Saturday, May 2, 2009

REMAJA ASET NEGARA: PELAJAR SEKOLAH AGAMA BUANG BAYI


PELAJAR sekolah agama (kanan) dipercayai membuang bayinya diiringi polis ke Mahkamah Majistret Alor Star semalam.

ALOR STAR - Seorang pelajar sekolah menengah agama di Pokok Sena di sini bertindak di luar batas kemanusiaan apabila membuang bayi perempuan yang baru dilahirkan danditemui mati di tempat pembuangan sampah belakang asrama sekolah itu.

Pelajar perempuan berusia 18 tahun dan berasal dari Hulu Langat, Selangor itu dipercayai melahirkan anak Isnin lalu di bilik asrama.

Bayi malang yang cukup bulan itu dipercayai dibunuh ibunya sendiri sebelum membungkusnya dengan kain batik dan menutupnya dengan timbunan sampah.

(Gambar hiasan utk mudah faham cerita, TAPI utk kita fikirkan dan muhasabah bersama)

Ketika ditemui, bayi perempuan itu dalam keadaan hampir rentung bersama urinya yang masih berdarah.

Pelajar terbabit dikatakan menjadi mangsa rogol di ibu negara ketika pulang bercuti tetapi kejadian itu tidak dilaporkan kepada keluarganya dan polis.

Rahsia pelajar itu melahirkan anak luar nikah terbongkar apabila dia mengadu sakit perut dua hari selepas bersalin dan dibawa seorang ustazah sekolah itu ke hospital untuk pemeriksaan.

Doktor mendapati pelajar itu sebenarnya baru bersalin dan memaklumkannya kepada ustazah berkenaan. Selepas dipujuk, barulah pelajar itu mengaku melahirkan anak sebelum membuangnya di belakang asrama.

Menurut seorang kakitangan sekolah itu yang ditemui Kosmo! semalam, disebabkan badan pelajar itu yang agak gempal dan tinggi menyebabkan pelajar dan kakitangan sekolah tidak menyedari dia mengandung sehingga sembilan bulan.

"Pelajar itu selalu tidak sihat dan pernah berhenti belajar di sini dahulu dan sambung belajar semula, semua orang tak sangka dia mengandung, lagi pun dia tidak bergaul sangat dengan orang lain," jelasnya yang enggan dikenali.

Katanya, sekolah terbabit gempar apabila melihat beberapa orang guru mencari mayat bayi di tempat buang sampah di belakang asrama sekolah.

"Mayat itu dijumpai dalam keadaan terbakar sebab kawasan itu tempat buang sampah. Tukang kebun bakar sampah lalu terkena mayat bayi, semua badan terbakar kecuali sedikit sahaja di bahagian muka," ujarnya.

Sementara itu jurucakap polis memberitahu, guru sekolah agama berkenaan telah membuat laporan mengenai kejadian itu di Balai Polis Langgar di sini kelmarin.

SUMBER:http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=0508&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm

p/s: Artikel ini walaupun mungkin menganggap ianya cerita lama dan tak patut diulas lagi, tapi ana cuma ingin mengingatkan untuk diri ana dan sekalian pembaca yang dirahmati Allah...

Si kecil itu tidak berdosa... Berilah dia peluang untuk hidup... Inilah antara sebab bilamana 'aqeedah masih goyah dan tidak difahami dengan sebenar-benar kefahaman... akan banyak kejadian-kejadian yang tidak diingini berlaku di kalangan masyarakat khususnya generasi muda yang bakal menjadi pemimpin di masa hadapan...

Kasihan pada gadis tersebut... Moga Allah beri kekuatan untuk dia "bangkit" semula menghadapi liku-liku hidup. Apepun, pada ana tindakan membuang bayi sehingga menyebabkan kematian bayi tersebut... TETAP satu tindakan yang SALAH & BERDOSA BESAR...

Kepada remaja di luar sana, yang menghadapi masalah sebagaimana gadis ini, LUAHKAN MASALAH KALIAN kpd individu-individu yang kalian percayai... Jangan membiarkan diri berseorangan sehingga segala tindakan melampaui batasan syara', sehingga nafsu mendahului kewarasan 'aqal...

Kepada remaja yang pernah menggugurkan kandungan dengan sengaja dan membuang bayi dengan sengaja... BERTAUBATLAH...Ketahuilah! Sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang... Seandainya dirimu masih lagi terumbang-ambing mencari panduan... Kembalilah kepada kehidupan berlandaskan Al-Qur'an dan As-Sunnah, carilah pembimbing yang benar-benar ikhlas ingin membimbing kalian ke jalan Allah... insha'Allah akan dipermudahkan Allah jika itu yang DIHARAPKAN DAN DIUSAHAKAN... akhirnya, kalian akan memperolehi ketenangan... INSHA'ALLAH

Ana mohon maaf dunia akhirat atas segala kesilapan dalam tutur bicara ana... Ana terpanggil meng"copy paste" dan mengulas artikel ini setelah mendpaat email daripada kakak ana... Kakak ana menghantar puluhan gambar bayi-bayi yang dibuang dalam keadaan sangat mengerikan dan menyayat hati..

