Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Segala puji bagi Allah Tuhan Pemilik dan Pencipta alam. Selawat dan salam ke atas Penghulu Segala Nabi, ke atas keluarga Baginda, sahabat-Sahabat Baginda , para sahabat, para tab'ien, para salafussoleh, para 'ulama yang haq, sekalian mujahidin dan golongan-golongan yang memperjuangkan risalah al-Haq hingga yaumul Qiyamah. Kerana Allah manusia mampu berkasih sayang. Kerana Allah manusia saling kenal mengenal. Kerana Allah kita semua mampu meneruskan kehidupan di dunia yang sementara ini. Syukur alhamdulillaah.
Assalamu'alaykum sahabat2 pembaca sekalian...
Maaf lama tak terupdate... mohon maaf juga kak Jannah ucapkan pd adik2 UMS kerana agak lewat membuat artikel ini sebagaimana yang akak janjikan seusai akak memberi ceramah pada 15 Oktober 2011... agak sibuk sikit 2 3 minggu ni. Musim peperiksaan. (^_^) Mohon maaf sangat...Bila dh agak lapang ckit, masalah wireless la pulak, bila nk guna broadband, tetiba black out. ALlahu Rabbiii.. mcm2 ujian. Semua itu atas kehendak ALlah jua.
Seminggu sebelum tarikh 15 Oktober 2011, adik AJK Protokol menghubungi akak untuk memberi ceramah di masjid UMS pd tarikh tersebut, pada awalnya akak terpaksa menolak. Kerana pada akak lebih 'aula AJK menjemput ustaz-ustaz yang lebih arif memandangkan akak ni bukanlah seorang yang bertaraf ustazah. Akak Orang biasa, cikgu biasa sahaja...tapi nak jadi orang yang luar biasa. Cikgu yang luar biasa. hehehe. boleh tak kata macam tu (^___^)
Akak menolak juga disebabkan kebetulan pada tarikh tu Kak Jannah ma'zuroh, jadi akak takut, risau dan agak keberatan memberi ceramah dalam masjid UMS kerana akak berpegang pada hukum HARAM kepada wanita yang dalam keadaan berhadas besar duduk diam di dalam masjid. Namun begitu, melihat kesungguhan AJK untuk minta akak sendiri yang memberi ceramah akak jadi serba salah. Kak Jannah akur dan reda. Asalkan masa berceramah nanti bukan di dalam masjid (Kawasan orang yang bersembahyang). JAZAKALLAHU KHAIRAN KATHIRAN pada AJK pengelola kerana bersusah payah memenuhi syarat akak mencari tapak ceramah di luar kawasan masjid UMS.
Bila disebut tentang jarak aman? apa yang tergambar di fikiran? apa yang terlintas di hati kalian? Ramai yang akak memberi jawapan :
1. Aman dari kejahatan.
2. Aman dari gangguan orang
3. Aman tenteram
4. Bukit Aman (^_^)
5. Kedah Darul Aman (>__^) (",)
Bagi merungkai tajuk Ceramah Jarak Aman ini ialah satu jarak , satu etika, satu ikhtilat, suatu adab dalam pergaulan antara lelaki dan perempuan yang AMAN DARI FITNAH...
Ikhtilat pada adatnya bermaksud pergaulan. Di dalam konteks Islam, ikhtilat bermaksud suatu bentuk pergaulan secara bebas yang melibatkan lelaki dan wanita ajnabi
Pada masa kini, kita semua tak dapat lari daripada melakukan suatu aktiviti harian yang mana ada berlakunya percampuran di antara lelaki dan wanita. Tidak kira ketika:
1. berasak-asak/ berebut-rebut menaiki bas
2. berada di dalam dewan kuliah
3. menghadiri kursus
4. berjual beli di pasar/ pusat membeli-belah
5. menuntut 'ilmu
6. duduk dalam pengangkutan awam (bas, van, kereta sewa, kapal terbang dan yang sewaktu dengannya (^_^)
Terlalu sukar untuk mengelakkan percampuran lelaki dan perempuan. Bahkan dalam melakukan gerak kerja Islam pun ada ikhtilat. Semua orang yang terlibat sama ada secara langung atau tidak dalam gerakan/ jemaah Islam perlu mengambil perhatian tentang ikhtilat. Tidak kira sama ada ia sebagai ahli usrah, naqib/bah, amir/rah, atau mas'ul/lah. Jangan sesekali mengambil mudah dan memandangnya dengan sebelah mata. Syariat Islam tidak memandang siapa yang memegang jawatan atau post penting dalam jemaah dalam melaksanakan syariat tersebut.
