Wednesday, February 4, 2009

sedeqah

بسم الله الرحمن الرحيم
Segala puji-pujian bagi ALlaah Tuhan Pencipta 'Alam. Wujud-Nya ALlaah tanpa permulaan dan tanpa pengakhiran. Sedang makhluq yang diciptakan bermula daripada tidak ada kepada ada. Maha Suci ALlaah dari bersifat kekurangan. Selawat dan salam buat Nabi junjungan besar kita Nabi Muhammad SollaLlaahu'alaihi wa sallam, ahli keluarga Baginda, para sahabat Baginda, dan sekalian penyampai risalah Islam yang suci hingga yaumul Qiyamah.
Nabi Muhammad SollaLlaahu 'alaihi wa sallam pernah mengingatkan kepada kita betapa iman boleh meningkat, dan boleh menurun. Ada yang paginya beriman, petangnya kafir, dan ada yang petang beriman dan paginya kafir.. na'uzubiLlaahi min zalik...

Kenapa perkara ini boleh berlaku??? Hakikatnya iman boleh meningkat dengan ketaatan kepada ALlaah, dan iman boleh menurun lantaran maksiat kepada ALlaah... Hari berganti hari, minggu berganti minggu, bulan berganti bulan, tahun berganti tahun. Sedar tak sedar kita dah berusia sekian-sekian umur..Teringat ana pertanyaan daripada seorang adik yang ana kenali melalui alam maya ini..."kak, macamne nak meningkatkan iman, iman ana lemah"... soalan ini ditanyakan pada ana beberapa jam sebelum ana menyampaikan ceramah dalam sebuah Talk Show di sebuah IPTA di tanah air kita yang bertajuk Seindah Hiasan Sebesar Fitnah.... soalan ini juga sekali lagi ditanya (oleh seorang adik siswi yang ana tak kenali) lebih kurang 2 jam selepas ana menyampaikan ceramah dalam program tersebut melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS)... dan sebenarnya acap kali juga ana seringkali menanyakan soalan ini pada diri sendiri ... Soalan yang ana rasa sentiasa bermain di benak hati dan fikiran sesiapa sahaja yang berusaha untuk memiliki halawatul iman (kemanisan iman)...

Pada 3hb.Feb ana menghadiri satu program yang dibuat khusus untuk muslimat yang dinamakan Program Nisa' Nite sempena Festival Kesenian Islam di salah sebuat IPTA di tanah air kita. Sebuah kumpulan nasyid wanita (yang terdiri daripada kalangan pelajar IPTA itu sendiri). Telah menyanyikan sebuah lagu. Salah sebuah lagu ini sangat meruntun hati ana dan ana jadikan sebagai modal untuk bahan ceramah ana... Lirik lagu tersebut adalah seperti berikut:
Penawar hati... Ingatkan ALlaah...
Bacalah Al-Qur'an... Ingatkan mati...

Seketika bergenang air mata jika lagu ini diulang-ulang dengan penuh keinsafan (kan lebih berharga lagi jika air mata yang bergenang lantaran insaf ingatkan dan rindu kepada ALlaah, apabila membaca kalamuLlaah)...
(Ana tak ingat lagu ni dari kumpulan mana... sebab ana jarang dengar nasyid. Lirik lagu sebeginilah yang sewajarnya diperbanyakkan. yang berbentuk nasihat dan membawa orang untuk sedar dan kembali kepada akhlaq Islam.)


(Dalam proses mengedit artikel ini, sekali lagi hati ana tersentuh dan kelopak mata ana dipenuhi air setelah membuka satu blog yang mana melampirkan lagu yang menyentuh tentang hati [http://www.dzulagil.blogspot.com/}Lirik lagunya adalah seperti di bawah:Hati hiba...Mengenangkan dosa-dosa yang ku lakukan...
Oh Tuhan Maha Kuasa... Terima taubat hamba berdosa..
Ku akui kelemahan diri.. ku insafi kekurangan ini...

Ku kesali kejahilan ini...Terimalah... terimalah ..
Terimalah taubatku ini...

Telah aku merasakan derita jiwa dan per
asaan...
Kerana hilang dari jalan menuju redho Mu ya Tuhan

(Bagus sangat lagu macam ni...)

dan Berbalik tentang lagu ini, ana teringat satu hadis Nabi Muhammad SollaLlaahu 'alaihi wa sallam yang berbunyi:
إن هذه القلوب لتصدأ وإن جلاءها قرأة القرءان وذكرالموت وحضر مجالس الذكر

"Sesungguhnya hati ini berkarat, dan yang boleh menghilangkan karatnya ialah membaca Al-Qur'an, mengingati mati, dan menghadiri majlis-majlis zikir"

Hati (tempat letaknya keimanan kita) sentiasa terdedah dengan perkara-perkara yang menyebabkan ianya berkarat dan hilang gemerlapannya lanntaran maksiat kecil tetapi berterusan dilakukan, bahkan akan semakin hilang sinarnya jika seseorang itu melakukan dosa-dosa besar. Maka itu untuk membersihkan hati dan mengembalikan kilauannya, kita hendaklah melaksanakan saranan yang dianjurkan oleh RasuluLlaah SollaLlaahu 'alaihi wa sallam sebagaimana yang disebutkan di atas.

