بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على سيد المرسلين محمد صلى الله عليه وسلم وعلى آله وصحبه أجمعين
"Ya Allah... Limpahkanlah rahmat-Mu kepada Nabi Muhammad SollaLlaahu 'alaihi wa sallam dan keluarganya, dan limpahkanlah kesabaran ke dalam diri kami, serta kukuhkanlah pendirian kami. Perbanyakkanlah pemberian-Mu kepada kami serta berilah kami rezeqi dan kemampuan untuk bersyukur terhadap rezeqi itu"
Muslimin muslimat yang dirahmati Allah...
Suka ana mengingatkan diri ana... Marilah kita sentiasa melazimkan diri bertanya pada diri sendiri... Siapa kita di sisi Allah? Muliakah kita? Hinakah kita? Dan berapa banyak 'amal kebaikan yang kita lakukan? dan dah berapa banyak dosa yang kita mungkin lupa untuk bertaubat kepada Allah??? (Na'uzuubillahi min zalik). Walau bagaimanapun keadaan kita, di mana pun kedudukan kita, hanyalah Allah sahaja yang Maha Mengetahui... Siapa kita di sisi-Nya... (T_T)
Perlu diingat wahai muslimin muslimat yang ana hormati pada jalan-Nya...
Kita semua sama sahaja di sisi Allah, yang membezakan antara kita hanyalah IT... Selalu ana ulang-ulang ayat ni, Not Information and Technology. But IMAN & TAQWA...
Sahabat-sahabat yang ana kasihi pada jalan Allah
Silih berganti ujian datang kepada kita. Tak kira masa dan tempat pasti kita diuji. Hari ni dah masuk hari ke-empat ana tak dapat hadir ke sekolah untuk menjalankan tanggungjawab sebagai pendidik. Masih tak bermaya untuk menjalankan tugas. Tapi ana gagahkan diri juga untuk menulis artikel-artikel di dalam blog ana ... Mudah-mudahan sepanjang istirahat ana di rumah tidak berlalu begitu sahaja.
"Ksianya akak... 3 sekaligus... harap kak mac ada kekuatan utk beribadat ya... kak rehatlah cukup2 ya. bole sambung dakwah kakak & mengajar cepat2 kat sekolah :-)"
(1.Apr.09:4.01pm)
"Assalamu'alaikum cIkGu... Saya doakn ckgu cpat sembuh ya...Murid yg selalu syg pd cikgu.. Ehe.. From 5A"
(1.Apr.09:8.32 p.m)
"...dalam senyum teruji kesabaran, dalam tenang teruji keihklasan, dalam kepimpinan teruji kebijaksanaan, dalam jama'ah teruji segala-galanya... tiada salahnya jatuh... andai ia mengajar kita bangun, tiada salahnya tersesat, andai ia menunjuk ke jalan yg lurus... sungguh hebat org yg beriman".. Allah berfirman dalam hadis Qudsi.. "Jika hamba2Ku tdk mahu terima qada' n& qadarku, maka carilah alam yg lain slain dr alamku ini..." skdr prkongsian
(1.Apr.09: 11.24 p.m)
Siang dan malam, h.phone ana sentiasa berbunyi tanda masuknya SMS. Sahabat handai, rakan taulan dan anak didik ana menghantar SMS memberi kata-kata motivasi. (Di atas adalah antara mesej2 yg ana terima) Terharu rasanya... Dalam pada itu, sahabat yang tak mengetahui keadaan ana tika ini telah menghantar SMS mohon bantuan ana untuk menjadi dan mencari fasilitator untuk Program Memperkasakan 'Aqeedah dan program motivasi di dua buah sekolah menengah luar bandar. Kawan ayah ana telah menghantar SMS kelmarin kepada ayah ana... meminta ana menyampaikan motivasi bagi pelajar Tahun 6 di sekolah beliau.
