Tuesday, May 19, 2009

WASIAT BUAT GURU-GURU & PELAJAR-PELAJAR

بسم الله الرحمن الرحيم
Segala puji-pujian milik Allah Tuhan semesta 'alam. Dia mentadbir 'alam sendirian tanpa pertolongan. Tidak Dia berhajat kepada mana-mana makhluq-Nya bahkan makhluq-makhluq-Nya lah yang berhajat kepada-Nya. Sama ada di dunia mahupun di akhirat. Tiada Tuhan yang layak disembah kecuali Allah. Maha Suci Allah Yang Maha Mengetahui, Maha 'Adil, lagi Maha Bijaksana. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi kita, Nabi Muhammad SollaLlaahu 'alaihi wa sallam, ahli keluarga Baginda, sohabat-sohabat Baginda radhiaLlaahu 'anhum dan sesiapa sahaja yang mengikuti mereka dengan ikhlas sehinggalah hari kiamat. Aameen.


Sahabat-sahabat muslimin muslimat yang dirahmati Allah...
Khususnya kepada mereka yang memegang title "CIKGU" "USTAZ" "USTAZAH" "TEACHER" dan apa sahaja "istilah" yang digunakan oleh pelajar/ murid-murid untuk individu-individu yang menyampaikan 'ilmu kepada mereka... rasanya belum terlambat untuk ana mengucapkan SELAMAT HARI GURU (^_^)...

Dalam keseronokan diraikan oleh para pelajar dan meraikan diri sendiri sebagai seorang guru... Pernah tak kita terfikir sendirian... "layak kah aku dipanggil cikgu? ustaz? ustazah? teacher?" satu gelaran yang mulia, yang akan dikenang sehinggalah saat jasad kita sudah dikebumikan di dalam perut bumi... gelaran "cikgu" "ustaz" "ustazah" & "teacher" akan tetap "melekat" di sanubari masyarakat... tak kira baik atau buruk sikap kita... gelaran itu tak akan terpisah dari diri kita...

Kenapa ana melontarkan isu sebegini???

Saudara-saudara muslimin muslimat yang ana hormati kerana Allah...
Kita pernah mendengar peribahasa "kerana nila setitik, rosak susu sebelanga"...senario inilah yang terjadi dalam dunia pendidikan... sedar atau tidak, kerana perbuatan segelintir golongan yang berkecimpung dalam arena profesion perguruan yang hilang integriti... menyebabkan Sektor pendidikan jatuh dalam ranking kedua yang PALING banyak terlibat dalam isu integriti selepas PDRM... tiada kejujuran, tiada ketelusan, pecah amanah, penyelewengan, rasuah, salah guna kuasa, kes rogol, kes cabul, dan bermacam-macam lagi JENAYAH yang tidak sepatutnya dilakukan oleh golongan yang dipandang mulia oleh masyarakat... keadaan ini menyebabkan imej profesion perguruan tercalar dan menyebabkan kepercayaan masyarakat semakin hari semakin "menipis"...

Apa yang ana katakan ini adalah fakta yang ana perolehi sendiri daripada Encik Khairul Anuar Bin Hj Johari, daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia ketika ana menghadiri kursus induksi baru-baru ini. Beliau dijemput sebagai penceramah dalam 2 slot khas yang membicarakan tentang INTEGRITI... Beliau telah mendedahkan pelbagai salah laku yang dilakukan oleh kebanyakan kakitangan awam khususnya mereka berada dalam profesion perguruan...



Artikel kali ini, bukanlah bertujuan untuk mengulas panjang lebar tentang integriti... Tapi ingin berkongsi tentang adab-adab yang perlu dilaksanakan dalam PNP di sekolah masing-masing agar gelaran "mulia" itu layak disandang oleh mereka yang bergelar guru...Bukan dalam PNP sahaja, bahkan dalam kehidupan kita yang berpegang teguh dengan pesanan Nabi Muhammad SollaLlaahu 'alahi wa sallam, yang bermaksud "sampaikanlah dariku walau satu ayat"...

