Assalamu'alaykum wa rahmatuLlaah...
Bermacam-macam persoalan yang sering ditanya oleh adik-adik remaja yang kadangkala malu meaow-meaow nak tanya pada ana. Ala, biasalah tu dik. Akak faham don't worry. Selagi seseorang itu belum berkahwin, selagi itulah persoalan tentang istikharah sentiasa berlegar-legar di kotak fikiran kita.
Berikut soalan yang sering ditanya dan diri kita tertanya-tanya:
1.Camne nak wat solat istikharah? Leh akak bagi tips2 dia?
2.Akak, apa petunjuk lepas wat solat istikharah tu ya?
3.Em, kalau berbelah bagi pas wat solat sunat istikharah tu macamne lak?
4.Kak, kalau kita solat istikharah pada orang yang kita suka bole tak?
5.Akak, ajarkan saya doa istikharah (T_T)
6.Kalau nampak dalam mimpi ada asap-asap tu kemudian muncul jejaka tu, dia ke jodoh saya?
Tapi kena ingat, istikharah ini bukan dilakukan hanya semata-mata untuk mendapatkan petunjuk tentang jodoh. Apabila disebut sahaja tentang Solat Istikharah, kebanyakan dalam kalangan kita hanya terkenangkan ketika hendak memilih jodoh. Ia begitu sinonim dalam membuat keputusan untuk menentukan teman hidup tidak kira sama ada lelaki mahupun wanita. Perkara ini mungkin berlaku ekoran daripada sesetengah ustaz ustazah yang mengulas tentang soal istikharah dikaitkan dengan memilih jodoh. Hakikatnya 'amalan Solat Sunat Istikharah ini sangat digalakkan oleh Nabi Muhammad SollaLlaahu 'alaihi wa sallam. Sebagaimana disebut dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari;
Mahfum Hadis: Dari Jabir ra., ia berkata: “Nabi pernah mengajarkan kepada kami Istikharah dalam berbagai urusan, seperti mengajarkan sebuah surah dalam Al Quran. Kalau seseorang dari kamu menghendaki sesuatu, maka hendaklah ia solat dua rakaat, kemudian berdoa:
“Ya Allah! Aku mohon pemilihan Mu menerusi pengetahuan Mu dan aku mohon kekuatan Mu menerusi kudrat Mu serta aku minta pada Mu sebahagian dari limpah kurnia Mu yang sangat besar. Sesungguhnya Engkau amat berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa, Engkau amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan sesungguhnya Engkau amat mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini adalah baik bagiku dalam urusan agama ku juga dalam urusan penghidupan ku serta natijah pada urusan ku, kini dan akan datang, maka tetapkan lah ia bagi ku dan permudahkanlah ia untukku, serta berkatilah daku padanya. Dan kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini membawa kejahatan kepadaku dalam urusan agamaku, juga dalam urusan penghidupanku dan natijah urusanku, kini dan akan datang, maka elakkanlah ia dariku dan tetapkanlah kebaikan untukku sebagaimana sepatutnya, kemudian jadikanlah daku meredhainya.”
Terdapat banyak fadhilah mendirikan solat sunat istikharah ini...'Amalan fardhu seperti solat fardhu adalah WAJIB ATAS semua individu muslim (yang cukup syarat untuk melaksanakannya)... Jangan hanya semata-mata nak pastikan jodoh kita, tapi kita abaikan solat fardhu sebab asyik dok pulun nak jaga solat istikharah walhal solat sunat istikharah adalah AMALAN SUNAT... (^_^)
- Waktu yang terbaik ialah pada 2/3 malam (iaitu sekitar pukul 2 pagi). Bagaimana pun boleh dilakukan pada bila-bila masa dalam waktu yang di haruskan sembahyang contohnya selepas maghrib.
- Niatnya “Sahaja aku sembahyang sunat istikharah dua rakaat kerana Allah ta’ala”
- Dalam rakaat pertama selepas Surah Al-Fatihah baca Surah Al-Kafirun atau apa-apa sahaja surah lain yang terbaik kita boleh baca.
- Dalam rakaat kedua selepas Surah Al-Fatihah baca Surah Al-Ikhlas atau apa-apa sahaja surah lain yang terbaik kita boleh baca.
- Selepas memberi salam baca doa berikut (mulakan dengan basmalah dan selawat dahulu).
Memohon semoga Allah menunjukkan keputusan yang terbaik untuk dilaksanakan.
(sebutkan urusan yang dimaksudkan di tempat yang bertitik).
"Dan berbincanglah dengan mereka (para sahabat) dalam urusan itu (peperangan, ekonomi, politik dll). Apabila kamu telah membulatkan tekad, bertawakallah kepada Allah".
Kehebatan solat istikharah ini penulis turut alami. Bukan hanya soal jodoh bahkan perkara-perkara yang berkaitan dalam membuat keputusan. Kalau penin-penin nk wat keputusan, ask Allah. Allah Lebih Tahu apa yang terbaik untuk kita. Apa sahaja yg kita pilih dalam membuat keputusan setelah mendirikan solat sunat istikharah tak kira sekali atau lebih, insha'ALlah hati kita pasti akan tenang dan lapang dada. Percayalah (^_^)
Al-faqiroha wad-dhoifah ilallaah
Thanks di atas post yg sangat berinformasi ini. :). Rajin2 update yer? Saya nak jadi follower ni.
ReplyDeletesalam ramadhann..
ReplyDeleteSalidaSunshine: "Insha'Allah, laa hawla wa laa quwwata illaa biLlaah"
ReplyDeleteen_me:"salam Ramadhan al-Mubarak"
terima kasih.. :)
ReplyDeleteshidah_melati: sama-sama
ReplyDeletesalam..pos yang menarik.benda gini memang selalu jadi isu terutama pada golongan yang berfikiran hendak mendirikan rumahtangga.ya, memang selalunya solat istikharah dikaitkan dengan soal memilih jodoh. kenapa???sebab itu keputusan yang melibatkan soal hidup.tapi kadang2 lupa pula keputusan untuk memilih bidang atau jurusan semasa tingkatan 4 ke atau tingkatan 6 ke ataupun jurusan di universiti pun mempengaruhi perjalanan hidup kita.Ada bagusnya semua pilihan kita di dunia kita mohon petunjuk pada Allah swt kerna Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik buat kita. Kadang2 ada juga terfikir kenapa aku tak pilihan yang satu lagi tapi bila renungkan kembali muhasabah diri memang ada kemanisan dalam pilihan yang dipilih setelah memohon petunjuk dari Nya.wallahu'alam
ReplyDelete