Insha'Allah ana akan kongsikan kepada pembaca sekalian pada posting akan datang jika diberi kesempatan dan keizinan-Nya. Bukan untuk mengaibkan mana-mana pihak tapi untuk MEMBUKA MATA SEMUA PIHAK.... insha'Allah

Agaknya inilah luahan hati si anak yang dibuang untuk ibunya yang sanggup meninggalkannya keseorangan (jika dia diberi kesempatan untuk hidup)

Apepun, ini juga adalah luahan hatiku untuk mu ibuku yg ku kasihi dan cintai kerana Allah

Ni mesej yg ana terima dari seorang adik saat ana menyiapkan artikel ini dan ana tambah sedikit beberapa ayat. Jadi kemungkinan besar ana ada melakukan kesilapan tanpa ana sedari. Mohon maaf dunia akhirat...

"Ana cuma seorang hamba. berasal dari setetes air yang hina, lahir ke dunia, akan mati dan kembali ke tanah. Ana cuma seorang hamba. yg singgah sebentar di dunia. Untuk menjalani keidupan di dunia yang fana'. Menunaikan tanggungjawab sebagai hamba-Nya. Ana cuma seorang hamba. Dngan Taufiq NYA mencuba jalani hidup sesuai Fitrah ketetapan NYA. Ana cuma seorang hamba. Lemah bodoh miskin dan hina. Mencuba menafikan nikmat nikmat dunia. Ana cuma seorang hamba. Mencuba meyakini janji janji NYA. Ana cuma seorang hamba. di hari kebangkitan nanti ana akan dibangkitkan untuk dihisab semua atas amal dan perbuatan selama di dunia. AstaghfiruLlah.

Ana al-faqiroh wad-dho'ifah ilallah

13 comments:

  1. yaAllah, selamatkan keturunan kami...selamatkan ketrunan umat islam...kepada-Mu lah kami memohon...

    ReplyDelete
  2. Hanya kepada-Mu kami bermohon, hanya kepada-Mu kami meng'abdikan diri, dan hanya kepada-Mu kami meminta.

    Perkenankanlah du'a kami. Aameen ya Rabbal 'aalamiin.

    ReplyDelete
  3. sedihnya.. mohon perlindungan dari Allah agar kita terselamat dari gejala maksiat yang kian berleluasa dan semoga hidup kita sentiasa dalam pimpinan al quran dan sunnah..

    ReplyDelete
  4. insha'Allah...

    Sama-samalah kita panjatkan du'a kpd-Nya...Tiada upaya kita melakukan kebaikan melainkan atas keizinan-Nya dan tiada upaya jua untuk kita meninggalkan maksiat melainkan atas kehendak-Nya jua.

    BarokaLllaahu fiikum ya aiyuhal muslimun

    Salam perjuangan dan salam ukhuwwah dr ana
    Al-faqiroh wad-dho'ifah ilaLlaah (T_T)

    ReplyDelete
  5. haya Allah sahaja yang maha mengetahui setiap apa yang terjadi.

    ReplyDelete
  6. To Ana_Musafir..
    Syukran sudi Ziarah... sudi2kanlah utk ziarah lagi :)

    To perjuanganku...
    Benar kata-katamu wahai saudaraku, sahabat seperjuanganku...

    To all readers and visitors...
    Remaja yg bermasalah HARUS bahkan PERLU ddekati...selami jiwa mereka,jgn kta trlalu cpt mhukum...

    beri mereka RUANG, beri mereka PELUANG...jka insan2 sbegini BERTAUBAT,maka boleh jdi mrk lebih mulia...drpd insan2 yg mndabik dada mngatakn mereka yg mulia d sisi Tuhan.maka itu, bsama2lh kita mnghayati & mng'amalkn Islam dgn sbnrnya..

    Mulianya ssorg dgn Islam :) hinanya ssorg dgn mninggalkn Islam...Na'uuzubiLlaahi min zalik.

    maaf dunia akhirat atas ksilapan dlm tutur bicara ana. Andai ana silap apatah lagi yang jelas bersalahan dengan syara', maka tegurlah ana kerana Allah demi da'wah Islam.

    Do'akan ana agar berpegang teguh dgn syari'at Islam... Do'akan ana thabbat d medan da'wah ini...

    Ana al-faqiroh wad-dho'ifah ilaLllah

    ReplyDelete
  7. ana bangga nGAN Ukhti...keluarkanLar artikel yg bergune utk kite smue...amin..

    ReplyDelete
  8. Bila melihat serta mendengar tentang kes membuang bayi, aku jadi kurang yakin tentang kasih-kasih sayang seorang ibu yang sering disenandungkan bahawa ianya sampai ke syurga. Namun, seorang ibu solehah yang mempunya anak soleh dan solehah nescaya benar juga senandung tersebut. Ibuku, Masya Allah semoga Allah jadikan syurga itu tempatnya bersama ayahku, Amin. Begitu juga dengan ibu dan ayah kelian, Aminnn.

    ReplyDelete
  9. ya allah lindungilah hamba-MU ini dari p`buatan keji & munkar..dan ku sertakan sekalian saudara & teman2 ku..

    ReplyDelete
  10. moga Allah pelihara diri kita dan ahli keluarga kita serta anak zuriat kita daripada perbuatan yang mungkar... ammeen

    ReplyDelete
  11. secarlah wahai wanita..anakmu itu mmerlukanmu..apa guna buat tapi tak reti nak tanggung???bodohla kamu..balik la ke pangkal jalan..

    ReplyDelete
  12. Berfikirlah sebelum bertindak...
    Dekati insan yang ikhlas mahu membimbing kalian...
    Yang pernah terlanjur, bentenglah dirimu dengan iman dan taqwa kpd ALlah...

    Dunia dh nk hampir qiamat... Jauhilah perbuatan dosa yg dah tentu pembalasannya amat azabdan tiada tertanggung, tiada terucap oleh kata...

    ReplyDelete