Tuesday, May 5, 2009

HARGA KASIH IBU? ANAK? INDIVIDU? MASYARAKAT? PEMIMPIN???

بسم الله الرحمن الرحيم
Segala puji-pujian bagi Allah Tuhan Pentadbir 'alam. Dari-Nya kita datang, kepada-Nya kita akan dikembalikan. Maha Suci Allah yang menciptakan sesuatu itu mengikut kehendak-Nya. Dia Menciptakan sesuatu daripada tiada kepada wujudnya sesuatu itu. Maha Suci Allah Yang Maha Mengetahui apa yang tersimpan di dalam rahim seseorang wanita itu. Maha Suci Allah Yang Maha Mengetahui perkara-perkara ghaib lagi tersembunyi. Dia-lah Tuhan yang bersifat dengan segala sifat kesempurnaan. Maha Suci Allah daripada bersifat dengan segala sifat ketidaksempurnaan.Maha Suci Allah yang Maha Pengampun, Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Dengan limpahan kasih-Nya maka berkasih sayanglah sekalian makhluq-makhluq-Nya. Selawat dan salam ke atas Nabi junjungan Muhammad SollaLlaahu 'alaihi wa sallam, ahli keluarga Baginda, para sahabat baginda, para tab'ien, para 'ulama yang haq, dan sekalian para pejuang Islam dan umat Islam sama ada yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia. Aameen.



Muslimin muslimat yang dirahmati Allah...
Sedangkan haiwan sayangkan anak-anaknya... Inikan pula manusia yang dianugerahkan 'aqal fikiran untuk memikirkan sesuatu perkara itu sama ada baik mahupun buruk... Apatah lagi jika diterangi lagi dengan suluhan IMAN dan TAQWA kepada Allah... Maka akan bertebaran limpahan kasih sayang dengan rahmat-Nya di muka bumi Allah ini...


Gambar-gambar berikut jadikanlah sebagai iktibar kita untuk melihat sejauhmana kejadian ini dapat dibenteras oleh semua pihak... Tindakan yang segera WAJIB diambil. Usah menuding jari pada sesiapa, tapi tanyalah diri sendiri... Sejauhmana kita ada membantu menangani masalah ini daripada terus berlaku... Mencegah itu lebih baik daripada merawat...




Sempena hari ibu... Em... bila tarikh ibu yang sebenarnya???ada yang kata 10.Mei, ada yang kata 13.Mei... tapi pada ana setiap hari adalah hari ibu... setiap hari kita perlu meraikan ibu kita... Di bawah ini ana kongsikan email yang ana terima dari kakak dan sahabat ana untuk kita renungi bersama...(Sementara membaca artikel ini, dijemput sahabat-sahabat yang sudi membaca artikel ini, klik video di bawah... Hayati dan renungkan... Moga timbul keinsafan dalam diri untuk menerapkan nilai kasih sayang dalam keluarga :)




Orang kata aku lahir dari perut mak..

(bukan org kata...memang betul)

Bila dahaga, yang susukan aku... mak
Bila lapar, yang suapkan aku...
mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku...
mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut....Mak
Bila bangun tidur, aku cari...
mak
Bila nangis, orang pertama yang datang ...
mak
Bila nak bermanja, aku dekati...
mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah....
mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya...
mak
Bila nakal, yang memarahi aku...
mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma...
mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah...
mak
Bila takut, yang tenangkan aku...
mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk...
mak
Aku selalu teringatkan ...
mak
Bila sedih, aku mesti talipon...
mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu...
mak
Bila bengang.. aku suka luah pada...
mak
Bila takut, aku selalu panggil...
"mmaaakkkk! "
Bila sakit, orang paling risau adalah...
mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga...
mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu...
mak
Bila ada masalah, yang paling risau...
mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni...
mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku...
mak
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk...
mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku...
mak
Yang selalu berleter kat aku...
mak
Yang selalu puji aku...
mak
Yang selalu nasihat aku...
mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk...
mak


Aku ada pasangan hidup sendiri....


Bila seronok, aku cari....pasanganku
Bila sedih, aku cari....
mak


Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada....
mak

Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat....
emakku

Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....
mak

Bila sambut valentine... Aku bagi hadiah pada pasanganku

Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan

“Selamat Hari Ibu”

Selalu.. aku ingat pasanganku

Selalu.. mak ingat kat aku

Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon
mak

Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk
emak


Renungkan:

"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak?
mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".

Berderai air mata jika kita mendengarnya........


Tapi kalau mak sudah tiada..........

MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....

Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....

berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....

berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya.....

berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya.......

berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....

berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....

dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu:

1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4..00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar di mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.

1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, & keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA


Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh si ibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,

"Saya Sayangkan Ibu".

Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya...

Selamat Hari Ibu buat ibu-ibu dan bakal ibu di seluruh dunia (^_^)

Min ana al-faqiroh wad-dhoi'fah ilaLlaah

8 comments:

  1. AlhamduliLlah !

    Saya pun sangat menyayangi Ummi saya.

