Wednesday, March 11, 2009

KALAM SAHABAT PENIUP SEMANGAT & JUGA PELUNTUR SEMANGAT!!!

بسم الله الرحمن الرحيم
Segala puji-pujian bagi Allah Tuhan Pentadbir, Pencipta, dan Pengatur 'Alam. Allah wujud tanpa berhajat kepada tempat sebagaimana kewujudan makhluq-Nya yang berhajat kepada tempat. Maha Suci Allah Tiada sekutu bagi-Nya. Kepunyaan-Nya apa-apa yang ada di langit dan di bumi dan di antara keduanya. Selawat dan salam ke atas Nabi Kekasih Allah Muhammad SollaLlaahu 'alaihi wa sallam, ahli keluarga Baginda, sahabat baginda dan sekalian para penyampai kebenaran yang ikhlas mencari keredhaan-Nya hingga hari Qiamat. Aameen.

السلام عليكم ورحمة الله
Sedang dalam keadaan hujan lebat after beli barang-barang keperluan rumah (dalam kenderaan telefon ana berbunyi. Tanda masuknya satu mesej dalam inbox h/phone ana "Kita bertemu atas dasar 'aqeedah yang satu, bernaung di bawah bendera لا إله الا الله..Hati kita diikat ukhuwwah fiLlaah, membawa misi menegakkan agama Allah di dunia, jual dunia untuk akhirat... Wahai bidadari berhati mujahidah, sematkan kitabullah was sunnah di hatimu...Kilaukan pedang jihad di tanganmu... Biarkan musuh-musuh dan taghut itu gentar... agar syahid jadi kafanmu... Agar suatu hari tiba saat malaikat, burung-burung suci, kasturi mewangi mengiringi rohmu... pergi mendapatkan Rabbmu nun di taman hijau tertinggi dan kerana itulah mahar yang tinggi harus kita bayar..(Nik Fillah, Wed, 4.21 p.m, 11.March.09)

Honestly, terharu ana menerima mesej sebegini di saat ana dihimpit pelbagai tekanan sama ada dari orang yang mengakui sebagai sahabat seperjuangan, kesibukan kerja dan pelbagai ujian yang datang silih berganti. (Nik, moga enti sentiasa dalam rahmat Allah. Sungguhpun enti dok kelate dah, enti masih mengingati akak di sini (T_T)...

Terlalu sukar sebenarnya untuk mencari sahabat sejati yang benar-benar memahami dan dapat membaca "kolam hati" kita...Ketahuilah sahabat... kadang-kadang, kita lihat seseorang itu sentiasa tersenyum dan tak lekang dengan sense of humor... tapi hakikatnya, dia cuba menyembunyikan "sesuatu" dari kalian... Ini ana lihat sendiri beberapa orang sahabat ana yang mempunyai karektor sedemikian. Dinihari sahabat munajat kepada Allah, di situlah dia mendapat kekuatan untuk meneruskan kehidupan dan perjuangannya.

Mutakhir ini memang sukar untuk mendapatkan sahabat yang sejati, yang saling faham-memahami, yang selalu berada di sisi ketika dirinya diperlukan. Pendek kata, susah senang dan suka duka diharungi bersama. Bertuahlah sesiapa yang mendapat sahabat yang sedemikian. Sebagaimana sabda Nabi Muhammad SollaLlaahu 'alaihi wa sallam yang bermaksud:
"Sesiapa yang dikehendaki Allaah mendapat kebaikan, ALlaah akan memberikannya rezeki sahabat yang soleh. Kalau ia lupa maka sahabat itu yang akan memperingatinya dan apabila sahabatnya itu memperingatkannya beliau akan menolongnya"

Dalam hal ini juga Saiyidina 'Umar al-Khattab pernah mengingatkan dengan kata-katanya: "Engkau mestilah mencari saudara-saudara yang jujur. Hiduplah dalam lingkungan mereka, kerana mereka merupakan perhiasan di waktu senang dan bekalan di waktu kesukaran"

Pada waktu tengahari tadi, seorang sahabat ana menghantar mesej menceritakan faktor yang menyebabkan kawannya menjauhkan diri daripada jemaah kerana disebabkan beberapa perkara yang tidak "ngam" dengan fikrah sahabat satu saf perjuangan... Lalu ana membalas mesej tersebut "Ana berjuang bukan kerana manusia dan bukan kerana individu dalam jama'ah. Tapi ANA BERJUANG KERANA ALLAH & RASUL-NYA"... Lalu sahabat ana membalas mesej tersebut "Alhamdulillah inilah roh mujahidah"(Wed, 12.43 p.m, 11.March.09)... dan ana tidak membalas mesej tersebut...

