Monday, March 2, 2009

APA YANG DIHARAPKAN DARIPADA SEORANG ISTERI?

Assalaamu'alaykum sekalian pembaca yang ana hormati kerana Allah...

Cuba hayati, bicara antara 2 insan yang bergelar lelaki... lebih-lebih lagi bagi mereka yang bergelar lelaki muslim...Apa yang mereka inginkan daripada seorang isteri???
"Mengapa dia tidak faham rintihan hati aku?" keluh seorang sahabat rapat kepada saya.
"Bukan aku tidak cinta kepada isteriku, tapi tapi... tolonglah berhias diri," tambahnya lagi.

Aku bertanya "Mengapa?""Teruji sangatkah?" Kawanku terus menjawab "Apa tidaknya... di pejabat, aku berdepan dengan berbagai-bagai jenis dan ragam wanita. Semuanya berhias dan berwangi-wangian..."

"Kau menjaga pandangan?" "Bukan sahaja pandangan bahkan penciuman. Dunia akhir zaman, kau bukan tak tau..."

"Betul...betul...betul" "Eh, ko ni bunyi macam upin dan ipin jek" "He.he.he... aku nengok gak cite tu ngan anak-anak kat umah"....

"Hm... iman kite memang selalu diujikan?" balas kawanku untuk mengembalikan topik perbincangan kami..."Yang aku hairan tu, isteri aku bukan tak cantik... cantik... tapi , entahlah semnejak dah ada 2 orang anak ni, dia dah hilang mood nak jaga penampilan dirinya... kat umah asyik bertempek jek bedak sejuk kat muka dia, aku nengok pun... hm, alahai... tak tau lah..."

"Kita kan dah berusia. Apa lagi yang kita nak cari dalam hidup ni" pujuk saya untuk meredakan kecamuknya...

"Tapi, tu bukan alasan untuk dia tak menjaga diri. Kita sebagai suami sering diuji, setidak-tidaknya berilah sedikit bantuan untuk kita hadapi ujian tu"

Saya tersenyum..."Bantuan" ? dalam tu maksudnya.. mempunyai maksud yang tersirat disebalik yang tersurat....

Moralnya:
1. Kepada isteri-isteri, berhiaslah untuk suami kalian... Bukankah berhias untuk suami tu 'ibadah... Mendatangkan pahala untuk kita walaupun kita tidak jadi cantik atau muda remaja semula...Kalau kat luar rumah boleh pakai comei2, nape kat umah asyik dok tampal ngan bedak sejuk je... (",) he.he.he.jangan marah ek... perkara ini memang sering berlaku dalam masyarakat kita..

(Sekadar gambar hiasan)
2. Kepada suami-suami, kahwinilah isteri kalian BUKAN kerana fizikalnya semata-mata... kerana fizikal yang sihat dan cantik akhirnya akan kendur jua dimamah usia... Maka itu, berdiplomasilah dengan isteri-isteri kalian dalam menyatakan hasrat anda untuk melihat isteri anda tampil anggun sungguhpun sudah dimamah usia tanpa mengguris perasaan sang isteri. Ingat! Hati seorang wanita sangat mudah terluka dan terguris dengan kata-kata yang lembut tapi sinis...

Tapi kan... apabila kita sedar yang kita telah tua, kita akan lebih serius dan tekan minyak dengan pecutan kelajuan gear lima dalam menuju jalan mendapatkan keredhoan Allah
.

3. Suami isteri harus berterus-terang kalau mahu pasangannya mengambil berat soal menghias diri.

4. Seorang isteri yang tidak cantik pun akan memliki kecantikannya yang tersendiri... iaitu bukan pada wajahnya tetapi pada jasa, kesetiaan dan pengorbanannya buat suaminya.

"Jangan tengok pada wajah yang kendur tapi lihat pada jasa yang ditabur... Jangan lihat pada matanya yang sudah kehilangan sinar, tetapi lihat pada kesetiaan yang tidak pernah pudar... Itulah kecantikan seorang isteri walaupun mungkin dia bukan isteri yang cantik..."

