Friday, February 20, 2009

FANATIK PROGRAM REALITI TV! APA YANG KALIAN INGINKAN???

Dengan nama ALlaah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Segala puji-pujian milik ALlaah Yang Maha Perkasa, Maha Bijaksana, Maha Penerima Taubat, Maha Pemberi Rezeqi, Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Selawat dan salam buat Nabi yang agung Nabi Muhammad SollaLlaahu 'alahi wa sallam, buat ahli keluarga Baginda, para sahabat Baginda, dan sekalian para pengikut dan penyampai kebenaran hingga hari qiamat... Aameen...
Cuba lihat gambar-gambar di bawah... Apa sebenarnya yang kalian ingin cari??? Kemewahan dunia??? Nikmat harta??? Untuk apa semua ini?

Tidakkah kalian sedar bahawa perbuatan kalian mngundang kemurkaan ALlaah??? Percampuran antara lelaki dan wanita??? Bahkan aksi-aksi anda (khususnya bagi wanita) tidak wajar dipertontonkan kepada mata-mata manusia apatah lagi insan yang bergelar lelaki..


Bebaskan bakat? bakat apa? bakat superstar? sampai mana je kita boleh bawa nikmat bakat-bakat yang disalahgunakan ni?

Saat-saat yang mendebarkan... peserta akan disingkirkan daripada meneruskan pengajian di Akademi Fantasia... Untuk apa kalian membazirkan air mata hanya kerana perkara-perkara sedemikian... Bukankah lebih mulia jika air mata yang mengalir lantaran takut kepada ALlaah dan mengharapkan keampunan dan keredhoan-Nya??? menangis kerana mengingati akan amaran dan ancaman ALlaah atas 'amalan-'amalan yang dilakukan dan menangis kerana kerana mengingatkan saat menghadapi hari yang pasti akan dilalui oleh semua orang???

Insaflah! Dunia ini hanya sementara... Kehidupan akhirat jua yang kekal abadi. Manfaatkan usia muda dengan sebaik-baiknya... Kepada yang layak bergelar datuk dan nenek... Jangan menyertai program sebegini. Program Realiti TV seperti Akademi Fantasia, Malaysian Idol, dan yang seumpama dengannya bukan boleh membawa manusia mengingati Allaah dan mengingatkan kematian... Bahkan melalaikan dan menjauhkan diri dari rahmat ALlaah... Jangan mengundang bala ALlaah...
Kan lebih baik kalian mengikuti dan menonton rancangan seperti Akademi Al-Qur'an (TV9), Mari Bertarannum (TV9), beberapa rancangan dalam Astro Oasis dan yang seumpama dengannya yang membawa kita untuk mengingat ALlaah dan kembali m
engamalkan agama ALlaah Islam yang suci ini.

Kembalilah kepada syariat ALlaah. Ingatlah! kita dimuliakan oleh ALlaah dengan Islam, dan kita juga akan dihina jika menanggalkan syariat Islam dalam kehidupan kita. Na'uuzubiLlaahi min zalik

RENUNGAN:
Nabi saw bersabda: “Seandainya Bani Adam itu mempunyai harta sebanyak dua lembah, dia akan mencari yang ketiga. Dan tidak ada sesuatu yang bisa memenuhi perut Bani Adam selain tanah(kematian). Dan Allah menerima taubat sesiapa sahaja yang mahu bertaubat” (HR Bukhari, no 6436)

P/s:Artikel ini akan diupdate sedikit masa lagi...insha'ALlaah...

5 comments:

  1. program yg banyak mengundang fitnah dan menyuburkan penyakit hasad dan menista sesama.

    ReplyDelete
  2. ALlaah atau Allah?ia akan membawa perbezaan maksud.

    Akademik fantamaksiat dan idoliot mmg adalah program yang melalaikan.Sebaik2nya adalah menjauhi program tersebut.

    ReplyDelete
  3. assalaamu'alaykum ana_solehah...
    syukran sudi baca artikel ana.

    To ikhwan... ana sengaja mnaip ejaan "ALlaah" bg mnunjukkn sebutan lafzhul jalaalah (lafaz yang mulia). Agar kita mnyebut ssuai dgn ejaan 'arabnya, sebutan yg betul dlm bhs 'arab yg mana huruf "lam" dipanjangkan 2 harokat...

    anyway, ana sgt berbesar hati atas komen saudara...

    BarokaLlaahu fiikum

    ReplyDelete
  4. salam...

    terlalu banyak program hiburan yg melampau disajikan terutama rancangan realiti tv spt af7 yg bakal tiba, 1in a million, mytarz n gang starz, mentor, n banyk lagi sampai xckp jari tangan nak kira...program2 yg sama skali xda pekdah n melalaikan.. anak2 muda hari ini rosak akhlaknya salah satu sebabpaling utama terpengaruh dengan budaya yg dibawa oleh prog2 ini yg menghalalkan maksiat...

    artis disanjung tinggi, liputan 24 jam tiada henti, majlis kahwing kalah anak raja, manakala ulama pula semakin dipinggirkan.....tanda2 kiamat sudah dekat...

    sahabat2 umat akhir zaman, marilah bertaubat selagi diri masih bernyawa..

    wallahua'lam....

    ReplyDelete
  5. salam...antara tanda-tanda kiamat ialah terlalu banyak artis yang muncul dan diagung-agungkan da muzik yg pelbagai.pada pendapat ana, pada zaman ini ibu bapa sendiri menggalkkan anak2 mereka menjadi artis.program2 realiti ini seumpama skim cept kaya.kalo untung dpt kekayaan yg melimpah ruah.tp kdg2 mereka lupa adakh rezeki itu membawa berkat, adakh rezeki itu hall.mereka sudh tahu dlm kehdpn artis penuh dengan fitnah dan tipu daya.tp masih menceburi dek dkaburi "WANG & GLAMOR".sebenrnya ana tergelak apabila menonton cerita melodi tv3 yg mana sorg arits pompuan yg seksi mengatakn dia mencari rezeki hall ngan jd model, pelakon berbekalkan bakat diri sndr.suma kesengn adlh hasl usahanya sendr..astagfirullahal'azim.sbnrnya ana x menyokong dan membantah sama skali program tom tom bak.kalo dlihat rncngn itu byk mendorg ank2 kecl kita yg xberdosa utk minat kehidupan tipu daya.anak2 perempuan dihias dengn seksi skali dan menari ala2 artis hollywood.ana sndri tgk pn malu.tidk kah mereka sedr mereka sebnrnya mengundg kes penculikan dan perogolan anak2 kecil yg semakin menjadi2 skrg di negara Malaysia.wallahu'alam..(maafkan ana di atas kedhaifan pendapat ana ini, harap boleh diperbaiki).

    ReplyDelete