Ketahuilah sahabat-sahabat yang ana hormati pada jalan Allah...
Bukan kata-kata pujian kalian yang ana harapkan... Sesungguhnya segala pujian itu kembali kepada Allah. Tapi itulah hakikatnya...Hanya Allah yang behak menerima pujian. Apa yang ana harapkan adalah kata-kata motivasi dan doa yang IKHLAS. Jika kita menyampaikan sesuatu itu sama ada melalui tutur kata kita secara langsung bahkan melalui penulisan walau apapun medium yang digunakan... Insha'Allah akan "sampai" ke hati penerima...Jadilah sahabat yang susah senang bersama demi akhirat yang abadi...

Adapun sahabat-sahabat yang seringkali tertanya-tanya kenapa ana berdiam diri kerana tidak membalas mesej antum... Kekadang diam itu lebih baik dari berkata-kata... untuk kita semua muhasabah diri atas tutur bicara kita...Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata ... Sama-sama kita muhasabah diri kita "Tepuk dada, tanya iman"... Adakah ikhlas pertanyaan kita itu untuk mencari kebenaran, atau sekadar ingin menimbulkan perbahasan seterusnya yang mana kesudahan yang diharapkan adalah kemenangan"...Apapun, ana mohon maaf dunia akhirat segala kesilapan yang ana lakukan sama ada ana sedari mahupun tidak. Kita insan biasa yang tak lepas daripada melakukan kesilapan...

INGATLAH SAHABAT-SAHABAT... Jangan sampai kata-kata yang diucapkan menyebabkan sahabat kita "down" daripada meneruskan perjuangan...Maka itu, sentiasalah berdoa dengan doa yang dibaca oleh Nabi Musa ketika Baginda ingin menemui Fir'aun iaitu:Rabisshrahlii sodrii wa yassirlii amrii wah lul 'uqdatam min lisaani yaf qahu qauli..."

Adapun, ana berdiam bukan tandanya ana marah... Marah ana hanya kerana Allah.

Satu ketika di zaman ana masih belajar lagi di kampus UiTM, ketika proses penghijrahan... Terdengar kata-kata dari seorang teman coursemate sebagai responnya melihat ana berpakaian busana muslimah... "Ala, jannah tu sekejap jek. pasni, ko tengok lah nanti dia berubah (tak pakai tudung)"... Beginike kata-kata yang sewajarnya dikeluarkan oleh seorang muslimah??? Hati-hati dengan kata-kata kalian. Jangan disebabkan kata-kata anda menjadi asbab orang berpaling daripada kebenaran...

Seorang adik bertanya pada ana petang tadi secara langsung ngan ana (Petang Rabu, 11.Mac.09)... "Kak, saya nak tanya ni...saya takut kak. Kalau ada rasa riak dan ujub. Takut timbul perasaan tu dalam hati saya... sebab terasa terlebih sikit daripada orang lain. masuk jama'ah..." (Lebih kurang begitulah bicaranya.. (",)... ana tak dak pulak bawa tape recorder masa tu nak save pertanyaannye...)

Sebagai seorang kakak dunia akhirat... (sungguhpun tidak diikat dengan talian darah, tapi kita diikat kerana pertalian 'aqeedah)... Maka ana yang hina lagi dhoif ni memberi pandangan sekadar yang termampu... "Adik, jika timbul perasaan sedemikian... Ingatlah, bahawa segala puji itu kembali kepada Allah. Kita mampu duduk atau berada dalam jama'ah adalah kerana kita insan pilihan Allah... Ilmu yang ada pada kita itu adalah anugerah Allah. Jika timbul perasaan kita lebih ber'ilmu, maka ingat! Ada orang yang lebih ber'ilmu daripada kita..."Ana menyambung lagi kata ana sebelum ana meneruskan tugasan sekolah yang perlu disiapkan "Tidak mampu kita istiqomah dalam perjuangan jika tidak dengan bantuan rahmat Allah. Maka itu kembalikan segala puji-pujian itu kepada Allah"...

