بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على سيد المرسلين محمد صلى الله عليه وسلم وعلى آله وصحبه أجمعين
Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala yang bermaksud:
“Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya bershalawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya”.
[Surah Al-Ahzab: 56]
Sabda RasuluLlah SollaLlaahu 'alaihi wa sallam yang bermaksud:
“Barangsesiapa yang berselawat ke atasku dengan sekali selawat nescaya Allah (s.w.t) akan berselawat ke atasnya sepuluh kali”.
[Hadith riwayat Imam Muslim daripada Abdullah bin Amru bin Al-‘Ass r.a]
Sabda RasuluLlah SollaLlaahu 'alaihi wa sallam yang bermaksud: “Sesungguhnya manusia yang paling utama denganku pada hari kiamat ialah yang paling banyak berselawat ke atasku”.
[Hadith riwayat Imam Tirmizi daripada Abdullah bin Mas’ud r.a]
Sabda RasuluLlah SollaLlaahu 'alaihi wa sallam juga yang bermaksud:
“Barangsesiapa yang berselawat ke atasku sekali nescaya Allah akan berselawat ke atasnya sepuluh kali”.
Sentiasalah mentajdidkan niat ber'amal kerana Allah bukan semata-mata ber'amalkan hanya mengharapkan fadhilat semata-mata... walau apapun, segala 'amalan yang baik walau sedikit yang kita lakukan tetap mendapat ganjaran di sisi Allah, maka itu marilah kita sentiasa meluruskan niat kita. Sebagai peringatan diri ana sendiri yang sering terleka dan juga untuk sekalian pembaca yang dirahmati Allah hendak-Nya insha'Allah.
Ana al-faqiroh wad-dhoifah ilallah
“Barangsesiapa yang berselawat ke atasku sekali nescaya Allah akan berselawat ke atasnya sepuluh kali”.
[Hadith riwayat Imam Muslim daripada Abu Hurairah r.a]
Sentiasalah mentajdidkan niat ber'amal kerana Allah bukan semata-mata ber'amalkan hanya mengharapkan fadhilat semata-mata... walau apapun, segala 'amalan yang baik walau sedikit yang kita lakukan tetap mendapat ganjaran di sisi Allah, maka itu marilah kita sentiasa meluruskan niat kita. Sebagai peringatan diri ana sendiri yang sering terleka dan juga untuk sekalian pembaca yang dirahmati Allah hendak-Nya insha'Allah.
Ana al-faqiroh wad-dhoifah ilallah
salam...
ReplyDeletetlg tambah lg selawat dgn banyak...
ada pelbagai selawat lg yg amat penting utk umat masa kini...
terutama bg zaman huru hara ni..
makasih...