Monday, March 23, 2009

AKIBAT 'ILMU TAUHID TIDAK DIPELAJARI & DIFAHAMI DGN BETUL, MAKA...

بسم الله الرحمن الرحيم
Segala puji-pujian bagi ALlaah Tuhan Pencipta Pendtadbir 'Alam. Wujud-Nya ALlaah tanpa permulaan dan tanpa pengakhiran. Dia-lah Yang Menghidupkan dan Dia-lah Yang Mematikan. Hanya kepada-Nyalah kita pasti akan dikembalikan (entah hari ini, esok, lusa???).. Maha Suci ALlaah dari bersifat kekurangan. Maha Suci Allah yang bersifat dengan segala sifat kesempurnaan. Selawat dan salam buat Nabi junjungan besar kita Nabi Muhammad SollaLlaahu'alaihi wa sallam, ahli keluarga Baginda, para sahabat Baginda, dan sekalian penyampai risalah Islam yang suci hingga yaumul Qiyamah.


Muslimin muslimat yang ana hormati kerana Allah...
Artikel ini buat peringatan untuk diri ana dan sekalian manusia... sebagai muhasabah buat diri ana yang seringkali alpa. kekadang andai kita rasa terpinggir dan dipinggirkan oleh sahabat-sahabat, saat itulah baru kita teringat pada Allah. Sedang tika kita bergembira dengan keluarga dan sahabat handai, kita seolah-olah terleka dengan saat nikmatnya bermunajat kepada Allah. Kesibukan kita melayan ahli keluarga, sahabat handai dan mungkin juga mesyuarat ke sana, mesyuarat ke sini, program sana, program sini... kita terlupa nak menjaga solat di awal waktu...Kita terlupa nak membaca Al-Qur'an dan segala 'amal-'amal yang mempu meningkatkan iman. Alangkah hinanya diri ini (T_T)

Kekadang kita sibuk berprogram tak kira apa bentuk program bahkan program islamik tapi kita lupa nak memprogramkan diri kita dengan tarbiyyah ruhiyyah. Ataupun, kekadang dalam program sahaja kita menjaga segala 'amalan sunat yang sudah diletakkan dalam tentatif, tapi balik rumah, balik kampus, dan balik ke tempat asal kita... kita terlupa nak 'amalkan segala tarbiyyah yang kita perolehi daripada program...

Nabi Muhammad SollaLlaahu 'alaihi wa sallam pernah mengingatkan kepada kita betapa iman boleh meningkat, dan boleh menurun. Ada yang paginya beriman, petangnya kafir, dan ada yang petang beriman dan paginya kafir.. na'uzubiLlaahi min zalik...

Ketahuilah! Hakikatnya iman boleh meningkat dengan ketaatan kepada ALlaah, dan iman boleh menurun lantaran maksiat kepada ALlaah...

Muslimin muslimat yang ana kasihi pada jalan Allah....

Ana ingin mengingatkan diri ana sendiri dan sekalian pembaca yang dihormati pd jalan Allah...Pernah tak bertanya pada diri sendiri? Bila kita akan "dijemput kembali"? Pernah tak muhasabah diri, cukupkah 'amalan kita untuk menjadi bekalan kita di sana nanti? Dah berapa banyak ke sumbangan kita pada agama Allah? dan kalau rasa banyak, berkualiti ke sumbangan kita tu? Ikhlas ke kita dengan kerja da'wah kita? Sabarkah kita dalam da'wah ini dengan segala ujian yang sentiasa datang silih berganti? Andai rasa keseorangan dalam perjuangan, siapa sebenarnya yang benar-benar kita lihat istiqomah dan tak jemu-jemu memberi motivasi kepada kita dengan kata-kata yang boleh mengobarkan kembali semangat juang kita? ke kita masih terus dipinggirkan, dibiar atau terpaksa mengambil keputusan untuk terus berdiam diri lantaran ...(T_T)


Pada 21 Mac, sabtu malam ahad, ana dikejutkan dengan sms yang mengejutkan dan boleh meluruhkan jantung dari seorang adik junior (bekas pelajar kampus U_,_) dia dapat mesej bertubi-tubi daripada seorang juniornya... dan diforwardkan kepada ana. Mesej tersebut adalah seperti berikut (hehehe... mcm2 soalan multiple choice jek):