Baru-baru ini, ana dimaklumkan oleh salah seorang sahabat berkenaan dengan seorang guru wanita yang sedang sarat mengandung telah memaki hamun 6 orang pelajar di khalayak ramai di dalam bilik guru. Beliau mengucapkan perkataan yang pada ana TIDAK WAJAR diucapkan sekalipun dalam keadaan marah... Guru tersebut berkata "NI ENAM JAHANAM NI!!! kemarahan beliau adalah kerana pelajar-pelajar tersebut tidak masuk kelasnya (yang telah diganti oleh guru relief, sedang guru wanita tersebut pergi keluar ke klinik untuk mendapat rawatan)... Setelah ana itu, ana bertanyakan salah seorang pelajar yang dimarahi itu, dan ana dapati alasan yang diberikan adalah munasabah...

Perlu diingat wahai guru-guru, ustaz-ustazah yang ana kasihi pada jalan Allah...
Bukan pelajar sahaja yang perlu beradab, guru juga ada adab-adab yang PERLU diamalkan agar 'ilmu yang kita sampaikan ada keberkatan di sisi ALlah dan berkesan serta bermanfaat kepada diri sendiri dan kepada penerima. Bahkan rezeqi kita juga akan diberkati Allah... Insha'ALlah.

Muslimin muslimat yang dirahmati ALlah...
Telah berkata Al-Imam Hujjatul Islam Al-Ghazali dalam kitab beliau Bidayatul Hidayah:
"Jika engkau seorang guru, maka hendaklah engkau jaga adab-adab ini:
1. Ihtimal (banyak SABAR menanggung kesusahan)
2. Lambat marah
- Marah orang beriman hanyalah apabila MARUAH AGAMA & HAQ-HAQ ALLAH DICALAR & DIROBEK-ROBEK
3. Duduk dengan haibah atas kelakuan yang tetap serta menundukkan kepala
4. Meninggalkan takbur atas sekalian hamba Allah Ta'ala kecuali terhadap ORANG YANG ZALIM kerana menegahkan daripada kezalimannya
5. Memilih tawaddhu' yakni merendahkan diri pada perhimpunan orang ramai dan pada majlis orang ramai
6. Meninggalkan bergurau dan bermain-main
7. KASIH SAYANG dengan murid dan LEMAH LEMBUT dengan yang kurang pandai.
- Jangan sesekali memaki hamun pelajar-pelajar anda lebih-lebih lagi di hadapan khalayak ramai.
8. Membimbing murid yang lemah
9. Tidak memarahi murid yang bodoh/ lembab.
10. Tidak malu daripada berkata "aku tidak tahu" (bagi masalah yang tidak diketahuinya)
- Tidak jatuh air muka kita, tidak tercalar darjat kita... jika kita berani mengatakan "aku tidak tahu"... bahkan atas kejujuran menyatakan "aku tidak tahu" tersebut, boleh jadi akan naik martabat kita pada pandangan manusia...
11. Memberi perhatian kepada murid yang bertanya dan cuba memahami soalannya dengan baik
12. Menerima hujjah atau dalil yang dihadapkan kepadanya
13. Tunduk kepada kebenaran dengan kembali kepadanya ketika ia tersalah
14. Melarang murid daripada 'ilmu yang boleh memudharatkan
15. Melarang murid daripada menghendaki yang lain dari Allah dengan 'ilmunya
16. Melarang murid daripada menuntut 'ilmu yang fardhu kifayah sebelum selesai daripada menuntut 'ilmu yang fardhu 'ain. Dan 'ilmu yang fardhu 'ain itu ialah yang berkenaan membaikkan zahir dan batin dengan taqwa.
17. Memperbaiki diri sendiri dengan taqwa sebelum ia menyuruh orang lain, supaya muridnya dapat mencontohi 'amalannya dan mengambil manfaat daripada percakapannya ('ilmunya).

