Wednesday, August 19, 2009

RENUNGAN: Pramugari koma di tanah suci

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على سيد المرسلين محمد صلى الله عليه وسلم وعلى آله وصحبه أجمعين




Assalaamu'alaykum. Muslimin muslimat yang dirahmati Allah.... Pagi tadi ana baru menerima email dari seorang teman tentang peristiwa seorang pramugari yang koma di Tanah Suci Makkah ketika ingin menunaikan fardhu haji.... Marilah kita membaca kisah ini dengan mata hati kita... moga dapat menjadi iktibar buat kita semua...

Selama hampir sembilan tahun menetap di Mekah dan membantu ayah saya menguruskan jemaah haji dan umrah, saya telah melalui pelbagai pengalaman menarik dan pelik. Bagaimanapun, dalam banyak-banyak peristiwa itu, ada satu kejadian yang pasti tidak akan saya lupakan sampai bila-bila.


Ianya berlaku kepada seorang wa nita yang berusia di pertengahan 30-an.Kejadian itu berlaku pada pertengahan 1980-an semasa saya menguruskan satu rombongan haji. Ketika itu umur saya 20 tahun dan masih menuntut di Universiti Al-Azhar, Kaherah. Kebetulan ketika itu saya balik ke Mekah sekejap untuk menghabiskan cuti semester.

Saya menetap di Mekah mulai 1981 selepas menamatkan pengajian di Sekolah Agama Gunung Semanggol, Perak. Keluarga saya memang semuanya di Mekah, cuma saya seorang saja tinggal dengan nenek saya di Perak. Walaupun masih muda, saya ditugaskan oleh bapa saya, Haji Nasron untuk menguruskan jemaah haji dan umrah memandangkan saya adalah anak sulung dalam keluarga.

Berbalik kepada cerita tadi, ketibaan wa nita tersebut dan rombongan haji di Lapangan Terbang Jeddah kami sambut dengan sebuah bas. Semuanya nampak riang sebab itulah kali pertama mereka mengerjakan haji.

Sebaik sampai, saya membawa mereka menaiki bas dan dari situ, kami menuju ke Madinah. Alhamdulillah, seg alan ya berj alan lancar hinggalah kami sampai di Madinah. Tiba di Madinah, semua orang turun dari bas berkenaan. Turunlah mereka seorang demi seorang sehingga tiba kepada giliran wa nita terbabit.

Tapi tanpa apa-apa sebab, sebaik sahaja kakinya mencecahkan bumi Madinah, tiba-tiba wa nita itu tumbang tidak sedarkan diri. Sebagai orang yang dipertanggungjawabk an mengurus jemaah itu, saya pun bergegas menuju ke arah wa nita berkenaan. "Kakak ni sakit," kata saya pada jemaah-jemaah yang lain. Suasana yang tadinya tenang serta merta bertukar menjadi cemas. Semua jemaah nampak panik dengan apa yang sedang berlaku.

"Badan dia panas dan menggigil. Kakak ni tak sedarkan diri, cepat tolong saya...kita bawa dia ke hospital," kata saya.Tanpa membuang masa, kami mengangkat wa nita tersebut dan membawanya ke hospital Madinah yang terletak tidak jauh dari situ. Sementara itu, jemaah yang lain dihantar ke tempat penginapan masing-masing.

Sampai di hospital Madinah, wa nita itu masih belum sedarkan diri. Berbagai-bagai usaha dilakukan oleh doktor untuk memulihkannya, namun semuanya gagal. Sehinggalah ke petang, wa nita itu masih lagi koma. Sementara itu, tugas mengendalikan jemaah perlu saya teruskan. Saya terpaksa meninggalkan wa nita tersebut terlantar di hospital berkenaan. Namun dalam kesibukan menguruskan jemaah, saya menghubungi hospital Madinah untuk mengetahui perkembangan wa nita tersebut.

Bagaimanapun, saya diberitahu dia masih tidak sedarkan diri. Selepas dua hari, wa nita itu masih juga tidak sedarkan diri. Saya makin cemas, maklumlah, itu adalah pengalaman pertama saya berhadapan dengan situasi seperti itu. Memandangkan usaha untuk memulihkannya semuanya gagal, maka wa nita itu dihantar ke Hospital Abdul Aziz Jeddah untuk mendapatkan rawatan lanjut sebab pada masa itu hospital di Jeddah lebih lengkap kemudahannya berbanding hospital madinah. Namun usaha untuk memulihkannya masih tidak berhasil.