"Assalaamu'alaikum. Tolong saya jawab kwn, sy dh try jwb tpi makin banyak pula persoalannya. Nanti saya forwardkn sms nya.
SMS PERTAMA (21 Mac, 10.01 pm):
nk tnya ni, Allah SWT mmg ana ketahui Yg Maha Kuasa, tpi hati ana asyik nk tnya, apa gunanya malaikat? Allah boleh lakukan apa2 shj mengikut kehendak-Nya, jdi x perlu malaikat lagilah kan?uu... mamdoh yg bingung (Ni tn.blog tak tahu mksud mamdoh tu pe)

SMS KEDUA (21.Mac, 10.02pm):
x fhm... tpi mmg kita x kn & x boleh samakan Allah dgn manusia. Abdullah x dpt buat jambatan sbb dia x de skill mbuat, dia x mmpu buat, & itu mnunjukkan dia hnya seorang manusia yg lemah- jdi dia akan minta tolong org lain buat/ handle.. cuma yg pelik bingung ana ialah kekuasaan Allahku yang agung, maka Allah tidak perlukn pertolongan/ kerja dr malaikat kan? utk mnunjukkan adanya makhluk lain ana fhm, samalah mcm dicipta nya jin, syaithan & lain2.. tpi ada malaikat maut, malaikat mungkar, dll ... bukannya Allah mmg dh tau?

SMS KE-3 (21.Mac, 10.03pm):
Kiranya bg ana patutnya tiada pembahagian tugas @ pemberian tugas kpd malaikat la kalau mcm tu... dan mmg malaikat hnya melakukan apa yg disuruh Allah, hanya dgn izin Allah SWT baru dpt dilakukan , tpi kenapa tdk Allah yg lalukan? semua ciptaan Allah dlm kekuasaan Allah, apa perlunya malaikat? ana kdg2 takut juga nk tnya ni, tpi harapan ana, kalau enti rasa sukar, ana minta maaf... ana masih seorang muslim, tpi soalan2 begini ana nk tau jawapan. kalau soalan2 takdir, tu ana x berani, sbb jwpn dh jelas. cuma yg ni je ana...

SMS KE-4 (21.Mac, 10.05):
mm... kerajaan..mm.. raja tu malas :P tpi masih ada kekuranganlah ana rasa jwpn tdi... Allah yg Maha Berkuasa x perlu ada "bagi pihak" utk lakukan perkara2 tersebut... Malah Allah mengetahui kesemua keinginan/ kelakuan stiap ciptaan , even sampaila ke kuman, sel darah merah... maksudnya tak payah ada malaikat utk lakukan kerja.. Allah mmg boleh buat, x perlu bantuan pun... dh mmg kekuasaan-Nya.. hnya KUN FAYAKUN dh jdi.. seolah2 Allah kurang "tenaga", kurang "kuasa", kurang "masa", krn malaikat buat kerja... Astaghfirullah...

SMS KE-5 (21.Mac.09, 10.06pm):
dan yg ana faham, Allah is absolute , Allah x payah pertolongan, x peranakkn, Maha Kuasa krn mmg Allah dpt lakukan apa2 shj... tpi kenapa ada malaikat buat tugas2 tertentu? sbb x nk samakn dgn kerajaan manusia ana makin x fhm psl kekuasaan tu. ana tau Allah ada, tau Allah bkuasa, tpi malaikat... syaithan mmg hampeh, tpi no need 4 malaikat bila Allah dpt lakukannya ... huhu, tolong ana...

SEDIH, TAKUT, TERKEJUT, GENTAR tatkala mendapat soalan seperti ini... mempersoalkan tentang kejadian ciptaan Allah... mempersoalkan kenapa perlu kewujudan malaikat... ni menunjukkan adik yg bertanya ini tidak mengetahui dan memahami soal 'aqidah dgn kefahaman yg sebenar... stiap kali dpt msj yg baru drpd adik trsebut, tak henti ana beristighfar... soalan sebegini boleh merosakkan aqidah...
Soalan-soalan ini timbul kesan daripada kurangnya pengetahuan terhadap ilmu tauhid.

