Monday, March 16, 2009

APA KHABAR IMAN DI HATI? SIHAT? KRONIK? (T_T)

بسم الله الرحمن الرحيم
Segala puji-pujian milik Allah Subhanahu wa Ta'ala. Maha Suci Allah yang bersifat dengan segala sifat kesempurnaan. Milik-Nya apa-apa yang ada di langit dan di bumi di antara keduanya. Dialah yang Menciptakan pendengaran, penglihatan dan hati. Dia-lah Yang Menghidupkan dan Dia-lah Yang Mematikan. Kepada-Nya jua kita akan kembali. Selawat dan salam buat Nabi yang mulia kekasih Allah Nabi Muhammad SollaLlaahu 'alaihi wa sallam, buat ahli keluarga baginda, para sahabat baginda, dan sekalian pejuang, pencari dan pencinta kebenaran hingga akhir zaman. Aameen.

Sahabat-sahabat, muslimin muslimat yang ana hormati pada jalan Allah...
Apa khabar iman dan 'amal? Apa khabar hati? Teringat ana lagu kumpulan Hijaz (tak ingat tajuknye pe... dh lama x dgr lagu nasyid melayu)...

"Hati tempat jatuhnya pandangan Allah..."
Em... Jika dilihat maksud tersirat disebalik yang tersurat pada lagu ni... perlulah kita soroti dan muhasabah diri... Bagaimana keadaan hati kita? iman kita? Sihat? Demam? Demam panas? Kronik? ke hampir sembuh dari "serangan virus dosa"?

Muslimin muslimat yang dirahmati Allah...

Ketahuilah bahawa pegangan 'aqeedah yang teguh adalah menjadi senjata yang ampuh dalam mendepani segala macam ujian yang sentiasa terbentang di hadapan mata kita... Pegangan 'aqeedah yang kuat insha'Allah bisa melahirkan individu muslim yang kuat keimanannya kepada Allah dan Rasul-Nya, dan secara tidak langsung ini memberi impak yang besar kepada pembentukan keluarga muslim yang sentiasa berada dalam sakinah (ketenangan). Keadaan ini juga mampu memberi sumbangan yang besar dalam melahirkan generasi yang berakhlaq mulia seterusnya dapat mewujudkan negara yang aman damai.
Percayalah! Keadaan ini telah terbukti di zaman pemerintahan Nabi junjungan kita Nabi Muhammad SollaLlahu 'alaihi wa sallam di Madinah yang pada asalnya bernama Yathrib kemudian ditukar namanya kepada Madinah Al-Munawwarah (Kota Bercahaya). Bagaimana Baginda berjaya mentadbir Madinah yang pada ketika itu penduduknya terdiri daripada bangsa Arab dan juga Yahudi. Negara aman damai. Baginda SollaLlaahu 'alaihi wa sallam mampu mentarbiyyah sahabat-sahabat Baginda sehingga menjadi insan yang sangat teguh dalam mempertahankan 'aqeedah dan menegakkan deenullah. Hasilnya, negara aman damai.

Berbalik soal hati dan keimanan... Iman adakalanya meningkat (bertambah) dan adakalanya menurun (berkurang)... Iman meningkat dengan ketaatan kepada Allah dan iman menurun dengan maksiat kepada Allah. Iman tidak boleh diwarisi dan tidak boleh dijual beli tetapi boleh dicari dan diperbaiki.

Untuk meningkatkan iman, seseorang itu harus melaksanakan 'amalan dengan ikhlas. Sebelum meneruskan bicara, sekali lagi ana mengingatkan... marilah kita sama-sama muhasabah diri kita. Bacalah artikel ini untuk mencari kebenaran bukan kesalahan (andai ana ada melakukan kesilapan yang JELAS BERTENTANGAN DENGAN AL-QUR'AN DAN SUNNAH, TOLONG BERI ANA PERINGATAN... ana insan biasa, yang tak lepas dalam melakukan kesilapan) Sama-samalah kita sentiasa tajdid niat lillaahi ta'ala...