Ikhtilat bukan sahaja melibatkan perjumpaan lelaki dan wanita yang ajnabi malah dengan kemudahan teknologi seperti Yahoo Messenger, SMS, MMS, e-mail, Friendster (lapuk dah ni kan), Facebook (FB), Twitter dan seumpamanya... (-___^)
Jarak yang jauh didekatkan, masa yang berbeza bukan lagi satu masalah begitu juga dengan kos perhubungan. Pendek kata semuanya kebanyakannya hanya di hujung jari (>_<) Budaya ini terus menjadi darah daging masyarakat kita terutama pemuda-pemudi Islam.
Berkata Syeikh 'Atiah Saqar dalam kitabnya "Ahsanul Kalam Fi Fatawa Wal-Ahkam . Percampuran antara lelaki dan perempuan yang ditegah adalah di dalam keadaan berkhalwat di antara lelaki dan wanita di tempat yang tertutup dan boleh menimbulkan fitnah. Syeikh 'Atiah turut menambah di dalam kitabnya "Ahsanul Kalam Fi Fatawa Wal-Ahkam" Adapun percampuran di antara lelaki dan perempuan di tempat umum seperti di pasar, tempat pengajian, pengangkutan awam, dan sebagainya tidak dikira sebagai percampuran yang diharamkan walaupun ada di sana ada perbuatan haram yang lain seperti melihat aurat, kata-kata yang menggoda dan berlakunya sentuhan.
Telah berkata juga Iman Yusof Al-Qardawi dalam kitabnya Fatawa Al-Mu'Asarah (jilid 2 m/s:284): "Pertemuan antara lelaki dan perempuan pada zatnya bukanlah ditegah, bahkan ianya HARUS & DITUNTUT sekiranya percampuran itu mempunyai niat yang baik seperti menuntut ilmu, beribadah, perbuatan yang dianggap baik di sisi syarak & sebarang aktiviti yang baik yang memerlukan kerjasama di antara dua pihak. Tetapi pertemuan ini MESTILAH MENJAGA ADAB-ADAB ISLAM antara kedua pihak seperti pakaian yang dibolehkan syarak, aurat, suara, dan pertemuan itu mestilah berdasarkan keperluan penting sahaja.
Kedua-dua pandangan tersebut jelas kepadak ita bahawa keharusan percampuran di antara lelaki dan perempuan jika MEMPUNYAI HAJAT & URUSAN YANG PENTING SAHAJA.
Kadang-kala timbul persoalan di benak kita hingga menimbulkan rasa was-was...adakah suara wanita itu aurat? ada yang kata aurat, ada yang kata bukan aurat...em, jadi mana satu ni ek? adeeh kompiusnya (@_@) komfiuzzz...
Imam Ghazali dalam kitabnya Ihyak (jilid 2 m/s 248) menyatakan bahawa suara wanita SELAIN DARI NYANYIAN TIDAK DIKIRA SEBAGAI AURAT . Bahkan wanita pada zaman sahabat sentiasa malakukan muamalah dengan lelaki ketika memberi salam, meminta fatwa, bertanya dan bermusyawarah.
Ada juga ulamak yang berpandangan bahawa sesungguhnya suara wanita pada zatnya bukanlah aurat, kerana sekiranya ianya aurat dalam semua keadaan, ianya akan memberatkan sesuatu yang sukar (attaklif fihi `usr). Ini kerana wanita sangat berhajat kepada perbualan dan saling berhubung dengan lelaki dalam urusan yang pelbagai seperti urusan muamalah.
Dalam syarah Sohih Muslim disebutkan peristiwa Saiyyidina Abu Bakar dan Sayyidina Umar Al-Khatab melawat Umu Aiman selepas kewafatan Nabi SAW. Ditaqlikkan oleh Imam Nawawi bahawa harusnya lelaki menziarahi wanita dan mendengar suaranya. Bahkan wanita dizaman salaf sentiasa meriwayatkan hadis dan mengajar manusia serta memberikan fatwa mengenai urusan agama.(jilid 13,m/s 10)
Selain daripada itu, banyak dalam kalangan sahabiah Nabi SAW bertanyakan kepada nabi berkenaan hukum agama ketika sahabat-sahabat nabi yang bukan mahram berada disitu dan nabi tidak menegahnya.
Manakala Imam Al-Qurtubi mengharuskan bercakap dengan perempuan dan berbual dengan mereka sekiranya ada keperluan.
Antara punca-punca terjadinya perlanggaran batas-batas pergaulan ialah:
1. Belum mengetahui batas-batas pergaulan
2. Sudah mengetahui tapi belum memahaminya
3. Sudah mengetahu namun tidak mahu mengamalkannya
4. Sudah mengetahui dan memahami, namun TERGELINCIR kerana lalai.
Kita di tingkat yang mana? (@_@) Tepuk dada, tanya iman... jangan tepuk dada tanya selera. kerana kalau tanya selera, selalunya sinonim dengan hawa nafsu...
