Wednesday, March 18, 2009

APA ADA PADA DORAEMON?

Assalamualaikum dan salam muhibbah...

Jika kita tanyakan kartun Doraemon kepada mana-mana pihak, sudah tentu semua mampu menjawabnya. Kartun yang agak lama ditayangkan di televisyen namun tetap mendapat tempat di hati penonton. Bukan hanya golongan kanak-kanak yang menontonnya bahkan yang veteran dan menunggu 'destinasi' barzakh pun masih ingat akan kartun ini.

Secara peribadi, kartun ini nyata membawa kesan positif. Ini adalah pendapat saya. Bukan niat untuk mengagungkan karya berkonsepkan animasi namun sekadar untuk membuka mata pihak media kita.

Kejayaan Doraemon mendominasi lapangan masyarakat merupakan satu kejayaan yang hebat. Sedangkan pelukisnya sudah lama meninggal dunia.

Motivasu yang ada pada watak Doraemon seharusnya kita contohi. Keikhlasan Doraemon dalam membantu dan membimbing sahabatnya, Nobita merupakan salah satu sifat yang wajar kita contohi. Nobita bukanlah seorang budak yang bodoh namun dia perlukan bimbingan dari sahabatnya.

Kesabaran yang ada pada Doraemon dapat dilihat apabila Nobita sering kali menipunya untuk meminjam alat baru. Doraemon sedar Nobita sering menyalah gunakan alat yang dia cipta namun dia tetap sabar melayani sikap Nobita.

Selain itu, nilai persahabatan yang ada pada Doraemon dan Nobita cukup tinggi. Saya teringat pada akhir cerita Doraemon ini, Nobita menangis apabila Doraemon mengambil keputusan untuk pulang ke zaman masa depan. Begitu tinggi ikatan kasih sayang antara mereka berdua sedangkan Nobita sering kali menipu Doraemon.


ADAKAH KITA SEPERTI MEREKA?

Persoalan ini harus kita jawab dalam diri masing-masing. Tanya diri kita, adakah kita bersabar melayani kerenah sahabat-sahabat kita? Adakah kita membimbing mereka ke jalan yang benar? Jika tidak, hentikan menonton Doraemon kerana anda tidak menontonnya dengan iman. (Edit dr ana: alhamdulillaah ana dah lama tak menonton Doraemon. Zaman jahil mmg suka tengok kartun-kartun ni. Sailormoon, Gaban, Goku & so on... Minat sgt pd aksi berperang. hehehe :)

Kesabaran dalam membimbing rakan merupakan perkara paling susah untuk kita amalkan. Saya akui, sakitnya sabar itu. Namun yakinlah, membimbing seseorang bukanlah semudah membawa kereta. Kereta tidak mempunyai hati tetapi manusia sebaliknya.

Satu lagi perkara yang harus diperhatikan ialah adakah ikatan ukhwah antara kita dan sahabat kita benar-benar kuat? Ketika kawan kita jatuh atau kita sendiri diuji, adakah kita atau sahabat-sahabat kita bersama dalam kesusahan ini. Atau kita tinggalkan saja sahabat kita seorang diri dan kita pula buat hal sendiri.

Artikel ini bukanlah mahu menyokong sepenuhnya kartun Jepun. Kartun Malaysia juga telah mengalami revolusinya tersendiri. Contohnya, siri Upin dan Ipin yang sarat dengan motivasi. Syabas diucapkan.

Kesimpulannya, tontonlah kartun dengan teliti. Berhibur sambil belajar, itulah jawapan untuk kita semua. Doraemon dan Nobita, simbol sahabat sejati.

[sekadar coretan peribadi untuk semua jika artikel ni bermanfaat]

p/s: Artikel ini ana copy paste dr blog http://suara-ummah.blogspot.com/

Pandangan ana pula, mungkin kena fikir bagaimana nk buat animasi yg seluruh isinya sangat berguna kpd penonton. Sbb Animasi doraemon ini ada unsur syirik.

INGAT! yang menciptakan sesuatu itu, yang menghidupkan dan mematikan serta menukar dari satu kejadian kepada kejadian yang lain adalah KUASA ALLAH. Sama-sama kita renung-renungkan...

Kalau perasan, mutakhir ini, banyak rancangan televisyen sama ada kartun mahupun drama mengandungi unsur syirik. sbg contoh drama-drama yg diimport dr Indonesia (ana mohon maaf pd warga Indonesia jika artikel ini menyinggung perasaan kalian) yg byk dtayangkn di Malaysia. Seperti Bawang Putih, Bawang Merah... mcmne pulak ada pari-pari yg boleh menjadikn dan meniadakn sesuatu itu..

Hm... PARAH NI!!! Kpd karyawan Malaysia, tolonglah! Jangan mudah terpengaruh hingga TANPA SEDAR menyesatkn org lain dgn hasil karya kalian...fikir-fikir, renung-renung... muhasabah diri... Bukan sahaja menyesatkan bahkan mengundang kepada bertambahnya maksiat. Na'uuzubiLlaahi min zalik

3 comments:

  1. Salam.. mungkin bagi yg suka menonton doraemon, kita dapat tengok tingkahlaku watak yg boleh dicontohi.. Harus diingat, ana pernah terbaca artikel yg menyatakan bahawa doraemon juga menyesatkan melalui citernya yg b'tajuk "Siri Penciptaan Dunia". Ini mempengaruhi minda kanak2 bahawa dunia diciptakn seperti yg digambarkan spt dlm citer tersebut, padahal ini merupakan kekuasaan Allah.. Citer tersebut telah menafikan kewujudan Allah dan merosakkkan akidah umat Islam keseluruhannya terutama kanak2..

    ReplyDelete
  2. salam..erm.. kartun doremon.. ust saya ade kata, memang ade syirik pon doremon ni.. doremon ni boleh balik ke zaman silam dan masa depan.. seolah2 dia yg berkuasa nak pegi mana2 yang dia suka.. n juga tntg poket doremon tu.. n walaupon begitu saya x nafi, saya suka gak tgk doremon berbanding kartun2 sekarang ni. doremon lebih bersikap sederhana n setia kawan..

    n.. yup.. betulla kata blogger ni.. skrg ni bnyk sgt cerita2 yang mengarut.. drma melayu sendiri pon dah ade.. cite2 hantu n lain2.. yg boleh pengaruhi akidah muslim.. wallahualam

    ReplyDelete
  3. banyak perkara di sekeliling kita yang tanpa kita sedar boleh menjejaskan 'aqeedah kita.

    Moga Allah memelihara diri kita dari terlibat dgn perkara2 yg mbawa kpd kesesatan dan penyelewangan 'aqeedah. Aameen

    ReplyDelete