Maksud firman Allah SWT:
“... dan mereka (orang-orang kafir itu) sentiasa memerangi kamu hingga mereka (mahu) memalingkan kamu dari agama kamu kalau mereka sanggup (melakukan yang demikian) dan sesiapa di antara kamu yang murtad (berpaling tadah) dari agamanya (agama Islam), lalu dia mati sedangkan dia tetap kafir, maka orang-orang yang demikian, rosak binasalah amal usahanya (yang baik) di dunia dan di akhirat dan mereka itulah ahli Neraka, mereka kekal di dalamnya (selama-lamanya).”
(Al-Baqarah:217)
Jumaat lepas kami menunaikan Solat Jumaat di Kampung Kobuni, Inanam. Kehadirannya seperti biasa tidak mencecah 35 orang. Apapun usaha Persatuan Siswazah Sabah (PSS) memohon dan memastikan Solat Jumaat dibenarkan untuk dilaksanakan di sini adalah usaha yang harus dipuji. Kalau di kampung sendiri pun Solat Jumaat tidak dapat pergi, masakan kalau dibuat di tempat lebih jauh lagi dapat dilaksanakan?
Minggu ini masuk minggu ketiga solat Jumaat dilaksanakan di kampung ini. Seusai solat, seperti biasa kami duduk berbincang isu-isu semasa bersama penduduk kampung. Dari isu kerajaan Perak, Elizabeth Wong, sampailah ke isu evergreen, khususnya di Sabah. Isu murtad. Pengislaman beramai-ramai zaman USNO di bawah Tun Datu Mustapha sekitar tahun 1975 untuk membolehkan Islam dijadikan agama rasmi negeri Sabah, tetapi tidak ada susulan pendidikan Islam kepada suadara baru menyebabkan banyak paksi Islam yang belum sempat ditanam kemas tercabut dari hati penganut.
Isu murtad bukan isu kecil. Ia melibatkan aqidah, penukaran terus akar dan pasak kepercayaan dan gugur keyakinan dari keimanan yang tunggal. Jangankan yang murtad, yang mengaku Islam pun kang kali kung. Tidak pernah solat, tidak menutup aurat, tidak kenal pun Islam. Anak-anak di sini, diajar solat, disuruh rukuk, mereka membuat gaya orang sedang menghisap rokok. Rokok je mereka pernah dengar. Rukuk? Tak pernah!
Paling menyedihkan, isu murtad bukan berlaku di tempat yang sayup-sayup, tak tercapai oleh mata telinga. Ia berlaku di laman rumah kita sendiri! Penduduk Kg. Kobuni menceritakan bagaimana di Kg. Kionsom Kecil, yang baru didiami oleh 8 buah keluarga, salah satu daripadanya telah murtad! Kes biasa-suami Islam, isteri ikut masuk Islam untuk kahwin, cerai, isteri murtad bersama anak-anak. Begitu juga dengan beberapa keluarga lain di situ, sedang keluarga-keluarga yang lain sentiasa terdedah kepada ancaman yang sama, ekoran banyaknya gereja dan hebatnya gerakan Kristianisasi di situ! Lapar? Kesian. Nah kami beri duit poket bulanan. Beras nak? Sardin perlu? Ish,ish..teruk juga kehidupan kamu ni. Orang Islam tak tolong? Kesian. Ramai macam kamu ni. Apa kata kita pergi jumpa kawan-kawan Ahad ni, bincang-bincang. Kat bawah tu je, dekat je. Ya, gereja tu. Penduduk bersungguh-sungguh mengharapkan supaya sekurang-kurangnya sebuah surau kecil dapat dibina di situ, selain kes murtad tersebut dirujuk kepada pihak sepatutnya. Bukan mereka tidak melakukan apa-apa, aduan telah dibuat kepada pihak JHEAINS, tetapi tidak ada tindakan diambil. Ah, orang-orang tua dari kaki gunung ini, abaikan sahaja..Bukan dia dapat menjejaskan apa-apa..
Sudahlah asyik melontarkan simpati berterusan kepada anak-anak Palestin yang kelaparan dalam peperangan, kerana mati mereka dalam keimanan. Usahlah sibuk membicarakan kemanusiaan dan kezaliman, kerana pergi mereka mendampingi Tuhan. Susukan dulu anak di halaman, sebelum menyusu kera di hutan, kerana tanpa susu, anak itu mungkin mati dalam kekufuran!
(PSS akan mengadakan ziarah ke Kampung Kionsom Kecil bertemu Ketua Kampung dan membincangkan masalah-masalah yang membelenggu penduduk di sana, menyampaikan tajaan Set Selamatkan Aqidah daripada anda, dan mengusulkan kepada JHEAINS supaya diberi peruntukan membina surau di sana dalam masa terdekat. Kami juga mengalukan sumbangan berbentuk kewangan atau bahan makanan.)
P/s:
Peraturan dan undang-undang negara yang hanya membenarkan seseorang itu boleh menukar agama hanya apabila mereka berusia 21 tahun TIDAK BANYAK membantu kita dalam menyelamat 'aqeedah Islam... Ingin ana berkongsi sedikit pengalaman, bagaimana satu ketika, ana dan sahabat-sahabat ana membawa seorang pelajar yang usianya pada tahun ini mencapai usia 18 tahun yang berminat untuk memeluk Islam... Pelajar ini tidak mendapat kebenaran ibubapanya menuka agama apatah lagi kepada Islam.