(sekadar gambar hiasan... lihat yang tersirat di sebalik yang tersurat)

Realitinya... ramai suami yang telah berusia masih belum sedar hakikat sebagaimana yang dikatakan oleh Imam Syafie "aku ingatkan diriku dengan tongkat ini bahawa usiaku sudah dipenghujung, bukan masanya lagi untuk berlengah, tetapi untuk menambah pecutan dalam 'ibadah menuju Allah" Pada usia yang semakin lanjut, ramai suami mula mencari "tongkat"... bukan tongkat muhasabah diri tapi tongkat Ali!!! (",)

P/s: Sebahagian artikel ini ana ambik melalui majalah Anis, kRuangan Kemudi Hati (Pahrol Mohamad Juoi), m/surat 80, keluaran Bulan Rejab/Sya'aban 1429H dan sebahagiannya juga ditambah oleh tuan blog agar lebih fokus diruangan yang terhad dalam blog ini. Belilah Majalah Anis, sangat bermanfaat . Bukan sahaja untuk kaum Hawa bahkan juga untuk kaum Adam. ANIS, PEDOMAN WANITA SOLEHAH (",) ana tolong promote majalah ANiS, boleh kan krew majalah Anis?

4 comments:

  1. "btul tu...xde makna nye CINTA jika salah seorg mengahwininya sekadar kecantikan semata2...Hiasan diri hanya sampingan...yg penting HATI serta KEIKHLASAN..."

    ReplyDelete
  2. salam. best artikel ni. mintak izin nk copy ltk dlm blog blh cik jannah? hehe

    ReplyDelete
  3. wa'alaikissalaam ya ummubalqis...

    tafaddhol mashkuro.. silakan... x de halangan dari ana. 'ilmu Allah meluas. x de hakcipta terpelihara.. smoga 'ilmu yg ada di dlm blog ana ni dpt kita manfaatkn utk kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Aameen (",)

    ReplyDelete
  4. assalaamu'alaykum...artikel yg bagus.ana sndiri mendapati sudah ramai pasangan kini yg mula hilang rasa syg dan cinta pada pasangan masing2 dengan alasan yg kdg2 tidak munasabah.ana sndiri pn mcm kurang percaya pd propaganda barat yg mengatakan apabila lelaki mencecah 40-an akan ada satu perubahan hormon yg menyebabkan lelaki itu mula nk mencari yg lain.bak kata org "sweet 40".manakala untuk wanita pula adalah "sweet 30".kononnya disebabkan hormon inilah ramai yg bercerai-berai pd umur ini.astagfirullahalazim...napa pl gitu.sepatutnya pd umur ini fikiran kita sudh terlebih matang.kita menumpukan sepenuh perhatian pd anak2 yg makin besar, menjaga penampilan mereka, menjaga akhlak merka dan paling penting memastikan mereka betl2 berada atas landasan yg betul iaitu sebagai seorang yg beragama Islam yg mengamalkannya.ini adalah amanah dan tanggungjawab yg tergalas di bahu kita sebagai ibu bapa bermula selepas akad "AKU TERIMA NIKAHNYA ......"tanggungjawab pada suami membimbing dan mendidik isteri dan anak-anaknya.tanggungjawab isteri memelihara maruah suami dan mendidik anak2.tanggungjawab ini amat mudah disebut, amat senang dipandang tetapi amat berat dilaksanakan.jangan memandang mudah pada amanah ini.jangan sampai kita jd musafir di akhirat kelak hanya kerna amanah yg kita sambil lewa sj melakukannya.ingatlah wahai para isteri (termasuk diri ana sndiri) belum tertunai hak suami walaupun kita menjilat semua nanah yang berada pada suami kita.nah betapa besarnya hak suami kita pada diri kita.di kesempatan ini juga ana ingin mengingatkan pada diri ana dan wanita2 di luar sana, jangan sesekali memberi ruang pada org ketiga(lelaki lain) untuk masuk campur dlm kehidupan kita.jangan beri ruang sekelumit pn dalam hati kita pd lelaki lain.jangan memandang pada lelaki lain.kerana dari mata turun ke hati.oleh itu, jagalah pandanganmu, jagalah tuturmu, jagalah adabmu, jagalah auratmu, jagalah pergaulanmu, jagalah sempadan dan batas yg telah ditetapkan oleh syariat Islam.mgkin ada yg rasa terkongkong tp ingatlah Allah swt tidak akan membuat sesuatu dengan sia-sia kerna itu bukan sifatnya.wallahu'alam..(maaf pada kedhaifan pd pndgn ana ini, mohon teguran).

    ReplyDelete