Wednesday, August 18, 2010

WANITA HAIDH TIDAK BOLEH DUDUK DALAM MASJID

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على سيد المرسلين محمد صلى الله عليه وسلم وعلى آله وصحبه أجمعين

Assalaamu'alaykum ...

APa khabar muslimin muslimat yang dirahmati ALlah...Moga sentiasa diberi kekuatan untuk memperbanyakkan 'amal 'ibadah di dalam Ramadhan al-mubarak ini...
Penulis seringkali ditanya oleh remaja wanita sama ada mahasiswi mahu pun pelajar sekolah menengah tentang permasalah wanita haidh yang boleh duduk di dalam masjid. Yang mana kononnya, pada masa kini dah ada tuala wanita. Maka wanita yang haidh boleh duduk dalam masjid walaupun untuk mendengar kuliah. Siapa yang kata boleh???

TAK BOLEH DIK. TAK BOLEH! Kenapa tak percaya?




Adik-adik dan muslimah di luar sana yang ana hormati kerana ALlah...


Wanita yang berada dalam hadath besar sama ada dalam keadaan junub mahu pun haidh, HARAM duduk dalam masjid walaupun semata-mata ingin mendengar kuliah agama. Soalan ini penulis dah tanya direct kepada Tuan Guru Sheikh Muhammd Nuruddin Marbu Abdullah Al-Banjari Al-Makki ketika membuat kuliah di Masjid Putrajaya Sabah pada tahun 2007. Pendapat ini rojih. Pada tahun 2006 ke kalau tak silap, Beliau sendiri menegur dan meminta AJK Masjid di salah sebuah masjid di Sabah (untuk menjaga hati sesetengah pihak, tak perlulah ana nyatakan nama masjid tersebut) agar menyediakan tempat khas yang sesuai untuk kaum ibu dan wanita menghadiri kuliah di masjid. Ini kerana beliau memahami kekangan yang sering dihadapi oleh kaum wanita.


KLIK VIDEO INI UTK DGR HUJJAH USTAZ AZHAR IDRUS ...

Berikut pula adalah hujjah bersumberkan mazhab Syafiee

1. Maka dihukumkan haram bagi wanita haid (dan juga nifas) masuk ke dalam bangunan dinamakannya sebagai masjid atau diiktiraf sebagai masjid selama mana dia berhenti di dalamnya. Biarpun berhenti itu tidak lama, biarpun sekadar seketika. Ulamak fekah menetapkan maksud seketika itu ialah berhenti sekadar waktu tukmaninah atau waktu melafaz "subhanaAllah".

2. Tidak dihukumkan haram, tetapi makruh jua, bagi wanita haid (dan juga nifas) yang masuk ke dalam masjid tersebut, tetapi tidak berhenti di dalamnya. Iaitu sekadar lalu sahaja, dari satu pintu kepada pintu yang lain.

3. Namun, jikalau dibimbangi akan tercemarnya masjid atas kemungkinan akan keluarnya darah haid (atau nifas), maka jadi haram jua, tidak kira samada berhenti atau lalu sahaja.

(Rujukan: Bughyatul Tullab)

p/s: dah selesai edit (^_^) alhamdulillaah

7 comments:

  1. btul tu..tp ada yg tak mau dgr..

    latest entry..

    Hina Islam?

    ReplyDelete
  2. sy sgt setuju..msh ramai yang masuk msjd time dtg haid terutama masjid kt u sy..sy x tau lg mcmana nak terangkan sbb rata-rata adalah org kuat msjd..

    ReplyDelete
  3. hm... sama lah ngan akak dulu masa akak bljr kt U dulu. ramai yg pertikakikan napa akak x nk dok dlm masjid sungghpun hnya nk dgr kuliah2 smata2...

    yg memberi hujjah juga org yg rajin dtg masjid.

    ReplyDelete
  4. mga2 hati mrk akan terbuka menerima hujah2 tersebut..amin..

    slm pertenghn rmdhn kak..teruskn berpesta ibadah d bln mulia ini..

    alhamdulillah..blog yg pnh dgn isinya y bermanfaat..keep it up ^_^

    ReplyDelete
  5. laa hawla wa laa quwwata illa biLlaahil 'aliyil 'azhim.

    x pe, kita smpaikn pd ssiapa shj 'ilmu Allah. Tugas kita ialah mnyampaikn, yg memberi hidayah adalah Allah.

    Byk khilaf juga ttg hukum wanita duduk dlm masjid, tpi akak lebih berpegang pd hukum yg dipegang oleh tok2 guru akak ASWJ, insha'Allah.

    Jgnlah khilaf ini menimbulkan perbalahan pula ye adik2. Berbincanglah dgn penuh ukhuwwah fiLlaah serta ingin mncari kebenaran krn ALlaah.

    Salam Ramadhan juga dr akak (^_^) alfaqiroh ilallaah

    ReplyDelete