Jom kita muhasabah diri...
Bagaimana tahap keimanan kita pada ketika ini? Iman letaknya di hati (qalb) (tapi bukan hati yang boleh dinampak warna kemerah-merahan tu (",) Kalau gigi sakit kita mungkin akan pergi ke klinik gigi untuk mendapatkan rawatan. Kalau anggota tubuh kita sakit, kita juga akan melakukan pelbagai cara untuk memastikan penyakit yang kita deritai itu akan hilang...

Tapi bagaimana pula jika yang sakit itu adalah hati kita? dan bagaimana kita nak tahu status hati kita? sihat ke? Bersih dari pelbagai penyakit? Atau hati kita dah terus dijangkiti pelbagai "virus" yang merbahaya? atau mungkin... yang lebih parah lagi... kita tak sedar pun yang sebenarnya hati kita dah sakit tahap kronik... wa'iyazubillaahi min zalik...


Muslimin muslimat yang dirahmati ALlaah...
Nabi Muhammad SollaLlaahu 'alaihi wa sallam telah bersabda (maksudnya):

إن فى الجسد ابن ءادم مضغة إذا صلحت صلح لها سآئر جسده وإذا فسدت فسد لها سآئر جسده ألآ وهى القلب
"Sesungguhnya di dalam jasad anak Adam itu ada segumpal daging. Apabila daging itu baik maka baiklah seluruh jasadnya, apabila daging itu rosak maka akan rosaklah seluruh jasadnya. Ketahuilah...! Dia adalah hati...!
(Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

Muslimin muslimat yang ana hormati pada jalan Allah...
"Virus" dosa jika tidak dirawat dengan segera akan menyebabkan "kanser" hati yang teruk bahkan boleh membawa kepada "maut" (kematian pada hati). Nauzubillaahi min zalik.

Ada 4 tahap hati kita:

1. RASA BERSALAH DENGAN DOSA
- Tahap ini ialah apabila pertama kali kita melakukan dosa, maka hati kita akan diburu rasa bersalah.
- Jiwa resah kerana diri kita menentang fitrah. Fitrah hati ialah bersih dan inginkan kebaikan semata-mata. Tapi bila kita melakukan dosa, hakikatnya kita telah menentang fitrah hati manusia...
- Rasa bersalah itu memang sangat menyeksakan dan deritanya sangat sukar untuk ditanggung. Ini kerana apabila kita melakukan dosa selah-olah kita berperang dengan diri sendiri.
- Air mata sering kali mengalir mengenang dosa dan kesilapan yang dilakukan (T_T)

(Kes culik berulang kali dilakukan... Sampai kini, belum ada lagi berita terkini tentang adik Sharlinie (T_T) Jangan tunggu kes Adik Nurin berulang lagi... Adakah yang melalukan pembunuhan terhadap Arwah Adik Nurin orang yang sama? Bagaimana hati dan iman pelaku kes ini?

2. RASA BIASA DENGAN DOSA.
- Tahap ini bahaya.
- Tahap ini rasa berdosa dalam hati tak lama. Jika melakukan dosa yang sama berulang kali maka ianya menjadi kebiasaan bagi hati itu... Akhirnya, sedikit demi sedikit rasa bersalah itu semakin beransur hilang kerana hati dah terbiasa dengan dosa (Na'uzbillaahi min zalik)
- Kalau dahulu, berbuat atau terbuat dosa, maka dengan sendirinya hati akan rasa sebak dan seterusnya hati menghantar "isyarat" ke otak dan seterusnya menyebabkan air mata mengalir membasahi pipi (chewah, mcm ayat jiwang jek. hehehe...sori)... Tapi bila hati sudah berada di tahap kedua ni, tak dek dah air mata nak kuar bahkan tergembira atau bergembira dengan dosa yang dilakukan... Alah bisa tegal biasa... (Na'uuzubillaahi min zalik)



