Friday, April 24, 2009

TANZIHULLAAH (MENSUCIKAN ALLAH)

بسم الله الرحمن الرحيم
Segala puji-pujian kembali kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala. Dia Yang Menciptakan 'alam ini tanpa bantuan sesiapa. Tiada Tuhan yang layak disembah kecuali Allah. Tiada sekutu bagi-Nya. Maha Suci Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang terhadap hamba-hamba-Nya. Pemurahnya Allah kepada seluruh makhluq-Nya, Penyayangnya Allah kepada hamba-hamba-Nya yang taat kepada-Nya. Selawat dan salam buat kekasih Allah Nabi Muhammad SollaLlaahu 'alaihi wa sallam, ahli keluarga Baginda, sahabat-sahabat Baginda, para 'ulama yang haq, dan sekalian hamba-hamba-Nya yang tulus menempuh jalan yang diredhoi-Nya hingga hari Qiamat. Aameen.



Muslimin muslimat yang ana hormati pada jalan Allah...
RasuluLlaah sollaLlaahu 'alaihi wa sallam telah bersabda dalam satu hadith yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari

أفضل الأ عمال إيمان بالله ورسوله
"'Amalan yang paling baik ialah beriman kepada Allah dan Rasul-Nya"

Beriman dengan Allah dan Rasul-Nya iaitu Nabi Muhammad SollaLlaahu 'alaihi wa sallam merupakan 'amalan yang paling baik dan utama serta dikasihi oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala.

'Amalan-'amalan soleh seperti sembahyang, puasa, haij, zakat, dan lain-lain tidak sah serta tidak diterima oleh Allah kecuali disertai dengan keimanan kepada Allah dan Rasul-Nya.


Orang-orang kafir yang tidak beriman dengan Allah dan Rasul-Nya tidak diterima 'amalan kebaikan yang mereka lakukan. Bagaimanakah Allah hendak menerima kebaikan yang mereka lakukan dalam keadaan mereka kafir kepada Allah yang menjadikan mereka serta yang memberikan mereka kehidupan rezeqi dan lain-lain.

Oleh itu, Allah hanya terima 'amalan kebaikan iaitu 'amalan soleh dari orang yang beriman dengan Allah dan Rasul-Nya sahaja iaitu orang Muslim atau Mukmin.

ALLAH TIDAK SAMA DENGAN SESUATU PUN!!!

Allah Subhanahu wa Ta'ala telah berfirman dalam surah Al-Syura, ayat 11:

AQWAL AHLUSSUNNAH WAL JAMA\
Tidak Menyerupai Dia (Allah) Dengan Segala Sesuatu, Dan Dia Maha Mendengar Lagi Maha Melihat
[Surah as-Syura: 11]



ALLAH MENJADIKAN MANUSIA...
MAKA ALLAH BUKAN SEPERTI MANUSIA

ALLAH MENJADIKAN ANGIN...

MAKA ALLAH BUKAN SEPERTI ANGIN

ALLAH MENJADIKAN TEMPAT ...
MAKA ALLAH TIDAK PERLUKAN TEMPAT

ALLAH MENJADIKAN MATAHARI..
.
MAKA ALLAH BUKAN SEPERTI MATAHARI

ALLAH MENJADIKAN BULAN...

MAKA ALLAH BUKAN SEPERTI BULAN

ALLAH MENJADIKAN MALAIKAT...

MAKA ALLAH BUKAN SEPERTI MALAIKAT

ALLAH MENJADIKAN TUMBUHAN...

MAKA ALLAH BUKAN SEPERTI TUMBUHAN



ALLAH SAMA SEKALI TIDAK
SEPERTI MAKHLUQ-MAKHLUQ CIPTAAN-NYA

ALLAH MENJADIKAN SEGALA-GALANYA...
MAKA ALLAH BUKAN SEPERTI KESEMUA TERSEBUT...

ALLAH TIDAK BOLEH DIBAYANGKAN DAN TIDAK BOLEH DIGAMBARKAN
KERANA DIA ADALAH

TUHAN


Berkata al-Imam Ahmad bin Hanbal & Imam Dzu an-Nun al-Misri:

مهما تصورت ببالك فالله بخلاف ذلك
Apa Sahaja Yang Digambarkan (Dibayangkan) Di Fikiran Kamu, Maka Allah Bersalahan (Seperti Apa Yang Digambarkan) Itu

[Diriwayatkan Daripada Imam Dzu an-Nun al-Misri Oleh al-Hafidz al-Khatib al-Baghdadi Dalam Kitab Tarikh Baghdad, Dar al-Kutub al-'Ilmiah, Beirut & Diriwayatkan Juga Daripada Imam Ahmad bin Hanbal Oleh Abu al Fadhl Abd al-Wahid bin Abd al-Ghani at-Tamimi]

p/s:
Marilah kita bersama-sama memperkasakan 'aqeedah kita... agar pemahaman 'aqeedah yang benar menyebabkan kita sentiasa bermotivasi dalam meneruskan langkah da'wah ilaLlaah TANPA ada rasa takut dan gentar kepada sesiapa pun... walaupun terpaksa merengkok dalam penjara, bahkan sekalipun diacukan senapang mahupun pistol di kepala kita oleh tentera kufar untuk membunuh kita... ALLAHU AKBAR!!! Hanya kepada Allah kita memohon pertolongan dan berserah diri... BaarokaLlaahu fiikum ya aiyuhal muslimun (",)

Maaf dunia akhirat atas tutur bicara ana mungkin tanpa ana sedari mengguris hati mana-mana pihak...ana insan biasa yang tidak terlepas dari melakukan kesilapan (T_T)


Ana al-faqiroh wad-dhoifah ilallah...

3 comments:

  1. salam...saya suka gambar2 di sini..sungguh mendamaikan

    ReplyDelete
  2. wa'alaykumussalam wa rohmatullah

    mrenung kejadian2 yg mnunjukkn kebesarn Allah mnamahkn lgi kyakinn kita trhadap knesarn dn kkuasaan Allah.

    ReplyDelete
  3. silap ejaan...

    RALAT: "Dengan merenung kejadian2 ciptaan Allah insha'ALlah dapat mnambahkan lagi keyakinan kita trhadap Keagungan, dan Kekuasaan Allah Yang Perkasa"

    syukran sudi baca artikel ini :)

    ReplyDelete