Tuesday, April 21, 2009

MULIAKAN GURUMU APATAH LAGI YANG MURSYID!

بسم الله الرحمن الرحيم
Segala puji-pujian milik Allah Tuhan Yang Berkuasa. Tiada Tuhan yang layak disembah kecuali Allah. Maha Suci Allah yang Menjadikan sesuatu itu dengan Kehendak-Nya tanpa ada sesuatu pun yang menolong. Tiada sekutu bagi-Nya. Dia-lah Maha Melihat, Maha Mendengar dan Dia-lah Tuhan yang bersifat dengan segala sifat kesempurnaan. Selawat dan salam ke atas semulia-mulia para Nabi dan Penghulu segala orang yang bertaqwa iaitulah RasuluLlaah SollaLlaahu 'alaihi wa sallam, dan juga ke atas kaum keluarga Baginda yang suci dari segala kekejian dan para sahabat baginda yang sentiasa berbuat kebaikan, sekalian para 'ulama penegak tauhid, serta para para pejuang dan pencari kebenaran. Aameen.



Muslimin muslimat yang dirahmati Allah... dan tidak dilupakan juga kepada sekalian mahasiswa/wi yang kini sedang berdepan dengan minggu peperiksaan...

Semalam, hari ini dan mungkin esok (jika masih ada)... Kita mungkin sibuk melakukan persiapan untuk hari-hari yang mendatang... Tak kira apapun kerjaya kita...

Sebagai pelajar... akan sibuk melakukan persiapan untuk peperiksaan yang akan atau sedang ditempuhi...
Sebagai guru mahupun pensyarah... akan sibuk melakukan persiapan rancangan pengajaran pada esok hari dan hari-hari yang seterusnya...
Sebagai doktor, sebagai peguam, sebagai artis, sebagai peniaga, bahkan sebagai surirumah sekalipun... masing-masing sibuk untuk melakukan persiapan untuk keesokkan harinya...

Persiapan untuk kehidupan dunia??? YA... itu sudah tentu ramai orang melakukannya...
Persiapan untuk kehidupan akhirat??? Mungkin Ya mungkin TIDAK... masih ramai lagi yang alpa melakukan persiapan menghadapi "saat" itu dek kerana kesibukan melakukan persiapan untuk duniawi...


Artikel kali ini khusus kepada mereka yang bergelar PELAJAR/ PENUNTUT 'ILMU...

Siapakah pelajar? Siapakah penuntut 'ilmu? Adakah jika kita sudah berkerjaya, maka kita tidak lagi layak digelar pelajar mahupun penuntut 'ilmu??? hm... sama-sama kita fikir-fikir, renung-renungkan... adakah kita masih bergelar pelajar dan akan kekal dengan gelaran pelajar dan penuntut 'ilmu...?Hm...

Telah bersabda Nabi Muhammad sollaLlaahu 'alaihi wa sallam:

أطلب العلم من المهد إلى اللحد
"Tuntutlah 'ilmu dari semenjak lahir hinggalah ke liang lahad"

Muslimin muslimat yang ana hormati kerana Allah...
Dalam usaha kita menuntut 'ilmu, perlulah kita menjaga 'adab-'adabnya, khususnya beradab dengan guru-guru yang mengajarkan kita 'ilmu lebih-lebih lagi 'ilmu agama. Andai kita menjaga adab-adab yang telah diiperingatkan oleh Nabi Muhammad SollaLlaahu 'alaihi wa sallam dan sekalian para 'ulama, insha'Allah... kita akan beroleh 'ilmu yang berkat.



Nabi Muhammad SollaLlaahu 'alaihi wa sallam telah bersabda yang bermaksud:
Ilmu merupakan perbendaharaan, kuncinya adalah bertanya, karena itu bertanyalah, semoga Allah melimpahkan rahmat kepada kalian. Sehubungan dengan masalah ilmu ini ada empat orang yang memperoleh pahala, yaitu: orang yang bertanya, orang yang mengajarkan, orang yang mendengarkan dan orang yang mencintai ke ketiga-tiganya.

(Hadith Riwayat Abu Nu’aim dari Sayyidina Ali karamaLlaahu wajhah)

Bertanya adalah kunci untuk memahami rahsia-rahsia ilmu dan menyingkap keghaiban yang tersimpan dalam hati. Sebagaimana harta benda di rumah yang tidak bisa diambil kecuali dengan kunci, begitu pula 'ilmu kaum 'ulama dan ‘arifin, tidak akan dapat dipelajari dan diambil manfaatnya kecuali dengan mengajukan pertanyaan dengan jujur, dengan keinginan yang kuat, dan dengan adab yang baik.

(Sayid ‘Abdullah bin Alwi Al-Haddad ra)


Sabda RasuluLlaah SollaLlaahu 'alaihi wa sallam tentang orang yang ber'ilmu dan memuliakan orang yang ber'ilmu:

"Allah menyinari cahaya seseorang yang telah mendengar kata-kataku, meninggalkan larangan dan melaksanakan perintah Rasulullah SAW sebagaimana yang didengarinya."

Sabda Nabi Muhammad SollaLlaahu 'alaihi wa sallam (maksudnya):
"Hormatilah Ulama', kerana mereka di sisi Allah Subhanahu wa Ta'ala adalah pilihan-pilihan Allah Subhanahu wa Ta'ala yang diberikan kemuliaan."


Sabda Nabi Muhammad SollaLlaahu 'alaihi wa sallam yang bermaksud:
"Sesiapa melihat wajah orang ber'ilmu dengan sekali pandang sahaja, dia suka dengan pandangan tersebut maka Allah Subhanahu wa Ta'ala mencipta daripada pandangan tersebut satu Malaikat yang meminta ampun baginya hingga hari kiamat."