Jadual haji mesti diteruskan. Kami bertolak pula ke Mekah untuk mengerjakan ibadat haji. Selesai haji, sekali lagi saya pergi ke Jeddah. M alan gnya, bila sampai di Hospital King Abdul Aziz, saya diberitahu oleh doktor bahawa wa nita tersebut masih koma. Bagaimanapun, kata doktor, keadaannya stabil. Melihat keadaannya itu, saya ambil keputusan untuk menunggunya di hospital.

Selepas dua hari menunggu, akhirnya wa nita itu membuka matanya. Dari sudut matanya yang terbuka sedikit itu, dia memandang ke arah saya. Tapi sebaik saja terpandang wajah saya, wa nita tersebut terus memeluk saya dengan erat sambil menangis teresak-esak. Sudah tentu saya terkejut sebab saya ni bukan muhrimnya. Tambahan pula kenapa saja dia tiba-tiba menangis??

Saya bertanya kepada wa nita tersebut, "Kenapa kakak menangis?" "Mazlan.. kakak taubat dah Lan. Kakak menyesal, kakak takkan buat lagi benda-benda yang tak baik. Kakak bertaubat, betul-betul taubat."

"Kenapa pulak ni kak tiba-tiba saja nak bertaubat?" tanya saya masih terpinga-pinga. Wa nita itu terus menangis teresak-esak tanpa menjawab pertanyaan saya itu. Seketika kemudian dia bersuara, menceritakan kepada saya mengapa dia berkelakuan demikian, cerita yang bagi saya perlu diambil iktibar oleh kita semua. Katanya, "Mazlan, kakak ni sudah berumah tangga, kahwin dengan lelaki orang putih. Tapi kakak silap. Kakak ini cuma Islam pada nama dan keturunan saja. Ibadat satu apa pun kakak tak buat. Kakak tak sembahyang, tak puasa, semua amalan ibadat kakak dan suami kakak tak buat.

Rumah kakak penuh dengan botol arak. Suami kakak tu kakak sepak terajang, kakak pukul-pukul saja," katanya tersedu-sedan.

"Habis yang kakak pergi haji ini?"

"Yalah...kakak tengok orang lain pergi haji, kakak pun teringin juga nak pergi."

"Jadi apa sebab yang kakak menangis sampai macam ni sekali. Ada sesuatu ke yang kakak alami semasa sakit?" tanya saya lagi.

Dengan suara tersekat-sekat, wa nita itu menceritakan, "Mazlan...Allah itu Maha Besar, Maha Agung, Maha Kaya. Semasa koma tu, kakak telah diazab dengan seksaan yang benar-benar pedih atas segala kesilapan yang telah kakak buat selama ini.

"Betul ke kak?" tanya saya, terkejut.

"Betul Mazlan. Semasa koma itu kakak telah ditunjukkan oleh Allah tentang balasan yang Allah beri kepada kakak. Balasan azab Lan, bukan balasan syurga. Kakak rasa seperti diazab di neraka. Kakak ni seumur hidup tak pernah pakai tudung. Sebagai balasan, rambut kakak ditarik dengan bara api. Sakitnya tak boleh nak kakak ceritakan macam mana pedihnya. Menjerit-jerit kakak minta ampun minta maaf kepada Allah."

"Bukan itu saja, buah dada kakak pula diikat dan disepit dengan penyepit yang dibuat daripada bara api, kemudian ditarik ke sana-sini... putus, jatuh ke dalam api neraka. Buah dada kakak rentung terbakar, panasnya bukan main. Kakak menjerit, menangis kesakitan.. Kakak masukkan tangan ke dalam api itu dan kakak ambil buah dada tu balik." tanpa mempedulikan pesakit lain dan jururawat memerhatikannya wa nita itu terus bercerita.
Menurutnya lagi, setiap hari dia diseksa, tanpa henti, 24 jam sehari. Dia tidak diberi peluang langsung untuk berehat atau dilepaskan daripada hukuman sepanjang masa koma itu dilaluinya dengan azab yang amat pedih.

Dengan suara tersekat-sekat, dengan air mata yang makin banyak bercucuran, wa nita itu meneruskan ceritanya, "Hari-hari kakak diseksa. Bila rambut kakak ditarik dengan bara api, sakitnya terasa seperti nak tercabut kulit kepala.. Panasnya pula menyebabkan otak kakak terasa seperti menggelegak. Azab itu cukup pedih...pedih yang amat sangat...tak boleh nak diceritakan. " sambil bercerita, wa nita itu terus meraung, menangis teresak-esak. Nyata dia betul-betul menyesal dengan kesilapannya dahulu.

Saya pula terpegun, kaget dan menggigil mendengar ceritanya. Begitu sekali balasan Allah kepada umatnya yang ingkar. "Mazlan...kakak ni nama saja Islam, tapi kakak minum arak, kakak main judi dan segala macam dosa besar.

