Thursday, February 19, 2009

LAGI HUJJAH AHLUS SUNNAH WAL JAMA'AH (ASWJ) KE ATAS PENYELEWENGAN AJARAN WAHHABI (KE 18 - KE 20)

بسم الله الرحمن الرحيم


18. NISFU SYA'BAN

HUJJAH ASJW:
Boleh mengkhususkan puasa di bulan di nisfu Sya'ban dan berqiamullail dengan mengerjakan sembahyang pada malamnya.

DALIL:
إذا كانت ليلة النصف من شعاب فقوموا ليلها وصوموا نهارها
Maksudya:
"Apabila tiba malam nisfu sya'ban maka bangunlah pada malamnya (qiamullail) dan berpuasalah pada siangnya"
(H.R Ibnu Majah)

DAKWAAN & TANGGAPAN WAHHABI:
Soleh bin Fauzan dan selainnya dari puak wahhabi berkata: "Haram mengkhususkan sembahyang dan puasa pada nsfu sya'ban".

RUJUKAN:
Kitabnya: Attauhid, m/s: 101, Riyadh Saudi.



19. SAMBUTAN PERAYAAN MAULIDUR RASUL

HUJJAH ASJW:

Menzahirkan kegembiraan dan merayakan dengan menjamu makanan sempena kelahiran nabi kita Muhammad adalah diharuskan.

DALIL:
Orang-orang Islam di timur dan di barat semuana (melainkan golongan wahhabi) menyambut maulidurrasul yang disepakati oleh 'ulama-'ulama Islam.

DAKWAAN & TANGGAPAN WAHHABI:
Wahhabi mengharamkan perayaan dan jamuan makan sempena maulidur rasul, mereka mengatakan perbuatan ini adalah sama dengan perbuatan yahudi.

RUJUKAN:
Kitabnya: Attauhid, m/s: 116, Riyadh, Saudi.


20. PERAYAAN MAULIDUR RASUL

HUJJAH ASWJ:
Kaum muslimin di kalangan 'ulama dan orang awam sejak hampir 900 tahun yang lalu merayakannya, hal ini disebut dalam kitab, التنوير في مولد البشير النذير karangan: Ibnu Dihyah.

DALIL:
Cendekiawan Islam dari kalangan 'ulama-'ulama hadis, feqah, dan tafsir berkumpul merayakan maulidur rasul.

DAKWAAN & TANGGAPAN WAHHABI:
Ibnu Fauzan berkata : "orang jahil dari kalangan umat Islam dan 'ulama-'ulama mereka yang sesat merayakan perayaan maulidur rasul".

Ibnu Baz pula berkata: "perayaan maulidur rasul adalah menyamai orang yahudi".


RUJUKAN:
Kitabnya: Attauhid, m/s: 120, Riyadh, Saudi dan
Kitab : Tahzir Minal Bidaah, m/s: 5

P/s:

Insha'Allaah hujjah seterusnya (ke 21 - ke 23) T0 BE CONTINUED.....

No comments:

Post a Comment