بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على سيد المرسلين محمد صلى الله عليه وسلم وعلى آله وصحبه أجمعين
Assalamu'alaikum wa rahmatullah...
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Alhamdulillaah, dengan izin dan bantuan ALlah, akhirnya kaki penulis terpacak di dalam masjid UMS yang tersergam indah. Tempat taybiyyah yang utama selama penulis bergelar mahasiswi UMS satu ketika dulu.
Pada tanggal 24 September 2011, penulis dijemput oleh Ikatan Mahasiswa Muslim Masjid UMS untuk menyampaikan ceramah bertajuk 'Aqidah, Ibadah dan Akhlaq. SubhanaLlah, Masha'Allah... Laa hawla wa laa Quwwata illaa biLlaah... 1 tajuk yang sangat luas skopnya. cuma diberi 1 jam 30 minit untuk mengulas dan menerangkan kepada generasi muda Junior UMS. Ya Allah, Sesungguhnya tiada keupayaan dan tiada kekuatan untuk ku melakukannya kecuali dengan pertolongan Allah Yang Maha Tinggi dari segala kekurangan dan Yang Maha Agong dengan segala kesempurnaan.
Pun begitu, penulis menerima jemputan itu. Mudah2n Allah menerimanya sebagai ilmu yang bermanfaat di sisi-Nya. Alhamdulillah, ditambah lagi dengan sokongan yang tidak berbelah bagi dari suami tercinta yang sentiasa memberi dorongan. Kami mengharapkan dengan sedikit usaha ini, Allah memilih putera-puteri kami menjadi pelapis penerus perjuangan menyampaikan risalah Islam, dan ada orang yang mahu mengajarkan kepada mereka ilmu-ilmu Allah. Aameen Ya Allah...
Bagi penulis, jemputan ceramah ini, merupakan antara hadiah yang berharga di hari lahir penulis, setelah 30 tahun hidup di dunia yang fana' ini. Allahu Rabbi... terima kasih ya Allah.
.
Adik2, sahabat2, muslimin muslimat yang dirahmati Allah...
Tujuan penciptaan diri manusia,adalah untuk ber'ibadah kepada ALllah...
Sebagai orang beriman, kita hendaklah menjauhi perbuatan menyekutukan ALlah...
Maksudnya: ...Barangsiapa mengharap perjumpaan dengan Tuhannya, maka hendaklah ia mengerjakan 'amal yang soleh & janganlah ia mempersekutukan seorangpun dalam ber'ibadat kepada Tuhannya"
(Surah Al-Kahfi: ayat 110)
Pegangan 'aqidah yang teguh...
Seseorang hamba itu sentiasa husnu al-thiqah biLlah
Pegangan 'aqidah yang utuh...
Seseorang hamba itu meng'abdikan diri ikhlas semata-semata kerana Allah
Pegangan 'aqidah yang tidak rapuh...
Seseorang hamba itu thabbat dalam perjuangan membela deenuLlaah
Di samping mengislahkan diri menjadi hamba Allah yang soleh & solehah
Pegangan 'aqidah yang tiiidak runtuh...
Dapat mengelakkan diri dari perbuatan/ percakapan yang bercanggah dengan 'aqidah
Pelawak Zizan dalam Filem Hantu Bonceng...
Sedar tak sedar telah mempersendakan kalimah toyyibah, kalimah syahadah...
Demi menjaga nama, demi cintakan Islam, Zizan berkata "dia memohon maaf" secara terbuka...
Alhamulillah, syabas diucapkan... tapi tak kurang pulak, ada yang bangga tetap mempertahankan filem tersebut ... Bahkan memperlekehkan 'ilmu agama orang yang menegur pengarah filem tersebut ...
Jangan riyak, jangan sombong, jangan angkuh saudara....
Tepuk dada, tanya iman... jangan tanya selera..
Kalau tanya selera... LAPAR la jawabnya...
Jika 'aqidah goyah...
maka akan jadilah kes-kes yang menyalahi 'aqidah, 'ibadah dan akhlak Islamiyyah...
Seperti pembuangan bayi merata-rata...Na'uzubillahi minzalik
.
Syukur alhamdulillaah...
Tidak sedikit yang tidak suka....
Ramai yang teruja...
Mempelajari 'ilmu 'aqidah...
Demi Memperbaiki iman dan kualiti 'ibadah...
Mempelajari 'ilmu 'Aqidah & 'Ibadah...
Demi memurnikan ketaatan kepada Allah
Demi menyempurnakan akhlaq yang mulia...
Yang sudah menjadi pakaian seseorang hamba Allah yang soleh/hah
Agar sentiasa dikasihi Allah & sekalian makluq-Nya
Adik2, sahabat2, muslimin muslimat yang dirahmati Allah...
Jom kita didik anak-anak generasi kita untuk:
1. Mengenal Allah : Nama-nama Allah (Asma'ul Husna)sifat-sifat Allah Yang Maha Sempurna dari segala kekurangan dan Yang Maha Agong dengan segala kesempurnaan.
