Segala puji-pujian bagi ALlaah Tuhan Pencipta dan Pentadbir 'alam. Dia-lah Yang Maha Esa Yang Mengatur alam cakeralawa. Tiada sekutu bagi-Nya. Apa-apa sahaja yang ada di langit dan di bumi, dan apa-apa yang ada diantara kedua-duanya adalah milik ALlaah dan juga ciptaan-Nya. Maha Suci ALlaah Yang Maha Perkasa. Sekalian makhluq-Nya adalah baru yakni didahului dengan tiada. Daripada tiada kepada ada. Sedangkan ALlaah tiada didahului dengan permulaan dan tiada pengakhiran. Selawat dan Salam buat Nabi junjungan Muhammad SollaLlaahu 'alaihi wa sallam, ahli keluarga baginda, sahabat-sahabat baginda, para tabi'en, para 'ulama dan sekalian mujahid-mujahidah yang berjuang menyampaikan 'aqeedatul haq hingga hari qiamat.Aameen.
Muslimin dan muslimat yang dihormati kerana ALlaah...
Seorang Muslim meyakini bahawa satu-satunya agama yang benar adalah ISLAM dan kerananya dia memilih untuk memeluknya, bukan memeluk agama-agama selainnya. ALlaah mengutus para Nabi dan Rasul untuk membawa Islam dan menyebarkannya dan memerangi, menghapus serta membanteras kekufuran dan syirik. Ketika RasuluLlaah SollaLlaahu 'alaihi wa sallam menjelaskan makna penamaan diri Baginda sebagai al-Mahi, Baginda bersabda:
Sebahagian orang beriman, merekalah orang yang berbahagia. Sebahagian lainnya tidak beriman, merekalah orang yang celaka dan akan masuk neraka serta kekal di dalamnya selama-lamanya.
Firman ALlaahu Subhanahu wa Ta'ala dalam surah Al-Bayyinah ayat 6 -7:
"Sesungguhnya orang-orang kafir yakni ahli Kitab dan orang-orang musyrik (akan masuk) ke neraka Jahannam; mereka kekal di dalamnya. Mereka itu adalah seburuk-buruk makluq. Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan 'amal soleh mereka itu adalah sebaik-baik makhluq. Balasan mereka di sisi Tuhan mereka ialah syurga 'Adn yang mengalir di bawahnya sungai-sungai; mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. ALlaah redho terhadap mereka dan mereka pun redho kepada-Nya. Yang demikian itu adalah (balasan) bagi orang yang takut kepada Tuhannya"
ALlaah menurunkan agama Islam untuk diikuti. Seandainya manusia bebas untuk berbuat kufur dan syirik, bebas untuk berkeyakinan apapun sesuai apa yang ia kehendaki, ALlaah tidak akan mengutus para Nabi dan para Rasul dan tidak akan menurunkan kitab-kitab-Nya.
Firman ALlaahu Subhanahu wa Ta'ala:
Ayat ini bukanlah bererti memberi kebebasan untuk memilih antara kufur dan iman (takhyir), melainkan bertujuan sebagai ANCAMAN (tahdid). Ini kerana lanjutan ayat tersebut adalah "Dan Kami menyediakan neraka bagi orang-orang kafir"
ALlaah Ta'ala telah berfirman:
Ayat ini bukan larangan untuk memaksa orang kafir masuk Islam, kerana ayat ini menurut suatu penafsiran telah dihapus (Mansukhah) oleh ayat As-Sayf. Ayat As-Sayf adalah ayat yang berisi perintah untuk memerangi orang-orang kafir. Sementara menurut penafsiran lain, ayat di atas berlaku bagi kafir dzimmi (kafir yang perlu dilindungi) sahaja. Bukan kafir harbi (kafir yang wajib diperangi iaitu golongan kafir yang memberi ancaman terhadap kesucian Islam).
Manusia terbahagi kepada dua golongan' iaitu orang yang beriman dan orang yang kafir, ini adalah kehendak ALlaah. ALlaah berkehendak untuk memenuhi neraka dengan mereka yang kafir sama ada dari kalangan jin mahupun manusia.