Kerana kakak suka makan dan minum apa yang diharamkan Allah, semasa tidak sedarkan diri itu kakak telah diberi makan buah-buahan yang berduri tajam. Tak ada isi pada buah itu melainkan duri-duri saja tapi kakak perlu makan buah-buah itu sebab kakak betul-betul lapar. Bila ditelan saja buah-buah itu, duri-durinya menikam kerongkong kakak dan bila sampai ke perut, ia menikam pula perut kakak".

Sedangkan jari yang tercucuk jarum pun terasa sakitnya, inikan pula duri-duri besar menyucuk kerongkong dan perut kita. Habis saja buah-buah itu kakak makan, kakak diberi pula makan bara-bara api. Bila kakak masukkan saja bara api itu ke dalam mulut, seluruh badan kakak rasa seperti terbakar hangus..

Panasnya cuma Allah saja yang tahu. Api yang ada di dunia ini tidak akan sama dengan kepanasannya. Selepas habis bara api, kakak minta minuman, tapi...kakak dihidangkan pula dengan minuman yang dibuat dari nanah. Baunya cukup busuk. Tapi kakak terpaksa minum sebab kakak sangat dahaga. Semua terpaksa kakak lalui...azabnya tak pernah rasa, tak pernah kakak alami sepanjang kakak hidup di dunia ini."

Saya terus mendengar cerita wa nita itu dengan tekun.. Terasa sungguh kebesaran Allah. "Masa diazab itu, kakak merayu mohon kepada Allah supaya berilah kakak nyawa sekali lagi, berilah kakak peluang untuk hidup sekali lagi. Tak berhenti-henti kakak memohon. Kakak kata kakak akan buktikan bahawa kakak tak akan ulangi lagi kesilapan dahulu. Kakak berjanji tak akan ingkar perintah Allah akan jadi umat yg soleh. Kakak berjanji kalau kakak dihidupkan semula, kakak akan tampung segala kekurangan dan kesilapan kakak dahulu, kakak akan mengaji, akan sembahyang, akan puasa yang selama ini kakak tinggalkan."

Saya termenung mendengar cerita wanita itu. Benarlah, Allah itu Maha Agung dan Maha Berkuasa.. Kita manusia ini tak akan terlepas daripada balasannya.. Kalau baik am alan kita maka baiklah balasan yang akan kita terima, kalau buruk am alan kita, maka azablah kita di akhirat kelak. Alhamdulillah, wa nita itu telah menyaksikan sendiri kebenaran Allah.

"Ini bukan mimpi Mazlan. Kalau mimpi azabnya takkan sampai pedih macam tu sekali. Kakak bertaubat Mazlan, kakak tak akan ulangi lagi kesilapan kakak dahulu. Kakak bertaubat... kakak taubat nasuha," katanya sambil menangis-nangis.

Sejak itu wa nita berkenaan benar-benar berubah. Bila saya membawanya ke Mekah, dia menjadi jemaah yang paling warak. Amal ibadahnya tak henti-henti. Contohnya, kalau wa nita itu pergi ke masjid pada waktu maghrib, dia cuma akan balik ke biliknya semula selepas sembahyang subuh.

"Kakak...yang kakak sembahyang teruk-teruk ni kenapa. Kakak kena jaga juga kesihatan diri kakak. Lepas sembahyang Isyak tu kakak baliklah, makan nasi ke, berehat ke..." tegur saya.

"Tak apalah Mazlan. Kakak ada bawa buah kurma. Bolehlah kakak makan semasa kakak lapar." menurut wa nita itu, sepanjang berada di dalam Masjidil Haram, dia mengqadakan semula sembahyang yang ditinggalkannya dahulu.

Selain itu dia berdoa, mohon kepada Allah supaya mengampunkan dosanya. Saya kasihan melihatkan keadaan wa nita itu, takut kerana ibadah dan tekanan perasaan yang keterlaluan dia akan jatuh sakit pula. Jadi saya menasihatkan supaya tidak beribadat keterlaluan hingga mengabaikan kesihatannya.

"Tak boleh Mazlan.. Kakak takut...kakak dah merasai pedihnya azab tuhan. Mazlan tak rasa, Mazlan tak tau. Kalau Mazlan dah merasai azab itu, Mazlan juga akan jadi macam kakak. Kakak betul- betul bertaubat."



