بسم الله الرحمن الرحيم
Segala puji-pujian bagi Allah Tuhan yang Memiliki dan Mentadbir 'Alam. Tiada sekutu bagi-Nya. Dia-lah Yang Maha Pemberi Rezeqi, Maha Pengampun, Maha Penerima Taubat, Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Allaah wujud tanpa berhajat kepada tempat sebagaimana makhluq-Nya yang berhajat kepada tempat untuk wujud. Selawat dan salam buat Nabi junjungan Muhammad SollaLlaahu 'alahi wa sallam, ahlul bait seluruhnya, para sahabat, para tabi'en, para 'ulama' yang haq dan sekalian pejuang agama Allah hingga yaumul qiamah. Aameen
Pembaca yang dirahmati Allaah...
satu ketika ana mendapat mesej di h.phone ana daripada seorang adik yang ana kenali... dia berkata "Salam k.jannah, sya nk tnya, apakah hukum menggugurkan kandungan, sekiranya seseorg itu dirogol, berdosa ke kak?...
Beberapa minggu selepas tu, ana dapat lagi mesej dari seorang pelajar "Assalamualaikum ustazah, ustazah blh tnya ka? Mcm mana mau khusyuk dlm sembhyg. Mksdnya time smbyg 2 x fikir yg lain" "Scara ringkas ana membalas mesej tersebut (lebih kurang bunyinye) "Jaga pemakanan. Krn pemakanan mnjadi salah satu faktor pnyumbang kpd kekhusyukan solat."
Kemudian, budak tu membalas mesej lagi "oh, ustazah? Mcm mana mahu melupakan dosa yg sngt besar yg pernah dlakukn? ustaza, sya akui, saya pernah berzina, tpi sya ingin betul2 bertaubat & ingin kembali ke jalan Allah. Tapi sya slalu dibayangi dgn dosa2 tersebut. Tlg ustazah, sya malu, sbenarnya sya mahu berdepan dgn ustazah utk bertanyakn soal ini, tapi saya saya malu sngt ustazah". Ana tergamam dan berfikir panjang sepanjang ana memandu balik ke rumah. Ana tak balas mesej pelajar tu saat itu juga (tengah driving kan... jadi kena fikir molek-molek untuk memberi nasihat)...

(Lihatlah gambar-gambar ini... Inilah kesan bilamana 'aqeedah tidak kuat terpasak di dada, & 'ibadah fardhu ditinggalkan tanpa rasa berdosa... Maka dosa besar dianggap pula satu hiburan bagi mereka yang membiarkan nafsu bermaharajalela (T_T)
Beberapa minggu selepas tu, ana dapat lagi mesej dari seorang pelajar "Assalamualaikum ustazah, ustazah blh tnya ka? Mcm mana mau khusyuk dlm sembhyg. Mksdnya time smbyg 2 x fikir yg lain" "Scara ringkas ana membalas mesej tersebut (lebih kurang bunyinye) "Jaga pemakanan. Krn pemakanan mnjadi salah satu faktor pnyumbang kpd kekhusyukan solat."
Kemudian, budak tu membalas mesej lagi "oh, ustazah? Mcm mana mahu melupakan dosa yg sngt besar yg pernah dlakukn? ustaza, sya akui, saya pernah berzina, tpi sya ingin betul2 bertaubat & ingin kembali ke jalan Allah. Tapi sya slalu dibayangi dgn dosa2 tersebut. Tlg ustazah, sya malu, sbenarnya sya mahu berdepan dgn ustazah utk bertanyakn soal ini, tapi saya saya malu sngt ustazah". Ana tergamam dan berfikir panjang sepanjang ana memandu balik ke rumah. Ana tak balas mesej pelajar tu saat itu juga (tengah driving kan... jadi kena fikir molek-molek untuk memberi nasihat)...
Persoalan adik dan pelajar ini tadi membawa ana berfikir dengan satu fenomena di salah sebuah sekolah di bandar "X"... Yang mana pelajar perempuannya (muslim) ramai yang clubbing, minum arak, kissing ngan pasangan masing-masing malah lebih daripada itu gejala sosial yang mereka terlibat... Ana dapat tahu hal ini satu jam sebelum ana ke sekolah tersebut...