Sabda Nabi SAW:
"Sesiapa memuliakan orang ber'ilmu maka sesungguhnya dia telah memuliakan aku, sesiapa memuliakanku maka sesungguhnya dia telah memuliakan Allah Subhanahu wa Ta'ala, dan sesiapa memuliakan Allah Subhanahu wa Ta'ala maka tempatnya adalah di Syurga."


"Sesiapa menziarahi orang ber'ilmu seolah-olah dia menziarahiku, sesiapa berjabat tangan dengan orang ber'ilmu seolah-olah dia berjabat tangan denganku, sesiapa duduk bersama orang berilmu seolah-olah dia duduk bersamaku semasa di dunia, dan sesiapa yang duduk bersamaku semasa di dunia, aku memberi peluang untuk duduk bersamaku pada hari kiamat."



Antara adab memuliakan guru ialah:

1. Kasih dan memuliakan guru sepanjang waktu.

2. Memberi salam kepada guru apabila bertemu atau bersalaman dengannya dan mencium tangannya (pelajar lelaki mencium tangan guru lelaki, pelajar perempuan mencium tangan guru perempuan...) (Jangan tersilap ek... (",)

3. Mendoakan guru sepanjang masa khasnya selepas solat 5 waktu

4. Sentiasa berusaha mendapatkan keredhoan guru

5. Taat perintah guru dan suka berbakti kepadanya

6. Hubungi dan ziarah guru

7. Muliakan keluarga guru
- Telah berkata salah seorang daripada guru Imam Bukhari:
"Aku pernah berdiri menghormati anak guruku kerana memuliakan guruku"

8. Tidak mengumpat guru walau pun dalam hati

9.Tidak membenci guru walau sebesar zarah sekalipun...

10. Tidak banyak bercakap dengan guru

11. Tidak bertanya semasa guru penat

12. Tidak duduk terlalu hampir dengan guru. Seelok-eloknya jarak penuntut dengan guru ialah satu depa.

13. Tidak jemu dengan pengajaran guru walaupun guru telah mengulang perkara yang sama 1000 kali

14.Tidak bersikap keji di hadapan guru

15.Rujuk kepada guru di dalam memilih apa-apa jua 'ilmu.
- Telah berkata Syeikh Burhanulhaq Waddin:
"Penuntut terdahulu menyerahkan dan berbincang semua perkara berkaitan 'ilmu kepada guru tetapi penuntut sekarang memilih 'ilmu tanpa rujuk kepada guru. Inilah antara sebab kurang keberkatan 'ilmu".

16. Tidak berjalan di hadapan guru.

17. Berbincang dan bermusyawarah dengan guru dalam apa-apa jua perkara. Imam Bukhari menjadi 'alim kerana mengikut pandangan gurunya

18. Sabar belajar dengan guru hingga selesai.

19.Berilah tumpuan kepada pengajaran guru sepanjang masa. Kalau mengantuk, mintalah izin untuk membasuh muka dan sebagainya

20.Duduk dengan beradab semasa belajar
- Tidak bersandar yang berlebihan, tidak mengangkat kaki, goyang kaki, tidur, berbual-bual, menyanyi, menari, bermain dan sebagainya.

21.Mintalah izin untuk masuk dan keluar dari kelas dengan bahasa yang elok.

22. Tidak melihat jam semasa belajar kerana membawa maksud sudah jemu dengan pengajaran guru

23. Tidak menyalahkan guru sekiranya tidak faham akan ajarannya bahkan bertanya dan berbincang dengan guru. Marahkan guru kerana tidak faham semasa belajar akan menyebabkan seorang pelajar itu tidak akan faham selama-lamanya.

24. Memuliakan guru walaupun berlainan agama dan bangsa, sama ada tua atau muda.

25. Tidak memilih-milih 'ilmu dan guru bahkan memberi tumpuan kepada semua 'ilmu yang sedang dipelajari.
(Tapi pada pandangan peribadi ana, ana berpegang pada apa yang dipesan oleh Tok Guru ana Al-Mu'allim Muhtaram Hj Zulkifli Bin Hj Ismail berkenaan soal memilih guru. Telah dipesan kepada ana dan sekalian anak murid beliau, agar berhati-hati dalam memilih guru. Lebih-lebih lagi berguru dalam soal 'ilmu agama. Pilihlah guru yang mursyid supaya kita mendapat petunjuk. Insha'Allah, ana akan post artikel berkenaan guru mursyid sedikit masa lagi, jika dipanjangkan umur dan diberi kudrat oleh-Nya)

Saidina 'Ali Karamallaahu wajhah telah berkata:
"kamu tidak akan dapat 'ilmu KECUALI dengan enam perkara:
1. Cerdik
2. Tamak
3.Sabar
4. Azam yang kuat
5. Guru yang mursyid
6.Waktu yang panjang


SUMBER:
* Pesanan Tok Guru ana (",)
* Ta'limul Muta'allim Fii Toriqut Ta'lim,
Al Alamah As-Syeikh Azzarnuji
* 21 Rahsia Mendapat Keberkatan 'Ilmu, Ustaz Mohd Kamal Bin Mohd Said


P/s: Kepada sahabat-sahabat dan adik-adik yang sedang menempuhi alam peperiksaan... semoga berjaya. USAHA (BELAJAR + JAGA ADAB) + DOA + TAWAKKAL = ANNAJAH ... insha'Allah

No comments:

Post a Comment