Soalan: Bagaimana jika termasuk air ke dalam telinga sewaktu mandi wajib pada hari berpuasa?
Jawapan:
Di hari berpuasa, sunat mandi wajib itu disegerakan sebelum fajar. Jika mandi wajib selepas fajar, dan berlaku termasuk air ke dalam telinga, atau ke dalam mulut sewaktu berkumur atau melepasi pangkal hidung sewaktu memasukkan air ke dalam hidung; semuanya itu dimaafkan atas kerana mandi wajib tadi. Tidak dimaafkan jika mandi itu berlebih-lebihan sehingga membazirkan air, dan berkali-kali mandinya atau basuhan pada anggotanya.
Tidak dimaafkan juga jika mandi itu mandi sunat dan mandi harus. Berbeza pendapat sesetengah ulamak yang mengatakan dimaafkan juga pada mandi sunat. Mandi sunat itu ialah seperti mandi pada hari jumaat dan mandi sesudah memandikan mayat. Mandi wajib atau sunat atau harus di bulan puasa dengan cara menyelam membatalkan puasa sekiranya termasuk air seperti yang yang disebutkan. Untuk itu, tidak dianjurkan untuk menyelam sewaktu berpuasa.
Sumber: http://fekah.blogspot.com/2008_09_01_archive.html

No comments:
Post a Comment