Ya Allah, berikanlah kami kesempatan untuk memperbaiki diri, menjadi hamba yang lebih dekat dengan Mu, menjadi hamba yang menghadap-Mu dengan penuh kerelaan dan kebahagiaan…
bukan menjadi hamba yang menyesal telah menyia-nyiakan waktu yang ada ini hanya untuk bersenang-senang di dunia yang sementara ini…
Duhai Allah yang Maha Menghidupkan dan Mematikan…
Jikalau sudah waktunya kami menghadap-Mu…
Maka matikanlah kami dalam keadaan iman, islam, dan dengan khusnul khotimah kami Menghadap-Mu… pertemukanlah kami, dengan keluarga kami, bapa,ibu, saudara, teman, seiman dan seislam dalam jannah-Mu (surga-Mu) yang penuh dengan kenikmatan yang telah Engkau janjikan kepada kami
Ya Allah... Hidupkanlah kami dengan iman, matikanlah kami dengan, himpunkanlah kami beserta iman dan masukkanlah kami ke jannah Mu dengan iman...
Ya Allah.. Hidupkanlah kami sebagaimana hidupnya para 'ulama dan mujahidin, dan matikanlah kami sebagaimana matinya para syuhada' dan para soleheen...Aameen
Kematian adalah suatu kepastian... Jika "sampai" waktunya, maka kita akan "pasti" akan "dijemput pulang"... tanpa ada kesempatan mohon ditangguhkan satu saat lagi...
Bermula saat kita hadir di rahim ibu kita, hinggalah kita dilahirkan ke dunia... sehinggalah kita membesar dan diberi kesempatan meniti usia fasa demi masa. Daripada bayi, kemudian beralih kepada kehidupan kanak-kanak, kemudian kepada remaja, kemudian kepada belia, kemudian dewasa, kemudian tua...kemudian ...akan tibalah "saat itu"...
Tapi pastikah kita? yaqinkah kita bahawa kita akan melalui semua fasa kehidupan itu... Berapa ramai yang meninggal dunia dalam usia yang muda? berapa ramai yang meninggal dunia ketika masih lagi di alam kanak-kanak dan remaja. Bahkan ada yang meninggal ketika masih bayi lagi dan tidak kurang juga yang meninggal dunia ketika masih dalam kandungan ibu lagi... fikir-fikirkanlah wahai diriku dan sahabat-sahabat yang ana kasihi pada jalan Allah...
Sekembalinya ana dari menghadiri usrah petang tadi (jam 5 ptg), adik ana memaklumkan tentang berita pemergian atok (sebelah ayah ana).. tak lama selepas tu, ana menghubungi ayah ana... ayah ana memaklumkan, pagi tadi... arwah atok sempat pi pekan membeli-belah, dan kemudian singgah di kedai kopi bersembang dengan kawan-kawan yang seangkatan dengannya... selepas tu, atok pi majlis kenduri kahwin di kampung... kemudian dipendekkan cerita... atok pulang ke rumah beliau dan anak-anaknya menyambut hari ulang tahun beliau yang ke 67 tahun... selesai majlis makan kek, kemudian sesi bergambar... tiba-tiba atok rasa sakit perut... dan dikejarkan ke hospital... dalam perjalanan ke hospital, atok memeluk adik iparnya (Hassan) sambil berkata "mungkin aku dah nak mati ni San"... sampai di hospital dan dimasukkan ke emergency... "_____________" tiada lagi degupan jantung... Atok dah "dijemput pulang" Innalillaahi wa inna ilaihi roji'un. Al-Fatihah untuk Arwah Atok.
Muslimin muslimat yang ana kasihi pada jalan Allah...
Marilah kita sama-sama bermuhasabah... bila? dimana? bagaimana? saat kematian menjemput kita... ??? Yang PASTI, saat itu akan TIBA JUA AKHIRNYA tanpa boleh ditangguh-tangguh...
Persoalannya...
