Friday, January 16, 2009

HIKMAH UJIAN- Pertahankanlah 'aqeedah

بسم الله الرحمن الرحيم

Segala puji bagi ALlaah Tuhan sekalian alam. Yang wujud-Nya tanpa berhajat kepada tempat sebagaimana makhluq-Nya yang wujud memerlukan tempat. Maha Suci Allaah daripada segala kekurangan. Selawat & salam ke atas Nabi junjungan kita Nabi Muhammad Kekasih ALlaah, RasuluLlaah SollaLlaahu 'alaihi wa sallam, kepada ahli keluarga baginda, sahabat-sahabat baginda, para tab'ien, para mujahideen, mujahidah, & sekalian pengikut & pejuang tauhid yang haq hingga akhir zaman.



Setiap insan yang hidup di dunia yang fana' ini tidak pernah sunyi dari menghadapi pelbagai ujian. Kesenangan, kesusahan, kesakitan, kekayaan dan apa sahaja yang kita hadapi dan miliki adalah merupakan ujian bagi kita. Bagi golongan muqorrabin, ujian kesakitan, penderitaan dan musibah yang mereka hadapi ditempuhi dengan sabar dan redho. Kerana mereka tahu, MUSTAHIL ALLAAH mengadakan sesuatu melainkan ada hikmah disebaliknya. Mereka YAQIN bahawa SANGAT MUSTAHIL ALLAAH mengadakan sesuatu dengan sia-sia kerana sifat menyia-nyiakan dan bermain-main itu tidak layak bagi ALlaah. Tidak ada Tuhan yang layak disembah melainkan ALlaah. Dialah Dzat Yang Maha Mengetahui, Maha Perkasa, Maha Bijaksana dan memiliki nama-nama yang indah dan bersifat dengan segala sifat kesempurnaan.

ALlaah menguji kita itu tandanya ALlaah sayang kita. ALlaah berkehendak kita sedar bahawa kita adalah hamba-Nya yang serba dhoif, dan kerdil di sisi ALlaah. Kadang-kala kita lalai dalam mentaati-Nya, lalu Dia berikan kita penyakit... semoga dengan kesakitan itu kita sedar akan nikmat sihat dan kembali mentaati-Nya. Apapun ujian yang kita hadapi, tempuhilah ia dengan sabar dan sentiasa panjatkan doa kepada ALlaah. Dengan izin-Nya ujian itu datang dan dengan izin-Nya jua ujian itu akan berakhir. Yang penting kita istiqomah mentaati-Nya.

Firman ALlaah Subhanahu wa Ta'ala yang bermaksud:
"dan jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu..."


Ketahuilah bahawa, ujian yang datang merupakan salah satu bukti yang menunjukkan TANDA kasih sayang dan cinta ALlaah kepada kita. Cinta yang menyelamatkan kita dan bukan cinta yang menghancurkan kita.

Sabda Nabi Muhammad sollaLlaahu 'alaihi wa sallam yang bermaksud
"Sesungguhnya ALlaah tidak akan menyeksa kekasih-Nya tetapi Dia hanya mengujinya"

"Ujian yang paling berat ditimpakan pada Nabi-nabi dan Rasul-rasul, kemudian para wali-wali, orang-orang soleh, dan kemudian diujilah mengikut iman masing-masing"

ALlaah mendidik kekasih-kekasihNya dan hamba-hamba pilihan-Nya dengan pelbagai ujian berat. Sebagai contoh, Nabi Ibrahim diuji dengan dicampakkan ke dalam api dan diperintahkan menyembelih anak sendiri iaitu Nabi Ismail 'alaihissallam. Nabi Muhammad diburu oleh kaum sendiri, kehilangan orang-orang yang disayangi pada tahun yang sama sehingga dikatakan tahun tersebut tahun kedukaan, dihumban batu dan dilemparkan najis ketika menyebarkan Islam. Keluarga Yasir direjam hingga menemui syahid dalam mempertahankan 'aqeedah. Bilal bin Rabah dihempap dengan batu tapi masih lagi tetap melaungkan "Ahad, Ahad, Ahad..." mengEsakan ALlaah. sekalipun diuji sedemikian rupa, beliau tetap teguh mempertahankan 'aqeedahnya... kecintaan terhadap keimanan sangat mendalam...