3. RASA SERONOK DENGAN DOSA
- Tahap ni pulak tahap yang amat-amat berbahaya
- Dosa yang dilakukan berulang kali menyebabkan hati yang dah "biasa" melakukan dosa "naik" ke tahap hati "seronok", "gembira" dan merasa "indah" pulak melakukan dosa.
- Pada tahap ini, manusia sentiasa mengintai peluang untuk melakukan dosa.
- "Toksin dosa" menjadi nikmat bagi si pelaku dosa
- Tiada lagi rasa bersalah... Tiada lagi air mata keinsafan mengenang dosa bahkan air mata gembira yang mengalir lantaran seronok dan gembira bukan kepalang melakukan dosa... (Na'uuzubillahi min zalik)


(P/s: Siapa pembunuh Arwah Altantuya? Dimana pembunuhnya? Kenapa tak berani tampil ke hadapan? jangan menjadikan orang lain sebagai "kambing hitam" kalian? Ketahuilah! Allah Maha Adil... Sungguhpun anda tidak berjaya dihadapkan di muka pengadilan di dunia tapi kalian PASTI akan dihadapkan di PENGADILAN YAUMUL HISAB. Walaupun ini sebagai "gambar hiasan tapi gambar yang "ada makna" buat si pelaku dosa yang "berkenaan". Tepuk dada, tanya iman... JANGAN TANYA SELERA NAFSU... kalau tanya nafsu yg mndorong utk melakukan maksiat, confirm tak jadi ke mana... )

4.JADI PEMBELA/ PEJUANG KEPADA DOSA
- Tahap ini tahap kritikal.
- Syaithan dan nafsu berganding bahu dalam menyusuri "lebuh raya" dosa.
- Tiada rasa bersalah... Bukan lagi biasa... Bukan lagi mengintai untuk melakukan dosa... malah berjuang bersungguh-sungguh untuk melakukan dosa.
- Dosa dihiasi dengan sesuatu yang indah-indah belaka
- Mendengar sahaja golongan yang membela agama Allah, si pemilik hati tahap ini akan berjuang menentang sungguh-sungguh golongan pembela agama Allah.
- hati yang telah kehilangan RASA ini akan merasa bangga dengan dosa dan maksiat yg dilakukan, digembar gemburkan kelakuan dosanya itu kepada umum, merasa diri dihormati dengan dosa yang dilakukan (u/p: Ni adalah point dr sorg pembaca pd artikel ini yg ana lampirkn skali sbgmna yg ana janjikn pd beliau. Maaf ye ZuL, agak lewat sedikit mengedit)
- Al-Qur'an dan Sunnah diketepikan, janji habuan dunia dalam tangan.
- Usahkan 'amalan sunat, amalan fardhu pun ditinggalkan dengan sengaja... dunia menjadi keutamaannya... sehingga lupa saat akan "dijemput pulang" dan alpa melakukan persiapan menghadapi yang "pasti kunjung tiba"... kehidupan Akhirat yang abadi...
- "Dunia nombor satu... akhirat jangan difikir dulu" Begitulah kata dan lagak sombong si pembela dan pejuang dosa. Mereka seolah-olah tenang dan gembira melakukan dosa (Wa'iya zubillaahi min zalik)


Dengan hormat dan rasa kasihnya ana pada jalan Allah terhadap kalian... ana menyeru diri ana dan sekalian muslimin dan muslimat...

