بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على سيد المرسلين محمد صلى الله عليه وسلم وعلى آله وصحبه أجمعين
Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala
Maksudnya: “Dan orang-orang Islam yang datang kemudian daripada mereka (berdoa dengan) berkata: Wahai Tuhan kami! Ampunkanlah dosa kami dan dosa-dosa saudara-saudara kami yang telah mendahului kami dalam iman dan jangan Engkau jadikan kami perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang-orang yang beriman. Sesungguhnya Engkau Amat Melimpah Belas Kasihan dan Rahmat-Mu.”
(Surah Al-Hasyr, ayat 10)
Telah bersabda RasuluLlaah SollaLlaahu 'alaihi wa sallam:
قال رسول الله صلى الله عليه وسلم ؛ إذا مات ابن آدم انقطع عمله إلا من ثلاث ؛ صدقة جارية ، أو علم ينتفع به، أو ولد صالح يدعوله
Maksudnya: RasuluLlah SollaLlaahu 'alaihi wa sallam telah bersabda "Apabila seorang anak Adam mati, maka terputuslah amalannya kecuali tiga (perkara) iaitu sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkannya dan anak yang soleh yang mendoakannya"
Dalil-dalil yang ana kemuka di atas sedikit sebanyak menjelaskan bahawa seseorang itu BOLEH mendoakan kesejahteraan dan menyampaikan pahala 'amalannya kepada roh mereka yang telah kembali ke rahmatullaah lebih-lebih lagi 'amalan dan doa daripada seorang anak buat kedua ibu bapanya atau kaum kerabatnya yang kini berada di alam barzakh.
Sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Ta'ala dalam surah Al-Hasyr, ayat 10, Allah menyarankan agar kita berdoa kepada orang yang sudah kembali lebih awal daripada kita.
Yang pergi tetap pergi dan tak akan kembali lagi... Begitulah putaran kehidupan manusia di dunia bahkan setiap semua benda yang hidup. Pada asalnya tidak ada, kemudian diwujudkan yakni diciptakan oleh Allah. Bermula selepas kelahirannya kemudian melalui kehidupan sehinggalah sampai satu saat yang ditentukan oleh Allah, maka seseorang itu akan kembali semua kepada Allah...
Ada 6 perkara yang boleh dilakukan oleh seorang anak mahupun ahli keluarga bahkan sahabat handai untuk mereka yang telah meninggal dunia sebagaimana yang berikut:
1. Banyakkan beristighfar untuk mereka
2. Banyakkan berdoa bagi pihak mereka
3. Perbanyakkan 'amal kebajikan seperti mengaji al-Qur'an, bersedekah kepada anak-anak yatim, dan sebagainya dan diniatkan pahalanya disedekahkan kepada mereka yang telah meninggal dunia.
4. Teruskan hubungan silaturrahim dengan kaum keluarga, sahabat handai dan jiran tetangga mereka yang telah meninggal dunia lebih-lebih lagi mereka yang disayangi oleh si mati ketika hayatnya.
5. Selesaikan hak-hak yang tergantung (seperti hutang) yang tidak sempat ditunaikan oleh mereka yang telah meninggal dunia.
- Hutang ini terbahagi kepada dua iaitu hutang dengan manusia dan hutang dengan Allah Subhanahu wa Ta'ala. Tetapi apa yang menyedihkan, ramai yang tidak menyedari dan terlepas pandang tentang betapa pentingnya melangsaikan hutang dengan Allah.
- 'Ulama menggariskan ada 5 perkara hutang dengan Allah yang perlu dilangsaikan iaitu:
a) Haji (Selesaikan haji mereka dengan mengupah orang untuk menunaikan haji bagi pihak mereka
c) Zakat yang belum sempat ditunaikan ketika hayat mereka
d) Nazar yang belum sempat ditunaikan
e) Kifarat yang belum sempat diselesaikan
6. Ziarah kubur mereka.
- Baca al-Fatihah di atas kubur mereka.
- Pacakkan tumbuhan yang hidup di atas kubur mereka nescaya pokok itu akan berzikir dan berdoa untuk mereka
P/s: Insha'Allaah, artikel ini ana akan update dengan menyertakan beberapa dalil lagi dan sedikit sisipan sirah.

dan adalah lebih molek lagi jika si anak sendiri yang menunaikan haji bagi pihak ibu bapanya yang
telah meninggal dunia.
b) Fidyah puasa c) Zakat yang belum sempat ditunaikan ketika hayat mereka
d) Nazar yang belum sempat ditunaikan
e) Kifarat yang belum sempat diselesaikan
6. Ziarah kubur mereka.
- Baca al-Fatihah di atas kubur mereka.
- Pacakkan tumbuhan yang hidup di atas kubur mereka nescaya pokok itu akan berzikir dan berdoa untuk mereka
P/s: Insha'Allaah, artikel ini ana akan update dengan menyertakan beberapa dalil lagi dan sedikit sisipan sirah.
No comments:
Post a Comment