Al Kursi adalah jisim yang besar berada di atas 'arasy, dicipta oleh Allah tanpa berhajat kepadanya.
DALIL:
وسع كرسيه السموات والأرض
Maknanya: "Dan Kursi milik Allah itu seluas langit dan bumi"
(Surah Al-Baqarah:ayat 255)
DAKWAAN & TANGGAPAN WAHHABI:
Kata Usaimin (wahhabi): "Al-Kursi itu adalah tempat letak kedua kaki Allah".
RUJUKAN:
Kitabnya: Tafsir Ayat, Kursi, m/s: 19, Makatabah Ibnu Jauzi.
16. ALAM
HUJJAH ASJW:
Alam itu jenisnya dan afradnya (benda-benda yang terdiri daripadanya) semua itu adalah ciptaan Allah.
DALIL:
Firman Allah:
الله خالق كل شىء
Maknanya: "Allah pencipta segala sesuatu"
DAKWAAN & TANGGAPAN WAHHABI:(Azzumar ayat: 62)
Tanggapan wahhabi sama dengan tanggapan ahli falsafah yang mengatakan bahawa jenis alam itu adalah azali (tidak ada permulaan). Tanggapan mereka ini memberi erti bahawa sebelum kewujudan makhluk ini ada makhluk dan sebelumnya ada makhluk yang lain dan begitulah seterusnya tanpa permulaan.
RUJUKAN:Kitab: Syarah Attohawiah, Karangan: Ibnu Abil Iz, m/s: 132, Maktabah Islami, Beirut (Kitab ini dipuji oleh pemimpin wahhabi Ibnu Baz)
17. BERTAWASSUL DENGAN KEMULIAAN NABI
HUJJAH ASWJ:
Orang Islam dibolehkan berdoa dengan doa ini:
اللهم بجاه سيدنا محمد اشف مريضي
"Ya Allah dengan kemuliaan (بجاه)nabi Muhammad sembuhkanlh penyakitku"Hadis doa keluar masjid:
"Ya Allah sesungguhnya aku meminta kepadaMu dengan berkat kebenaran orang-orang yang meminta kepada Mu"
اللهم إني أسألك بحق السائلين عليك
Maknanya:"Ya Allah sesungguhnya aku meminta kepadaMu dengan berkat kebenaran orang-orang yang meminta kepada Mu"
DAKWAAN & TANGGAPAN WAHHABI:
Soleh bin Fauzan dan selainnya dari golngan wahhabi mengatakan bahawa tidak boleh bertawassul dengan kemuliaan nabi.
RUJUKAN: Kitabnya: Attauhid,m/s: 70, Riyadh.
P/s:
Insha'Allaah hujjah seterusnya (ke 18 - ke 20) T0 BE CONTINUED...
assalamualaikum...kak jannah dn sesiapa yg blh tlg ana...nk tye dulu ade org penah brtanya pd ana,knape umat Islam solat mngadap kaabah?
ReplyDeleteAna jahil dn xtau nk jwb ape,cuma ana penah dgr dlm satu kuliah(dh xigt dr sape), kerana selari ke atas dengan kaabah itu adalah terletaknya Kursi Allah Ta'ala dimana Allah bersemayam. Para malaikat turut beribadah dan bertawaf di situ seprti yang dibuat umat manusia.
Skrg ana dh keliru adakah apekah jwpn ini terpesong dgn aqidah ASWJ?kalau benar ana sgt takut sbb ana dh jawab pd dia spt di atas dan sampaikan ilmu yg salah yg blh pesongkan aqidah org itu.
Dan kalau benar terpesong apekah jawapan yg sepatutnya ana beri pd persoalan begitu?(mengapa umat Islam solat mengadap kaabah?)persoalan ini amat popular sbnrnye di kalangn non-muslim..Harap ade penjelasan.Jazakumullah.
wa'alaikissalaam wa rohmatuLlaahi wa barokatuh ya "nur"...
ReplyDeleteKenapa umat Islam mengadap ka'abah?
Kerana Ka'abah adalah Kiblat bagi solat.kita menghadap ke arah ka'bah ianya bukan bermakna Allah berada di ka'bah. Ketahuilah! ALlaah wujud tanpa berhajat kepada tempat... kerana tempat adalah makhluq, yg mana makhluq ini adalah ciptaan ALlaah, yg didahulunya tidak ada kemudia ada...
Sebagaimana kita mengangkat tangan ke arah langit ketika berdoa, bukanlah membawa maksud (atau isyarat) bahawa Allaah berada di langit dan tidak juga diertikan sebagai Allah Ta'ala berada di atas 'arasy walhal 'arasy itu sendiri adalah makhluq Allaah, yg dulunya tidak ada kemudian ada.
Islam dan ulama islam dikalangan salaf dan khalaf menyatakan tujuan mengangkat tangan ke arah langit ketika berdoa adalah merupakan kiblat doa(samaada telapak tangan itu sebelah dalamnya atau sebelah luarnya diangkat ke langit).
Akak harap artikel trbaru yg kak jannah posting sat tadi dpt merungkaikn persoalan yg bermain dibenak fikiran...
semoga kita sentiasa dipelihara oleh ALlaah daripada 'aqeedah yg menyesatkan. Ketahuilah! Hidup di dunia ini hanya sementara shj. Marilah kita bersama mncari ilmu krn ALlaah, bertanya juga krn ingin mncari kebenaran... dan akak yaqin adik bertanya tulus ikhlas krn ALlaah krn ingin mncari kebenaran...
Bukan sbgaiamana ssetengah org yg bertanya krn inginmnjadikn ianya isu perbalahan dan bertujuan untuk menyebarkan fitnah...
Smoga ALlaah meredhoi kita semua. hidup danmati dalam keimanan dan ketaqwaan di sisi Allaah. Aameen.BaarokaLlaahu fiikum kpd pencari dan penyampai kebenaran.
Salam ukhuwwah fiLlaah min ana yg al-faqirah wad dhoifah ilaLlaah. WaLlaahu a'lam
Jazakillah kak Jannah ats jwpn akk..smg Allah Ta'ala mmberkati kak jannah sntiasa..
ReplyDeleteana xbrmksd nk tmbulkn ape2 perdebatan..cuma seorg jahil yg ingin bljr dn mngtahui kebenaran..
doakn ana ditunjukkan jalan yg lurus dn peroleh ilmu yg benar...ana takut kalau2 akidah yg ana imani selama ini terpesong dan tak benar...mg2 Allah Ta'ala mnunjukkn jalanNYA buat kita...aminn..