Pada hari sabtu yang lepas (21.Feb.09), ana dijemput menjadi salah seorang ahli panel forum untuk salah satu program yang dikhaskan untuk pelajar-pelajar perempuan sahaja (muslim) di surau sekolah bandar "X" tersebut. Forum tersebut bertajuk "Seindah Hiasan Sebesar Fitnah". Tajuk yang sama dengan tajuk Talkshow yang ana diminta untuk menyampaikannya pada 3.Feb.2009 di salah sebua IPTA di tanah air kita.(Ana ada wat artikelnyer dalam blog ana ni bagi bulan Februari. Dipersilakan untuk membacanyer (",)...
(Namun begitu, di akhir program, ana minta pengerusi pogram memberi kebenaran pada ana 15 minit di masa akhir untuk slot muhasabah... ana ajak adik-adik tu untuk mengimbas kembali dosa-dosa yang mereka lakukan diiringi dengan alunan zikir taubat... dengan bantuan fasilitator sebelum ini juga, subhanaLlaah walhamduliLlaah adik-adik tu sedar akan dosa yang mereka lakukan sehingga ada yang menangis meraung menyatakan rasa gerun mereka kepada 'azab Allah dan ingin bertaubat kepada Allah (T_T) hiba sangat suasana ketika itu... lunaknya hati si pelaku dosa... ana dan fasi dan sekalian kita wahai para pembaca tak lepas dari melakukan dosa.. marilah kita bertaubat atas segala dosa-dosa yang kita lakukan.)
Berbalik tentang kisah adik dan pelajar yang menghantar mesej pada ana & pelajar-pelajar perempuan di sekolah bandar X tadi...Inilah realiti kebanyakan remaja kita masa kini. Era dunia tanpa sempadan. Sehingga semuanyer diredah tanpa sempadan. Pegangan agama sudah hilang dek kerana nafsu yang tak tertahan... Yang penting nafsu puas, saat berbuat dosa seolah-olah hilang ingatan, tak ingat yang mana baik, mana yang buruk... janji si dia pasti ditawan... SEDIHNYER NGAN REMAJA SEKARANG NI... BUKAN REMAJA SAHAJA, TAPI BAPA & MAK REMAJA PUN... sama-samalah berfikir, apakah faktor penyumbang gejala-gejala sosial sekarang ni?
Teman dan sekalian pembaca yang dirahmati Allaah...
Masalah gejala sosial yang terjadi pada masa kini perlu diambil perhatian oleh semua lapisan masyarakat. Antara faktor penyumbang bagi gejala ini ialah lemahnya dan kurangnya keyakinan, pemahaman dan pengukuhan terhadap 'aqeedah dan juga pelaksanaan 'ibadah-'ibadah fardhu seperti solat. Untuk artikel kali ini, ana lebih memfokuskan kepada SOLAT... sebelum ini, ana dah menghuraikan betapa pentingnya menguasai dan memahami ilmu tauhid dalam artikel bulan Februari 2009.
Telah diriwayatkan daripada Abu Hurairah RadiyaLlaahu 'anhu, katanya Sesungguhnya RasuluLlaah SollaLlaahu 'alaihi wa sallam pernah bersabda yang bermaksud: "Seorang penzina tidak akan berzina jika ketika itu dia berada di dalam keimanan. Seorang pencuri itu tidak akan mencuri jika ketika itu dia berada di dalam keimanan iaitu iman yang sempurna. Begitu juga seorang peminum arak tidak akan minum arak kija ketika itu dia berada di dalam keimanan"
(Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim-Hadith Mutawatir)
Muslimin dan muslimat yang ana hormati kerana Allaah...Orang yang beriman MESTI MENUNAIKAN SOLAT FARDHU 5 WAKTU SEHARI SEMALAM kerana sembahyang itu adalah tuntutan iman, dan iman sifat jiwanya (sembahyang) dan nur bathinnya. Allah Subhanahu wa Ta'ala telah berfirman:
الذين يؤمنون بالغيب ويقيمون الصلاة
Maksudnya:"Mereka yang beriman dengan yang ghaib dan mendirikan Solat"(Surah al-Baqorah: ayat 3)
Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala lagi:قل لعبادي الذين آمنوا يقيموا الصلاة
"Katakanlah kepada hamba-Ku yang beriman, hendaklah mereka itu mendirikan sembahyang"(Surah Ibrahim; 31)
Maka nyatalah di sini, bahawa orang yang mendirikan solat adalah orang yang beriman. Mendirikan solat dengan sempurna, insha'Allaah akan dapat memelihara diri seseorang itu daripada perbuatan yang keji dan dosa. Sebagaimana yang telah Allaah Subhana hu wa Ta'ala firmankan dalam surah Al-Ankabut, ayat 45.
