Saturday, February 7, 2009

HUJJAH AHLUS SUNNAH WAL JAMA'AH (ASWJ) KE ATAS PENYELEWENGAN AJARAN WAHHABI (KE 12 - KE 14



12. TARIKAT-TARIKAT SUFI
HUJJAH ASJW:
Tarikat-tarikat sufi adalah benar kecuali yang menyeleweng daripada Al-Qur'an dan Sunnah.

DALIL:
من سن في الإسلام سنة حسنة فله أجرها وأجر من عمل بها
Maknaya:
"Barangsiapa yang mengadakan dalam Islam perkara baik, baginya pahala dan pahala bagi mereka yang beramal dengannya"
(H.R Muslim)

DAKWAAN & TANGGAPAN WAHHABI:
Wahhabi berkata: "perangilah golongan sufi sebelum kamu memerangi yahudi, sesunggunhnya sufi itu adalah roh yahudi".

RUJUKAN:
Kitab mereka: Majmu'ul Mufid Min' Aqidatit Tauhid, m/s: 102, Makatabah Darul Fikr, Riyadh.



13. MAKNA ISTIWA'إستواء
HUJJAH ASJW:
ALlah Ta'ala tidak disifatkan duduk di atas 'arasy

DALIL:
Setiap yang bersifat duduk di atas sesuatu itu sama ada ianya serupa dengannya atau lebih besar atau kecil daripadanya, semua itu adalah sifat-sifat jisim yang mempunyai kadar yang tertentu, sedangkan ALlah Ta'ala Maha Suci daripada perkara-perkara tersebut.

DAKWAAN & TANGGAPAN WAHHABI:
Wahhabi terkeluar dari Islam kerana beriktikad bahawa ALlah Ta'ala duduk di atas 'arasy.

RUJUKAN:
Kitab mereka: Nazarot Wa Ta'aqubat Ala Ma Fi Kitab Assalafiah, karangan: Soleh Fauzan, m/s: 40 Darul Watan Riyadh.


14. MAKNA ISTIWA' PADA AYAT الرحمن على العرش استوى
HUJJAH ASWJ:
Mereka yang mentafsirkan istiwa' dengan makna istaula' (berkuasa) tidak kafir bahkan dia muslim.

DALIL:
Al-Hafiz Subki berkata: "tafsiran istiwa' dengan makna berkuasa bukanlah suatu perkara yang dicegah"

DAKWAAN & TANGGAPAN WAHHABI:
Wahhabi berkata "siapa yang mentafsirkan istiwa' dengan makna istaula' (berkuasa) dikira kafir"

RUJUKAN:
Kitab mereka Halaqat Mamnu'ah , karangan: Husam Al-'Aqod, Darul Shabah Tonto.

No comments:

Post a Comment