Wa nita itu juga berpesan kepada saya, katanya, "Mazlan, kalau ada perempuan Islam yang tak pakai tudung, Mazlan ingatkanlah pada mereka, pakailah tudung. Cukuplah kakak seorang saja yang merasai seksaan itu, kakak tak mau wa nita lain pula jadi macam kakak. Semasa diazab, kakak tengok undang-undang yang Allah beri ialah setiap sehelai rambut wa nita Islam yang sengaja diperlihatkan kepada orang lelaki yang bukan muhrimnya, maka dia diberikan satu dosa. Kalau 10 orang lelaki bukan muhrim tengok sehelai rambut kakak ini, bermakna kakak mendapat 10 dosa."

"Tapi Mazlan, rambut kakak ini banyak jumlahnya, beribu-ribu. Kalau seorang tengok rambut kakak, ini bermakna beribu-ribu dosa yang kakak dapat. Kalau 10 orang tengok, macam mana? Kalau 100 orang tengok? Itu sehari, kalau hari-hari kita tak pakai tudung macam kakak ni??? Allah..."

"Kakak ber azam , balik saja dari haji ini, kakak akan minta tolong dari ustaz supaya ajar suami akak sembahyang, puasa, mengaji, buat ibadat. Kakak nak ajak suami pergi haji. Seperti mana kakak, suami kakak tu Islam pada nama saja. Tapi itu semua kesilapan kakak. Kakak sudah bawa dia masuk Islam, tapi kakak tak bimbing dia. Bukan itu saja, kakak pula yang jadi seperti orang bukan Islam."

Sejak balik dari haji itu, saya tak dengar lagi apa-apa cerita tentang wanita tersebut. Bagaimanapun, saya percaya dia sudah menjadi wanita yang benar-benar solehah. Adakah dia berbohong kepada saya tentang ceritanya diazab semasa koma? Tidak. Saya percaya dia bercakap benar. Jika dia berbohong, kenapa dia berubah dan bertaubat nasuha?

Satu lagi, cubalah bandingkan azab yang diterimanya itu dengan azab yang digambarkan oleh Allah dan Nabi dalam Al-Quran dan hadis. Adakah ia bercanggah? Benar, apa yang berlaku itu memang kita tidak dapat membuktikannya secara saintifik, tapi bukankah soal dosa dan pahala, syurga dan neraka itu perkara ghaib? Janganlah bila kita sudah meninggal dunia, bila kita sudah diazab barulah kita mahu percaya bahawa "Oh... memang betul apa yang Allah dan Rasul katakan. Aku menyesal.... " itu dah terlambat.

REBUTLAH 5 PELUANG INI SEBELUM TIBA 5 RINTANGAN

WAKTU KAYA SEBELUM MISKIN, WAKTU SENANG SEBELUM SIBUK, WAKTU SIHAT SEBELUM SAKIT, WAKTU MUDA SEBELUM TUA DAN WAKTU HIDUP SEBELUM MATI

" SAMPAIKANLAH PESANKU BIARPUN SATU AYAT...."

Tuesday, July 28, 2009

PAKAI TUDUNG WALAUPUN TIDAK ISLAM - Spencer Wall


SPENCER Wall, seorang wanita Amerika Syarikat (AS) berusia 20 tahun asal West Texas, tergolong unik dan luar biasa di tengah masyarakat majoriti bukan Islam. Dia yang beragama Kristian, tetapi sejak akhir April lalu telah memutuskan untuk memakai pakaian Muslimah, bertudung lengkap selama satu tahun ini. Apa tujuannya?

Wall mengatakan dia bukan ber'eksperimen' tetapi belajar dari pengalaman. Dia nak rasa bagaimana menjadi golongan minoriti seperti komuniti Muslim, yang selalu dipandang sebelah mata dan dicurigai di negaranya, walaupun dia bukan mewakili komuniti tersebut. "Saya bukan ingin mewakili Muslimah atau komuniti Muslim.. Saya hanya ingin tahu bagaimana rasanya menjadi seperti mereka.. sebentar saja ..." ujar Wall.

Perubahan penampilan Wall tentu sahaja mengundang banyak tanya dari teman-teman dan orang-orang sekeliling. Wall memang mengalami hal-hal yang tidak diharapkannya sejak memakai tudung dan pakaian Muslimah. Orang kerap memandang Wall dengan curiga, tidak mahu bercakap dengannya dan sering dicemuh. Bahkan pernah ada pengunjung di restoran tempatnya bekerja, menolak dilayani Wall. Tetapi seperti kebanyakan Muslimah di AS yang kerap menerima kelaku seperti itu, Wall tidak ambil peduli dan tetap terus melangkah.