2. Mengenal Rasul-rasul Allah
2. Memahami dan melaksanakan perintah Allah
P/S: Jom klik video ini, sambil baca entry, sambil zikirullah Asma'ul Husna
sabda Nabi S.A.W : Sesungguhnya ALLAH mempunyai 99 nama. Sesiapa yang menghafalnya akan dimasukkan ke dalam syurga dan sabda baginda lagi sesiapa yang dalam duka dan runsing lalu berdoa seperti di atas maka Allah S.W.T akan menghapus duka dan runsing dan digantikan dengan kegembiraan.
Saat memberi ceramah, penulis terpandang wajah mulus seorang gadis (maaf, penulis tak ingat namanya).. Penulis menjemputnya untuk tampil ke hadapan bagi bertanyakan beberapa soalan dengan cepat dan dijawabnya dengan pantas. Alhamdulillah...
Kak Jannah: Berapa orang nabi yang telah diceritakan di dalam kitab?
Adik junior UMS: 124, 000 orang.
Kak Jannah: Daripada 124, 000 orang Nabi, berapa orang daripadanya adalah Rasul?
Adik junior: 313 orang
Kak Jannah: Daripada 313 orang Rasul, ada berapa orang Nabi dan Rasul itu yang wajib diketahui oleh umat Islam?
Adik Junior: 25 orang
Kak Jannah: Daripada 25 orang rasul itu ada berapa orang yang digelar rasul Ulul Azmi?
Adik Junior: 5 orang.
Akhirnya, tepukan gemuruh diberi kepada adik yang menjawab soalan-soalan tersebut. Subhanallaah... tahniah, syabas... kerana dapat menjawabnya dengan penuh keimanan dan keyakinan.
Sebelum itu, penulis ada bertanya, siapakah Rasul yang digelar Rasul ulul Azmi?
Adik junior: Rasul ulul Azmi ada 5 orang iaitu Nabi Adam, Nabi Muhammad, Nabi Isa, Nabi Musa, dan Nabi Ibrahim.
Kak Jannah: Semua betul kecuali satu. Iaitu Nabi Adam. Rasul Ulul Azmi terdiri daripada:
1. Nabi Muhammad SAW
2. Nabi Ibrahim a.s
3. Nabi Musa a.s
4. Nabi Isa a.s
5. Nabi Nuh a.s
Tak pe silap yang penting kita mesti sentiasa dalam usaha menambah ilmu...
Mereka digelar Rasul Ulul Azmi kerana kecekalan, keazaman, kesabaran dan kesungguhan mereka dalam menyampaikan risalah Islam iaitu mentauhidkan Allah, menyembah Allah SWT, melaksanakan perintahNya dan meninggalkan larangan-Nya.
Hmmmm... agak-agak la, kalau kita di soal di khalayak ramai, dapat tak kita menjawab soalan sepantas adik junior itu tadi, atau mungkin terkial-kial mencari jawapan di kotak fikiran atau masih berlegar-legar di luar kotak fikiran.
Kadangkala, kita belajar hanya semata-mata untuk exam, tapi bukan kerana benar-benar ikhlas nak mendalami ilmu kerana Allah, kerana kita sebagai seorang muslim. Alhamdulillah, Allah jua memberi kekuatan kepada penulis dan kepada adik Junior tersebut untuk berdiri di hadapan mata-mata manusia yang sedang memperhatikan dan mendengarkan dialog kami berdua. Ketaq juga sebenaqnya. hehehe.
Sahabat-sahabat, muslimin muslimat yang dihormati kerana ALlah...
Kita kata, kita adalah muslim.. Kadangkala, kita dengan penuh bangga mengatakan kita adalah pejuang Allah...Kita adalah pembela agama Allah...Kita beramal kerana Allah..TAPI...
Tanpa kita sedar, akhlaq kita tersasar jauh dari mencontohi akhlaq Rasulullah SAW. (Na'uuzubillahi min zalik) Kita selalu:
* Tidak menjauhi perbuatan mengumpat
* Tidak berdoa untuk keselamatan, kesejahteraan iman & 'aqidah ummah apatah lagi sahabat2
* Tidak berdoa untuk keteguhan keluarga dan sahabat2 pada jalan Allah
* Tidak berdakwah dengan hikmah dan lemah lembut pada mad'uu
Bahkan mungkin, kita jarang berdoa agar dikurniakan akhlaq seindah akhlaq Rasulullah, agar hati sentiasa dekat dan rindu kepada Rasulullah, agar hati sentiasa cinta kepada ALlah dan Rasul-Nya.
Ya ALlah, siapa kita di hadapan Allah dan Rasul-Nya... Andai Rasulullah SAW ada bersama kita, saat kita melakukan perbuatan yang menyempang dari ajaran dan didikan Rasulullah...Apa perasaan Rasulullaah... Ya Rasulullaah, kami merindui mu ya Rasulullah...
