Maka tinggallah kita-kita yang jahil dan lalai dengan dunia sendiri ini! Maka apakah kira-kira kita masih boleh bersenang-senang lagi? Kita memerlukan lebih dari pedang untuk turun ke medan.
Tentu dan pastinya tidak akan sunyi dunia ini dari mereka yang dipilih Allah yang memayungi alam sarwajagat di kalangan mereka yang tegar meneruskan penegakan kalimah Tauhid, namun adakah cukup usaha kita berkejaran semampu mungkin dan mengambil manfaah dari mereka sebelum terlambat? Cukupkah kita bersenang dalam bilik berhawa dingin dan membaca kitab sendirian setiap waktu? Atau sering kita tangguhkan perjalanan menuju Allah dan mencari 'ilmu demi RedhaNya juga dengan perkara-perkara zohir yang sering menipu?
Cuba kita bayangkan ibu kepada Rabiah Ar-Ra’yi telah menghabiskan hampir 300,000 dinar untuk membolehkan anaknya berguru dengan sekian guru di Madinah ketika itu dan menjadi faqeh yang terkenal pada zamannya...
Kira-kita pengorbanan apakah yang boleh kita banggakan? Sekadar mengeluarkan sedikit wang menyambung pengajian untuk sijil tidak pula menetapkan mencari Redha Allah maka ya Allah, kita berada dalam keadaan bahaya yang sangat merugikan.
Allahuakbar! betapa lalainya diri ini! Bila di hitung umur masa yang telah terhabisi dengan perkara sia-sia, maka kira-kira jawapan apakah yang akan diberi pada Allah nanti...?
Bagaimanapun kita menganggap kita masih muda, dan masa masih panjang, namun perhitungan begitu salah sebenarnya. Usia yang Allah beri merupakan amanah dan merupakan satu proses perjalanan menuju Allah...
Setiap detik tidak kira berapa angka umur kita akan ditanya Allah ke mana pergi dan di mana ia dihabiskan. Contohnya, kalau 1/3 umur kita dihabiskan dengan menonton televisyen, besembang kosong, tidur banyak tanpa niat ibadah, maka kira-kira apa jawapan di hadapan Allah nanti? Oh, sungguh takut memikirkannya. Bukan berdzikir, berjihad, berdakwah, melakukan ibadah atau beramal soleh namun lalai! lalai!. Betapa lalai itu membunuh hati..
Muslimin muslimat yang ana kasihi pada jalan Allah...
Marilah kita bersama-sama menyemai benih perasaan cinta kepada para Solihin dan para 'Ulama 'Amilin...Kecintaan kepada mereka adalah natijah itbaun Nabi. Nabi telah memesan Ulama itu pewaris Anbiya’. Kita tidak berkesempatan untuk menemui dan hidup bersama mereka. Namun kecintaan lahir kepada mereka kerana cinta kepada Baginda SollaLlaahu 'alaihi wa sallam. Tiada siapa yang dapat membayangkan betapa kasih Allah begitu juga kasih kepada Baginda Nabi SollaLlahu 'alaihi wa sallam tersusun indah dalam lipatan hati. Kecintaan kita pada Sahabat dan mereka yang solih dari kalangan auliya’ was solihin tentu tidak terlangkau dari cinta-cinta sebelumnya. Kerana kita ini manusia berlumpur dosa, ghaflah dan nafsu-nasfu yang lain, maka perlunya kita kepada menyintai mereka dan bimbingan mereka! Cinta bukan ta'asub kerana cinta lahir dari itabbun Nabi.
Syeikh Afifuddin Al-geylani telah berkata.
"Dan bukanlah itba’ itu lahir dari cinta. Sebaliknya cinta itu natijah. Itba’un Nabi itu asal."
Hidup mereka dengan memberi manfaah, jasad mereka bersama manusia, hati mereka bersama Allah telah berkata Syeikh Yusuf al-Hasani.
"Buat kekanda seperjalanan yang sedang mencari Habib Ali Idrus yang berada di pondoknya yang sedang uzur, moganya perjalananmu menemui wali 'abdal diberkati. Ketahuilah sesungguhnya aku mencemburuimu! Dan hati aku... jantung yang lalai ini, nyahlah segala isi dunia darinya.Usah aku disibukkan dengannya kerana tidak mampuku menanggung dua cinta"
SUMBER: http://alqasam.blogsome.com/2007/05/15/kematian-menuju-kebahagian/
p/s: Masha'Allah...bila di "bedah siasat" akan segala yang kita lakukan untuk Islam mungkin sangat sedikit... dengan pelbagai "tapisan" sehinggalah mendapat "teh 'amalan" yang "bersih" dan "sedap" serta "harum" untuk "diteguk" "di sana"... (T_T)
Sedihnyer hati... siapa kita di sisi Allah??? Siapa kita di sisi Kekasih Allah??? Siapa kita di sisi para malaikat muqorrobin??? Siapa kita di sisi 'ulama? Siapa kita di sisi masyarakat??? Siapa kita di sisi ahli keluarga dan ibu bapa kita??? Siapa kita di sisi diri kita sendiri???
Marilah kita bersama-sama tepuk dada dan tanya iman kita??? Allahu akbar... Hinanya diri ini, mengharap cinta dan redho-Nya, mendambakan cinta dan syafaat Baginda SollaLlaahu 'alaihi wa sallam, namun sumbangan untuk perjuangan membela Deenullah sangat2lah sedikit...
Maaf dunia akhirat atas keterlanjuran bicara yang mengguris hati mana-mana pihak. Mohon teguran atas segala salah silap yang telah ana lakukan sama ada disedari mahupun tidak apatah lagi yang bersalahan dengan Al-Qur'an dan As-Sunnah.
Min ana al-faqiroh wad-dhoifah ilallah
pada hakekatnya memang manusia yang membutuhkan Allah, dan andaikan tidak ada yang membutuhkanNya, tiadalah berkurang kekuasaannya.
ReplyDeletedari surat darinya hanyalah sebuah sindiran kepada manusia atas kelalaiannya terhadap rahmatNya
salam ukhuwwah fillaah sahabat saudara seagama dan se'aqeedahku...
ReplyDeleteMohon maaf saudaraku...ana fhm mksud enta tu,cuma stlh mpelajari sdkit brkenaan 'ilmu tauhid, telah brpesan guru ana... yang mana beliau mberi penekann ttg kperluan brhati2 dlm mgunakn pkataan yg myebut ttgNya agar x kta termasuk dlm golongan yang menyamakan Allah dengan makhluq...
Mohon maaf dunia akhirat atas kterlanjuran bicara ana yg mungkin tanpa ana sedari mngguris hati mana2 pihak
ana al-faqiroh wad-dhoifah ilallah