tahun pertengahan 80-an. Dia boleh dikatakan rapat dengan saya. Seorang anak cikgu yang berasal dari Muar. Seorang pelajar yang pintar & rajin mengaji Al-Quran. Setelah tamat kursus, beliau pernah ditawarkan untuk melanjuttkan pelajaran ke US atas "Young Lecturer Scheme".
Tetapi dihalang oleh ibunya kerana khuatir sesuatu yang tidak baik berlaku. Beliau seorang yang patuh pada perintah orang tuanya pun bersetuju. Tidak lama kemudian, kawan saya ini mendapat pekerjaan di sebuah syarikat guaman yang terkenal di Kuala Terengganu. Di sana, bermulalah kisah yang sedih ini. Kawan saya ini telah berkenalan dengan anak tuan punya syarikat guaman ini; sehingga mengheret dia menjadi seorang penganut Kristian. Setelah berkawin di sebuah gereja di Kuala Terengganu, beliau pernah datang mencari saya; dan terakhir yang saya tahu, dia sudah mempunyai seorang anak perempuan dan menjadi seorang penganut Kristian yang setia; rajin ke gereja dan menghayati Bible."
Kisah Aisyah Bukhari dan kisah tersebut di atas mempunyai banyak persamaan; good religious foundation but got carried away (Latar belakang agama (keluarga) sangat molek, tetapi sayangnya hidayah Allah tidak kesampaian ke hati mereka; Iman tiada dapat di warisi dari seorang ayah yang bertaqwa). Misi agama lain sungguh kuat dari segi bantuan kewangan; sebab itu ia semakin menular sekarang.
Dulu, mereka menggunakan missionary mereka dengan cara berbuat baik, mengambil hati, bercinta dan berkahwin. Sekarang, golongan pelajar Islam pula yang dijadikan mangsa. Pinta penceramah semalam, agar dapat kita sama-sama mengambil ikhtibar dan melakukan sesuatu yang terbaik untuk masa depan generasi Islam di Malaysia ini. Bagi yang mampu atau yang sudi menghulurkan sedekah; salurkan niat murni kepada PERKIM atau pihak yang berkenaan kerana bantuan yang diterima tidak mencukupi.
P/s: ALlaahu akbar!!! Maha Suci ALlaah, Dia pasti akan membalas mereka yang zolim. Moga ALlaah membuka pintu hati kita untuk istiqomah di jalan da'wah dan sekalian mereka yang jauh daripada Islam untuk kembali kepada Islam/ Kepada pembaca2 di sana, ayuh bersama golongan yang memperjuangkan deenul Haq. Selamatkan 'Aqeedah umat Islam... Gunakan apa jua kemahiran yang ada pada kita untuk memelihara kesucian Islam
macam mana nak suruh orang kita kekal dalam Islam? Mereka yang ada kuasa untuk menghalang tak buat apa2. ni pun dok tengah susah dengan kawan yang masuk Islam tetapi tidak boleh tukar bkerja di semenanjung sedangkan suaminya di semenanjung. Bila minta tolong orang yang ada kuasa, dia tolak mentah2 dan kata "boleh beriman di mana2". Jadi sekarang mualaf itu terpaksa makan makanan yang tak halal kerana tinggal bersama keluarganya yang masih tidak tau dia masuk Islam. Maka setiap suap yang tidak halal yang dimakan oleh mualaf itu ditanggung oleh orang yang ada kuasa tetapi tak buat apa2 itu.
ReplyDelete