Habih tu, macam mana nak elakkan ikhtilat yang tidak dibenarkan dalam Islam??? (@_@) (T_T)
1. Elakkan berhubung dengan lelaki / perempuan sekiranya tidak ada apa-apa keperluan.
"Imam Al-Qurtubi mengharuskan bercakap dengan perempuan dan berbual dengan mereka sekiranya ada keperluan"
* Wanita mestilah mempunyai mahram ketika bercakap dengan lelaki ajnabi dan mereka juga hendaklah menjaga batasan aurat"
2.Wanita juga semestinya menjaga aurat mereka dengan berhijab iaitu melabuhkan pakaian sehingga melepasi paras dada, tidak berwangi-wangian dan tidak menghiasi pakaian mereka dengan warna-warna yang menarik perhatian lelaki.
Firmah Allah Taala:
Yang bermaksud: “Wahai nabi, suruhlah isteri-isteri mu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan perempuan yang beriman supaya mebelabuhkan pakaian mereka bagi menutup seluruh tubuh mereka, cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal, maka dengan itu mereka tidak di ganggu. Dan ingatlah Allah maha pengampun lagi maha mengasihani”.
Yang bermaksud: “Wahai nabi, suruhlah isteri-isteri mu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan perempuan yang beriman supaya mebelabuhkan pakaian mereka bagi menutup seluruh tubuh mereka, cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal, maka dengan itu mereka tidak di ganggu. Dan ingatlah Allah maha pengampun lagi maha mengasihani”.
حَدَّثَنَا مُوسَى بْنُ إِسْمَعِيلَ حَدَّثَنَا حَمَّادٌ عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ عَمْرٍو عَنْ أَبِي سَلَمَةَ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَا تَمْنَعُوا إِمَاءَ اللَّهِ مَسَاجِدَ اللَّهِ وَلَكِنْ لِيَخْرُجْنَ وَهُنَّ تَفِلَاتٌ
Telah menceritakan kepada kami Musa bin Isma'il telah menceritakan kepada kami Hammad dari Muhammad bin Amru dari Abu Salamah dari Abu Hurairah bahawa RasuluLlah SollaLlahu 'alaihi wa sallam bersabda:"Janganlah kalian menghalangi kaum wanita itu pergi ke masjid-masjid Allah, akan tetapi hendaklah mereka itu pergi tanpa memakai wangian" (Hadith ke -478 Riwayat Imam Daud)
3. Kedua-dua pihak hendaklah menjaga akhlaq-akhlaq Islam.
Penjagaan dan akhlak-akhlak Islam tidak semestinya diamalkan dan dijaga oleh wanita sahaja bahkan kedua-dua belah pihak seharusnya memainkan peranan untuk merealisasikan biah solehah yang menjadi tuntutan syariat Islam, adalah tidak adil sekiranya bebanan ini diletakkan pada sebelah pihak sahaja. Ini kerana tidak mungkin berlakunya ikhtilat sekiranya hanya sebelah pihak sahaja yang terlibat.
4. Hadkan masa untuk berhubungan antara satu sama lain.
Contohnya dari segi masa: Elakkanlah beSMS/ berchatting/ berbual melebihi jam 10.15 malam...Elakkan berSMS pagi-pagi buta/ dinihari/ tgh mlm buta...
5. Hadkan penggunaan bahasa, dan bahasa tubuh (Body language) yang terlalu mesra alam.
* Bergelak ketawa, bersenda gurau ketika bermuamalah. Bagi wanita, suara janganlah dilunak-lunakkan mendayu-dayu bagai ditiup angin bayu (>_^)
6. Jaga Maruah diri. (^_^)
7. Ingat Allah setiap masa. Supaya kita tak terjerumus melakukan perkara yang dilarang Allah.
Ingatlah pesanan HabibuLlah Muhammad Sollahu 'alaihi wa sallam:
مَاتَرَكْتُ بَعْدِي فِتْنَةً أَضَرَّ عَلَى الرِّجَالِ مِنَ النِّسَاءِ
"Tidak aku tinggalkan suatu fitnah sesudahku yang lebih merbahaya kepada kaum lelaki melainkan godaan wanita"
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Sekian dahulu buat kali ini... Moga bermanfaat untuk kita semua. Syukran jaziilan kpd jawatankuasa pengelola memberi peluang kpd Kak Jannah untuk berkongsi sedikit ilmu yang cetek ini. Barokallahu fiikum
Ana al-faqiroh wad-dhoifah ilalaah.
aslmualaikm. boleh tlg recommend kn bhn bcaan yg sesuai yg dpt merungkai prmasalahn ikhtilat ni. mgkin bku2 yg byk/ada mnceritakan tntg ikhtilat pd zaman Rasulullah
ReplyDelete