Pertanyaan yang kerap diterima ialah, asal dari mana? Kerana orang-orang Amerika masih melihat warga Muslim sebagai imigran atau pendatang. Mulanya Wall menjelaskan, 'ingin belajar dari pengalaman..' Tapi lama-lama, dia pun bosan juga, dan jawab pendek,"Saya bukan Muslim, tetapi saya pakai tudung kerana sukakanya!" Meski demikian, Wall mengakui jawapan itu tidak sepenuhnya benar, kerana jauh di dalam hatinya ia merasa tidak boleh keluar rumah tanpa berpakaian Muslimah. "Saya pernah cuba tak pakai tudung sehari saja, tetapi tak boleh..."

Kini bukan hanya dalam berpakaian, Wall juga mengikuti kebiasaan bagaimana sepatutnya sikap seorang Muslimah. Ia menolak hubungan bebas terutama dengan lelaki. Pernah di toko pakaian, Wall meminta pelayan toko itu menutupi ruang terdedah apabila kakinya ternampak semasa mencuba-cuba pakaian. Wall mengatakan, pengalamannya 'menjadi seorang Muslimah' mengajarnya untuk menghargai dan menghormati hal-hal yang bersifat peribadi. Satu hal yang tidak pernah ia rasakan dalam ajaran agama Kristien.

Bahkan katanya, suatu hari nanti ia juga ingin rasa bagaimana hendak bersolat 5 kali tiap hari. "Seperti yang anda tahu, kami hidup di tengah masyarakat yang tidak peduli dengan aktiviti ibadah. Dengan pengalaman saya sekarang, saya rasa diri saya lebih dekat dengan Tuhan," ungkap Wall. "Pengalaman ini mengajar saya untuk menghormati wanita yang membuat keputusan ' tinggal tetap di rumah, menjaga dan mendidik anak-anak saja..' menghormati mereka yang bertudung lengkap, beraktiviti di luar atau menjadi seorang CEO.." sambungnya.


sumber: http://nisatawau.blogspot.com/

Hayatilah video ini untuk mu muslimah dan untuk mu rijal

Wednesday, July 22, 2009

JADUAL TERKINI PENGAJIAN 'ILMU (24 Julai - 16 Ogos 2009)

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على سيد المرسلين محمد صلى الله عليه وسلم وعلى آله وصحبه أجمعين


Klik link ini utk mendapat gambaran jelas:
http://pondokhabib.files.wordpress.com/2009/07/jadualjo.jpg

JADUAL MAJLIS PENGAJIAN

1. Pengajian kitab bersama Baba 'Abdul Aziz al-Fathani di Dewan Syaikh Daud al-Fathani (Khazanah Fathaniyah), Taman Melewar, KL

a) Tarikh: 6 Sya'ban 1430/ 28 Julai 2009 (Selasa)
Masa: Bermula selepas Maghrib
Kitab: Faridatul Faraid, Musholli dan Kanzul Minan (Syarah Hikam Abi Madyan)

b) Tarikh: 7 Sya'ban 1430/29 Julai 2009 (Rabu)
Masa: Bermula selepas Maghrib
Lokasi: Faridatul Faraid, Musholli dan Kanzul Minan (Syarah Hikam Abi Madyan)


2. Pengajian kitab Sairus Salikin karangan Syaikh 'Abdus Shamad al-Falimbani - Syaikh Ahmad Fahmi Zamzam al-Banjari al-Makili An-Nadwi

a) Tarikh: 11 Sya'ban 1430/2 Ogos 2009 (Ahad)
Masa: 9.30 pagi
Lokasi: Masjid al-Falah USJ 9, Subang Jaya, Selangor

b) Tarikh 25 Sya'ban 1430/ 16 Ogos 2009 (Ahad)
Masa: 9.30 pagi
Lokasi: Masjid al-Falah, USJ 9, Subang Jaya, Selangor
(dengan perbahasan khusus mengenai Rahasia Puasa dari kitab Sairus Salikin)

3. Program Nisfu Sya'ban di Pusat Pengajian Ba'alawi

Tarikh: 14 Sya'ban 1430/5 Ogos 2009 (Rabu)
Masa: Maghrib
Jemputan: Habib Dr. Ahmad Abdullah al-Kaf

5. Jadual Pengajian Syaikh Muhammad Nuruddin Marbu al-Banjari al-Makki

(a) Tarikh: 15 Sya'ban 1430/ 6 Ogos 2009
Masa: Selepas sholat Maghrib
Lokasi: Masjid Sayyidina Abu Bakar as-Siddiq, Bakar Arang, Sungai Petani
Kitab: Hadits Qudsi

(b) Tarikh 16 Sya'ban 1430/ 7 Ogos 2009
Masa: 9 pagi - 11 pagi
Lokasi: PAKSI Sungai Petani

