Dikatakan oleh Imam Suyuthi ada beberapa perkara sunat itu lebih utama daripada wajib. Imam Suyuthi mengambil wudhuk sebagai salah satu contohnya.
Keterangan: Berwudhuk apabila masuk waktu solat adalah wajib bagi orang yang wajib baginya mengerjakan solat. Sekiranya berwudhuk sebelum masuk waktu, ia hanyalah sunat sahaja. Tetapi yang utamanya adalah berwudhuk sebelum masuk waktu. Ini kerana apabila berwudhuk sebelum masuk waktu, seseorang itu boleh menunggu-nunggu waktu solat di atas tikar sembahyang dalam keadaan berwudhuk. Di samping boleh berzikir atau berselawat atau membaca Al-Quran dalam keadaan yang suci.
Lebih-lebih lagi dalam kebaikan itu menunggu-nunggu di dalam masjid dalam keadaan berwudhuk sedangkan berada dalam masjid tanpa wudhuk itu makruh hukumnya. Apabila masuk sahaja waktu, seseorang itu akan dapat melaungkan azan atau menjawab azan dalam keadaan berwudhuk. Seseorang itu juga akan dapat menggunakan masa antara azan dan iqamah untuk bersolat sunat rawatib. Seseorang yang sudah ada wudhuknya, apabila iqamah dilaungkan, maka dia akan dapat mendirikan solat berjemaah dalam keadaan tenang, tidak tergesa-gesa.
Berbanding orang yang baru mengambil wudhuknya sewaktu azan dilaungkan, kemungkinan sewaktu iqamah itu dia baru selesai wudhuknya dan sudah pasti tergesa-gesa untuk berada dalam saf. Sudah pasti juga, orang yang berwudhuk sebelum waktunya lagi, yang dalam keadaan menunggu masuk waktu solat, akan melakukan solat pada awal waktu. Rasulullah ada menyatakan solat pada awal waktu itu sebagai amalan yang utama.
Pengecualian: Bagi orang yang dia itu "daimul hadas" iaitu terkena penyakit hadas yang berterusan seperti kencing tidak tus atau istihadhah, maka dia kena ambil wudhuk apabila masuk waktunya. Biarpun dia sudah ada wudhuk sebelum waktu lagi, wudhuk itu tidak terpakai dan tidak boleh digunakan untuk solat fardhunya. Dia berkehendakkan pada wudhuk yang baru dalam waktu sebagai syarat sah wudhuknya itu untuk solatnya.
Sumber: http://fekah.blogspot.com/
P/s: Satu lagi peringatan... WAJIB ITU LEBIH UTAMA DARIPADA SUNAT... SOLAT WAJIB ITU TERLEBIH UTAMA DILAKSANAKAN BERBANDING DENGAN SOLAT ISTIKHAROH. Maksud ana, jaga dulu solat fardhu 5 waktu... baru ditambahkan dengan 'amalan-'amalan sunat. Ana berkata sebegini, kerana ada orang bertanya..."Jannah, macam mana nak solat istikharah. Sebab aku dengar, solat istikharah ni utk mohon petunjuk ttg jodoh".. Maka ana bertanya semula kepada dia "Awak solat fardhu tak?" (Dalam keadaan ana mengetahui si penanya ni jenis yang tak menjaga solat fardhu"... Dengan tersipu-sipu dia berkata "Tak cukup"

Salam ukhwah.
ReplyDeleteTerima kasih kerana melawat blog saya.
Perkara sunat yang lebih utama dari perkara wajib ialah memberi salam. Memberi salam hukumnya sunat tetapi menjawab salam hukumnya wajib. Namun kita digalakkan terlebih dahulu memberi salam.
Selamat berblog demi Allah.