Wahai hamba...!
Peliharalah ketaqwaanmu...
Peliharalah kaedah-kaedah syarak...
Peliharalah semangat untuk selalu melawan gejolak hawa nafsu syaitan & handai taulan mu yang jahat...
Wahai hamba...!
Jauhkanlah daripadamu nafsu dan hawamu...!
Jadikanlah ia laksana bumi yang berada di bawah tapak kaki manusia
Atau laksana debu-debu di tangan-tangan manusia
Wahai saudaraku...!
Kendalikanlah nafsumu jangan sampai dia mengendalikanmu
Nafsu itu tak ubah bagaikan anak kecil yang belum mempunyai aqal
Bagaimana mungkin kita mempelajari sesuatu daripada seorang anak kecil yang baru dilahirkan sedang dirinya baru ingin mengenal dunia?
Wahai saudaraku...!
Marilah kita bersyukur atas segala nikmat yang sudah dikurniakan-Nya kepada kita..
Lihatlah bahawa semua nikmat itu datangnya daripada-Nya...
Makan minum kita, pakaian & tempat tinggal kita...
Setiap hela nafas kita, kerjaya kita, sahabat kita...
Dan apa sahaja yang ada disekeliling kita yang kita perolehi semenjak dilahirkan ke dunia, hingga saat ini...
SEMUA ITU ADALAH NIKMAT DARI ALLAH 'AZZA WA JALLA
Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala:
Maksudnya: "Dan apa jua nikmat yang ada pada kamu itu, maka dari Allah-lah (datangnya), kemudia apabila kamu ditimpa kemudharatan, hanya kepada-Nya sahaja kamu meminta pertolongan"
Peliharalah semangat untuk selalu melawan gejolak hawa nafsu syaitan & handai taulan mu yang jahat...
Wahai hamba...!
Jauhkanlah daripadamu nafsu dan hawamu...!
Jadikanlah ia laksana bumi yang berada di bawah tapak kaki manusia
Atau laksana debu-debu di tangan-tangan manusia
Wahai saudaraku...!
Kendalikanlah nafsumu jangan sampai dia mengendalikanmu
Nafsu itu tak ubah bagaikan anak kecil yang belum mempunyai aqal
Bagaimana mungkin kita mempelajari sesuatu daripada seorang anak kecil yang baru dilahirkan sedang dirinya baru ingin mengenal dunia?
Wahai saudaraku...!
Marilah kita bersyukur atas segala nikmat yang sudah dikurniakan-Nya kepada kita..
Lihatlah bahawa semua nikmat itu datangnya daripada-Nya...
Makan minum kita, pakaian & tempat tinggal kita...
Setiap hela nafas kita, kerjaya kita, sahabat kita...
Dan apa sahaja yang ada disekeliling kita yang kita perolehi semenjak dilahirkan ke dunia, hingga saat ini...
SEMUA ITU ADALAH NIKMAT DARI ALLAH 'AZZA WA JALLA
Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala:
Maksudnya: "Dan apa jua nikmat yang ada pada kamu itu, maka dari Allah-lah (datangnya), kemudia apabila kamu ditimpa kemudharatan, hanya kepada-Nya sahaja kamu meminta pertolongan"
(Surah An-Nahl: ayat 53)
Wahai hamba...!
Dimanakah syukur bagimu, wahai orang-orang yang sudah menerima nikmat-Nya?
Wahai makhluq yang memandang bahawa nikmat itu berasal daripada selain-Nya?
Suatu ketika kamu berpendapat bahawa nikmat datangnya daripada selain Allah...
Manakala pada ketika lain kamu berkeyakinan bahawa nikmat itu datangnya daripada hasil usahamu sendiri...
Seakan-akan kamu sendiri yang menciptakan nikmat itu...
Dan pandanganmu sentiasa setuju kepada apa yang tidak ada padamu,
atau kepada apa yang berada di tangan orang lain,
malahan pada suatu ketika pula kamu menggunakan nikmat yang kamu perolehi itu sebagai pendokong dirimu melakukan kemaksiatan kepada Allah. (Na'uuzubiLlaahi min zalik)
Wahai Saudaraku...!
Marilah kita mendidik diri kita dengan kewarakan...
Agar bisa mencegah diri dari terjerumus ke lembah kemaksiatan dan kesalahan
Ingatlah! Bahawa diri kita sentiasa diawasi...
Dan itulah hakikatnya wahai saudaraku...
Bahawa Zat Yang Maha Haq sentiasa memerhatikan setiap tingkah laku kita
Dalam sendirian, dalam kebersamaan bersama kaum kerabat dan rakan taulan
Yaqinlah bahawa...
Kita perlukan pengawasan
Yang akan mengingatkan diri kita akan pandangan Allah terhadap kita...
Bahkan kita perlukan pengawasan untuk memerangi hawa nafsu dan syaithan laknatullah yang tidak putus-putus menggoda anak Adam menjadi teman mereka di neraka kelak (Na'uzuubiLlahi min zalik)
Sedarlah saudaraku...!
Syaitan itu adalah musuh kita, musuh bapa kita Adam 'alaihissallam
Bagaimana kita hendak bersandar kepadanya?