Marilah sahabat-sahabat yang ana hormati di jalan da'wah, didik diri kita menjadi hamba yang bersyukur dengan nikmat iman dan Islam dan nikmat mampu istiqomah di jalan da'wah ini. Jangan sesekali kita berbangga diri kelak akan memakan diri. na'uzuubiLlaahi min zalik"


Sebelum ini ana dapat email daripada seorang pelajar tingkatan 4 daripada Sandakan yang ana kenali melalui alam maya. "Kak, macamana cara untuk kita sentiada tawaddhu'??

Lalu ana membalas email tersebut
adik yg kak jannah hormati krn Allaah... Tawaddhu' membawa maksud merendah diri. Merendah diri kpd org sekeliling. Bila org puji kita, ingatkan pd diri kita sendiri, bahawa segala puji-pujian itu kembali kpd Allaah jua. Hanya Dia yang berhak menerima segala puji-pujian...

jika org puji krn kecantikan paras rupa kita, ingatkn diri bahawa semua itu tidak kekal lama bahkan ada lagi yg lebih cantik drpd kita... dan serahkan kembali pujian itu kpdNya

Jika org puji kita krn kepintaran kita, ingatkn diri kita bahawa, sepintar2 kita, ada org yg lebih pintar drpd kita dan kembalikanlah jua pujian itu kpd Nya
..

Secara ringkasnya, jika kita rasa diri kita banyak ilmu, muhasabah balik diri kita bahawa, ada org yg lebih berilmu bahkan ber'amal lebih daripada kita...

Ingatkan diri bahawa kita ini hanyalah hamba yang biasa (org awam)... Mulianya kita krn Islam, dan jika kita cabut Islam drpd diri kita makan akan hilanglah kemuliaan itu...

insha'Allaah, kak jannah akan try buat artikel dlm blog kak jannah berhubung dgn sifat tawaddhu' ini. pepun, dlm masa yg singkat ini, hnya ini shj yg mmpu kak jannah coretkn utk mu wahai adikku

ni ID YM kak jannah... nurjannah81

ok dik. Salam ukhuwwah fillaah dr kak jannah
min ana alfaqiroh waddhoi'fah ilaLlaah

Imam As-Syahid Hassan al-Banna pernah berwasiat: "Jadikan dirimu dengan manusia seperti pokok buah-buahan, mereka melontarkan batu kepadanya tetapi sebaliknya pokok itu melontarkan buah-buahan kepada manusia"

"Sahabat sejati ialah yang sentiasa membawa kita untuk mengingat Allah dan kehidupan selepas mati...Ukhuwwah itu indah apabila bertemu dan berpisah hanya kerana Allah... Jadilah sahabat peniup dan pemangkin semangat bukan peluntur dan pelemah semangat..."

Abu Hurairah radhiyaLlaahu 'anhu telah meriwayatkan bahawa RasuluLlaah sollaLlaahu 'alaihi wa sallam telah bersabda:

"Terdapat 7 golongan yang akan mendapat lindungan'arasy-Nya pada hari yang tiada lindungan melainkan lindungan daripada-Nya. Pemimpin yang adil; pemuda yang masanya dihabiskan untuk beribadah kepada ALlaah Subhanahu wa Ta'ala; seorang yang hatinya terpaut pada masjid; dua lelaki yang berkasih sayang dan bertemu dan berpisah kerana ALlaah; lelaki yang digoda oleh perempuan cantik dan berpengaruh untuk melakukan maksiat tetapi dia menolak dengan mengatakan "Aku takutkan ALlaah Subhanu wa Ta'ala"; seseorang yang bersedeqah dan menyembunyikannya sehingga tangan kanannya tidak mengetahui apa yang diberikan oleh tangan kirinya; dan seseorag yang mengingati ketika bersendirian sehinggakan mengalir air matanya kerana ALlaah Subhanahu wa Ta'ala" (Hadith Riwayat Muslim