Muslimin muslimat khususnya buat guru-guru, ustaz-ustazah yang ana hormati pada jalan Allah...
Ana menyeru diri ana sendiri dan sekalian pembaca, marilah kita bersama-sama berusaha menjadi guru yang mursyid. Mungkin kita tak upaya mencapai darjat itu, namun begitu, kita perlu ada usaha yang ikhlas dan kesungguhan untuk mencapai ke arah itu...

Telah berkata Syeikh 'Abdul Baari An-Nadwi RahimahuLlaah:
"Tanda-tanda guru yang sempurna ialah bahawa dia telah memiliki 'ilmu dengan qadarnya yang diperlukan. Dia memelihara segala tuntutan syari'at di dalam perkara 'aqeedah, 'amalan dan tingkah laku. Dia tidak tamak kepada dunia dan tidak pula menyangka bagi dirinya kesempurnaan kerana sangkaan begitu adalah satu cabang dari cinta dunia.

Dia telah pun pernah di dalam beberapa waktu mendampingi seorang guru yang sempurna. Para 'ulama dan guru-guru tasawwuf sezaman dengannya adalah berbaik sangka terhadap dirinya.

Sesiapa yang berbai'ah dengannya telah berubah keadaan kebanyakan mereka itu kepada keadaan yang lebih baik dari sudut berpegang teguh kepada syari'at.

Sangat kurang keinginannya kepada dunia. Dia berlemah-lembut dan berlunak hati atas keadaan murid-muridnya ketika mengajar mereka dan mentalqinkan pelajaran kepada mereka, dan setiap kali dia melihat pada mereka sebarang keburukan atau mendengarnya maka dia akan mengkhabarkannya kepada mereka, dan menegah mereka dari keburukan itu, bukannya membiarkan sahaja mereka dengan keadaan mereka walau bagaimana sekali pun.

Orang yang duduk mendampingi mereka akan merasa berkurangnya perasaan keinginan terhadap dunia dan sebaliknya bertambahnya dan meningkatnya kecintaan kepada Allah.

Dirinya sendiri pula berada dalam keadaan sibuk mengingati Allah kerana tanpa 'amal atau tanpa keinginan kuat untuk ber'amal tidak akan tercapai keberkatan di dalam menyampaikan 'ilmu."

Kepada sekalian-kalian pelajar-pelajar (tak kira sama ada pelajar sekolah ke, universiti ke, bahkan sekolah pondok pun)... Berhati-hatilah dalam memilih guru... Berusahalah mencari guru yang dapat mendidik antum (kalian) menjadi insan yang soleh/hah. Peranan guru adalah amat besar pengaruhnya dalam mendidik generasi masa kini.

Oleh itu, kepada sekalian remaja dan juga sekalian guru-guru... Berhati-hatilah dengan orang sekeliling...JAGA 'AQEEDAH, JAGA 'AMAL, JAGA IMAN, JAGA UMMAH...



Ingatlah! Bahawa nyawa kita tidak lama...Setelah kita dilahirkan, kemudian kita membesar, kemudian dinikahkan, kemudian beranak cucu, kemudian... WaLlaahu a'lam... entah esok entah lusa, entah sekejap lagi... kita dijemput kembali menghadap Rabbul Jalil...Tiada jaminan yang kita akan meninggal dunia pada sekian tarikh... Semuanya masih menjadi tanda tanya dalam diri kita... Betul atau tidak... ana pulangkan kembali pada sekalian pembaca yang ana hormati pada jalan Allah...


Muslimin muslimat yang ana kasihi pada jalan Allah..
Pernah tak kita bertanya dengan diri kita sendiri?
1. Dah cukupkah 'amal kita untuk menjadi bekalan di akhirat nanti?
2. Dah banyak ke sumbangan kita terhadap perjuangan Islam?
3. Berkualiti ke 'amalan kita lakukan selama ini?
4. Ada cacat cela tak segala 'amal yang kita lakukan?
5. Bahagiakah kita nanti di "sana" atau dukacita
6. Berkat ke umur kita?
7. Berkat ke rezeqi kita?
8. Bagaimanakah keadaan kita saat menghadapi sakaratul maut?
9. Bagaimanakah keadaan 'alam barzakh yang akan kita lalui nanti? satu 'alam yang PASTI dirasai oleh semua orang...tak kira apa agama pun...