(c) 17 Sya'ban 1430/ 8 Ogos hingga 20 Sya'ban 1430/ 11 Ogos 2009
Lokasi: Masjid al-Bukhary, Alor Malai, Alor Setar, Kedah
Masa pengajian: 9 pagi - 12 tengahari dan selepas sholat Maghrib.
Kitab: Nashoih ad-Diniyah wal Washoya al-Imaniyah dan Kumpulan Hadits Nabawi Riwayat 10 Shahabat - Jilid 2

(d) 21 Sya'ban 1430/ 12 Ogos 2009 - 23 Sya'ban 1430/ 14 Ogos (Mini Daurah)
Lokasi: Masjid Bakar Arang, Sungai Petani
Jadual:
12 Ogos 2009 : 9 pagi - 12 tengahari dan selepas 'Asar - kitab Umdatus Salik; selepas Maghrib kitab Hadits Qudsi
13 Ogos 2009 : 9 pagi - 12 tengahari dan selepas 'Asar - kitab Umdatus Salik ; selepas Maghrib kitab Hadits Qudsi
14 Ogos 2009 : sebelah pagi di PAKSI dan sebelah malam penutup daurah di Masjid Bakar Arang.


(e) 24 Sya'ban 1430/15 Ogos 2009
Masa: Selepas sholat Maghrib
Lokasi: Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, Kuala Lumpur

(f) 25 Sya'ban 1430/ 16 Ogos 2009 - Majlis di Seremban, N9 (akan dikemaskinikan)

(g) 26 Sya'ban 1430/ 17 Ogos 2009 dan 27 Sya'ban 1430/ 18 Ogos 2009 - Majlis di Kuantan, Pahang (akan dikemaskinikan)


*****************************************

JADUAL MAJLIS HAUL

1. Majlis haul al-Habib 'Abdullah al-Aidarus bin Abu Bakar as-Sakran
Tarikh: 10 Sya'ban 1430/ 1 Ogos 2009 (Sabtu)
Masa: bermula dari jam 5.30 petang
Lokasi: Masjid 'Abidin, Jalan Emas, Taman Sri Skudai, Johor

Aturcara:

(a) Bacaan Maulid Daiba'ie di pimpin al-Habib Zain al-Habsyi (Imam Masjid Wadi Hasan)

(b) Ceramah oleh Habib Novel bin Sholeh al-Aidarus (penjaga makam Habib Hussin al-Aidarus - Keramat Luar Batang, Jakarta) - Tajuk ceramah: Fadhilat Majlis Haul

(c) Ceramah oleh Ustaz Zaki Yusuf (Imam Masjid Salleh @ Makam Habib Noh, Singapura). Tajuk ceramah: Contoh Tauladan Auliya'.


MI'RAJ DAN SYUBHAH TEMPAT BAGI ALLAH

Bercerita tentang mi'raj Junjungan Nabi SAW, maka kerap-kali berlaku salahfaham pada segelintir masyarakat, di mana sesetengah "pendakwah" menggunakan peristiwa ini sebagai hujjah bahawa Allah ta'ala itu bertempat dan berarah, subhanAllah. Sedangkan mi'raj itu adalah sesuatu yang dialami oleh seorang hambaNya yang paling utama, Junjungan Nabi SAW, yang bermi'raj itu adalah baginda, Allah adalah yang memi'rajkan baginda. Maka yang bertempat dan yang mengambil tempat itu adalah hamba, dan sekali-kali bukan Allah SWT yang mengambil tempat. Di sinilah kita kena membezakan isyarat kepada makanah (darjat kedudukan) dan kepada makan (tempat).

Jika dikatakan tatkala Junjungan Nabi naik ke langit, maka kedudukan baginda menjadi lebih hampir kepada Tuhan, maka persoalannya ialah adakah dengan keberadaan baginda di bumi setelah mi'raj itu menjadikan baginda berada lebih jauh dari Tuhan? Sudah tentu tidak, kerana wujudnya Allah tidak bertempat, tidak berjarak, tidak berarah, wujudnya Allah berbeza dan menyalahi segala yang baharu.

Sama juga dengan keadaannya jika dibuat perbandingan dengan peristiwa Nabi Yunus AS yang ditelan ikan dan dibawa ke dasar lautan. Jika Tuhan itu bertempat di langit, maka adakah dengan beradanya Nabi Yunus di dasar lautan itu baginda berada jauh dari Tuhan? Sungguh Allah sentiasa dekat dengan hamba-hambaNya yang sholeh dengan rahmatNya dan kasih-sayangNya. Juga dekat dengan hamba-hambaNya yang derhaka dengan kemurkaan dan seksaanNya.