    "...diberi jalannya melalui Abahku dan Ummiku yang mulia yang aku mohon syafa'at dan doa dari kedua-duamu wahai insan-insan mulia Abahku dan Ummiku." (Sedutan Posting Perutusan Buat Pemerintah)

    Terima kasih atas ingatan

    wassalamu'alaikum,
    TokPakirKD

    ReplyDelete
  2. wa'alaykumussalam wa rohmatullah...

    syurga d bawah kaki ibu...
    Siapa pun ibu kita, jika dia tidak pernah pun terlintas ingin membuang kita ketika masih bayi lagi... itu tandanya, ibu kita orang bereri kemanusiaan...

    walau apa pun tindakan yg dilakukan oleh ibu kita, walau apa pun keputusan yang dilakukan untuk kita... sebenarnya, kerana ingin melihat kebahagiaan anak-anaknya sungguhpun beliau sudah tiada d dunia...

    Syukran TokPakir krn suD baca ... moga kita mnjadi anak yg soleh/hah d cc Allah. aameen

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum...
    T_T
    terharu adik bce artikel ni...
    klu x de ibu,x de lah kite kat dunia nie...

    kak,insyaAllah sblm cuti sklh adik nak buat qiamullail...
    adik nak jemput akk klu akk x sibuk...
    tp tarikhnye x pasti...
    klu bleh adik nak no tepon akk,supaya adik dpt bg tau akk utk yg lebih lnjut...

    Syukran...

    ReplyDelete
  4. wa'alaykumussalaam wa rohmatullah

    Moga artikel ini bermanfaat utk sekalian pembaca... aameen...

    Ttg adik nk buat Qiamullail tu, adik nk kak jannah bantu ape? nk jmput kak jannah sbg ape? Kak jannah x lah mahir sgt nk handle Qiamullail ni (T_T)

    Qiamullail tu utk muslimat ke atau sekali ngan muslimin? ...

    Utk makluman adik, kak jannah akan mngikuti kursus Induksi d BP pd 14 Mei-28 Mei.2009.
    Dan insha'Allah pd 31 Mei -12 Jun 2009, kak jannah akan berada di semenanjung. Insha'Allah, sambung belajar

    Em, tpi x pe, adik try jek arrangekn sama ada 16.Mei (mlm) atau 23 Mei (mlm), rasanya x de aktiviti tu masa induksi... tpi x sure lg... kalau adik nk akak smpaikn tazkirah mgkin pas subuh la kot kan...skdr yg trmampu...

    Adik try jek arrangekn, kalau mmg kak jannah x dpt, kak jannah akan minta shbt kak jannah gnti akak, boleh?

    Ttg no.tepon tu, kak jannah x leh bg mlalui posting ni... adik try YM kak jannah dulu, insha'Allah nnti kak jannah bg no tepon kak jannah mlalui YM.

    K,jaga diri, jaga iman, jaga 'amal (pesanan utk kak jannah dan adik syaza (~_~)

    Ana al-faqiroh ilaLlaah

    ReplyDelete
  5. salam...sedih tgk gambar anak2 y terbuang

    hargai ibu ketika dia masih ada...

    terima ksh atas ingatannya kak...

    ReplyDelete
  6. wa'alkumussalam wa rohmatullaah

    bukan anak TERbuang tapi anak yg DIbuang.. makna kata, pebuatan yg DISENGAJAKAN...

    Moga artikel ini bermanfaat utk kita semua, insha'ALlah , aameen

    ReplyDelete
  7. artikel yang sangat menyentuh sanubari tok...tok sedih melihat anak2 yg tk berdosa dibuang ... hilangnya kasih sayang insan... lebih2 tok sedih bila melihat anak2 yg hidup tapi hilang 'imannya' ..membuat mungkar dengan bangga dan sombongnya ..mana iman kpd pencipta dirinya? hilangkah keyakinan @ sememangnya iman tidak disemai sebaiknya lantas tidak disuburkan? ayuh pejuang aqidah..perhebatkan jihad...menyuburkan iman generasi kini...AllahuAkbar

    ReplyDelete
  8. Kekadang, org tak tau apa khabar imannya?
    Kekadang, org tak tau status 'aqeedahnya?
    Kekadang, org tak tau yang dia serba tak tahu tentang dirinya?

    Walau apepun keadaan kita, walau siapa pun kita, walau apapun jawatan kita...

    Kita semua kena BERTANGGUNGJAWAB menggembeleng tenaga, buah fikiran, dan apa yang ada pd kita untuk membantu menangani masalah ini...

    Bukan pada masyarakat, bahkan pada diri kita dan keluarga kita sndiri...

    Remaja yang hanyut d tengah "lautan maksiat" kekadang lemas sendirian kerana x tahu cara nk "berenang" utk menyelamatkan diri...

    Maka itu, "pelancong2" yg melihat remaja yang hampir "lemas" itu perlu berusaha utk "menyelamatkan mereka" dgn apa cara sekalipun... kalau "pelancong" sendiri tidak tahu cara utk "berenang", maka.. kena usahakan utk mncari bantuan dr "penyelamat" yg reti nk "berenang"...

    Moga pembaca di luar sana faham, maksud tersirat d sebalik yg tersurat analogi yg ana smpaikn ini.

    Mohon maaf dunia akhirat...

    Ana al-faqiroh wad-dho'ifah ilaLlaah

    ReplyDelete