Kalimah ( أشهد أنْ لا إله إلا الله ) membawa erti Aku bersaksi bahawa 'Tiada Yang Berhak Disembah Melainkan Allah' iaitu dengan makna ( لا معبودَ بحقّ إِلا الله ). Iaitu tiada Tuhan yang kita berhak menyembahnya dengan merendahkan diri serendah-rendahnya ( نهاية التذلّل ) melainkan Allah Ta'ala. Adapun, orang-orang kafir menyembah tuhan lain (pada sangkaan mereka itulah tuhan mereka seperti berhala, lembaga besar di atas 'Arasy dan lain-lain) yang hakikatnya bukan tuhan, maka itu sebenarnya bukanlah tuhan yang sebenar yang berhak disembah.
Dan perlu ditegaskan bahawa hanya Allah sahaja yang perlu kita ketahui, yakini dan iktiraf adalah Tuhan yg Hak berhak untuk disembah dengan pengabdian diri hanyalah kepadaNya. Dan kita tidak boleh mengiktiraf tuhan lain seperti yg disangka puak kuffar sebagai tuhan.
Firman Allah Ta'ala:
إياك نعبد
Hanya Engkau (Yang Berhak & Layak) Kami Sembah
[Surah al-Fatihah : 5]
[Surah al-Fatihah : 5]
Manakala kalimah (أشهد) membawa erti:
- (Aku Mengetahui, Aku Meyakini/Mempercayai, Aku Iktiraf)
- (I Know, I Believe, I Declared)
- ( أعلمُ وأعتقدُ وأعترفُ
Maka hendaklah kita bersaksi (mengetahui di hati dan mempercayai di hati dengan mengiktirafkan (melafazkan) dengan lisan) bahawa Tiada Tuhan Yang Sebenar Yang Berhak Untuk Disembah Melainkan Allah Sahaja.
Setiap mukallaf itu hendaklah mengetahui dan memahami (ma'rifah) tentang Allah & RasulNya dengan mengucapkan Dua Kalimah Syahadah sekali seumur hidupnya untuk masuk ke dalam Islam. Walaubagaimanapun, bagi mukallaf yang telah dilahirkan di dalam Islam (ibu & ayahnya telah Islam), maka cukuplah dengan diwajibkan mengucapkan Dua Kalimah Syahadah pada setiap kali solatnya yang ditunaikan.
Lafaz Dua Kalimah Syahadah ialah:
أشهد أنْ لا إله إلا الله وأشهد أنَّ محمدًا رسول الله
[Aku Bersaksi Bahawa Tiada Tuhan (Yg Berhak Disembah)
Melainkan Allah
Dan (Nabi) Muhammad Adalah Rasul Allah]
Melainkan Allah
Dan (Nabi) Muhammad Adalah Rasul Allah]
Bagi mukallaf yg pada asalnya kafir, maka hendaklah dia mengucapkan dengan lafaz Dua Kalimah Syahadah ini dengan betul dan tepat. Dan hendaklah diterjemahkan pada bahasa yang dia fahami jika tidak memahami Bahasa 'Arab bagi A'jamiyyan. Perlu kita ketahui bahawa setiap perkataan yg dilafazkan perlu tepat dan jika tidak mampu untuk menyebut dengan tepat seperti pada huruf ha pedas bagi kalimah (محمدًا) maka boleh disebut dengan (أبا القاسم) iaitu 'Bapa kepada Qasim' yang dinisbahkan kepada Nabi Muhammad (صلى الله عليه وسلم).
SUMBER: http://ar-rifaeyy.blogspot.com/
p/S:
semoga melalui penghayatan, pemahaman dan pengaplikasian hakikat kalimah toyyibah ini mampu melahirkan individu yang cekal, tabah dan istiqomah dalam menyusuri kehidupan dunia yang fana' dan penuh pancaroba ini dan sekaligus menggegarkan dunia hingga muncul kelompok-kelompok yang tidak gentar terhadap musuh yang nampak & yang x nampak dalam merealisasikan tertegaknya Daulah Islamiyyah.
Semoga golongan ini bersatu teguh melakukan amar ma'ruf nahi mungkar demi mencari redh0-Nya. Sehingga Islam menguasai dunia di segenap ceruk penjuru dunia. Mudah-mudahan kita dipelihara oleh Allah Ta'ala untuk kekal berada di dalam Islam selama-lamanya. TAKBIR!!!
(Wa Allah Ta'ala A'lam wa Ahkam).
semoga melalui penghayatan, pemahaman dan pengaplikasian hakikat kalimah toyyibah ini mampu melahirkan individu yang cekal, tabah dan istiqomah dalam menyusuri kehidupan dunia yang fana' dan penuh pancaroba ini dan sekaligus menggegarkan dunia hingga muncul kelompok-kelompok yang tidak gentar terhadap musuh yang nampak & yang x nampak dalam merealisasikan tertegaknya Daulah Islamiyyah.
Semoga golongan ini bersatu teguh melakukan amar ma'ruf nahi mungkar demi mencari redh0-Nya. Sehingga Islam menguasai dunia di segenap ceruk penjuru dunia. Mudah-mudahan kita dipelihara oleh Allah Ta'ala untuk kekal berada di dalam Islam selama-lamanya. TAKBIR!!!
(Wa Allah Ta'ala A'lam wa Ahkam).
Salam alaik', tajuk yang menarik iaitu kalimah thoyibbah (kalimah yg baik@kalimah jaminan). Kalimah ini merupakan anak kunci untuk masuk ke dalam JaNnah ALlah. TabarokaLlahu ahsanul kholiqin.. Tapi adakah dgn mengucap kalimah thoyyibah ini, kita akan 'direct' masuk ke dlm JaNnah?? kita kena ingat bhw sblum kita masuk ke dlm JaNnah ALlah, kita akan 'transit' dahulu ke dalam an-Narr (neraka) ALlah untuk di'bersih'kan kerana sesungguhnya penghuni JaNnah ALlah itu semuanya bersih drp dosa.. Tanpa kita sedari,Islam kita mudah terbatal jika melakukan perkara yg bertentangan dgn syarak n kemungkaran yg besar (Na'uzubillah). Dgn mengucap kalimah thoyyibah ini 5 kali sehari di dalam solat fardhu adalah untuk memperbaharui syahadah kita..
ReplyDeleteKalimah Toyyibah..adalah satu keyakinan , satu iktikad yang mensucikan Zat , Sifat dan Af'al Allah ..dari keyakinan itu tertegaklah syariat Allah dalam diri , keluarga dll sehingga membentuk ihsan ...jati diri mulia berjiwa hamba dan berjiwa pejuang... bukankah itu jalan2 ke syurga?
ReplyDeletecerita bab celup dalam neraka tu biarlah dulu. meremang bulu tengkuk pakcik dibuatnya. eloklah kita banyak bertaubat. sedangkan nabi bertaubat sampai 100 kali sehari. inikan pula kita, umatnya.
ReplyDeleteumat nabi Muhammad ni, kalimah toiyyibahnya sama, al-Qur'an pun sama, hadis-hadis nabi juga sama. tapi tetap berpecah sampai 73 golongan. pening jugak pakcik bila memikirkannya.