Firman ALlaahu Subhanahu wa Ta'ala dalam surah As-Sajdah, ayat 13:
Maksudnya: "Dan kalau Kami mengkehendaki niscaya Kami akan berikan kepada tiap-tiap jiwa petunjuk (bagi)nya, akan tetapi telah tetaplah perkataan (ketetapan) daripada-Ku: "Sesungguhnya akan Aku penuhi neraka Jahannam itu dengan jin dan manusia bersama-sama"
Namun demikian, ALlaah tidak memerintahkan terhadap kekufuran dan ALlaah tidak meredhoi kekufuran. Dalam agama ALlaah, TIDAK ADA PLURALISME agama sebagai suatu ajaran dan ajakan. Juga tidak terdapat apa yang disebut "SINKRETISME"; iaitu fahaman yang menggabungkan "kebenaran" yang ada pada beberapa agama atau semua agama. Orang yang mengatakan ada agama yang benar selain Islam bukanlah orang muslim dan tidak memahami Islam.
Ketahuilah sekalian pembaca yang dihormati kerana ALlaah...
Sebagaimana yang kita ketahui (dan mungkin ada juga yang tidak tahu).... DALAM ISLAM, TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI wanita Islam berkahwin dengan lelaki kafir , sedangkan lelaki tadi berkekalan dalam agamanya.... Begitu juga lelaki Islam, TIDAK BOLEH berkahwin dengan wanita kafir, sedang wanita itu berkekalan dalam agamanya walaupun setelah berkahwin... Melainkan jika wanita kafir atau lelaki kafir itu memeluk agama Islam sebelum menikahi (mengahwini pasangannya)... ana bawa perkara ini kepada pembaca yang mungkin tidak tahu, atau mungkin juga buat-buat tak tahu (kerana tidak sensitif soal 'aqeedah)... Di dunia secara amnya dan di Malaysia khususnya masih lagi terdapat pasangan yang menjalani kehidupan sebagai pasangan suami isteri tetapi masing-masing dengan agama masing-masing. Yang seorang Islam, yang seorang Kafir dan akhirnya si anak akan mengikut agama sama ada agama yang dianuti oleh ayahnya ataupun ibunya... Anak perempuan akan ikut agama ibunya, anak lelaki akan ikut agama ayahnya... wa'iyazubiLlaahi min zalik...
Seorang Muslim meyakini bahawa satu-satunya agama yang benar adalah ISLAM dan kerananya dia memilih untuk memeluknya, bukan memeluk agama-agama selainnya. ALlaah mengutus para Nabi dan Rasul untuk membawa Islam dan menyebarkannya dan memerangi, menghapus serta membanteras kekufuran dan syirik. Ketika RasuluLlaah SollaLlaahu 'alaihi wa sallam menjelaskan makna penamaan diri Baginda sebagai al-Mahi, Baginda bersabda:
وأنا الماحي الذين يمحو الله بي الكفر
Maksudnya: "Aku adalah al-Mahi; yang dengan (mengutus)ku ALlaah menghapus kekufuran"Sebahagian orang beriman, merekalah orang yang berbahagia. Sebahagian lainnya tidak beriman, merekalah orang yang celaka dan akan masuk neraka serta kekal di dalamnya selama-lamanya.
Firman ALlaahu Subhanahu wa Ta'ala dalam surah Al-Bayyinah ayat 6 -7:
"Sesungguhnya orang-orang kafir yakni ahli Kitab dan orang-orang musyrik (akan masuk) ke neraka Jahannam; mereka kekal di dalamnya. Mereka itu adalah seburuk-buruk makluq. Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan 'amal soleh mereka itu adalah sebaik-baik makhluq. Balasan mereka di sisi Tuhan mereka ialah syurga 'Adn yang mengalir di bawahnya sungai-sungai; mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. ALlaah redho terhadap mereka dan mereka pun redho kepada-Nya. Yang demikian itu adalah (balasan) bagi orang yang takut kepada Tuhannya"
ALlaah menurunkan agama Islam untuk diikuti. Seandainya manusia bebas untuk berbuat kufur dan syirik, bebas untuk berkeyakinan apapun sesuai apa yang ia kehendaki, ALlaah tidak akan mengutus para Nabi dan para Rasul dan tidak akan menurunkan kitab-kitab-Nya.