Telah berkara Al-Sayyid Syaikh Muhyiddin Abdul Qadir Jailani, di Madrasah al-Ma'murah, pada hari Jumaat pagi, 12 Zulhijjah 545H:
"Hati itu berwarna hitam kerana ia jauh daripada Nur dan kerana cintanya kepada dunia dan memperolehi dunia ini tanpa kewarakan.Kerana barangsiapa yang mengumpulkan kecintaan kepada dunia di dalam hatinya, makaakan pupuslah kewarakannya.Kemudia dia mengumpulkan yang halal dan yang haram, maka dilenyapkan baginya perbezaan di antara kedua-dua hal yang berlawanan tersebut, dan dengan demikian juga lenyaplah malunya kepada ALlaah, yakni kepada pemeliharaan dan pengawasan-Nya"

Ketahuilah saudara-saudaraku... Memperbaiki hati hanya dapat dilakukan dengan taqwa, tawakkal kepada-Nya, mengEsakan-Nya dan ikhlas dalam setiap 'amal soleh yang dilakukan liLlaahi Ta'ala. Jika perkara ini tidak lakukan, hati kita bisa rosak. Na'uuzubiLlaahi min zalik.

Jika kita mengharapkan agar ALlaah Subhanahu wa Ta'ala sentiasa memandang kita, maka itu hendaklah kita menyibukkan diri dengan ketaatan kepada-Nya bersabar dengan segala ujian-Nya, redho dengan semua ketentuan-Nya terhadap diri kita dan diri orang lain. Sentiasalah memanjatkan do'a kepada-Nya. Bukankah doa itu senjata mu'min???
Ya ALlaah... Sibukkanlah anggota tubuh kami dengan ketaatan kepada-Mu dan hati kami dengan ma'rifah kepada-Mu. ... Ilhamkanlah kepada kami untuk tetap mensyukuri ni'mat yang telah Engkau anugerahkan kepada kami dan kepada kedua orang tua kami, sibukkanlah sepanjang hayat kami, siang dan malam kami dengan 'amalan-'amalan yang Engkau redhoi. Pertemukanlah kami dengan orang-orang soleh yang sudah mendahului kami. Berilah kami rezeqi yang Engkau kurniakan kepada mereka. Datangkanlah kepada kami sebagaimana yang Engkau datangkan kepada mereka. Pimpinlah kami dalam memimpin orang-orang di sekeliling kami pada jalan-Mua ya ALlaah. Jadikanlah kami orang yang memberi petunjuk ke jalan kebenaran dan mendapat petunjuk (Mu ya ALlaah) dan janganlah kami menjadi orang yang menyesatkan dan disesatkan". Aameen ya ALlaah.

Ketahuilah bahawa titik permulaan peningkatan iman adalah melalui pengisian 'ilmu. Telah berkata As-Syeikh Abdullah Al-Harary rahimahuLlaah:
عَلاَمَةُ الفَلاَحِ لِلشَّخْصِ طَلَبٌ الاِزْدِيَادُ مِنَ العِلْمِ
Tanda kejayaan bagi seseorang itu ialah apabila ia mencari penambahan dalam ilmu

Marilah kita bersama-sama menuju keredhoan ALlaah. Ber'amal dengan 'amalan yang diredhoi ALlaah, berusaha mencari 'ilmu yang haq, dan berjuang bersama golongan yang memperjuangkan 'Aqeedah yang Haq.
BaarokaLlaahu fiikum

2 comments:

  1. Aminn Ya Robb...

    Tersentuh hati ana menitis juga airmata saat mmbaca artikel akak kali ni..hanya Allah Ta'ala saja yg dapat mmbalas sgla nya..
    jazakillah khairon kathiro atas artikel yg cukup bermakna ni..semoga hati2 kita sentiasa dipelihara oleh Allah Ta'ala..sama2 kita mndoakn agar tetap teguh dalam mnjalankn ketaatan pd Ilahi.Allahu yubarik fiki ukhti...:)

    ReplyDelete
  2. aameen ya ukhti...

    syukran jaziilan krn sntiasa mberi sokongan pd akak... Jalan da'wah bukan mudah. plbagai ujian yg akan kita hadapi...ada yg suka, ad ayg benci, x kurang juga yg mncela & mnghina. yg pasti plbagai lagi ujian sedia trbentang yg bisa mguris perasaan.

    Tpi mau @ x, kita kena tempuhi semua itu dgn lapang dada, sabar & redho. syurga itu mahal. bukan mudah utk kita memasukinya... Hanya kpd ALlaah kita mngharapkn pertolongan. HasbiyaLlaahu wa ni'mal wakil, ni'mal maula wa ni'mannosir.

    Salam ukhuwwah fiLlaah

    ReplyDelete