وأقم الصلاة إن الصلاة تنهى عن الفحشاء والمنكر
"Dan dirikanlah Solat, kerana sesungguhnya sembahyang (dapat) melarang dari segala kejahatan dan kemungkaran"
Segala kejahatan dan kemungkaran yang merosakkan diri, keluarga dan masyarakat dan menimbulkan pelbagai konflik dan kontoversi, akan dapat dicegah oleh jiwa yang terdidik dengan 'ibadah solat. Solat adalah salah satu alat tarbiyyah yang penting dalam menjana jati diri seseorang individu bahkan juga kepada masyarakat dan negara.
Berdasarkan pemerhatian dan sedikit pengalaman yang ada dalam mendalami jiwa-jiwa remaja sepanjang mendekati mereka... boleh dikatakan bahawa remaja yang terlibat dengan masalah sosial seperti penzinaan, menggugurkan kandungan, kes lesbian, kes gay, kes buli, mencuri, minum arak, pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan, tak tutup aurat dan sebagainya adalah mereka yang KEBANYAKAN MENINGGALKAN SOLAT...
Ini bukan main-main. Ini betul-betul terjadi!!! Tak percaya, cuba buat survey!!!Bukan tujuan untuk mencari 'aib orang lain tapi bertujuan untuk menjadi pemangkin diri kita untuk turun ke gelangang bersama golongan yang sukarela melakukan amar ma'ruf nahi mungkar TANPA KEPENTINGAN TERTENTU... Amar ma'ruf nahi mungkar LIDDA'WAH ILALLAAH...
Ana tersentak dengan kata-kata seorang ustaz di sekolah ana yang juga selaku Panitia Pendidikan Islam dalam mesyuarat Panitia semalam... Beliau berkata "macam mane ni ye... ramai pelajar kita tak pandai solat, amanah ni untuk kita... kalau kita tak buat "sesuatu", kita kena di akhirat esok".... Kemudian, beliau berkata lagi, "saya dok fikir macam mane ye nak bagi budak kelas 5E ni jadi budak baik & minat belajar? Ustazah tau, saya sampai solat hajat kat rumah untuk diorang. Tak pernah dalam sejarah sepanjang 11 tahun mengajar, saya jumpa budak-budak macam tu"...
SubhanaLlaah, semangat ini yang kita nak muslimin muslimat... mengajar BUKAN kerana ingin menghabiskan silibus mata pelajaran, TAPI kerana benar-benar ingin melahirkan insan yang berguna di dunia dan di akhirat...
Ana akui, ramai yang mengajukan soalan "Tapi ustazah, macamne tu kalau seseorang tu solat, tapi masih tak tutup 'aurat. atau masih bermaksiat seperti berpegang-pegang antara lelaki dan perempuan?" Nah! Di sini perlu dilihat kembali akan kebenaran firman Allaah Subhanahu wa Ta'ala surah Al-Ankabut, ayat 45.

Jika solat masih tidak mampu mencegah seseorang itu daripada perbuatan keji dan mungkar, maka perlu di "check" semula solat tersebut. Tentu ada "something wrong somewhere"... mungkin ada masalah dari segi kesempurnaan rukun wudhu' dan rukun solatnyer. mungkin ada kesilapan dalam makhraj bacaan al-Fatihah... Jadi, kepada mereka yang mendirikan solat tapi maksiat masih dibuat, check balik solat tu... Kerana janji Allah BENAR!!! SOLAT MAMPU MENCEGAH DIRI DARIPADA PERBUATAN KEJI DAN MUNGKAR!!!