Firman ALlaahu Subhanahu wa Ta'ala:
فمن شاء فليؤمن ومن شاء فليكفر
Maksudnya: Barangsiapa berkehendak maka berimanlah, dan barang siapa berkehendak maka kafirlah"Ayat ini bukanlah bererti memberi kebebasan untuk memilih antara kufur dan iman (takhyir), melainkan bertujuan sebagai ANCAMAN (tahdid). Ini kerana lanjutan ayat tersebut adalah "Dan Kami menyediakan neraka bagi orang-orang kafir"
ALlaah Ta'ala telah berfirman:
لا إكراه في الدين
Maksudnya:"Tidak ada paksaan dalam agama"Ayat ini bukan larangan untuk memaksa orang kafir masuk Islam, kerana ayat ini menurut suatu penafsiran telah dihapus (Mansukhah) oleh ayat As-Sayf. Ayat As-Sayf adalah ayat yang berisi perintah untuk memerangi orang-orang kafir. Sementara menurut penafsiran lain, ayat di atas berlaku bagi kafir dzimmi (kafir yang perlu dilindungi) sahaja. Bukan kafir harbi (kafir yang wajib diperangi iaitu golongan kafir yang memberi ancaman terhadap kesucian Islam).
Manusia terbahagi kepada dua golongan' iaitu orang yang beriman dan orang yang kafir, ini adalah kehendak ALlaah. ALlaah berkehendak untuk memenuhi neraka dengan mereka yang kafir sama ada dari kalangan jin mahupun manusia.
Firman ALlaahu Subhanahu wa Ta'ala dalam surah As-Sajdah, ayat 13:
Maksudnya: "Dan kalau Kami mengkehendaki niscaya Kami akan berikan kepada tiap-tiap jiwa petunjuk (bagi)nya, akan tetapi telah tetaplah perkataan (ketetapan) daripada-Ku: "Sesungguhnya akan Aku penuhi neraka Jahannam itu dengan jin dan manusia bersama-sama"
Namun demikian, ALlaah tidak memerintahkan terhadap kekufuran dan ALlaah tidak meredhoi kekufuran. Dalam agama ALlaah, TIDAK ADA PLURALISME agama sebagai suatu ajaran dan ajakan. Juga tidak terdapat apa yang disebut "SINKRETISME"; iaitu fahaman yang menggabungkan "kebenaran" yang ada pada beberapa agama atau semua agama. Orang yang mengatakan ada agama yang benar selain Islam bukanlah orang muslim dan tidak memahami Islam.
Ketahuilah sekalian pembaca yang dihormati kerana ALlaah...
Sebagaimana yang kita ketahui (dan mungkin ada juga yang tidak tahu).... DALAM ISLAM, TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI wanita Islam berkahwin dengan lelaki kafir , sedangkan lelaki tadi berkekalan dalam agamanya.... Begitu juga lelaki Islam, TIDAK BOLEH berkahwin dengan wanita kafir, sedang wanita itu berkekalan dalam agamanya walaupun setelah berkahwin... Melainkan jika wanita kafir atau lelaki kafir itu memeluk agama Islam sebelum menikahi (mengahwini pasangannya)... ana bawa perkara ini kepada pembaca yang mungkin tidak tahu, atau mungkin juga buat-buat tak tahu (kerana tidak sensitif soal 'aqeedah)... Di dunia secara amnya dan di Malaysia khususnya masih lagi terdapat pasangan yang menjalani kehidupan sebagai pasangan suami isteri tetapi masing-masing dengan agama masing-masing. Yang seorang Islam, yang seorang Kafir dan akhirnya si anak akan mengikut agama sama ada agama yang dianuti oleh ayahnya ataupun ibunya... Anak perempuan akan ikut agama ibunya, anak lelaki akan ikut agama ayahnya... wa'iyazubiLlaahi min zalik...
Kembalilah kepada agama fitrah yakni agama Islam (agama yang dibawa oleh Nabi Adam 'alahissallam sehinggalah Nabi Muhammad SollaLlaahu 'alahi wa sallam). Agama Islam adalah agama yang mentauhidkan ALlaah, menEsakan ALlaah... ALlaah adalah Tuhan sekalian 'alam.
Tiada Tuhan yang layak disembah kecuali ALLAAH.

No comments:
Post a Comment