ALlaah Subhanahu wa Ta'ala telah berfirman:
قُلْ هَلْ يَسْتَوى الَّذِينَ يَعْلَمُونَ وَ الَّذِينَ لاَ يَعْلَمُونَ
Maknanya: “Katakanlah (wahai Muhammad) tidaklah sama orang yang mengetahui dan orang yang tidak mengetahui”.
[Surah al-Zumar: 9]

Ilmu sangat penting dalam kehidupan manusia. Dengan ilmu kita dapat meperbetulkan 'aqeedah, akhlaq, dan menyempurnakan segala urusan kita dengan baik. Bahkan dengan ilmu juga, akan mampu menambah keimanan, keyakinan dan ketaqwaan kita kepada ALlaah Subhanahu wa Ta'ala di samping dapat menjauhkan diri kita daripada terjebak dengan amalan-amalan jahiliah, jenayah, gejala sosial bahkan menjauhkan kita daripada perbuatan yang mensyirikkan ALlaah.


(Perbuatan jenayah seperti gambar2 ini juga adalah akibat daripada tidak mendalami dan memahami ilmu Tauhid...)

Telah berkata Hujjatul Islam Imam Ghazali di dalam kitab beliau Ihya' 'Ulumuddin, bahawa 'ilmu itu ada dua:
1. 'Ilmu fardhu 'ain: seperti 'ilmu 'aqeedah dan 'ibadah (WAJIB setiap orang Islam mempelajarinya)
2. 'Ilmu fardhu kifayah: seperti 'ilmu kedoktoran dan perniagaan (mesti ada sebahagian umat Islam yang mempelajarinya)


P/s:
POSTiNG pertama: Artikel ini insha'ALlah ana akan update utk mberi jawapan atas persoalan yg diajukan...
Segala pandangan drpd sekalian pembaca terhadap artikel ini amat2 dialu-alukan... maaf ana lambat update blog. ada masalah internet connection. Maaf dunia akhirat atas sgala kekasaran tutur bicara dan tindakan ana sama ada scara sedar atau tidak. Sama-samalah kita berlapang dada dengan semua org. Yang haq tetap dikatakan yg haq..

Jemput baca:
http://al-syahidah.blogspot.com/2009/02/kelebihan-mengetahui-memahami-ilmu.html
http://al-syahidah.blogspot.com/2009/01/tuntulah-ilmu-ya-talib-al-haq.html


Min ana al-faqiroh wad-dhoifah ilallaah

2 comments:

  1. salam kak, semoga kak siahat dan di rahmati Allah, sdkit yang tidak seberapa dpt saya kongsikan, kenali diri kita barulah kita kenal siapa pencipta kita, punca merosakan agama pada manusia adalh sellu bertanya dan berhujah tentng agama kita.., cukuplah tahu Allah itu ada, jangan di tnya lebih, kita sepatutnya knl dahulu diri kita, baru knl sipa pecipta kita,jika diri sendiri pun kita tidak knl, sudah pasti kita tidak knl pencipta kita, itu garis sempadannya. jika roh kita boleh takut dn gementar hanya sekadar dengar dan terlihat akan tapak harimau, ketika itu juga kita bertanya knapa kita tidak gementar dan takut melihat langgit yang tinggi, bulan, bintang, matahari yang tiada sokongan tiang mampu berdiri tegak, islam itu bisa kita lihat pada amalan2 lahir, seperti sembahyang dan lain2...tapi iman ini perbutan hati, perlu di rasa, hanya yang merasa akan megerti, namun dari tidakan kita seharian, percakpan kita, perlakuan kita scara tidak langsung mampu cerminkan kita ini beriman atau tidak...maaf jika lajak berbicara...perkongsian bersama...

    ReplyDelete
  2. salah satu cabaran masa kini akibat kejahilan mendalami aqidah... kerapuhan aqidah menunggu saat untuk tumbang dan tersungkur...

    ReplyDelete