Muslimin muslimat yang ana hormati kerana Allah...
Ana menyeru diri ana sendiri, dan sekalian pembaca.. Usahlah ditangguh-tangguh untuk bertaubat... Hentikanlah permusuhan sesama kita... Hentikan perbuatan mencetus dan menyebar fitnah... Berusaha, berdoa serta bertawakkal lah kepada Allah agar kita sentiasa berada di jalan yang HAQ...

Akhirul kalam, mohon maaf dunia akhirat atas tutur bicara dan tindakan ana yang mungkin sedikit sebanyak ada mengguris hati mana-mana pihak. Tiada niat lain melainkan kerana ingin menyeru kepada diri ana sendiri dan sekalian pembaca agar kembali ke jalan Allah.

P/s: Selamat hari guru buat guru-guru yang telah mendidik ana...Tiada apa yang dapat ana hadiahkan buat kalian melainkan bingkisan do'a setiap kali solat agar kalian sentiasa dicucuri rahmat di sisi Allah. aameen. BarokaLlaahu fiikum

Ana al-faqiroh wad-dho'ifah ilaLlaah

13 comments:

  1. Tok ada pengalaman masa jadi mc ceramah BPR..masa tu tok cite le..kita bertuah kerana berada dlm bidang pendidikan yg jarang berlaku rasuah...pastu bila pengarah BPR selangor ( masa tu )berucap..dia kata mc ckp salah..bidang pendidikan ni no 2 selepas polis byk berlaku rasuah..mana le tok tau masa tu ..bila dah terjun ke sekolah baru le nampak..hakikat apa yg diperkatakan...
    Kesimpulannya ..kita berada dalam sistem yg rosak..samada kita jadi penyelamat @ kita turut menjadi agen perosak @ kita turut rosak sama ...
    Cintakan Allah , Cintakan Akhirat ...Takuti azabNya...mzb

    ReplyDelete
  2. betul tu tok malau... tahun lepas ana dan shbt ana yg baru posting tahun lepas utk mgantikn tmpt mereka mjadi pengawas exam PMR dan SPM... dan bulan mac baru2 ni ana dn shbt ana diminta mganti guru utk mjadi pngawas PTK... Allah... susah nk ckp...
    1. Ada yg mnuntut tuntutan perjalanan yg pd ana X PATUT dituntut. misalnya, yg dtg mnumpang kereta kengkawan, pastu tulis kt borg claim naik kereta yg besar, konon2nya
    2. Tuntut claim jaga exam 3 hari, walhal jaga exam hnya 1 hari...
    Allahu akbar merisaukan... bukankah hasil nyer nnti jd syubhah... na'uzubiLlaahi min zalik
    3.Exam PTK, ramai guru2 yg meniru. ana sbg guru baru, dh tegur tpi diketawakn pula oleh guru2 yg ambik PTK yg kbnyknya senior dlm bidang perguruan... nmpak sgt kesedaran trhadap integriti smakin berkurang... (T_T)

    Maaf dunia akhirat min ana al-faqiroh ilaLlaah

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum
    salam terziarah

    satu pengalaman kerja sebelum memasuki alam study kos pendidikan membuatkan diri sedar sejenak, guru pun boleh merosakkan tanggungjawab mereka dgn wang ringgit.

    saya pernah bekerja di jabatan akauntan bahagian gaji, mmg seronok semak dan luluskan setiap gaji kakitangan yang mempunyai gaji tinggi2. namun disebalik kelulusan gaji tersebut terselindung fenomena yang kita sukar untuk kesan jika kita tidak menyemaknya secara kritis.