Prof. Dr.a-Muhaddits Habib Muhammad bin 'Alawi bin 'Abbas bin 'Abdul 'Aziz al-Maliki Al-Hasani Rahimahumullah

Prof. Dr. al-Muhaddits Habib Muhammad bin `Alawi bin `Abbas bin `Abdul `Aziz al-Maliki al-Hasani rahimahumUllah, adalah antara ulama yang memperjelaskan waham yang ditimbulkan oleh puak yang menempatkan Allah di sesuatu tempat, subhanAllah. Dalam karya beliau yang berjodol "Wa Huwa bil Ufuqil A'laa", beliau rahimahUllah menyatakan sebagai berikut:-
Tidak sepatutnya seseorang muslim yang mendengar kisah mi'raj mengenai naik dan turunnya Junjungan Nabi SAW ke langit, untuk menyangka bahawa antara hamba dan TuhanNya terdapat jarak yang tertentu yang dapat dijangkau, kerana sangkaan yang sedemikian adalah suatu kekufuran, yang mana kita berlindung dengan Allah daripadanya. Bahawasanya naik dan turun ini hanya dinisbahkan kepada hamba (yakni Junjungan Nabi SAW) dan bukannya kepada Tuhan.

Meskipun Junjungan Nabi SAW pada malam isra' tersebut berkesudahan dengan mencapai jarak kedudukan seumpama dua anak panah atau lebih hampir lagi, tetap baginda tidak melepasi maqam / kedudukan seorang hamba.
Dan keadaan baginda dengan Nabi Yunus bin Matta AS ketika ditelan ikan serta dibawanya ke lautan lepas sehingga ke dasar lautan adalah sama, dalam hal ketiadaan jarak bagi Allah dengan ciptaanNya, ketiadaan arah, ketiadaan mengambil tempat, ketiadaan had pembatas, dan ketiadaan dapat dijangkau (yakni bukanlah artinya bila Junjungan Nabi SAW mi'raj ke atas maka baginda lebih hampir kepada Tuhan berbanding Nabi Yunus yang dibawa ikan ke dasar lautan dari segi tempat dan jarak - satu di atas dan satu di bawah - kerana Allah tidak bertempat sehingga boleh didekati atau dihampiri dengan diputuskan jarak yang tertentu.)

Dan telah dikatakan oleh segelintir ulama, bahawa ikan tersebut telah membawa Nabi Yunus sejauh perjalanan 6,000 tahun, sebagaimana disebut oleh Imam al-Baghawi dan selainnya.
Apabila telah engkau ketahui yang sedemikian, maka yang dikehendaki dengan naiknya Junjungan Nabi SAW dan menempuhnya baginda jarak yang jauh tersebut adalah untuk menzahirkan / menyatakan kedudukan baginda kepada penghuni langit dan menyatakan bahawasanya bagindalah makhluk Allah yang paling utama. Pengertian ini diperkuatkan lagi dengan dijadikan buraq sebagai tunggangan baginda, lalu dihubungkan bagi baginda akan mi'raj (alat untuk naik ke langit), dijadikan baginda imam bagi para nabi dan malaikat, sedangkan Allah ta'ala berkuasa untuk mengangkat baginda tanpa buraq dan mi'raj.
Maka diisra` dan dimi`rajkan Junjungan Nabi SAW dengan menggunakan makhluk seperti buraq dan mi'raj adalah untuk menzahirkan kemuliaan dan ketinggian baginda di antara sekalian makhluk. Inilah hakikat sebenar mi'raj Junjungan SAW ke langit, agar dipersaksikan kepada segala penghuni langit akan darjat ketinggiannya penghulu sekalian makhluk. Tidaklah ia menunjukkan Allah berada di sesuatu tempat, Maha Suci Allah daripada mengambil faedah dari makhlukNya dan Maha Suci Ia daripada mengambil bagi lapang.
ِ

http://bahrusshofa.blogspot.com/2009/07/miraj-syubhah-tempat-bagi-allah.html
**********************************************
الله موجود بلا مكان

Thursday, July 16, 2009

WAHAI DIRI...INSAFLAH!

بسم الله الرحمن الرحيم
Segala puji-pujian kembali kepada Allah Yang Maha Kuasa, Tuhan Pencipta dan Pentadbir sekalian 'alam. Maha Suci Allah, Tuhan Yang Maha Adil. Dia memberi keampunan kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya dan meng'azab kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya. Sungguh, Dia-lah Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam buat Nabi junjungan kita, Nabi Muhammad SollaLlaahu 'alaihi wa sallam, para ahlul bayt, sekalian para sohabat, para tab'ien, para 'ulama haq, para waliyuLlah, dan sekalian para pejuang dan pengikut kebenaran sama ada yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia hingga akhir zaman. Aameen.