Cuba kita letakkan diri kita dalam situasi seperti Bilal bin Rabah mahupun seperti keluarga Yasir. Adakah kita sanggup bertahan??? Diuji dari pelbagai sudut...

Apatah lagi zaman moden kini, cabaran dan ujian datang dari pelbagai sudut. Ketahuilah! Sebanyak mana pun ujian, hadapilah ia dengan cekal hati, tabah, sabar dan istiqomah dalam mentaati ALlaah dan Rasul-Nya. Tetap teguhlah dalam mempertahankan 'aqeedah yang haq. Tidak kira siapa pun kita, sama ada kita sebagai ibu bapa, pensyarah, guru, anak, pelajar dan apa sahaja kerjaya kita.... kunci kebahagiaan dan ketenangan hati adalah terletak pada IT. Bukan Information and Technology, tapi IMAN dan TAQWA.

Ketahuilah! Sesungguh ujian yang datang kepada hamba adalah kerana salah satu daripada sebab-sebab berikut:
1. Tanda kasih ALlaah pada hamba-hambaNya
2. Sebagai kafarah dosa hamba-hambaNya
3. Sebagai laluan untuk meningkatkan darjat hamba-hambaNya di sisiNya

Walau macam mana pun bentuk ujian yang dihadapi, bersabarlah... Diuji dengan nikmat hadapailah ia dengan SYUKUR. Diuji dengan sedikit penderitaan atau kesakitan sama ada zohir mahupun bathin, maka hadapilah ia dengan SABAR & SYUKUR... Dengan izin ALlaah ujian itu datang dan dengan izin-Nya jua ujian itu mampu diselesaikan dengan baik. Serahkan kembali kepada ALlaah Yang Maha Mengetahui, Maha Penyayang lagi Maha Mendengar. Merintihlah dan munajat kepada ALlaah 'Azza wa Jalla atas segala apa yang kita hadapi.



Firman ALlaah 'Azza Wa Jalla dalam surah Al-Baqarah ayat 153, yang bermaksud

"Hai orang-orang beriman. jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu, sesungguhnya ALlaah beserta orang-orang yang sabar"

Firman ALlaah 'Azza Wa Jalla dalam surah Muhammad, ayat 7:
"Wahai orang-orang beriman. Jika kamu membantu (agama) ALlaah nescaya Dia akan membantu kamu dan meneguhkan kedudukan kamu"

Apapun keadaan kita, istiqomahlah dan teguhkanlah pendirian dalam soff yang memperjuangkan Islam. Soff yang menegakkan 'aqeedah yang benar...Ahlissunnah wal jama'ah.

Sekian dulu, akhir kalam... ingatilah kata-kata Al-marhum Prof.Hamka "Disaat engkau dilahirkan, engkau menangis dan orang lain tersenyum. BERJUANGLAH! agar disaat engkau menghembuskan nafas terakhir, engkau tersenyum dan orang lain menangis"


TERUSKAN PERJUANGAN!!!
BaarokaLlaahu fiikum.

2 comments:

  1. 'AFWAN. MOGA BERMANFAAT DI SISI ALLAH SBG 'AMAL SOLEH KITA.

    BERSABAR D ATAS SGALA UJIAN... SEDIKIT KESABARAN YG KITA USAHAKAN DGN IZIN-NYA INSHA'ALLAH AKAN MEMBUAHKAN HALAWATUL IMAN... INSHA'ALLAH

    MOHON MAAF DUNIA AKHIRAT SEANDAINYA ADA BICARA YANG MENGGURIS HATI.

    MIN ANA AL-FAQIROH WAD-DHOIFAH ILALLAH

    ReplyDelete