Allahu akbar! Masya'Allah... SubhanaLlah.... Tiada daya dan upaya melainkan dengan bantuan Allah jua... Alangkah indahnya masa lapang, alangkah nikmatnya sebuah kesihatan... Saat ini baru terasa betapa nikmatnya sebuah kesihatan... Ana mohon maaf dunia akhirat kepada kalian, dengan keadaan ana seperti sekarang ini, terlalu sukar bagi ana untuk menyempurnakan permintaan kalian wahai sahabat-sahabat yang ana hormati dan kasihi pada jalan Allah (T_T) Insha'Allah andai ada kekuatan ana akan usahakan untuk hadir. Doakan ana...
Ikhwan wa akhowat yang ana kasihi pada jalan Allah...
Ketahuilah kita diciptakan bukan untuk kekal lama dan bukan untuk bersenang-lenang serta bersuka-ria di muka bumi Allah yang fana' ini. Dunia ini cukup indah tapi tidak setanding dengan kehidupan di "sana" bagi mereka yang layak dan telah dijanjikan Allah. Marilah kita mengubah apa-apa yang dibenci oleh Allah yang ada pada diri kita menjadi keredhoan-Nya. Marilah kita mentaati Allah dan Rasul-Nya sesuai dengan ucapan kita:
لا إله إلا الله محمد رسول الله
Maksudnya: "Tiada Tuhan (yang berhak untuk disembah) melainkan Allah, Muhammad adalah pesuruh Allah"
Marilah kita fahami kalimah toyyibah ini...
Ucapan ini perlulah diucapkan dengan penuh keimanan dan ketaqwaan kepada Allah. Ditunaikan hak-haknya. Betapa ramai dengan mudah melafazkan kalimah yang suci, kalimah yang agung ini... tetapi berapa kerat sahaja yang benar-benar melaksanakan hak-haknya yang perlu ditunaikan???
Teringat ana sebuah lagu daripada sebuah kumpulan penyanyi rock kalau tak silap (ana tak tahu nama kumpulan dan tajuk lagu tersebut. Ana hanya terdengar beberapa bait lagu tersebut ... tu pun tak pasti ana terdengar kat mane)... Lirik lagu tu seperti berikut:
Astaghfirullah... Kepada pembuat lirik, berhati-hatilah kalian... (bahkan sesiapapun) termasuk diri ana sendiri)... Jangan sampai tanpa sedar, apa yang dilakukan boleh merosakkan 'aqeedah sendiri dan orang lain. Sesungguhnya Tiada lafaz yang paling agung melainkan kalimah toyyibah ini...
Marilah kita fahami kalimah toyyibah ini...
Ucapan ini perlulah diucapkan dengan penuh keimanan dan ketaqwaan kepada Allah. Ditunaikan hak-haknya. Betapa ramai dengan mudah melafazkan kalimah yang suci, kalimah yang agung ini... tetapi berapa kerat sahaja yang benar-benar melaksanakan hak-haknya yang perlu ditunaikan???
Teringat ana sebuah lagu daripada sebuah kumpulan penyanyi rock kalau tak silap (ana tak tahu nama kumpulan dan tajuk lagu tersebut. Ana hanya terdengar beberapa bait lagu tersebut ... tu pun tak pasti ana terdengar kat mane)... Lirik lagu tu seperti berikut:
"Tiada lafaz yang paling agung..lafaz cintamu..."
Astaghfirullah... Kepada pembuat lirik, berhati-hatilah kalian... (bahkan sesiapapun) termasuk diri ana sendiri)... Jangan sampai tanpa sedar, apa yang dilakukan boleh merosakkan 'aqeedah sendiri dan orang lain. Sesungguhnya Tiada lafaz yang paling agung melainkan kalimah toyyibah ini...
لا إله إلا الله محمد رسول الله
Berbalik persoalan menunaikan hak-hak yang terdapat dalam kalimah toyyibah ini...