Telah bersiap-sediakan kita? bagaimana dengan 'amalan kita? Sudahkah kita merancang saat kematian kita? dan satu lagi perkara penting ialah fahaman 'aqeedah kita... pastikan fahaman 'aqeedah kita adalah benar... 'Aqeedah benar maka syurga balasannya, fahaman 'aqeedah salah maka neraka balasannya...(na'uzubillaahi min zalik)
Muslimin muslimat yang ana kasihi pada jalan Allah...
"Kita mesti merancang tahap kerohanian kita. Bagaimana iman kita, turun naiknya. Apakah 'amalan wajib dan sunat yang perlu dilaksanakan secara istiqomah agar indeks kerohanian kita meningkat dari semasa ke semasa...Begitu juga dengan tahap 'ilmu. Bagaimana kita terus belajar menambah 'ilmu agama, kemahiran keibubapaan, pengurusan kewangan dan lain-lain bidang yang diperlukan untuk mengurus diri, keluarga dan kerjaya" (Dipetik daripada majalah Anis, keluaran April 2009 di ruangan Kemudi Hati)
Tapi pernahkah kita membuat perancangan untuk kematian kita? Persiapan untuk kehidupan "di sana"? Walau apapun keadaan, mau atau tidak, apa yang akan kita perolehi "di sana" adalah (atas rahmat dan izin-Nya) bergantung kepada apa yang kita lakukan "di sini" (di dunia yang fana' ini)...
Jam 9 mlm tadi ana TERtengok TV rancangan Anugerah Bintang Popular Berita Harian ketika menjamah nasi tadi (keluarga membuka channel tersebut.. mau tak mau... Tertengoklah rancangan tu sekejap...untuk menjaga hati ana cepat-cepat menghabiskan makanan dan masuk ke bilik semula... Astaghfirullaah al-'azhim. terkedu ana melihat dan terlihat ketika itu, seorang penyanyi wanita yang dah berusia mungkin 50 tahun lebih, yang layak bergelar nenek terkinja-kinja menari di hadapan pentas... kemudian selepas itu, muncul pula penyanyi yang baru, hasil graduan Akademi Fantasia, yang juga seorang penyanyi wanita tetapi masih muda remaja... Kepada golonga artis yang ana hormati, ana menyeru diri ana sendiri dan kalian... kembalilah ke pangkal jalan...jauhi maksiat... takutlah kepada Allah...umur adalah MODAL kita untuk kehidupan di sana... maka jangan dipersiakannya...
"gigi makin gugur... pipi makin kendur... mata pun makin kabur.... uban semakin berterabur... yang menunggu hanya lubang kubur"...
Muslimin muslimat, yang se'aqeedah, seiman dan seislam yang ana kasihi kerana Allah...
Marilah kita merancang dan menyiapkan "bekalan" sebanyak-banyaknya … untuk hari "yang pasti" akan kita lalui... hari ketika kita tidak lagi boleh mengelak...segala hal yang dikatakan oleh jasad kita tentang diri kita sendiri ketika di dunia... tentang apa yang kita pandang, tentang apa yang kita katakan, tentang yang apa kita perbuat, tentang segala hal yang kita jalani selama hidup kita. Tubna ilallaah... Wa roja'na ilallaah... wa nadimnaa 'ala maa fa'alnaa... sudah berapa banyak dosa dan kemaksiatan yang telah kita lakukan pada Allah… apakah kita bersedia menanggungnya di yaumul hisab (di hari perhitungan nanti) ….yang pilihannya antara dua... AL-JANNAH AU AN-NAAR...
Marilah kita bertaubat kepada Allah...

Min ana al-faqiroh wad-dhoifah ilallah (T_T)
Salam takziah. Sedih pakcik. Umat Islam ni bagai satu badan. Sakit satu anggota, yang lain turut merasa. Kita hilang satu nikmat KASIH-SAYANG, tajalli dari Asma-Nya yang agung, AR-RAHIM.
ReplyDeleteAl-fatihah buat al-Marhum.
syukran pakcik atas ucapan takziah tu... moga atok dan kita semua kembali ke rahmatullah dlm keadaan Dia meredhoi kita dan kita jua redho atas ketentuan-Nya pd kita.
ReplyDelete