P/s: Ini reposting ke3...pada asalnya tajuknyer lain, tapi ana dah tukar tajuknyer ikut kesesuaian jalan cerite... insha'Allaah artikel ini akan diupdate selepas 13hb.Mac sbb tajuk artikel ini adalah tajuk forum yg bakal dilangsungkn di sekolah ana sempena MaulidurRasul 1430H... Oleh itu, sbrg persoalan yg ditanyakn dlm forum itu nnti ana akan lampirkn dlm artikel ini sbg prkongsian bersama utk manfaat kta smua di dunia dan di akhirat. Moga dipanjangkan umur dan diberkati. Aameen (",)
assalaamu'alaykum...ana terpanggil utk memberi sedikit komen yg xseberapa.(ataupn blh dikata sebagai penambah rasa).br2 ini ana berjaya mengesan beberapa org peljar ana yg xsolat jumaat n xsolat zohor.ana rasa terbakar hati ini bila slh seorang peljar ana bgtau alasan xpi solat jumaat coz malas dgn muka selamba tanpa rasa bersalah).kalau ikutkan hati macam je nk pkl bdk tu. tp sbrkan diri.yg paling ana terkilan sorang pelajr ana ni bgtau bapa dia xpi solat so dia pn ikutla.ha..inilah slh satu punca kenapa remaja kita semakin jauh dr Allah swt. ini kerna ibubapa mereka sendr pn telh jauh dr landasan syariat Islam.mengaku Islam tp suka minum arak, berjudi, tengok vcd lucah, mencuri dan sewaktu dgnnya.solat terawih sj penuhkan masjid.itupn awal2 bulan.hujung2 bulan dh sunyi.ramai yg terlalu memberatkan perkara sunat dr yg wajib.ana sndri br ja mengetahui kebnykn peljr ana xtinggal bersama ibu bapa mereka.ramai yg tinggal bersama nenek atau datuk ataupun dengan ibu atau bapa angkat.kebanyakan mereka ini bukan anak petani atau nelayan.tp dari golongan professional seperti guru, tentera, polis kerja 'ofis'.mengapa jd begini.adakah kerna mengejar kekayaan semata2 smpaikan anak sndiri dianggap beban mpenghalang kejayaan diri.kasih nenek, datuk, ibu angkat, bapa angkat tidak sama dengan ibu bapa sebenar.rasa hormat dan sayang anak berbeza dgn org2 ini dengan ibu bapa sebenar.ini ada di kalangan pelajar ana ini jarang jumpa ibu bapa sendiri sehinggakan xtahu ibu bapa mereka kerja apa.itu belum tanya birthday, hobi, kesukaan ibu bapa kandung mereka.sedarlah wahai ibu bapa di luar sana (termasuk diri ana), anak2 adalah amanah yg sgt besar dr Allah.anak2 memg rezeki yg xternilai dr Allah swt tp tanggungjawabnya adalah amat berat.jangan kerna didikan kita yg slh (hanya berdasarkan teori2 fikirn manusia tanpa berlandaskan syariat Islam) menyebabkan anak2 ini menjadi bala dan azab pd kita.kita akan terseksa di dunia dan di akhirat kerana anak2 yg kita sambil lewa mendidiknya.ingatlah anak2 ini bukannya sekadar perlukan wang ringgit.mereka perlukan kasih sayang dan didikan, cth yg baik dr ibu bapa mereka.wallahu'alam.
ReplyDeletewa'alaykissalaam wa rohmatullaah...
ReplyDeleteTeruskan da'wah sahabatku... Kita menyampaikan Islam jangan tunggu 'ilmu betul2 cukup di dada... 'Ilmu Allaah terlalu luas. Telah bersabda Nabi junjungan kita Muhammad SollaLlaahu 'alaihi wa sallam yang bermaksud "Sampaikanlah dari ku walau satu ayat"... cumanya, perlu dipastikan 'ilmu yg kita sampaikn itu adalah sohih.
Moga kita diberi kekuatan utk menegakkan kebenaran sekalipun sebahagian dikalangan kita yg memandang sinis usaha yg kita lakukan. Mungkin kecil pd pandangan mereka sedangkan di sisi Allaah ianya amat besar. Krn da'wah mnyeru org mntaati Allaah dan Rasul-Nya adalah kerja yg mulia. Pngorbanan masa, tenaga, harta bahkan jiwa kita ... jika benar2 kita infaqkan pd jalan Allaah, subhanaLlaah. Moga hidup kita sntiasa d bawah naungan rahmat-Nya.
BaarokaLlaahu fiiky