Lahirmu kerana satu tujuan
Hidupmu bukan sekadar mengecap kenikmatan
Kemanisan dunia tidak akan berkekalan
Jangan sampai kau sesat di hujung jalan

Wahai diri...hari-harimu berlalu tanpa kau sedari...
(Ayat seterusnya... klik video di atas:)
Bacalah dengan mata hati...
Moga kita benar-benar membawa keinsafan dalam diri




p/s: Salam ukhuwwah, salam perpaduan dari ana. Ana mohon maaf dunia akhirat pada sekalian sahabat-sahabat kerana dah lama ana tak update blog ana. Sepanjang bulan mei-jun ana sibuk ngan kursus dan beberapa siri program yang telah diaturkan sejak awal tahun lagi. Oleh itu, ana kurang ada kesempatan nak update blog. Maaf sgt2... Skrg ni pula, ana kena athma lagi...Allahu akbar, kesakitan ini mengingatkan dan menyedarkan ana betapa perlunya kita menghargai masa kita. Memanfaatkannya dengan sebaiknya. Untuk kebahagiaan dunia dan akhirat. Doakan ana al-faqiroh wad-dhoi'fah ilaLlaah.

MAJLIS SAMBUTAN ISRA' & MIKRAJ 1430H


Monday, June 8, 2009

HAYATI MAKNA YG TERKANDUNG DALAM لا إله إلا الله

بسم الله الرحمن الرحيم
Segala puji-pujian milik Allah Tuhan Pencipta, dan Pentadbir 'Alam. Maha Suci Allah Yang Maha Berkuasa, Maha Pemurah, lagi Maha Penyayang. Maha Suci Allah yang bersifat Pentadbir dan Penguasa mentadbir dan menguasai 'alam tanpa ada sekutu bagi-Nya. Tiada Tuhan yang layak disembah kecuali Allah. Selawat dan salam buat Nabi Junjungan semulia-mulia makhluq-Nya penutup segala Nabi yakni Nabi Muhammad SollaLlaahu 'alaihi wa sallam, ahli keluarga Baginda, para sahabat baginda, para tabi'en, para 'ulama yang haq, para syuhada' dan para solehin, dan sekalian orang yang beriman yang ikhlas hingga hari kiamat.






لامعبود حق في الوجود
Tiada Tuhan yang disembah dengan sebenarnya

إلا الله المعبود بحق
Kecuali (hanya) Allah Dia-lah yang disembah dengan sebenar-benarnya



لا واجب الوجود
Tiada yang wajib wujudnya
إلا الله الوجب الوجود
Kecuali (Hanya) Allah yang wajib wujud

لامستحقا للعبادة بحق
Tiada yang mempunyai haq dibuat 'ibadat pada-Nya
(Tiada yang berhaq/ layak disembah melainkan hanya pada ALlah)
إلا الله المستحق للعبادة بحق
Kecuali (Hanya) Allah yang Haq dibuat 'ibadat
(Hanya Allah sahaja yang layak disembah)



لا خالق
Tiada yang menjadikan (sekalian makhluq)

إلا الله الخالق كل شيء
Kecuali hanya Allah, Dia-lah yang menjadikan sekalian makhluq

لا رازق
Tiada yang memberi rezeqi
إلا الله الرازق كل شيء
Kecuali hanya Allah, Dia-lah yang memberi rezeqi bagi setiap makhluq



لا محيى
Tiada yang menghidupkan
إلا الله المحيى كل شيء
Kecuali (Hanya) Allah Dia-lah yang menghidupkan

لا مميت
Tiada yang mematikan
إلا الله المميت كل شيء
Kecuali (Hanya) Allah Dia-lah yang mematikan

لا محرك
Tiada yang menggerakkan

إلا الله المحرك كل شيء
Kecuali (Hanya) Allah, Dia-lah yang menggerakkan

لا مسكن
Tiada yang mendiamkan
إلا الله المسكن كل شيء
Kecuali (Hanya) Allah, Dia-lah yang mendiamkan

لا نافع
Tiada yang memberi manfaat
إلا الله المنافع كل شيء
Kecuali (Hanya) Allah, Dia-lah yang memberi manfaat

لاضر
Tiada yang memberi mudhorat
إلا الله الضار كل شيء
Kecuali (Hanya) Allah, Dia-lah yang memberi mudhorat

لا متصرف فى الوجود
Tiada yang melakukan di dalam segala keadaan
إلا الله المتصرف فى الوجود
Kecuali (Hanya) Allah DIa-lah yang melakukan di dalam segala keadaan