2 comments:

  1. assalaammua'laykum nurjannah..ana terharu membaca coretan hati enti.ana memohon maaf lama xmengikuti blog ini.(ada mengikuti tapi berdiam dan memerhati sj).pd ketika ini amat sukar untuk mencari sahabat yg sebenar2nya.sahabat yg baik adalah sahabat yg sentiasa mengingatkan kita apabila kita dlm kealpaan dan kelalaian.bukannya menghentam sahabat kita sendiri.kita sering memberitahu saudara kita yg lain adab2 dalam bersahabat, melaungkan ukhwah fisabilillah, pentingnya duduk dlm jemaah.tp adakah sikap dan tingkah laku kita menggambarkan kita mengamalkan persaudaraan dlm Islam.(inilah yg org kata ckp xserupa bikin).ingatlah sahabat2ku azab untuk org yg tahu, menyampaikan pd org lain tetapi tidak mengamalkan amatlah berat...(sekadar peringatan).ana ingin berkongsi sedikit pengalaman ana sendiri yg mana di saat ana hanyut dlm fana dunia hati ana merintih merindu cinta pdNya.ana mencari mana2 kwn yg boleh nak join usrah.(kebetulan dudk rumh sewa masa belajar di kampus, xbrapa tau perkembangan luar).ana berjumpa dengan seorang sahabat yg boleh dipercayai dan bagitau kalo ada usrah nk ikut skali.ana tggu smpaila 2 bulan lbh, xdapape pemberitahuan.kemudian ana terjumpa semula denga sahabt ini dan bertanyakan hal usrah ni.beliau menjawab, maaf xdapat nk join usrah tu coz kami jg sir dan hazar.masya'Allah...smpai begitu skali buruk sangkaan org terhadap dr ana.(mentang2la ana pki tudung kecik bukn tudg labuh).kecik hati ini.apa salahnya kita menolong sahabat kita.disebabkan sikap beginila ramai lagi sahabat2 yg lain akan terus hanyut bergelumang dlm dosa.apa slhnya kita bersangka baik bawa sj shbt yg nak join usrah, join usrah.sama ada niatnya adalh sebaliknya kita serahkan pada Allah swt.mudah2an dgn bersangka baik ini dpt membuka pintu hatinya mendekati Allah swt.(maafkan ana smpi skrg ana sukar melupakan peristiwa ini, ana doakan sahabat ana ini sentiasa dlm rahmat Allah swt).teringat kata2 kakak naqibah usrah ana (akak Qurratul Ain,moga sentiasa dlm keredhoanNya),islah nafsika wa islah ghairuka (perbaiki diri sndiri smbil perbaiki diri org lain) yg ana pegang hgga kini.sentiasala kita memperbaiki diri kita smbil kita memperbaiki diri org lain.jangan terlalu sibuk memperbaiki org lain tp kita terlupa dengan diri kita...sedangkan diri kita ini adalah amanah dariNya kerna kita semua adalah kepunyaanNya dan padaNya juga kita akan kembali...wallahu'alam (maafkan ana di atas kekasaran dan kedhoifan diri ana ini harap diperbetulkan).buat nurjannah teruskan berdakwah, usah luntur dek panahan kata2 dan cemuhan org.anggaplah ia seumpama titisan hujan yg terkena di hujung jari.sahabat2 yg lain mohon jangan padamkan api perjuangan pada diri nurjannah.jika dia tersilap jangan hentam dan cemuh.bimbinglah ia kembali ke landasan yg benar.ana juga faham kita semua insan biasa yang tidak lari dari melakukan keslhn dan kesilapan…nah..di sinilah peranan sahabat yg bersahabat atas dasar cinta kepada Allah swt membantu dan saling mengingatkan antara satu sama lain.wallahu’alam…

    ReplyDelete
  2. Salam.

    "Dan orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak Kami, sesungguhnya Kami pimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan bergembira serta beroleh keredhaan); dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah berserta orang yang berusaha membaiki amalannya"

    (Surah Al-Ankabut 29: 69)

    Teruskan perjuangan utk mencari keredhaanNya

    Salam perjuangan

    ReplyDelete