Monday, March 2, 2009

DAHI CECAH KE SEJADAH

Assalaamu'alaykum sekalian pembaca yang ana hormati kerana Allaah....

Segala puji-pujian hanya layak bagi Allah. Dia-lah Yang Menguasai kerajaan langit dan bumi dan di antara kedua-duanya. Dia Yang Menghidupkan dan Dia-lah Yang Mematikan. Sedang Dia Kekal dan wujud sejak azali yakni sedia ada. Dia-lah Yang Maha Pencipta. Dia Yang Menjadikan siang dan malam. Islam agama-Nya yang mulia. Syari'at-Nya sangat sempurna dan sangat bersesuaian dengan kehidupan makhluq-makhluq-Nya. Maka itu, kenapa manusia masih ingakr dengan perintahnya???



Tidak dilupakan selawat dan salam buat penutup segala Nabi, dan para ahlul bait, para sahabat dan sekalian para 'ulama', mujahideen yang membela agama yang haq hingga akhir zaman. Aameen.

Artikel kali ini, ana copy paste dari satu blog.
Ana selalu dengar sajak ni kat Radio IKIM, tapi tak tau pulak sape yg pngarang yg sebenar. Ana ambik dari http://penyair.wordpress.com/2007/07/16/dahi-cecah-ke-sejadah/... Copy paste, copy paste gak.. Baca, baca gak... tapi jangan lupa untuk menghayatinya... Bayangkan diri kita kembali kepada Allaah dalam keadaan tak sempat nak ber'amal. Na'uzubiLlaahi min zalik... Sebenarnya, artikel ni sebagai muqaddimah utk penulisan seterusnye berkenaan SOLAT dan perkaitannya dengan kehidupan dan peribadi seorang Muslim. ALlaahumma alhimnii rusydii. Moga Allaah memberi ana ilham untuk menbuat artikel yang seterusnyer... untuk Insha'ALlaah. Do'akan ek

Bersihkanlah dirimu sebelum kami dimandikan

Berwudhu’lah kamu sebelum kamu diwudhu’kan
Dan solatlah kamu sebelum kamu disolatkan

Tutuplah ‘auratmu sebelum ‘auratmu ditutupkan
Dengan kain kafan yang serba putih
Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih
Walaupun orang yang hadir itu merintih

Selepas itu kamu akan diletak di atas lantai
Lalu dilaksanakanlah solat Jenazah
Dengan empat kali takbir dan satu salam
Berserta Fatihah, Selawat dan doa
Sebagai memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah
Tapi apakah empat kali takbir itu dapat menebus
Segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup?

Apakah solat Jenazah yang tanpa rukuk dan sujud
Dapat membayar hutang rukuk dan sujudmu yang telah luput?
Sungguh tertipulah dirimu
jika beranggapan demikian
Justeru ku menyeru sekelian Muslimin dan Muslimat
Usunglah dirimu ke tikar solat
Sebelum kamu diusung ke liang lahad
Menjadi makanan cacing dan makanan ulat
Iringi dirimu ke masjid
Sebelum kamu diiringi ke Pusara

Tangisilah dosa-dosamu di dunia
Kerana tangisan tidak berguna di alam baqa’

Sucikanlah dirimu sebelum kamu disucikan
Sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan
Dengan panggilan ‘Izrail yang menakutkan

Berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan
Kerana ianya berguna untuk yang tinggal
Bukan yang pergi

Beristighfarlah kamu sebelum kamu diistighfarkan
Namun ketika itu istighfar tidak menyelamatkan
Ingatlah di mana saja kamu berada
Kamu tetap memijak bumi Tuhan
Dan dibumbungi dengan langit Tuhan
Serta menikmati rezeki Tuhan

Justeru bila Dia menyeru, sambutlah seruan-Nya
Sebelum Dia memanggilmu buat kali yang terakhirnya

Ingatlah kamu dahulu hanya setitis air yang tidak bererti
Lalu menjadi segumpal darah
Lalu menjadi seketul daging
Lalu daging itu membaluti tulang
Lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti
Ingatlah asal usulmu yang tidak bernilai itu
Yang kalau jatuh ke tanah
Ayam tak patok itik tak sudu
Tapi Allah mengangkatmu ke suatu mercu
Yang lebih agung dari malaikat
Lahirmu bukan untuk dunia
Tapi gunakanlah ia buat melayar bahtera akhirat

Sambutlah seruan ‘Hayya ‘alas Solaah’
Dengan penuh rela dan bersedia
Sambutlah seruan ‘Hayya ‘alal Falaah’
Jalan kemenangan akhirat dan dunia

Ingatlah yang kekal ialah amal
Menjadi bekal sepanjang jalan
Menjadi teman di perjalanan
Guna kembali ke pangkuan Tuhan
Pada hari itu tiada berguna harta, tahta dan putera
Isteri, kad kredit dan kereta
Kondominium, saham dan niaga
Kalau dahi tak mencecah sejadah di dunia.

4 comments:

  1. SALAM KAK...
    PINJAM ARTIKEL NI YA...
    SYUKRAN

    ReplyDelete
  2. wa'alaykassalaam wa rohmatullaah...

    ambikla apa saaja yg dirasakan bermanfaat untuk da'wah ilaLlaah. tiada halangan. tafaddhol mashkuro

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum wbt...
    yeah, sering dgr di IKIM dan after google terjumpa di sini... Minta copy juga lah ya...
    STK

    ReplyDelete
  4. wa'alaykumussalam wa rahmatullaah.
    silakan utk saling sebar-menyebarkan utk peringatan smua umat manusia (^_^)

    Moga mjadi salah satu 'amal jariah & ilmu yang bermanfaat utk kita smua d hari "penentuan kelak". aameen

    ReplyDelete