1. Maksud Sabda Rasulullah: “Makan sahur adalah berkat, maka janganlah kamu tinggalkan sekalipun hanya dengan meminum seteguk air.” (Riwayat Ahmad)
2. Sunat melewatkan waktu sahur, sekira-kira sempat berhenti makan sahur itu pada waktu imsak.
3. Dianjurkan mematuhi waktu imsak sebagai langkah berhati-hati. Waktu imsak ialah waktu sebelum masuk waktu subuh dan tempohnya lebih kurang membaca 50 ayat Al-Quran secara sederhana. Dinilai tempoh waktu menghabiskan surah Al-Mursalat itu memadai kerana surah itu mengandungi 50 ayat. Pendapat lain, cukup dengan nilaian 10 minit sebagai tempoh waktu imsak.
4. Sunat makan sahur dengan kurma sepertimana yang dianjurkan Rasulullah, “sebaik-baik makanan sahurmu adalah kurma.”
5. Niat makan sahur belum memadai sebagai niat puasa makanya orang yang belum berniat puasa, wajib niat pada waktu sahur dengan niat puasa. Sekurang-kurang niat, adalah “sahaja aku puasa Ramadhan”.
Sumber: http://fekah.blogspot.com/2008_09_01_archive.html
p/s: Selamat bersahur dan salam Ramadhan al-Mubarak
Artikel tambahan:
Perkataan asal bagi puasa ialah saum, yang bererti menahan diri daripada makan dan minum dan apa sahaja yang membatalkannya mulai terbit fajar hingga terbenam matahari. Antara perkara yang sangat-sangat digalakkan sebelum kita memulakan puasa adalah bersahur. Didapati masih ramai masyarakat Islam, khususnya golongan muda, yang salah memahami pengertian sahur dengan menyangka sahur adalah nama kepada hidangan yang dimakan sebelum berpuasa esok hari.
Ada pula masih mempunyai tanggapan salah bahawa makan sahur merupakan syarat puasa hingga apabila tidak bersahur, mereka pun tidak berpuasa. Apabila ditanya mengapa tidak berpuasa, alasan lazim adalah.. "semalam tak sahur!".
Sebenarnya, sahur adalah nama waktu lebih kurang sejam setengah sebelum terbit fajar. Ia merupakan antara waktu yang sangat diberkati hingga apa sahaja kebaikan yang dilakukan pada waktu itu akan diberkati dan diberikan ganjaran yang sangat lumayan. Waktu sahur juga antara waktu yang baik untuk berdoa. Segala doa yang diminta pada waktu sahur tidak akan ditolak. Bagi yang mempunyai hajat dan inginkan hajatnya itu dikabulkan oleh Allah, jangan lepaskan peluang berdoa pada waktu sahur.
Rasulullah saw bersabda: "Bersahurlah, sesungguhnya pada waktu sahur itu berkah."
Hukum makan pada waktu sahur adalah sunat dan sama sekali bukan syarat sah puasa. Mereka yang makan pada waktu sebelum sahur dengan niat mahu berpuasa tidak akan mendapat segala kebaikan waktu sahur. Hikmah makan pada waktu sahur antara lain adalah ia dapat memberikan kita tenaga untuk berpuasa menahan lapar dahaga sepanjang hari.
Nabi Muhammad saw bersabda: "Dapatkanlah pertolongan makan waktu sahur bagi berpuasa sepanjang hari dan dapatkan bantuan tidur sejenak pada waktu zuhur (qailuulah) bagi melakukan solat pada waktu malam."
Hendaklah diusahakan bangun pada waktu sahur itu berkat. Janganlah kamu tinggalkan walaupun kamu hanya dapat meneguk seteguk air. Nabi Muhammad bersabda: "Makan pada waktu sahur itu berkat. Janganlah kamu tinggalkan walaupun kamu hanya dapat meneguk seteguk air. Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya akan berselawat ke atas orang-orang yang bersahur."
Oleh Ustaz Abdul Rahman Mohamed

(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

(Hadis sahih riwayat Al-Hakim).
Hendaklah diusahakan bangun pada waktu sahur itu berkat. Janganlah kamu tinggalkan walaupun kamu hanya dapat meneguk seteguk air. Nabi Muhammad bersabda: "Makan pada waktu sahur itu berkat. Janganlah kamu tinggalkan walaupun kamu hanya dapat meneguk seteguk air. Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya akan berselawat ke atas orang-orang yang bersahur."
(Hadis riwayat Imam Ahmad)
Oleh Ustaz Abdul Rahman Mohamed
No comments:
Post a Comment