Telah berkata Imam Al-Ghazali Rahimahullahu Ta'ala:
"Manusia itu tiga golongan; satu golongan seumpama makanan, tidak lepas dari berhajat kepadanya, dan satu golongan lagi seumpama ubat, berhajat kepadanya pada waktu tertentu sahaja, dan golongan ketiga seumpama penyakit, tidak ada hajat kepadanya sama sekali tetapi seseorang hamba itu kadang-kadang diduga dengannya, dan ia adalah golongan yang tiada faedah sama sekali, maka wajiblah berbuat lunak dengannya untuk melepaskan diri dari kejahatannya"
Maka itu, wahai sahabat-sahabat, muslimin muslimat yang dirahmati Allah... Oleh itu, marilah kita menjadikan kita sebagai individu golongan pertama & kedua. Mohon dijauhkan diri dari menjadi golongan yang ketiga.
Marilah kita menghiasi diri kita dengan sifat mahmudah(terpuji), seperti:
1.Taubat Nasuha
2. Takut akan Allah SWT
3. Kasih akan Allah SWT
4. Zuhud
5. Sabar
6. Syukur
7. Ikhlas dan benar
8.Tawakkal
9. Redha dengan qada' Allah SWT
10. Mengingati mati
Dan menjauhi sifat mazmumah (sifat tercela):
1. Gemar makan dan minum
"Mereka yang selalu kekenyangan akibat gemar makan & minum akan terhindar daripada melakukan ibadah kerana sentiasa terdorong untuk tidur & beristirahat"
2. Banyak berkata-kata (yang sia-sia)
Nabi Muhammad SAW telah bersabda (yang bermaksud):
"Sesiapa beriman kepada ALlah & hari akhirat, berkatalah yang baik @ diam sahaja"
3. Marah - Berpunca daripada kurang sikap sabar & didorong oleh syaithan laknatullah yang ingin merosakkan iman & dirinya.
Islam tidak menghalang marah dalam hal-hal tertentu seperti yang diperintahkan ALlah dalam surat At-Tahrim, ayat 9 yang bermaksud:
"Wahai Nabi, perangilah orang kafir & orang munafik itu dan bersikap keraslah terhadap mereka"
4. Hasad dengki dan iri hati
Terdapat hadis yang diriwayatkan daripada Nabi Muhammad SAW (yang bermaksud):
"Hasad itu memakan (memusnahkan) kebajikan, sebagaimana api memakan (membakar) kayu"
5. Kasih pada harta -> yang membawa kepada sifat bakhil
"Hai orang beriman, janganlah kamu dilalaikan oleh harta kekayaan mu & anak pinak mu daripada mengingati Allah. Sesiapa berbuat demikian, maka tergolonglah mereka dalam kalangan orang yang rugi"
(Surah al-Munafiqun: 9)
6. Takbur (menyombongkan diri)
7. Riyak - Untuk menarik pandangan orang dengan menunjukkan pelbagai amal kebaikan semata untuk mendapat pujian, pangkat atau kedudukan.
*** Telah bersabda Rasulullah SAW "Serendah-rendah riyak adalah syirik"
*** Maka itu, hendaklah kita membiasakan diri merahsiakan segala amalan baik ita supya tidak diketahui orang
8. Ujub (berasa hairan dengan keistimewaan dan kelebihan diri sendiri.
"Sifat ujub boleh diatasi dengan sentiasa memikirkan bahawa tidak ada benda yang kekal di dunia ini" dan sentiasa menhisab diri @ meneliti kekurangan diri sendiri (muhasabah).
9. Kasih akan dunia (Hubbuddunya)
*** Hati yang sentiasa berpaut kepada kehidupan dan kesenangan duniawi akan menyebabkan seseorang itu takutkan mati"
Akhirul kalam, sama-samalah kita menkoreksikan diri kita... menyempurnakan akhlaq kita, mudah2an bertepatan dan selaras dengan perintah ALlah dan Rasul-Nya. Segala puji-pujian tertentu bagi Allah yang dengan limpah kurnia-Nya disempurnakan segala kebaikan. Semoga Allah menjadikan catatan ini bermanfaat untuk penulis, para penuntut ilmu , para penyeru ke jalan Allah Rabul Jalil dan golongan mu'minin wa mu'minat. Disudahi catatan ringkas ini dengan selawat dan salam ke atas Penghulu kita Nabi Muhammad SAW dan dengan puji-pujian kepada Allah Tuhan Sekalian alam.
TAMAT
SUMBER:
1. Al-qur'an (Beserta terjemahan)
2. Indahnya Hidup Bersyariat - Dato' Ismail Kamus & Mohd Azrul Azlen Ab. Hamid
3. Hukum Berlunak Dalam Mengenal Jalan Dakwah Yang Mendapat Keredhaan Allah _ Haji Zulkifli Haji Ismail (Mudir Baitu Qurra' Wal 'Ilmu, Sg. Udang, Melaka)
4. Apa Erti Saya Menganut Islam - Ustaz Fathi Yakan
No comments:
Post a Comment