Iman adalah ucapan dan tindakan, yang tidak akan diterima dan tidak bermanfaat bagi kita jika kita gandingkan ia dengan kemaksiatan, kesalahan dan menentang Allah. Iaitu melakukan perbuatan-perbuatan seperti meninggalkan solat, puasa, tidak membayar zakat, dan meninggalkan 'amal kebaikan.
Jika demikian perlakuan kita, dimanakah manfaat syahadatain atau pengakuan yang sudah kita ikrarkan itu...?
Ketahuilah! apabila kita sudah mengucap (لا إله إلا الله محمد رسول الله ) bermakna kita telah mengaku. Jika ditanya, apakah bukti pengakuan kita...? Bukti pengakuan itu ialah mematuhi segala perintah dan menjauhi segala larangan, sabar terhadap ujian, dan pasrah terhadap ketentuan atau taqdir Allah. Inilah bukti pengakuan itu, namun begitu semua ini tidak akan diterima kecuali dengan keikhlasan semata-mata kerana Allah Subhanahu wa Ta'ala.
Muslimin muslimat yang ana hormati kerana Allah...
Sedarlah! Sesungguhnya tidak diterima suatu ucapan tanpa 'amal dan tidak diterima 'amal tanpa keikhlasan dan sesuai dengan sunnatuLlaah.
Berikut adalah ringkasan peringatan buat renungan diri ana yang sering alpa dan untuk sekalian pembaca yang ana hormati dan hargai kerana Allah...
1. Cintailah Allah dan Rasul-Nya melebihi engkau mencintai apa-apa sahaja yang engkau miliki di dunia ini. Nescaya engkau akan dapat yang disekeliling mu akan mencintai dan menyayangi dirimu... Bahkan akan sentiasa sedia membantumu.
2.Berilah kelapangan orang-orang miskin dengan sebahagian hartamu
Surah Al-Baqorah ayat 271 yang bermaksud:
"Sekiranya kamu bersedeqah dalam keadaan terang-terangan, itu memang satu perbuatan yang baik, tetapi sekiranya kamu merahsiakan dan beri pada golongan miskin, maka itulah yang paling baik"
Surah Ali 'Imran yang bermaksud:
"Kamu sekali-kali tidak akan mendapat kebaikan (yang sempurna) melainkan kamu menafqahkan sebahagian harta yang kamu kasihi"
4. Didiklah diri dengan sifat suka memberi, kerana perbuatan ini amat dicintai oleh Allah.. Bukankah hakikatnya Allah yang membuatkan kita mampu memberi... Bukankah Dia yang memberi kita rezeqi yang lebih sehingga dengan sedikit kelebihan itu kita mampu menghulurkan bantuan kepada orang lain... Tak kiralah sama ada pemberian kita itu "yang boleh nampak" mahupun yang bersifat "ma'nawi"...
لا إله إلا الله محمد رسول الله
Firman ALlaah Subhanahu wa Ta'ala:
فاعلم أنه لاإله إلا الله واستغفر لذنبك
Maksudnya: "Maka ketahuilah, sesungguhnya tidak ada Tuhan kecuali ALlaah dan mintalah (pengampunan dari ALlaah) atas dosamu"
(Surah Muhammad, ayat 19)
P/s:
Akhirul kalam... Syukurilah nikmat yang diberikan oleh Allah kepada kita... Memberilah kepada yang meminta... Tapi janganlah tunggu orang meminta baru kita memberi... sebaiknya memberilah tanpa dipinta. Berinfaqlah pada jalan Allah dengan segala apa yang ada pada kita di jalan Allah... Sama ada harta benda, buah fikiran, tenaga dan masa bahkan nyawa kita sekalipun demi perjuangan Islam. Kita ingin melihat ketuanan Islam kembali gemilang. Orang yang tulus dalam perjuangan Islam adalah golongan yang sedikit, maka jadilah orang yang sedikit itu...!