Marilah kita bertaubat kepada Allah...Ingatlah bahawa Allah Subhanahu wa Ta'ala tela berfirman dalam surah Al-Ankabut, ayat 69:
"Dan orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak Kami, sesungguhnya Kami pimpin mereka ke jalan -jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredhaan); dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah berserta orang yang berusaha membaiki 'amalannya"

P/s: Idea menghasilkan artikel ini setelah membaca Majalah Solusi, isu No 4, Tajuk "Berhati-hati menjaga hati". muka surat 16-17 tambahan pula tika hati diruntun kesedihan dengan asakan ujian yg dtg bertubi-tubi.... 4 Point tu ana perolehi daripada majalah tersebut . Namun begitu hampir keseluruhan artikel ini ana tulis menggunakan gaya bahasa sendiri. Jadi dah tentu banyak kekurangannya. Ana mohon maaf dunia akhirat andai ada yg terguris perasaan... Mohon pembetulan dan teguran dan tuliskan di ruangan komen. Syukran (",)

5 comments:

  1. Salam..posting akak ttg APA KHABAR IMAN DI HATI? SIHAT? KRONIK? (T_T) bagus.. Intipatinya menarik.. Ana t'ingat firman Allah dalam hadis Qudsi yang diriwayatkan oleh Abu Hurayrah yg bermaksud : Aku slalu mengikut sangkaan hambaKu dan Aku selalu bersama2nya. Ketika ia mengingatiKU dalam dirinya, maka Aku akan mengingatinya dalam diriKu. Jika dia mengingatiKu dihadapan org ramai, maka Aku akan mengingatiNya dihdpn org yang lebih ramai. Jika dia mendekatiKu sejengkal, Aku akan mendekatinya sehasta. Jika di mendekatiku sehasta, Aku akan mendekatinya sedepa. Jika dia mendekatiKu dgn berjalan kaki, Aku akan mendekatinya dengan berlari".

    ReplyDelete
  2. wa'alaykasalaam wa rohmatullaah.

    Segala puji kembali kepada Allah jua... Tidak bisa tangan menaip, tidak bisa fikiran terus memikir... tidak bisa meluangkan masa untuk menaip bahkan tidak bisa untuk bertindak hatta berbicara jika tidak dengan bantuan Allah...

    "Masha Allaahu kaana wa maa lam yasha' lam yakun. wa laa hawla wa laa quwwata illaa biLlaahil 'aliyil 'azhim"
    Allah Maha Kuasa atas hamba-hamba-Nya.

    Salam kemaafan fiddunya wal akhirah.
    syukran jaziilan krn sudi membaca artikel dlm blog kak jannah.

    ReplyDelete
  3. assalamu'alaikum...

    alhamdulillah...artikel yang amat bermanfaat...:)

    mahu ditambah sedikit dalam peringkat ke 4 itu...selain berjuang bersungguh2 melakukan dosa, hati2 yang telah kehilangan RASA itu akan merasa bangga dengan dosa dan maksiat yg dilakukan, digembar gemburkan kelakuan dosanya itu kepada umum, merasa diri dihormati dengan dosa yang dilakukan...na'uzubillah....

    syukran atas perkongsian...moga sentiasa dalam redhaNya...ameen...

    ReplyDelete
  4. wa'alaykumussalaam wa rohmatullah ZuLhAiRi...

    Syukran sudi datang dan baca artikel ini. Syukran atas tambahan bg fakta ke-4, Insha'Allah ana akan edit artikel ini sbgmna yg enta tambahkn.... Perkongsian 'ilmu mudah-mudahan bermanfaat utk kita semua di dunia dan akhirat...

    Kerana apabila kita menghadap Allah, hanya 3 perkara yg akan mnjadi bekalan kita menemui-Nya iaitu:
    1. Sedeqah jariah
    2. 'Ilmu yang bermanfaat
    3. Doa anak yg soleh

    Smoga sekian umat Islam akan kembali bersatu. Umat Islam ibarat singa yg sedang tidur, jika terjaga dr tidur bisa menakutkn sekalian golongan kufar mustakbirin.

    Baarokallaahu fiikum ya ikhwan wa akhwat.
    min ana al-faqiroh wad dhoifa ilaLlaah

    ReplyDelete