    dari segi pengiraan gaji tertunggak,pembayaran berulang mmg bnyk berlaku.kdg2 tanpa sedar terbyr, namun bila diketahui..org2 berkenaan tidak mahu memulangkan dgn alasan gaji mereka.tapi pihak saya ada cara utk potong semula namun tidak mendadak but by bulan utk kurangkn beban...bnyk kes lg...akhirnya adalah penyelewengan yang hanya merosakkan rezeki halal yang diterima. rasuah dalam diam.

    nampak bertanggungjawab dalam soal mengajar tapi rezeki ditokok tambah tanpa hak sebenarnya.
    sekadar perkongsian...

    ReplyDelete
  4. wa'alaykumussalam wa rohmatullah ya akhi fiLlaah

    walau bnyak mana pun undang2 ditetapkan,kalau SIKAP individu yang "terlibat" tak mahu berubah PAYAH juga sbnrnya...

    Melainkan iman dan taqwa yg mampu mnjadi benteng ssorg itu utk memelihara dirinya drpd berlaku x amanah.

    Apepun, syukran jaziilan atas kesudian terziarah & scara x langsung mnziarah, serta kesudian berkongsi cerita dan pengalaman setelah membaca dan memahami artikel ini dgn "mata hati"... BarokaLlaahu fiik.

    Good luck. Moga kita menjadi guru yg cemerang dunia akhirat, aameen (",)

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum,

    Suatu peringatan yang baik. Alhamdulillah..

    ReplyDelete
  6. Wa'alaykumussalam wa rohmatullah...

    laa hawla wa laa quwwata illa biLlaahil 'aliyil 'azhim

    Syukran jaziilan krn sudi ziarah, baca & beri komen :)

    ReplyDelete
  7. assalammu'alaykum...syukran atas peringtn ini.memg byk penyelewengan skgni.buat dr ini takut pd zaman fitnah ini.wallahu'alam

    ReplyDelete
  8. wa'alaykumussalam wa rohmatullah

    syukran sudi ziarah, dan membaca artikel ini dgn mata hati... moga bermanfaat bg diri kita di dunia dan akhirat. aameen

    Jaga anak-anak didik kat sekolah ek. rindu nk jumpa kengkawan dan anak-anak didik kita d sana. sminggu lagi kursus induksi ni :)

    Doakan kak jannah lulus ujian induksi ek.

    Kirim salam "rindu" ngan adik-adk usrah kita

    BarokaLlaahu fiikum

    ReplyDelete
  9. Salam, trima kasih sbb wt artikel yg b'guna ini. trasa diri ini masih banyk k'kurangan. Insyallah sy akn mhdpi intrview DPLI pd mggu dpn. Trasa perluny da k'kuatan dan p'ubhan dalm diri sy sblm m'cburi bdng p'guruan. Doakan sy bjaya.

    ReplyDelete
  10. Wa'alaykumssalam wa rohmatullah

    sama-sama dik :) sbg insan biasa, kita semua serba kekurangan... tiada kesempurnaan. walaubagaimanapun, kita kena berusaha bersungguh-sungguh utk mcapai kesempurnaan itu. smoga brjaya. prbanyakkn do'a dan sntiasa mbetulkn niat krn Allah. insha'Allah sgalanya akan dpmudahkn... barokaLlaahu fiiki ya ukhti fiLlaah

    ReplyDelete
  11. salam Siasah...salam ulang tahun sambutan ulang tahun HARI GURU. Asif,atas kelewatan...Semoga akak berada dalam golongan guru-guru yang diredhoi olehNYA...Ameen

    ReplyDelete
  12. Salam,

    Kaedah menyatakan, al-umur bimaqasidiha..

    ReplyDelete
  13. WA'ALAYKUMUSSALAM WA ROHMATULLAH

    ENTA BENAR YA AKHI FILLAH. SYUKRAN JAZIILAN. TERUSKAN PERJUANGAN :)

    ReplyDelete