Sedang antara kita dengannya terdapat permusuhan turun temurun...
Dendam yang berurat-akar pada kedua-dua belah pihak?
Jauhilah mereka! Janganlah berlindung kepadanya!
Hindarkan permusuhan sesama umat Islam!
Perselisihan sesama umat Islam bukan sahaja menggembirakan orang-orang kafir
Tetapi turut mendatang kegembiraan yang tidak terkata buat syaithan laknatullah
kerana berjaya memecahbelahkan anak-anak Adam 'alaihissallam.
Bahkan boleh membawa kesakitan kepada hati lantas membawa kepada kekerasan hati..
na'uuzu biLlaahi min zalik
Telah berkata Al-Sayyid Syaikh Muhyiddin 'Abdul Qadir Jailani:
"Percayalah...! Sekiranya syaithan memperolehi ruang, maka ia akan membunuh jiwamu, sebagaimana ia telah melakukan hal itu kepada ayah dan ibumu (Adam dan Hawa). Oleh itu, jadikanlah TAQWA sebagai senjatamu, manakala TAUHID atau MENGESAKAN ALLAH, TAKUT KEPADA-NYA, WARAK dalam KHALWATmu, JUJUR dalam segala tindakan, serta MEMOHON PERTOLONGAN DARIPADA ALLAH sebagai kekuatanmu. Semua senjata dan tentera ini akan mengusir, membinasakan dan menghancurkan bala tentera iblis. Bagaimana kamu tidak mengusirnya, sementara kebenaran ada di pihakmu...?
Ketahuilah saudaraku...!Hancurnya kebanyakan manusia kerana mereka
sentiasa melakukan kesalahan dan kemaksiatan
Hancurnya orang-orang zuhud kerana mereka
mempunyai keinginan untuk bersenang-lenang dengan memperturutkan kehendak syahwatnya
Hancurnya para wali Abdal kerana
lintasan fikiran ketika mereka dalam khalwatnya
Hancurnya para siddiqin (orang yang jujur dan benar) adalah bersifat sementara
Ini kerana mereka selalu disibukkan untuk selalu menjaga dan memelihara hatinya
Kerana mereka adalah orang-orang yang tidur di pintu Maha Raja
Mereka berdiri dalam posisi mereka sebagai juru dakwah
Mengajak manusia kepada mengenal Allah Yang Haq
Tiada hentinya mereka membujuk hati mereka sendiri dengan berkata:
"Wahai hati...! Wahai Roh...! Wahai manusia...! Wahai Jin...! Wahai orang-orang yang berharap kepada Tuhan Yang Maha Kuasa...! Marilah...! Kita ketuk pintu Maha Raja. Bersegeralah kamu kepada-Nya dengan tapak hati kamu, dengan tapak taqwa dan tauhid kamu, makrifat dan kewarakan kamu yang tinggi, kezuhudan kamu di dunia, di akhirat dan di dalam sesuatu selain daripada yang berkaitan secara langsung dengan Tuhanmu"
Inilah kesibukan kaum itu...Mereka bertekad untuk memperbaiki semua makhluq di bumi tekad dan cita-cita mereka itu meliputi langit dan bumi, meliputi 'Arasy dan bintang-bintang seroja"
Wahai hamba...!
Seimbangkanlah antara dunia dan akhirat
Jadikanlah kedua-duanya itu dalam wadah yang sama
Dan menyendirilah di hadapan Tuhan mu Yang Maha Perkasa lagi Maha Agung
Dengan hati yang bersih, tanpa dunia dan akhirat...
Janganlah engkau menghadap-Nya kecuali engkau telah mengenepikan semua yang datang selain daripada-Nya
Janganlah engkau terbelenggu bersama makhluq sementara engkau terjauuuuuuuh dari Khaliq mu
Putuskanlah semua sebab ini
Dan cabutlah semua pancang ini,
yang menjadi diri lalai mengingati-Nya
Jadikanlah dunia untuk jiwamu...
Akhirat untuk hatimu
Tuhan untuk batin mu...
P/s: Artikel ini ana olah sedikit-sebanyak bersumberkan kepada kitab Fathul Rabbani, Syeikh 'Abdul Qadir Al-Jailani... Tiada upaya melainkan semua itu atas keizinan dan bantuan dari Allah Subhanahu wa Ta'ala. Tuntunlah hati kita untuk membuat persiapan bekalan buat kehidupan akhirat yang kekal abadi... Lupakan persengketaan, jadikanlah hari ini lebih baik dari semalam dan jika esok masih ada, esok lebih baik dari hari ini. Sungguhpun begitu, usah ditangguh-tangguh dalam hal yang membawa kepada kebahagiaan di "hari kemudian". Mohon teguran atas segala kesilapan lebih-lebih lagi jika ianya bersalahan dengan syara'.Baarokallaahu fiikum
WaLlaahu a'lam
Min ana al-faqiroh waddho'ifah ila Robbihi
syaitan dan nafsu adalag musuh utama , bentengi ia dengan aqidah ahlul haq serta panduan guru mursyid yang menyuluh rohani..
ReplyDelete