Mohon maaf dunia akhirat andai ada kesilapan dalam tutur bicara ana yang mengundang perasaan dan hati yang tidak senang kepada sekalian pembaca. Artikel yg ana tulis ini berdasarkan apa yang ada di hati dan yang pernah dipelajari serta berpandukan kitab Fathur Rabbani, daripada al-Sayyid Syaikh Abdul Qadir al-Jailani dan (ana olah sedikit sebanyak mengikut gaya bahasa ana yang ana yaqin sudah tentu banyak kesilapan.) .
Oleh itu, ana amat berbesar hati atas segala teguran yang ikhlas dr sekalian pembaca. Betulkanlah ana andai bicara dan tindakan ana bercanggah dengan syari'at Allah. Bukankah berpesan-pesan dengan kebenaran dan kesabaran itu adalah akhlaq Islam :) Usah biar sahabat kalian terleka dan tanpa sedar melakukan perbuatan yang menyalahi 'aqeedah yang haq. Mudah-mudahan dijauhkankita daripada segala sifat-sifat mazmumah dan dihiasi peribadi kita dengan sifat-sifat mahmudah. Syukran jaziilan. Baarokallaahu fiikum
Min ana al-faqiroh wad-dhoifah ila Rabbihi
salam 'alayk
ReplyDeletesatu peringatan yg baik utk hati2 yang memerlukan....teruskan...
pakcik sangat terkejut dan tergamam bila membaca penulis blog ini masih tidak bermaya. pakcik berdoa agar cepat sembuh.
ReplyDeletemaklumlah pakcik ni tak tau nak buat jampi air tawar, jadi doa ajelah yang pakcik mampu lakukan. mudah-mudahan Allah sembuhkan.
wa'alaykumussalaam wa rohmatullah ZuLhAiRi dan Pakcik :)
ReplyDeleteMaaf andai blog ana kekadang mnjadi tempat ana melakarkan sebuah perkongsian apa yang sedang dan yang pernah ana hadapi dan lalui spnjang mnyusuri kehidupan yg fana' ini.
Walau apepun, Syukran atas komen, sokongan dan do'a kalian.
Doakan agar blog ana mnjadi salah satu wasilah utk mndapatkn 'ilmu yg bermanfaat buat ummah. Aameen
BaarokaLlaahu fiikum
Min ana al-faqiroh wad-dho'ifah ilaLlaah
rentasilah ranjau hidup ini biarpun kadang2 kita tewas, anggaplah ia sebagai rahmat dalam hidup ini keranaia merupakan kaffarah terhadap dosa lalu, semoga ceria selalu.
ReplyDeletekak, ni mesej akak masa saya tahun 2 masa tengah down, trima kasih n kita kongsi bersama kembali, jieda -ds-
org yg sakit ..tu tanda mendapat perhatian Allah.. Allah inginkan hambaNya lebih Taqarrub kpdNya..bukankah bila sakit hati selalu merintih dan bermunajat...Allah Allah ...bila beribadah bertambah lazat..kerana terserlah jiwa hamba yg tiada apa dan upaya... tahniah kerana telah dipilihNya...ampun maaf
ReplyDeletesyukran jaziilan sajidah dan Tok Malau :) atas pehatian, doa dan sokongan kalian (T_T)
ReplyDeleteDari Allah kita datang kepada Allah jua kita akan kembali. Penyakit pd anggota badan dapat dilihat dan mampu kita ikhtiarkan ubatnye.
Tapi andai ssorg itu dihinggapi pnyakit yg sukar dilihat yakni bersifat ma'nawi, tidak mampu dilihat dgn mata kasar bahkan tidak disedari akan kehadirannya melainkan dengan rahmat bantuan Allah menyedarkn diri kita akan kehadirannya.
Moga Allah pelihara hati kita dr dihinggapi "virus" perosak dlm diri kita.
Ameen. Baarokallaahu fiikum.
Min ana al-faqiroh wad-dhoifah ilaLlaah