Ana sangat terkilan dengan kata-kata Pekerja di bahagian Pesuruhjaya Sumpah , yang mana kata-katanya bukan dapat memberi motivasi dan jaminan untuk adik itu yaqin dan kukuh dengan keyakinan terhadap agama Isam yang suci ini bahkan, kata-katanya boleh menyebabkan seseorang itu rasa kecewa, hampa dan macam-macam lagi yang ana rasakan masa tu...
sebelum kami pergi ke Jabatan Agama Islam Negeri dan Pesuruhjaya Sumpah tu, ana telah menghubungi seorang sahabat ana (seorang ustaz) yang biasa menemui kes-kes pengIslaman saudara baru... Dia dah mengingatkan pada ana, boleh jadi kerana tidak mendapatkan kebenaran ibu bapa, maka seseorang itu mungkin tak dibenarkan untuk memeluk Islam sehingga usia 18 tahun (dengan syarat mendapat kebenaran daripada ibu bapa) ataupun hanya boleh memeluk Islam (tukar agama) apabila berusia 21 tahun...
Allahu akbar!!! apa yang ana dapat tahu pelajar dan ustaz tersebut dihalau keluar... BEGINIKAH LAYANAN PEGAWAI-PEGAWAI AGAMA!!! sepatutnya BERUSAHA MENYELAMATKAN 'AQEEDAH ISLAM tapi ...(tepuk dada tanya iman)...
Kepada pegawai-pegawai agama!!! sepatutnya, bila datang kepada kalian seseorang untuk memeluk Islam (walaupun tak cukup umur), ajar mereka untuk mengucap syahadah dan follow up...
JANGAN BIARKAN MEREKA BALIK DENGAN TANGAN KOSONG sehingga terpaksa menunggu usia mereka CUKUP UMUR baru nak wat follow up!!! BUKA MATA KALIAN!!! TANAMKAN SUNGGUH-SUNGGUH KECINTAAN TERHADAP AGAMA ALLAAH INI. Sepatutnya KITA GEMBIRA KERANA ADA HATI-HATI YANG DIBERI HIDAYAH UNTUK KEMBALI KEPADA AGAMA FITRAH MANUSIA YAKNI ISLAM. Seandainya jika datang kepada kalian orang mahu BELAJAR tentang Islam, maka ajar dan bimbing mereka sehingga mereka benar-benar tertarik dengan Islam dan membuat keputusan untuk memeluk Islam dengan penuh kerelaan dan keyaqinan. Jika datang kepada kalian, orang yang MAHU MEMELUK Islam, maka tika itu juga kalian ajarkan mereka mengucap syahadah...
Kalaupun undang-undang telah diwartakan sedemikian, sewajarnya Jabatan-jabatan agama (yang berkaitan) ada menyediakan PLAN B untuk memastikan golongan yang tak cukup umur ini tetap mendapat bimbingan dan nasihat agar mereka terus berminat dan yaqin terhadap agama ISLAM. Daftarkan nama mereka sebagai "ANAK EMAS"... Bimbing mereka. Adakan kelas-kelas atau program-program yang menambahkan lagi minat mereka terhadap Islam. BUKAN DI HALAU! BUKAN DI BIARKAN TANPA ADA FOLLOW DARIPADA JABATAN KALIAN!! Jangan kerja makan gaji sahaja!!! (Mohon maaf dengan bicara ana ni. Ana tahu bukan semua yang bersikap sedemikian, tapi kepada pimpinan yang paling atas sekali, di dalam jabatan-jabatan agama, pantau "performance" pekerja-pekrja anda! Mereka yang datang kepada anda mahu mendaftar agama bukan mahu mendaftar AKADEMI FANTASIA...
Teringat cerita daripada seorang saudara baru kita yang sebelum ini beragama Hindu, dia kini telah memeluk Islam... Apabila dia datang ke pejabat agama (di semenanjung) untuk mendaftar nama memeluk Islam, ketika dia datang pejabat dah nak tutup. Kemudian pekerja di jabatan agama tu kata "awak datang semula esok masa pejabat buka dan bawa gambar berukuran pasport.." Kemudian saudara baru kite ni pulang dengan perasaan hampa... Kemudian apabila dia kembali semula ke pejabat tersebut dengan membawa beberapa gambarnya berukuran passport, pegawai tu kata "gambar awak ni tak de pakai songkok, awak mesti bergambar dengan memakai songkok"... EH! Apa cite ni!!! Beginikah layanan pekerja-pekerja di jabatan agama (ana tahun bukan semua macam ni tapi bg mereka yg berkelakuan sebagaimana yang ana ceritakan ini, fikir-fikirkan dan renungkan... Ingat, pekerjaan antum sangat mulia, maka muliakanlah dirimu jua dengan akhlaq-akhlaq Islam! Jika beginilah anda bekerja, anda telah mencemar agama Allah dengan perlakuan yang anda tonjolkan. "Jangan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga"
Untuk JAHEINS, bukan setakat memberi peruntukkan sumbangan dalam bentuk kewangan sahaja bagi membina dan membaik surau Al-Aqsa Kg.Kobuni di sana, bahkan ATURKAN JADUAL KULIAH untuk tujuan PEMBANGUNAN KEROHANIAN MEREKA!!!
SUMBER:
http://nurilhakim.blogspot.com/ dan http://siswazabah.blogspot.com/ dan diedit oleh tn.blog utk ruangan "P/S"

No comments:
Post a Comment