Monday, March 9, 2009

MUNAJATKU KEPADA MU YA ILAHI..



Segala puji-pujian kembali kepada-Mu Ya Allah... Engkaulah Yang Menciptakan alam ini dengan qudrat dan iradat-Mu. Kepunyaan Engkaulah apa-apa sahaja yang ada di langit dan di bumi bahkan di antara kedua-duanya. Tidak Engkau ciptakan tiap sesuatu itu dengan sia-sia. Sesungguhnya Engkaulah sahaja Tuhan yang layak disembah. Tiada Tuhan kecuali Engkau Ya Allah. Maha Suci Engkau. Tiada sekutu bagi-Mu ya Allah. Selawat dan salam untuk Nabi-Mu, Kekasih-Mu junjungan kami, Nabi Muhammad SollaLlaahu 'alahi wa sallam, ahli keluarga Baginda, para sahabat Baginda, paa Tabi'en, para 'ulama yang haq, para mujaahideen mujaahidah hingga hari Qiamat.

YA ALLAH TUNJUKKAN AKU KE JALAN KEBENARANMU... AKU KELIRU, MANA SATU YANG HAQ DI SISI ENGKAU... Ku pohon pada Mu ya Allah, jadikanlah aku orang yang memberi petunjuk dan mendapat petunjuk-Mu... dan lindungilah aku daripada menjadi orang yang menyesatkan dan disesatkan tanpa ku sedari...

Ya Allah, telah ku sematkan di hati ini... aku ber'azam dan bertekad untuk menginfaqkan seluruh harta, jiwa dan raga ku untuk agama-Mu... Lindungilah aku ya Allah daripada menjadi hamba-Mu yang lalai dalam mengingati-Mu... Hindarkan diriku ya Allah daripada golongan yang melalaikan hatiku daripada mengingati-Mu bahkan tanpa sedar mengundang ke arah kemaksiatan. Berilah aku kekuatan dan kesabaran dalam menghadapi ujian-Mu yang datang silih berganti. Lapangkanlah dadaku ya Allah. Aku tak kuat ya Allah.

Ya Allah, hidupkanlah aku dengan iman, matikanlah aku dengan iman, dan himpunkanlah aku berserta iman, dan masukkanlah aku ke syurga-Mu berserta iman (sungguhpun begitu) aku sedar, aku tak layak untuk menjadi penghuni syurga-Mu, tapi aku juga sedar ya Allah, aku tak upaya menanggung 'azab api neraka-Mu.

Ya Allah, rezeqikanlah aku ilmu yang haq di sisi Engkau. Rezeqikanlah aku menuntut 'ilmu dengan guru yang benar-benar mursyid, yang hatinya benar-benar takut padaMu dan sentiasa memuji-muji dan mengagungkan Engkau ya Allah. Moga peribadinya dan ketaqwaannya memberi kesan kepada diriku.

Ya Allah, hidupkanlah aku sebagaimana hidupnya 'ulama dan mujahideen, dan matikanlah aku sebagaimana matinya para syuhada' dan para soliheen.

Ya Allah, akhirkanlah kalimah ku dari dunia ini dengan kalimah Laa ilaaha illaLlaah wa anna Muhammad Rasulullah"

Ku bertaubat pada-Mu ya Allah di atas segala dosa-dosa ku yang lalu mahupun yang akan datang kerana ku sedar aku tak lepas melakukan kesilapan. Terimalah taubatku ya Allah...

Ya Allah, kurniakanlah aku cintaMu dan cinta orang-orang yang mencintaiMu serta cinta pada 'amalan-'amalan mendatangkan kecintaan Engkau terhadap diriku yang dhoif ini.

Ya Allah, jika Engkau berikan kepadaku siapa sahaja pendamping ku sama ada teman, kenalan, sahabat, keluarga, bahkan pasangan ku, janganlah mereka menjadi asbab ku futhur dari medan da'wah ini ya Allah.Bahkan, jadikanlah mereka sebagai pendorong dan pemangkin semangatku untuk terus berjuang membela deenuLlaah. Walaubagaimanapun yang terjadi ya Allah, andai aku disisihkan dan dilemparkan dengan pelbagai tohmahan, aku berjuang bukan untuk manusia, bukan untuk sahabat-sahabat ku, tapi untuk Mu ya Allah.

Maka itu, ku pinta padaMu ya Allah, berikanlah kepadaku kekuatan untuk thabbat di medan da'wah dan jihad ini hingga saat aku menghembuskan nafas terakhir. Dan ku mohon pada-Mu ya Allah, agar dengan da'wah ini sebagai pembuka jalan untuk aku membimbing keluargaku ke jalan yang Engkau redhoi. Moga tenang jiwaku sebelum aku "dijemput pulang". Ya Allah, makbulkanlah doaku ini. Hanya kepada Engkau aku meminta, hanya kepada Engkau aku meng'abdikan diriku dan hanya kepada Engkau aku bertawakkal. Maha Suci Allah Yang Maha Kuasa, Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.


P/s: Kepada sekalian sahabat-sahabat, kenalan dan sekalian pembaca, ana mohon maaf fiddunya wal akhirah atas segala salah silap ana sama ada tutur bicara mahupun tindakan yang mengguris hati... Jika antum mendengar berita pemergian ana menghadap Ilahi, sudi-sudikanlah mendoakan ana agar damai di alam sana. Semoga kita sentiasa di bawah pimpinan rahmat dari Ilahi menuju syurga yang abadi (T_T) Ketahuilah, hidup di dunia ini hanya sementara. Hentikanlah persengketaan sesama kita saudara SeIslam. Pimpinlah manusia ke jalan kebenaran... Berusahalah untuk meramaikan umat Islam yang berkualiti agar Nabi Muhammad tersenyum gembira di hari akhirat yang kekal abadi...

Min ana Jannah al-Faqiroh waddoi'fah ilaLlaah

No comments:

Post a Comment